Tuesday, March 1, 2011

It All Began At The PD Sanctuary

~Assalamualaikum wbt~


~PTPL anjurkan sebuah kem kat PD Sanctuary untuk pelajar-pelajar lepasan SPM macam aku ni. Campur budak fotografi, multimedia dengan ICT4U, sebanyak 33orang pelajar join kem ni. Aku cuma cerita kejadian-kejadian yang berlaku kat sini. Kalau nak buat karangan berpanjang lela, memang tak cukup tempat rasanya. Okey guys! Enjoy baca okey! :)
PERISTIWA PERTAMA
Dari kolej PTPL ke PD, kitaorang naik bas. Aku ingatkan bas uncle kat sekolah aku yang dapat mengalahkan roller coaster tapi bas ni lagi dasyat. Mak ai! Rasa mual and pening betul! Masa tu, aku cuma dapat fikir bila nak sampai ni!! Uncle ni pula lalu kat rantau. Jauh lah.. Lalu lah kat Mambau. Dapat juga tengok sekolah.. Huhu.. Bas pula dah teranjak nak pergi Melaka pula! Haisy!
PERISTIWA KEDUA
Dah sampai and dapat kunci bilik, kitorang pun konvoi sama-sama mencari apartmen kitaorang. Well, kitaorang yang girls pula yang lead dulu. And yang lain pun ikut tapi kitaorang entah tersesat ke mana! Argh! Aku penat ni! Nak campak beg lepas tu, landing atas katil! Akhirnya, ada juga akak yang sudi membantu. Haih.. Nasib baik..
PERISTIWA KETIGA
Punya tak sabar nak masuk bilik! Bila masuk, kira okey lah biliknya. Tapi bila masuk je bilik tidur, terkejut aku katil tingkat atas kotor! Wuuaa! Nak nangis!!! Katil tingkat bawah dah orang cop. Sedih.. Sedih.. Tak jadi nak landing. Tapi C rajinlah juga bersihkan bilik air yang agak berhabuk. Okeylah.. Senang sikit nak masuk toilet. Thanx!!
PERISTIWA KEEMPAT
Kitaorang disuruh masuk ke dewan. Masuk masuk je, nampak envelope dengan satu bekas yang ada isi kek tapi sebenarnya gulungan napkin je. Tapi comel kot! Huhu.. Aku dengan M tukar kek kitaorang. Aku ambil biru and dia ambil pink. Hehe.. I dengan pink tak match.. Ceh! :P Fesi minta kitaorang keluarkan satu kertas dari envelope yang tulis secret admire. Camni kot rupanya :
SECRET ADMIRE
Nickname :
Nama sebenar dan nickname :
Ciri-ciri pasangan :
Bilangan anak yang dikehendaki :
Tarikh perkahwinan :
Impian dalam hidup :
Tak pandai aku bab-bab macam ni except ciri-ciri pasangan lah.. Huhu.. Nickname tu kena tulis nama sendiri yang tak pernah orang dengar. And so, kitaorang pun tulis je lah borang tu and kasi dekat fesi. Beberapa minit lepas tu, fesi datang balik dengan kotak yang dia cakap, dalam tu ada nama nickname kitaorang dalam satu kertas. Kitaorang kena pilih satu kertas, nama yang kitaorang dapat tu ialah orang yang kita admire. Bila turn aku, aku baca Bismillah and aku dapat KID?? Adoi! Ni mesti lelaki? M senanglah. Dapat perempuan. Aku pun dengan malasnya mencari gerangan nama KID ni. Cari punya cari and akhirnya aku dapat A! Hah! Aku pun dengan lagak macam betul-betul peminat dia, minta dia tulis nama penuh kat kertas tu. M tergelak lah sebab aku dapat A. Kenapa M gelak and aku cam terkejut giler dapat nama A?? Sebab...... Tak sampai hati lak aku.. Huhu.. Baik tak aku? Ngee~
PERISTIWA KELIMA
Petang tu pula, kitaorang ada tressure hunt. Okey.. Dia ada beri 5 clue and setiap satu clue ada kena-mengena dengan makanan yang disediakan. Tapi yang aku rasa lain macam, apa yang kena-mengena? Aku tak faham!! Disebabkan tu, kitaorang cari anak En Ahmad and minta dia tolong kitaorang. Huhu.. Tapi lama-lama, kitorang nak main secara jujur. Memang agak pening and kitaorang main tibai je jawapan. Salah punya salah and akhirnya, kitorang dapat nombor tiga! Okey, fine.. Bukan juara sebab dah diconqure oleh Qilla and the geng.. Huhu.. Tapi still menang lah gak kan? Huhu.. Tapi aku still tak dapat nak kaitkan clue dengan jawapan. Contoh, clue die INDIE BAND. Apa kena-mengena Indie Band dengan buah oren? Apa kena-mengena P3 dengan choki-choki? Pening! Sampai sekarang, aku still fikirkan jawapannya.
PERISTIWA KEENAM
Kitaorang ada aktiviti bebas pula. Mula-mula, aku dengan yang lain-lain sekadar tengok budak-budak ni berkayak dekat tasik. Of course, budak lelaki lah yang terlebih excited. C dengan E pun naik kayak and tiba-tiba kayak diorang berlabuh kat tepi tasik and tak dapat nak gerak. E pula terus naik and tak mahu berkayak lagi. Haha! Aku rasa nak tergelak tengok C duduk dalam kayak sorang-sorang. Cian punya pasal, aku pun naiklah kayak sekali. Wuuaa! Dalam lubang tu pula basah! Dahlah aku bawa satu tracksuit je. Sedih-sedih. Baju aku pun basah dek percikan air daripada hamba Allah ni. Huhu.. Aku ingatkan sekali je lah naik, lepas tu, aku nak tukar baju and keringkan baju aku ni. Tapi C dah bersemangat and seronok pula naik kayak and minta satu lagi round. Aku pun dengan baiknya (baik tak? hehe) ikut jugalah permintaan C. First-first, agak kekok bawa kayak ni. Dulu bawa pun, ayah aku yang tolong kayuhkan. Sekarang ni, experience pun takde, kena pula bawa. Memang beberapa kali kitaorang langgar sana sini tapi lama-lama, kitaorang belajar. Huhu! Bangga wei dapat bawa kayak tanpa langgar tepi tasik! Bolehlah bawa sendiri-sendiri lepas ni.. Hehe.. Bajet dah aku.. Kitaorang round dalam tiga kali agaknya. Yang budak-budak lelaki ni pula main lumba-lumba pula. Takut pula aku! Tak pasal-pasal langgar kayak kitorang, memang terbalik rasanya kayak ni. Huhu.. Apa-apa pun, best giler wei!
PERISTIWA KETUJUH
Lepas berkayak, aku pun get ready untuk pergi swimming pool. Mula-mula, aku kena tinggal sorang-sorang kat bilik. Takut punya pasal, aku rush giler-giler and terus out! Aku, C dengan F tunggu yang lain untuk turun dari apartmen diorang. Sempatlah juga tengok budak-budak lelaki ni main bola. Main tipu! Satu palang gol kecil and satu lagi besar! Huhu.. Lepas member sampai, kitaorang pun sama-sama gerak ke swimming pool! Bestnya, swimming pool ni ada dua bahagian. Satu port untuk laki and satu lagi port untuk perempuan! Apa lagi! Enjoylah kitorang tak ingat dunia! HAHA! Tak payah nak control cun ke apa! Terjun dalam air ramai-ramai. Lawan siapa berendam dalam air paling lama walaupun ada yang main tipu.. Hehehehe.. Tapi paling best bergosip lah. Ada lah something yang kitorang gosipkan tapi sorry, tak boleh dipaparkan kat sini. Huhu.. Of course lah gosip tak boleh bagitau! Hehehe.. Bukannya apa.. Nak jaga nama orang tu juga. Baik kan aku? Bajet lak Tqah ni.. Dah dekat pukul 6.30pm, kitaorang pun sama-sama lah gerak ke apartment masing-masing.
PERISTIWA KELAPAN
Malam tu, masuk ke dewan lagi sekali. Kali ni, kitaorang kena ber'grooming'. Setiap satu kumpulan kena make upkan salah seorang ahli mengikut tema yang diberikan. Tu untuk perempuan lah. Kalau lelaki, kena lah buat style rambut. And so, group aku dapat MAGIKA. Huhu.. Pilihan kitaorang, nenek kebayan. N pula kena jadi mangsa! Tengah masing-masing sibuk me'make up' kan orang, M bagitau aku sorang dak lelaki ni kena jadi model macam cerita castello lah kononnya. Muka dia persis cam member aku and so, aku dengan M pun suruh kawan-kawan dia buat rambut macam member kitaorang tu. Tapi rambut dia ni macam iklan sunsilk! Geram aku! Dia ni pun tak macam member aku tu. Kalau dia, aku pegang sikit rambut dia takpe tapi yang ni, haih! Jangan marah ek F.. Hehe.. Tapi tak boleh blah sorang lagi kawan kitorang ni, Z. Dia pakai compact powder tapi tak nak ngaku. Terang lagi bersuluh, aku nampak compact powder tu bertepek and tak rata kat dahi dia tu! Haha! Kantoi! Walaupun, group aku tak menang and group member aku menang, at least we have fun.. :)
PERISTIWA KESEMBILAN
And so, kitaorang ada BBQ. Aku ingat nak menikmati lah kejap tengok fesi-fesi dengan terernya buat BBQ tapi aku pergi menemani memberku ini ke tempat lain. Last-last, ada conversation meluahkan perasaan. Aku ni pula kaunselor tak bertauliah! Huhu.. Tapi aku tetaplah tolong apa patut. BTW, ayat semua dicuri daripada ayat mak aku and pengalaman sendiri. Hehehe.. Apa-apa pun, cerita yang aku terima benda satu yang baru and aku rasakan banyak lagi benda yang aku kena belajar walaupun aku tak nak pun! And then, kitaorang jalan-jalan tepi tasik lagak budak tengah berdating (huhu). Kitaorang duduk pula kat bangku and pandang bintang kat atas. Banyak sangat. Tapi kitaorang sedaya upaya nak kira bintang yang banyak giler tu! Akhirnya, BBQ pun siap walaupun aku dapat merasa satu je sosej.. Sedih.. Sedih.. Tapi kitaorang makan marshmellow gak! Tapi tak tahu macam mana nak bakar mula-mula.. A dengan AK juga lah yang ajar. Mereng tapi berkesan! Hehe..

PERISTIWA KESEPULUH
Malam pun makin larut tapi kitaorang tetap bega nak tidur. Still lagi kat port sama (tepi tasik), aku, F, AK dengan A sama-sama duduk kat satu tempat. Sedang aku dengar F cerita perihal dirinya kat AK, A tunjuk aku magic guna kad (senang cerita, tricks). Best kot! Aku ni dah lama sebenarnya tak tengok magic ni.. Entah dah berapa tahun, aku pun tak ingat except kat TV lah. Maksud aku tadi, kat depan mata aku sendiri, aku dah lama tak tengok magic. And then, dia ajar aku macam mana nak cong kad. Memang dah beberapa kali aku practise tapi sampai sekarang, aku tak gak dapat-dapat. Ampun cikgu! Hehe.. Tapi bila dengar cerita F, aku terasa memang dunia ni tak seindah mana. Haih.. Memang kalau boleh aku dah tak nak dengar lagi cerita macam ni sebab aku dah serik rasa bersalah. Tapi nak buat macam mana. Itulah namanya kehidupan. Semoga kawanku itu berjaya mengatasi dugaannya itu.
PERISTIWA KESEBELAS
Aku dengan budak-budak ni still tak mahu tidur. Padahal rasanya dah nak dekat pukul 2lebih agaknya. Aku dengan M berborak-borak pasal cerita masing-masing and aku akhirnya, buka cerita tentang soal kiamat. Memang kitaorang agak takut and rasa nak menangis pun ada. Lepas dah puas berborak, kitaorang pun berjalan ke arah geng-geng kitaorang ni. Dah sampai, kitaorang borak-borak and saja-saja pandang langit nak tengok bintang lagi. Tapi, takde cuma awan je. Tiba-tiba Z cakap ada awan yang bercahaya. Kitorang pun tengok and memang betul. Masa tu, memang rasa pelik sangat. Syok punya tengok, kitaorang ternampak satu cahaya kecil keluar dari sebalik awan. Memang nampak cantik. Tiba-tiba cahaya tu makin lama makin besar. Aku dengan M dah takut. Percaya atau tak, cahaya tu seolah-olah sebuah meteor yang datang nak merempuh kitorang. Aku ngaku aku macam nak nangis masa tu. Tapi satu lagi cahaya keluar dari sebalik awan. Rupa-rupanya, tu bulan sabit yang ditutup oleh awan. Tapi peliknya, awal-awal tadi takde bulan. Tapi memang cerah and warna kekuningan bulan sabit tu. Memang aku dah beristighfar masa tu. Tak dapat aku bayangkan kalau kejadian apa yang aku fikirkan, betul-betul terjadi.

PERISTIWA KEDUA BELAS
Kitaorang still bega nak tidur walaupun dah dekat pukul 3pagi. Aku terasa tak sedap hati and so, aku masuk bilik and tunaikan solat tahajjud. Dari solat Zuhur sampailah ke solat Tahajjud, doaku hanya satu. Allah melindungi aku dan kawan-kawanku daripada segala bahaya dan gangguan. Dan dengan ke'bega'an aku, aku rajin lagi keluar balik and berborak dengan diorang semua. Nak dekat pukul 4lebih, kitaorang still berjaga. Aku dengan M berdiri dekat satu sudut, tak jauh sangat dari bangku member-member kitaorang. Dua orang lagi member, duduk kat satu tempat ni, nak main kad. Tengah syok berborak, tiba-tiba F jerit, "Wei! Ul4r! UlAr!" Kitaorang panik! Budak lelaki lari jauh sikit dari kitorang. (tak guna tol korang..) Yang girls, kitorang naik and berdiri atas bangku. Yang budak-budak lelaki dalam apartment pun terkejut and keluar ke balkoni. Aku tengok ul4r tu tengah pandang kitaorang and badannya dinaikkan sedikit. Sisiknya warna hitam kuning. FYI, ul4r ni sangat-sangat berbisa! Dahlah port ul4r tu jarak dalam satu meter dari aku dengan M. Tapi peliknya, ul4r tu just pandang kitaorang je. F yang kat dalam apartment suruh kitaorang jangan gerak. Memang kitaorang tak bergerak. Tapi tiba-tiba ul4r tu nak melintas ke arah bangku kitaorang. Sebab takut benda tu naik ke bangku, kitaorang pun chow lah and lari ke belakang budak-budak lelaki. Ul4r tu pun bawa diri ke dalam tasik. Sebab dah takut sangat, kitaorang pun naik ke bilik except 4orang lagi member kitaorang. Disebabkan aku tak nak masuk bilik aku yang tingkat bawah tu, aku dengan F pun pergi bilik kawan aku.

PERISTIWA KETIGA BELAS
Walaupun dah masuk bilik, aku dengan M still tak tidur walaupun nampak sangat M dah mengantuk.. Hehe.. Tu lah.. Dah suruh tidur tapi tak mahu. Tapi kitaorang bercerita lah juga kejadian dulu-dulu kat sekolah. Ada yang sedih. Ada yang geram. And ada yang terus jadi misteri. Entahlah.. Aku malas nak fikir sangat. Buat pening kepala! Huhu.. Tapi memang kitaorang tak tidur langsung. Aku pun sambil tu boleh borak dengan kawan aku yang dekat PLKN. Rindu kat kau lah wei! Lepas dah berborak, kitaorang pun solat Subuh. Nak dekat pukul 7, aku dengan F pun turun and pergi ke bilik kitaorang.
PERISTIWA KEEMPAT BELAS
And so, hari perpisahan. Dalam dewan, kitaorang pun cerita pengalaman masing-masing. Sebab member-member aku suruh aku cerita, aku pun angkat je lah tangan walaupun aku stage fright. Huhu.. Kitaorang dapat hadiah and akhirnya, balik naik bas. Bas ni kira okey lah daripada dulu. And then, kitaorang stop kejap nak makan. Habis makan, kitorang pun pergilah kat pantai. Aku dengan Az pakai kasut and so, kitorang tengok dari jauh je. Kalau jalan, memang mengalahkan aksi orang yang tengah jalan kat padang pasir. Huhu.. Lepas tu, naik bas balik and teruskan perjalanan kitorang. Dalam pukul 3, kitaorang sampai juga kat Seremban. Tapi yang tak bestnya, bas stop gak dekat Petronas! Argh! Kena jalan lagi. Ayah aku sampai awal and so, lepas salam dengan member, aku pun balik. Bila balik, aku mandi lepas tu.. Zzzzzzzz...
~THE END.. WASSALAM~
P/S : sorry sebab tulis nama ikut alphabet je. Aku ada reason kenapa buat macam tu. Kepada pelajar ptpl yang tengok blog ni and nampak pix header tu, jangan buat spekulasi sendiri ek. Sila tanya my friend, M (ict4u). Huhu.. Apa-apa pun, miss giler dah kat korang! :)

2 0000 je berani komen:

Aqilah Kamarudin said...

Aku suka peristiwa yang ke-5 . Aku and the geng winner ! haha

Atiqah Safian said...

hahaha! yes3! i can see that.. huhuhuhuhuhu.. tp xaci.. ade org men tpu.. cri jwpn drpd harrisku yg trcmey! ngee~