Saturday, January 29, 2011

Thanks to all the readers!

~Assalamualaikum wbt~

~Pada 6.27pm, 28/1/2011. Aku sengaja tengok-tengok dekat blog ni, apa yang boleh aku modify. Tiba-tiba jumpa stats and terjumpa pulak berapa ramai orang yang dah tengok blog aku yang tak seberapa ni. Tak sangka, 742 readers?? Astaghfirullah Al Azim. Mungkin bagi sesetengah blog yang dah kira femes sangat and banyak follower, kira jumlah ni sikit je tapi bagi aku, banyak. Memang aku tak sangka. Ingatkan takde sesiapa yang sudi baca.

Jumlah ni diambil sejak bulan Jun 2010 sampai Januari 2011. Kalau ditengokkan jumlah dulu, memang agak sikit sebab cerita aku banyak berkenaan luahan perasaan je. Tapi aku tambahkan pulak info tentang isu semasa yang perlu kita tahu. Sejak Disember 2010 sampai Januari 2011, jumlah readers terus melonjak sampai 200lebih. Memang nampaknya, ramai orang lebih berminat baca tentang info agama Islam ni berbanding luahan perasan ek? Hehe.. (akulah tu..) Kalau ditengokkan semua, tajuk aku tentang 'zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam tak wujud' dapat rate paling tinggi.

Maaf sebab sekarang ni, aku jarang bercerita tentang cerita-cerita hot-hot pasal Islam ni. Sebabnya, aku tak dapat nak tengok video 'the arrival' sebab youtube sangat-sangat slow. Lebih-lebih lagi, aku tak boleh cerita banyak sangat tentang illuminati dengan Imam Mahdi disebabkan hal peribadi. Apa-apa pun, ada cerita yang baru sahaja aku terima and Insya-Allah, aku akan kongsi dengan korang semua.

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca blog aku ni. Semoga Allah swt merahmati korang semua dengan keberkatan dan rezeki melimpah ruah. Ingatlah bahawa sesungguhnya Allah itu satu dan Allah melindungi mereka yang benar-benar beriman. Wassalam~

0 0000 je berani komen: