Monday, March 28, 2011

I'm A Slave For You

~Assalamualaikum wbt~



I know I may be young, but I’ve got feelings too.


And I need to do what I feel like doing.


So let me go and just listen.


All you people look at me like I’m a little girl.


Well did you ever think it be okay for me to step into this world.


Always saying little girl don’t step into the club.


Well I’m just tryin’ to find out why cause dancing’s what I love.


Get it get it, get it get it (WHOOOA)


Get it get it, get it get it (WHOOOOOA)(Do you like it)


Get it get it, get it get it (OOOHHHH)(This feels good)


I know I may come off quiet, I may come off shy.


But I feel like talking, feel like dancing when I see this guy.


What’s practical is logical.


What the hell, who cares?


All I know is I’m so happy when you’re dancing there.


I’m a slave for you.


I cannot hold it; I cannot control it.


I’m a slave for you.


I won’t deny it; I’m not trying to hide it.


Baby, don’t you wanna, dance upon me, (I just wanna dance next to you)


To another time and place.


Baby, don’t you wanna, dance upon me, (Are you ready)


Leaving behind my name, my age. (Lets go) (Like that) (You like it) (Now watch me)


I really wanna dance, tonight with you. (I just can’t help myself)


I really wanna do what you want me to. (I just feel I let myself go)


I really wanna dance, tonight with you. (Wanna see you move)


I really wanna do what you want me to. (Uh Uh Uh)


Baby, don’t you wanna, dance upon me, (I just wanna dance next to you)


To another time and place.


Baby, don’t you wanna, dance upon me, (Are you ready)


Leaving behind my name, my age.



Lirik dekat atas ni ialah lagu daripada Britney Spears yang bertajuk 'I'm A Slave For You'. Sesiapa yang tak pernah dengar lagu ni, pergilah rajin-rajinkan diri tengok dekat youtube. Tapi aku cadangkan dengar lagu dia je lah tanpa video clipnya. Sesiapa yang nak tengok boleh tapi tak digalakkan bagi budak-budak yang masih bersekolah.. Huhu.. Lepas aku solat, aku nak turun dari surau ke tempat kerja balik dan aku terdengar lagu Disturbia kat radio. And so, aku tertarik nak buat entry ni untuk hari ni walaupun penat tu memang tak boleh tahan! Hari ni, aku pilih lagu 'I'm A Slave For You' yang dikatakan ada unsur kesyaitanan. Kenapa agaknya ek? Aku explain satu-satu..



I know I may be young, but I’ve got feelings too. And I need to do what I feel like doing. So let me go and just listen. Britney merasakan dirinya ada hak untuk memilih jalan yang dikehendakinya walaupun masih muda.



All you people look at me like I’m a little girl. Well did you ever think it be okay for me to step into this world. Britney bertanya kepada setiap orang apa pendapat mereka tentang pilihannya.



Always saying little girl don’t step into the club. Well I’m just tryin’ to find out why cause dancing’s what I love. Britney hanya ingin mendapatkan kemewahan daripada perkara yang dilarang oleh orang ramai.



I know I may come off quiet, I may come off shy. But I feel like talking, feel like dancing when I see this guy. Dia merasakan hidupnya tiada makna sebelum ini dan terasa lebih baik apabila memilih jalan ini.



What’s practical is logical. What the hell, who cares? All I know is I’m so happy when you’re dancing there. Tidak kisah lagi pendapat orang dan bahagia kini dengan pilihannya.



I’m a slave for you. I cannot hold it; I cannot control it. I’m a slave for you. I won’t deny it; I’m not trying to hide it. Britney mengakui dirinya hamba kepada Dajjal.



Kalau korang rajin, tengok video clip dia. (Budak sekolah tak DIBENARKAN! HOHO) Ada satu part, masa Britney tengah nyanyi korus, ada berlaku salji dekat luar bangunan yang diorang tengah menari? Rasa-rasa korang apa maksudnya padahal takde kena-mengena pun dengan lirik lagu? Bagi aku lah, apabila diorang akui yang diorang ni hamba Dajjal and so, kepercayaan diorang, Iblis akan berikan kemewahan dan kebahagian macam salji tadi yang kononnya membawa keceriaan kepada manusia. Aku bukan sengaja-sengaja create benda ni ek sebab lagu ni pun dah dikategorikan ada unsur illuminati and dah disahkan oleh video 'The Arrival'. Whatever it is, don't let them control your mind!



p/s : Apa sebab sebenar Britney tiba-tiba jadi bermasalah? Hurm.... :/

Thursday, March 24, 2011

23/3/2011. Bermulanya Sebuah Kehidupan Baru.

~Assalamualaikum wbt~




Please do read this! Gambar di atas bukan gambar aku ek! Itu hanyalah perhiasan semata-mata. Hehe.. Bukannya apa. Aku nak ambil gambar slip periksa aku, Ayah aku dah bawa pergi Maktab. Okey.. Okey.. Aku bagitau markah aku. Bukan aku nak membajet.. Sekarang ni, memang aku takde niat sebab aku tak nak orang panggil aku ni berlagak. Niat aku sekarang cuma nak tujukan entry ni khas kat orang yang berkenaan.

Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris A
Mathematic A+
Sejarah A
Pendidikan Islam A
Geografi A+
Additional Mathematic A+
Lukisan Kejuruteraan A-
Physics B+
Chemistry A-


Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana akhirnya, aku berjaya dapatkan keputusan yang baik. Mungkin bagi pelajar yang pandai, keputusan ni takdelah hebat mana. Tapi bagi aku, ni dah cukup banggakan keluargaku, cikgu-cikguku dan sekolahku. Wei! Sesiapa yang pandang rendah kat sekolah aku, aku cakap ek nama sekolah dia, SMK MAMBAU, jangan ingat kitaorang tak boleh dapatkan keputusan yang cemerlang!

Insya-Allah, nanti aku bagi tips belajar dalam entry yang akan datang. Tapi post ni khas untuk seseorang yang banyak membantu aku selama ni. Siapa? Cepat teka.. Cepat.. Cepat.. Tiitt!!! Lambat! Ngee~ Of course lah ayahku tercinta.. Huhu..

Untuk pengetahuan korang, aku malas giler nak pergi tuisyen ni. Dulu, masa aku kat kelas tuisyen fizik ( form 4 ), aku siap boleh tidur lagi. Daripada aku habiskan duit mak ayah aku, lagi baik aku tak masuk tuisyen. Of course, kelas cikgu add math aku, aku suka lah masuk sebab cikgu tu cikgu sekolah aku. Bila aku dah masuk form 5, parents aku frust tengok result Fizik and Chemistry aku yang teruk giler! Ayah aku cadangkan aku masuk tuisyen. Dua tuisyen ni kira tuisyen yang terbaik. Tapi aku tolak mentah-mentah. And guess what happen next? Huhu.. Apalagi, kena leter lah kat ayah aku. Sebab tak nak dengar lagi, aku pun join je lah..

FYI, ayah aku sangat gilerkan shopping. Shopping pe? Shopping buku lah.. Setiap kali ayah aku balik je dari mana-mana, mesti ada buku latihan kat tangannya. OMG! Sampai penuh almari aku nak isi semua buku. Bila aku tak buat, kena leter lagi. Hehe.. Tapi banyak juga tak berbuat. Adik-adik, jangan ikut perangai den ni ek.. Haha..

Favourite ayah aku ialah surf internet. Facebook and yahoo messenger tak dilayan. Website yang patut dilayari oleh budak-budak SPM yang ayah aku minat. Dari pagi sampai ke malam, ayah aku akan cari bahan-bahan penting untuk aku. Bila dah dapat, ayah aku akan print dan photostate untuk aku buat banyak kali. Tebal giler wei!!!

Dan most favourite ayah ialah jadi warden terhormat!! Aku memang suka kunci bilik sebab adik-adik aku mesti datang masuk tanpa diundang. So, bila ayah aku datang masa aku kunci bilik, memang maut aku! Bila pintu dah terbuka, ayah aku akan marah dan terus marah! So, petua untuk macam ni. Sediakan buku belajar di atas meja anda supaya kalau ayah anda masuk ke bilik, ayah korang takkan marah sangat.. Hehehe..

Itulah rutin ayah aku setiap hari. Sekarang ni, rutinnya mencari informasi untuk aku sambung belajar nanti. Patutnya, aku yang buat kan? Tapi disebabkan kemalasan aku dan tak faham apa-apa, ayah aku juga yang tolong. Tengoklah betapa banyaknya jasa ayah aku. Aku pun dah tak terkira dah. Memang masa aku ambil result, ayah aku nampak cool je. Ye lah.. Takkan ayah aku nak melompat and menjerit lak? Haha.. Cukuplah Allah swt dan ayah tahu perasaannya.

Okey.. Maybe aku tak dapat straight A's but so what? Ayah aku target untuk aku dapatkan 7A. Tapi aku dapat lebih. Kira dah banggakan ayah aku lah kan? Kalau ayah aku tak syorkan aku ambil Geografi, mesti aku tak dapat nak apply UITM sebabkan fizik aku tu. Apa-apa pun, ayah aku yang memainkan peranan penting dalam aku mengecapi kejayaan ni. Terima kasih buat ayah sebab tolong leter and carikan bahan-bahan untuk kakyong. Insya-Allah, kakyong try buang kemalasan ni kalau dapat sambung belajar. Hehe.. Wassalam~

p/s : Mama, thanks sebab leter-leter benda yang berguna setiap hari.. Hehe.. Adik-adik, thanks lah kecoh je tiap hari. To all family, thanks sebab kasi support and duk tanya pasal SPM je.. :P Terima kasih buat cikgu-cikgu sebab duduk ajar saya yang agak bengap ni.. Kepada cikgu Lela, sorry sebab tak dapat A+. Tapi Insya-Allah, saya akan terus belajar and jadi arkitek! :) Kepada cikgu Chong dengan cikgu Azman, sorry sebab hanya sekadar dapat B+ tapi terima kasih banyak-banyak sebab tetap tak berputus asa mengajar saya. Kepada kawan-kawan, terima kasih sebab selalu bagi sokongan. :)

Wednesday, March 16, 2011

Please Do Read This If You Wanna Too..

~Assalamualaikum wbt~
~First thing, aku nak ucapkan terima kasih dekat semua pembaca yang sudi baca blog ni. First of all, aku nak membajet kejap.. Tepat 11.02malam ni, blog nUr kaSiH dah mencapai 1646 readers. Yer.. Aku tahu tak banyak.. Dan aku baru gunakan counter untuk check berapa ramai visitor dalam blog ini.. Huhu.. Bajet kan Tqah ni? Nak menunjuk je keja.. Hehe..
Anyway.. Aku nak cerita kepada semua kenapa aku jarang tulis nama kawan-kawan aku, family aku and alihkan pictures dari blog ni except header dengan picture aku lah. Siapa yang dah ikut blog aku dari awal, of course korang tahu yang blog aku ni penuh dengan picture family and kawan-kawan aku dan disertakan dengan nama korang sekali. Most of all, dah lama juga kan aku tak cerita tentang kes 'Illuminati' ni kan?
Kalau dulu, aku memang rajin nak surf youtube untuk research tapi sejak kebelakangan ni, connection macam mereng lah.. Dan aku memang dah lama berhenti tengok video 'The Arrival' tapi sekarang ni, adik aku dah tolong ambilkan fail video-video tu daripada kawan dia and bagi video tu kat aku. Insya-Allah, kalau aku ada masa, aku akan sambung tengok video tu.
Okey.. Apa kena-mengena alihkan picture tu semua? FYI, maklumat aku yang sebelum ni ada yang sesetengahnya agak sulit buat umat Islam dan perlu dirahsiakan daripada orang yang tertentu. Kalau (kalau je lah) orang yang berkenaan baca blog ni, kemungkinan besar blog ni akan diblock dan kemungkinan juga, boleh ditangkap tau! Of course, aku tak kisah kalau aku yang kena tangkap. Kalau family and friends? Haih.. Aku tak sanggup..
Sekarang ni pun, aku lebih kepada menulis info tentang isu semasa. Sorry kepada sesiapa yang nak sangat cerita yang macam perlukan research tu semua. Well, it takes time and agak susah nak cari info baru dengan situasi aku yang agak sibuk sekarang ni. Apa-apa pun, aku akan try kaitkan entry aku yang sekarang dengan apa-apa research yang aku jumpa. Yup.. Aku jumpa something yang terbaru tapi sorry, tak dapat aku nak bagitau apa kat sini. So, sesiapa yang nak tahu, rajin-rajinlah cari aku ek.. Ngee~
~Wassalam~
p/s : Still fikirkan idea untuk post terbaru..

Tuesday, March 15, 2011

Cerita Melayu Semakin Maju

~Assalamualaikum wbt~

~Siapa kenal KRU, angkat tangan!!! Hehe.. Siapalah yang tak kenal ahli KRU ni. 3 adik-beradik ni always berganding bahu untuk lancarkan production diorang daripada bidang nyanyian ke bidang lakonan. Kalau dulu, orang cuma kenal diorang sebab pandai nyanyi lagu rentak-rentak laju cam rap. Aku kenal Yusry pun dulu sebab dia kahwin dengan Erra dulu. Ngee~



Siapa yang tak kenal, meh aku kenalkan. Dari kiri, tu Edry. Aku memang suka giler kat dia.. Hep! Bukan suka yang suka tu ek. Minatlah dengan kerja dia. Lecturer aku cakap, dia memang terer bab-bab multimedia ni. Dan dia pandai gubah lagu. Terer kan? Yang tengah-tengah, Norman. Dia pernah jadi pengetua dekat AF. Garang jugalah and memang berdisiplin. Antara orang adik-beradik tu, dialah yang the eldest. Dan yang kat kanan tu, Yusry. Bermisai lak dia, tak hensem! Haha.. Yusry dulu pernah kahwin dengan Erra. Masa tu baru kenal dia sebab dia selalu berlakon dengan Erra. Bila dengar suara dia masa menyanyi, aku rasa not bad at all. Sekarang pula, dia lebih tumpu kepada mengarah cerita.





Cerita pertama yang KRU Production yang aku tengok ialah 'Cicakman'. Bagi aku, inilah superhero Malaysia pertama yang direka dalam movie. Kalau sebelum ni, hero orang putih je. Kalau dalam cerita omputih, hero mestilah handsome bagai. Awek pun cun! Tapi sekarang ni, hero Malaysia ni ialah SAIFUL APEK! Aweknya, Fasha Sandha!! Kalau Saiful okey lagi tapi Fasha?? OMG! Tapi aku layan je lah, lebih-lebih lagi Aznil dengan Yusry berlakon. Cerita ni pada awalnya, budak-budaklah yang suka. Tapi aku memang suka tengok suasana dekat movie tu. Penceritaan ni sebenarnya lokasinya dekat studio ataupun nak lebih tepat, guna green screen je. Dan adik-beradik KRU ni lah yang tolong nak hasilkan lokasi yang best lagi gempak! Seriously, hanya guna green screen!




Cerita kedua yang aku tengok, Duyung. Again Saiful Apek jadi hero dan Maya Karin jadi heroin. Bayangkan Maya Karin terpaksa practise macam mana nak gerakkan kakinya dengan betul masa berenang nanti. Cerita ni takdelah mantop sangat tapi aku suka persekitaran dekat laut tu. Memang nampak tenang dan cantik. Tapi agak tak logik sebab Saiful kan orang miskin. Mana dia dapat alatan skuba tu ek? Hehe.. Ni ayah aku yang cakap.




Cerita seterusnya, Cicakman 2 tu pun tengok CD je lah. Again, aku admire dengan semua camera trick yang diorang buat. Nampak lawa walaupun nampak giler tipunya. Haha! Takpe! Tu kira dah maju! Memang kali ini, Edry terpaksa bersengkang mata untuk siapkan semuanya sebab hampir kesemuanya perlu menggunakan teknologi multimedia ni. Again, Fasha Sandha tu ada lagi. Haih! Tak suka!!





Setelah beberapa lama cerita tentang komedi, KRU production telah menghasilkan sebuah cerita yang lain daripada yang lain. Cerita apa? MAGIKA!! Cerita ni memang favourite aku! Dia berkisahkan alam fantasi dan ada unsur muzikal! Lagu pun sedap-sedap and kelakar! Pelakon-pelakon agak ramai walaupun scene takde banyak pun. Macam adibah noor, cuma duduk baring atas katil and suruh anak-anak dia siapkan dia makanan. Yang M Nasir cuma nyanyi lagu, "nak ke mana kamu bertiga, jangan sampai bangunkan naga." Tu je skrip dia! Aku betul-betul serius! Dan dia cuma perlu ulang ayat yang sama beberapa kali. Masa cerita Magika dikeluarkan, cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah pun keluar sekali. Masing-masing pun bersaing dan ternyata, Magika mendapat keuntungan sampai berjuta-juta! Memang ramai suka cerita ni termasuk aku dan family aku sendiri!



Pada hari Isnin (semalam) pukul 4.00petang, aku tengok cerita ni pula! Sebenarnya, mak aku ada tengok sikit dekat youtube masa tahun bila entah tapi sikit je. Aku malas nak tengok sebab pasal sejarah. Kui3! Maksu aku pun suruh tengok tapi masa tu, laptop aku dah takde suara. Tapi bila cerita ni dah dikeluarkan dekat negara luar, aku pun pergi tengok cerita ni. Ramai kata best so aku pun pergi lah! Best giler wei! Memang boleh setanding cerita Narnia agaknya. Hehe.. Dan KRU juga menggunakan green screen untuk buat lokasi jalan cerita ni. Dulu diorang ada buat lokasi dekat tepi laut tapi kapal yang diorang bina tu hancur lak. Aku dengar cerita dari mulut mak aku.. Masa ni, baru aku tahu yang bahasa Malaysia ni indah. "Sembuh luka padamu maka hilanglah batang hidungnya." Huhu.. Ayat skema. Dan cerita ni juga mengingatkan aku dengan kawan-kawan aku dekat laman web zwinky dulu. Menggunakan bahasa melayu untuk mengutuk orang lain yang tak faham bahasa melayu. Macam Merong cakap dengan ketua negara Goa, "sudahlah busuk, mulut berbau.." hehehe.. Tapi aku tak faham kenapa ramai yang suka tengok cerita ni waktu malam. So, sesiapa yang nak tengok, pergi waktu pagi and petang sebab tak ramai orang. Dan dalam cerita ni, ada seksi sikit lah. Puteri cina tu lah seksi so sila jangan bawa boyfriend anda kalau korang kuat cemburu ek. =_=' Yang penting, best giler!!


Aku dapat tengok iklan cerita ni masa nak tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Dia kata cerita ni betul and ada saksi yang menceritakan benda ni. Pengalaman benar ek! Cerita ni tentang laluan Karak. Ayah aku cakap kitaorang pernah lalu tapi bukan waktu malam lah. Dulu pun, cikgu aku pun cakap laluan ni keras bila waktu malam. Adik aku pun dapat cerita yang sama. Jalan cerita dia, aku tak tahulah macam mana sebab belum tunjuk lagi. Rasanya bulan 5 nanti agaknya. Dan rasanya, diorang guna komputer juga untuk buat benda-benda halus tu. Dan diorang pilih Syahir AF untuk berlakon sekali. Entah dia boleh berlakon or tak. KRU ni kalau pilih artis lain daripada yang lain. Hehe..

Aku tak sure kalau ada lagi cerita yang KRU buat aku tak mentioned. Tak kisah lah.. Aku tak tengok.. Aku tengok ni je.. Hehe.. Tapi kontroversi berlaku bila orang Malaysia buat kecoh tentang cerita Magika. Diorang kata cerita tu takde originality. Terikut-ikut cara orang putih. Aik? Betul lah kan.. Memang orang melayu percaya soal orang bunian kan? Naga tu.. Memang orang zaman dulu percayakan kewujudan naga. Watak dalam cerita tu pun, cerita melayu. Pak Pandir, Mak Andih, Hang Tuah, Badang, Nenek Kebayan, Mahsuri and banyak lagi. Semua datang dari cerita Melayu kan? Lagu dia pun tak ciplak daripada lagu orang putih. Lainlah cerita lain tu.. Macam contoh cerita Sepi. Lagu 'aku bukan untukmu' tu datang daripada Indonesia tapi kita gubahkan lagu tu jadi rancak sikit and masukkan dalam cerita Sepi. So, still nak kata Magika takde originality? Teknologi? Salah ke nak guna teknologi yang sama? TV tu pun bukan Malaysia yang buat tapi orang luar. Kita reka pendrive je tapi negara luar guna juga.

Masa anugerah cerita paling best, Magika menang dan ramai tak puas hati. Ada cakap, 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' patut menang. Aku tergelak-gelak dah masa tu. Tolong jangan terasa ek Encik Mamat Khalid.. Ngee~ Bagi family aku, cerita tu lawak lah tapi aku dengan ayah aku duk setakat pandang je poster tu. Aku tengok sekejap pun cerita tu, terus tukar channel lain. Memang patut pun Magika menang. Aku tak tahu mana lawaknya cerita Hantu Kak Limah tu. Orang marah tentang cerita Magika. Takkan nak teruskan cerita cinta, hantu and komedi je? Bosanlah! Bila orang kata, Melayu tak maju, tahu pula nak marah.

Apa-apa pun, aku tetap tabik KRU sebab berjaya hasilkan cerita-cerita yang best seperti sekarang. Memang awal-awal, aku tak berapa suka sangat. Tapi cerita Magika dengan Hikayat Merong Mahawangsa memang best giler! Aku rasa memang patut Yusry buat cerita tentang soal sejarah. Adik aku yang tak suka sejarah pun dah mula bersemangat nak study sejarah. Lecturer aku sendiri cakap, dia tak dapat nak habiskan baca buku Hikayat Merong Mahawangsa ni so ni satu cara yang bagus untuk kita mengenali sejarah nenek moyang kita. Keep it up, KRU! Moga cerita yang akan datang ni menarik hati lebih ramai penonton! Chayok! Wassalam~

p/s :

sampai masa tibanya waktu

redup hati kamu berdua

bila dua jasad bersatu

hidup mati jadi bersama

Monday, March 14, 2011

Welcome Back, SPM

~Assalamualaikum wbt~

~Aku tahu, ramai yang duduk menyampah tengok tajuk entry ni. Haha! Guess what? I hate it too! Ngee~ Kalau sebelum ni, semua orang duduk tanya, macam mana exam? Okey? Tak pun, bila result keluar? Sekarang pun, orang selalu tanya, nanti nak sambung belajar kat mana pula? Dan soalan favourite antara semua, amacam result? Okey tak? Untuk pengetahuan semua, aku sangat-sangatlah menyampah akan soalan-soalan tersebut. Kuang3!

Yer.. Ramai dah tahu result keluar 23 Mac 2011. Ramai lah yang cuak. Aku? Entahlah.. Awal-awal, cuak sikit lah. Aku tahu, nanti aku akan jadi target. Sedihnya... Tapi sekarang, aku dah malas nak fikir. Aku pun dah kasi warning kat orang supaya jangan tanya soalan-soalan yang pening kat aku! Sebenarnya, aku tulis entry ni pun bukan sebab nak duk cerita pasal kecuakan budak-budak SPM 2010. Benda dah lepas, kenalah terima seadanya apa yang akan datang.

Motif aku yang sebenar ialah nak membebel kat junior-junior aku termasuk adik-adik aku sendiri. Kepada junior-junior, kalau korang face SPM ni betul-betul, mesti korang tak rasa cuak sangat macam kitaorang ni. Kitaorang ni cuak bukannya apa. Sebabnya, kitaorang ni memang kategori pemalas dan exam sangatlah susah tidak terkata! Huhu.. Jahat lak aku sebab takut-takutkan korang.. Ngee~

Aku nak ceritakan satu kisah benar yang betul-betul berlaku kat depan mata aku. Memang aku agak terkejut juga lah. Sesiapa yang berkenaan dan baca post ini, tolong jangan kecil hati okey. Aku bukan nak perli korang ke apa tapi sebenarnya, nak beri pengajaran sahaja dekat junior-junior kita ni. Masa aku PMR dulu dekat sekolah lama, semua orang tengah study dalam semua topik dan tumpukan lebih apa yang ditargetkan. Ada tu yang terlebih tumpu apa yang target. Ada juga sesetengah marah aku sebab tak baca lebih apa yang cikgu dah target tapi aku pekakkan telinga je. Kui3! Sebelum masuk, sempat lagi diorang duduk tanya sesama sendiri soalan dan jawapan. Aku pula blur giler masa tu. Tak faham pun apa yang diorang tanya. Senang cerita, apa yang diorang tanya, satu benda pun aku tak dapat jawab. Tapi entah macam mana dan Alhamdulillah, aku dapat skor dalam semua subjek. Dan mereka yang duduk target sangat, kurang sikit skornya. Itu kuasa Allah. Wallahualam.

Kejadian kedua, apabila aku nak ambil SPM. Aku paling malas nak study dekat orang ramai. Bising! Jadi, aku duduk kat tempat jauh sikit. Tapi makin lama, makin ramai pula orang. Dan bila diorang sampai kat tempat duduk aku, soalan pertama yang diorang tanya, "Tqah, ada soalan bocor tak? Takpun, ada soalan yang target tak?" Dan aku pun jawab, "baca je apa yang cikgu dah kasi." Memang.. Setiap pagi, macam tu lah rutin harian aku pada minggu SPM. Itu sikit je.. Ada lah masa petang tu, aku cakap kat member aku, "balik ni, aku ingat nak terus study agama lah.. Haisy! Full betul time.. Sempat ke nak study ni?" Dan memberku ini pun jawab, "aku rasa aku tak study terus kot. Nak rehat kejap. Aku tak tahu nak study apa sebab aku tak tahu soalan apa yang target." Dan masa tu, aku terdiam. Huh? Penting sangat ke soalan target tu? Jadi, kalau tak tahu soalan target, maksudnya tak nak study lah? Bukan kalau tak tahu, lagi nak study giler-giler ke?? Sangatlah pelik..

Aku tak tahu kenapa, orang percaya giler dengan ayat SOALAN TARGET! FYI, untuk sejarah, hampir semua cikgu dekat Malaysia target kerajaan Indus dengan kerajaan Hwang Ho keluar untuk exam sejarah. Tapi... Apa yang keluar? Kerajaan Mesopotamia dengan Mesir Purba! Betapa fobianya kitaorang kat dalam dewan tu. Itupun, nasib baik aku malam tu sempat study dua kerajaan tu. Nasib baik kebanyakan soalan dia KBKK. Aku pun bukan ingat sangat semua detail kerajaan tu sebab dah terbiasa buat latihan yang sama setiap minggu dengan cikgu. Add math pun, tajuk Integration sepatutnya soalan tak wajib dalam kertas 2. Tapi tahun 2010, orang kementerian jadikan soalan tu WAJIB! Aku dahlah tak mahir dalam tajuk tu. Kesedihan yang amat sangat..

Sebenarnya, main point aku kat atas tu, jangan percaya sangat dengan soalan target ni. Ini hanya target. Macam nak buat shot lah kat papan target. Kita nak dapatkan tengah-tengah tapi dapat kat tepi pula. Tak semestinya apa yang kita target tu dapat. So, kepada junior batch SPM 2011, baik korang study dari sekarang. I'm serious. Jangan main-main. SPM ialah penentu masa depan korang.

Ada pula yang cakap, "Aku terpaksa harapkan soalan target. Aku bukan pandai macam kau." Jangan tak percaya kalau ada orang cakap macam tu kat korang sebab aku pernah kena. Dan jangan pula tak percaya yang aku sangat-sangatlah benci dengan ayat tu especially ayat yang kedua. Tahu tak Allah swt telah mencipta hamba-Nya dengan akal sebanyak setitis air lautan? Dan Allah swt memberi keadilan kepada hamba-Nya. Bermaksud?? Kita semua ni sama! Tapi pilihan kita nak gunakan akal kita ni macam mana.

Biar aku cerita kisah lama aku dulu. Masa aku kat sekolah lama, aku sangat-sangatlah tak suka study dan memang banyak bermain. Aku memang pemalas sangat dan apa yang mak ayah aku leter pun, aku buat derk je. Kenapa aku malas? Entahlah.. Mungkin sebab aku suka hidup seronok kot. Tak suka benda yang menyusahkan. Kiranya, aku ni macam Shikamaru lah.. Bagi aku, semua benda tu leceh. Satu hari, aku ada crush on a guy. Memang, aku banyak berangan. Mereng kan aku? Mak aku pun dah berbuih mulut nak leter anak daranya yang sorang ni. Sampai satu masa, guy tu dah kecilkan hati aku. Ada budak kelas aku perli dan kutuk aku. Memang.. Aku sedih sangat.. Ditambah lagi masa exam mid-term, aku dapat result teruk sebab aku demam denggi. Bertambahlah ayat kutukan dekat aku ni. Nasib baik kawan-kawan aku ada walaupun bukan sekelas. Dan ketika itulah aku mendapat kesedaran dan belajar demi nak buktikan aku bukanlah seperti yang diorang sangkakan. Maaf sebab terpaksa bagitau ni.. Aku bukan nak bajet.. Dengan usaha aku, Alhamdulillah, aku berjaya mendapat 8A dalam PMR. Masa nak ambil result, memang aku terdiam terus dan aku rasakan slip periksa tu salah.

Memang.. Orang macam marah aku sebab aku pindah sekolah. Sekolah yang aku pindah pun bukannya SBP, bukannya MRSM, apatah lagi sekolah kluster dan cemerlang. Sekolah yang aku pindah, hanya sekolah biasa dengan guru-guru dan pelajar-pelajar yang baik dan menghargai aku. Bagi junior-juniorku yang tak dapat result cemerlang masa PMR, takpe.. Sesiapa junior-juniorku yang tak dapat tawaran pergi mana-mana, takpe.. Yang lepas, tetap lepas.. Yang akan datang harus dipandang. Sekolah bukanlah peranan untuk kita cemerlang tetapi diri kita sendiri.

Bagi junior-junior di sekolahku, janganlah rasa rendah diri. Banggalah dengan nama sekolah kita. Diorang semua takde hak nak memperlekehkan kita. Korang ada cikgu-cikgu yang betul-betul bersemangat untuk mengajar kita. Jadi, hormatilah cikgu-cikgu. Minta maaf kepada cikgu-cikgu. Janganlah kutuk-kutuk cikgu. Itulah penting sebab cikgu yang beri kita ilmu. Dan ilmu itu datang daripada Allah swt maka janganlah lupa untuk beribadat kepada-Nya setiap hari. Maka Allah swt akan memberkati ilmu kita. Jangan pula derhaka kepada Ibu Bapa kerana mereka yang menampung perbelanjaan pembelajaran kita. Dan paling penting, hormati diri sendiri dan jangan hanyut dengan keindahan duniawi kerana keindahan itu hanya sementara. Wassalam~

p/s : Percaya or tak kalau result mid-term aku masa form 3, ade 3fail?? And percaya or tak, sebelum PMR, aku lah satu-satunya student kemahiran teknikal yang dapat C dengan D untuk subjek KHB?

Benarkah Kiamat Semakin Hampir?

~Assalamualaikum wbt~

~Tengah aku sibuk kemas-kemas kat tempat kerja, dua orang kawan aku ni entah kenapa tiba-tiba berdebat pasal tsunami dengan gempa bumi. Aku buat tak tahu dan malas nak masuk campur. Sorang kawan aku tu datang dekat aku and tanya, "Tiqah, kat Jepun berlaku tsunami ke gempa bumi?" Aku pun fikir kejap and jawab, "Dua-dua.. " Haha! Dua-dua kawan aku salah! Sorang cakap gempa bumi. Sorang cakap tsunami. Last-last aku menang! Yeay!

Cop! Ni bukan nak cerita siapa menang, siapa kalah. Picture kat atas ni aku colik daripada facebook member aku. Sori ek! Hehe.. Sebab aku malas nak cari picture kat google, lebih-lebih lagi connection sekarang memang menggiler! Kalau dulu, mak aku cerita tentang kejadian banjir besar dekat Australia yang bagaikan zaman Nabi Nuh. Sekarang ni pula, berlaku gempa bumi dan tsunami yang betul-betul dasyat dekat Jepun.

Ada yang cakap, Allah swt hendak beri kesedaran kepada manusia supaya bertaubat kepada-Nya. Ada yang cakap, Allah swt hendak membalas dosa yang telah dilakukan oleh orang Jepun. Tapi ada juga yang cakap, tu adalah tanda-tanda kiamat semakin hampir.. Kenapa? Sebelum Dajjal keluar, akan berlaku satu bencana besar yang akan menghancurkan segala teknologi yang ada sehinggakan kita terpaksa hidup seperti zaman-zaman dahulu. Sekarang ni, apa yang korang nampak? Tanda kecil dah habis. Sekarang ni, macam-macam bencana berlaku dan saat yang dinanti-nantikan akan tiba.

Ada yang bajet sikit (jangan terasa ek.. hehe), "alar.. kita kat Malaysia. Takde kena bencana punya lah.." Yakinilah ayat ni.. Maka Allah swt tahu segalanya apa yang kita tidak tahu. Dulu tahun 2006, berlaku tsunami dekat bahagian utara. Lepas tu, berlaku pula banjir teruk di Johor. Kita takkan tahu apa yang akan berlaku kerana Allah swt mampu melakukan segalanya. Tengok Nabi Isa as. Allah swt mampu membuatkan Maryam melahirkan Nabi Isa as walaupun tanpa bapa. Kalau macam tu, punya senang nak buat, apalagi bencana alam kat dunia?

Percayalah bahawa kiamat semakin hampir. Aku tak tahu kenapa tapi aku betul-betul yakin. Ada sesuatu yang berlaku malam tadi. Mungkin bagi korang, benda tu remeh apa yang terjadi tapi bagi aku, bukan. Allah swt sudah berikan pelbagai tanda dan hanya kita sahaja yang mampu mengubah diri kita. Jangan fikir kalau dah solat lima waktu tu boleh selamat ek.. Kalau orang alim ulama sendiri boleh terjatuh dengan tipu daya Dajjal, apalagi kita ni. Yang penting, iman kita kena kuat. Ingatlah, hanya 12000 lelaki dan 7000 perempuan sahaja yang beriman pada hari kiamat nanti. Yang dah ade pakwe or awek, jangan duk dating je ek.. Hehe.. Pergi buat amalan sama-sama. Kepada yang dah bersuami isteri, sentiasalah menyokong antara satu sama lain. Moga Allah swt melindungi kita semua, Insya-Allah.. Amin.. Wassalam~

p/s : Impian aku nak pergi Makkah.. Siapa boleh sponsorkan? Huhu..

Friday, March 11, 2011

Cinta? Apa Benda Tu?

~Assalamualaikum wbt~





~Aku sebenarnya tak suka nak berjiwang-jiwang bagai ni. Beb! Aku tak layan lah.. Sebenarnya, aku buka cerita ni pun sebab mana aku pergi pun, wujud perkataan ni. Paling tepat, COUPLE??? OMG! Yang ni paling famous. Aku pergi dekat mana-mana orang pun mesti diorang cakap pasal pakwe or awek diorang. Urgh! Benda yang sama setiap hari.

Tolong jangan terasa okey. Aku bukan nak kutuk budak-budak yang bercouple. Lagipun, banyak kenalan aku yang bercouple. Most of all, aku sendiri pun pernah bercinta walaupun tak couple. Tapi yang aku pelik, kenapa lepas habis SPM je, semua budak akan couple? Macam lepas SPM je wajib couple!

Okey guys. Maybe korang rasa pelik yang aku ni tak pernah couple sejak aku lahir lagi. Fine.. Ikut lah korang nak kata apa. Nak kata aku tak laku ke. Nak kata aku lesbian ke. Kutuk.. Kutuk.. Aku yang dapat pahala korang.. Hehe.. Takdelah.. Gurau je.. Aku bukan tak pernah couple sebab aku tak laku. Aku tak pernah couple sebab aku memang tak nak couple. Ish! Tqah! Kenapa kau cerita pasal diri kau ni? Boringlah diorang!

Aku bukan nak nasihat orang tapi ni sekadar nak sebarkan ayat mak aku yang hampir setiap hari aku kena dengar. Yeay! Korang kena bebel sekali kiranya ni! Hehe.. Masa kecil-kecil, Mak aku selalu cakap, 'kamu kecil lagi. Tak matang lagi nak bercinta-cinta ni. Belajar dulu. Nanti dekat universiti, ramai lagi lelaki baik dan pandai yang kamu boleh jumpa." okey.. Maybe korang akan cakap, 'alar.. aku dah habis sekolah lah.. Kira aku dah boleh bercinta lah sekarang.'

Cukup dengan ayat brutal aku ni. Kita be serious. Walaupun aku tak tahu nak start dari mana tapi korang dengar je lah. Memanglah cinta tu bagi sesetengah orang indahlah bagai walaupun aku sendiri pun tak faham kat mana indahnya tu. Tapi bagi sesetengah orang, teruklah bagai walaupun aku sendiri pun tak tahu kat mana teruknya tu. Haa!!! Ni yang bagusnya bila tak bercinta and couple! Tak rasa seksaan! Sebab tu lah aku always happy go lucky! Hehe.. (Tqah dah menggila balik)

Back to the point! Ada lah sorang kawan aku ni bercouple. Senang cerita, dia memang selalu couple. Sekarang ni, bila dia dah tak nak couple, dia macam dah tak terurus. Aku pun tak faham kenapa so aku sendiri merujuk kepada mereka yang dewasa lagi matang. Orang tu cakap mereka yang bercouple ni, diorang akan rasakan satu perhatian yang special dan bila perhatian tu dah takde, diorang rasakan diorang tak boleh hidup tanpanya. Lepas tu, aku jawab, 'kan ada famili dengan kawan-kawan. Perhatian tu kan dah kira cukup..' Bagi mak aku pula, ada sesetengah orang hanya nak satu kasih sayang daripada luar sebab dia takde terima kasih sayang daripada dalam. Tu sebab bila dia tak dapat kasih sayang daripada luar juga, dia rasakan hidup dia ni macam takde makna. Wow... Betul ke wahai kawan-kawanku yang sedang bercouple kini??

Suatu hari, aku pernah tanya, 'mak, kenapa ramai orang suka curang ek sekarang?' Mak aku pun jawab, 'sebab bila usia muda ni, susah untuk kita tetapkan perasaan kita pada satu orang je. Tu sebabnya banyak kes yang curang. Contohnya, kamu jumpa orang yang baik masa waktu sekolah. Tiba-tiba kamu jumpa orang yang lebih baik masa kamu masuk universiti. Mesti kamu suka kat dia dan dalam masa yang sama, kamu dah curang dekat boyfriend kamu tu.' Ada pula yang cakap, 'sebab dia nak perhatian. bila lelaki tu tak beri perhatian yang kita nak, kita akan cuba cari perhatian yang lain pula. Tu sebabnya ramai yang curang.'

Di hari yang lain, aku pernah 'dilamar' untuk bercouple. Ceh! DILAMAR??? Ayat tak boleh blah! Haha! Aku memang was-was. Nak terima ke? Aku dah habis sekolah. So, takkan aku nak bagi alasan nak tumpu studies? Nak jawab apa ni? Aku pun pergilah tanya mak kesayanganku itu. Dan mak aku jawab, 'mak tak halang kamu kalau kamu nak bercouple. Tapi bagi mak, lebih baik kamu berkawan dengan dia. Tengok macam mak dengan ayah. Kawan sampai 7tahun tau. Kami tak pernah bercouple. Kami memang berkawan baik sangat. Kalau kamu perasan, kawan-kawan kamu yang bercouple, kalau putus je mesti diorang akan bergaduh dan takkan cakap lagi. Tapi kalau gaduh dengan kawan-kawan? Mesti kamu berbaik balik kan? Tu bagusnya kamu berkawan daripada bercouple. Lagipun, kenal lah hati budi dia dulu. Berkawan tu lagi seronok daripada bercouple.' oh yes.. Aku sangat setuju dengan mak aku!

Korang maybe fikir aku anak emak kan? Or maybe, korang tak terfikir tapi lepas aku cakap, 'anak emak', baru korang terfikir an? Adoi.. Aku dah pening! Huhu.. Memang, aku ikut cakap mak ayah aku.. Diorang tak kasi aku couple, aku akur.. Bukan sebab aku anak emak je tapi sebab aku tahu, kepentingan pelajaran dulu berbanding couple masa aku zaman sekolah dulu. Bila aku dah habis sekolah, aku rasakan diri aku ni langsung tak bersedia untuk bercouple. Bila setiap hari aku nampak kawan-kawan aku bercouple dan sesetengahnya terseksa angkaranya, aku rasakan yang selayak-layaknya mendapat cinta aku hanyalah suami aku sendiri. Dan itulah prinsip aku kini, 'no love till akad.'

Aku tak kisah kalau korang nak couple. Dan untuk entry ini, aku tak nak masukkan bab-bab agama. Aku tahu korang pun dah tahu semuanya. Dan paling penting, aku tak nak korang anti- Islam. Yang penting, jagalah batas antara korang yang tengah hangat bercinta. Cukuplah zina hati. Jangan menambahkan dosa lagi. Aku sendiri pun dah terjebak kepada zina ni. Cukuplah dosa ini. Jangan ditambah dengan zina mata, zina tangan dan lain-lain.

Paling penting, janganlah korang anggap kitaorang ni budak ketinggalan zaman. Bukannya kitaorang ni tak laku. Bukannya kitaorang ni takde nafsu. Bukannya kitaorang ni tak nak mencintai dan dicintai. Tapi kitaorang tahu siapa yang paling berhak mendapatkan cinta kitaorang. Yang paling penting, kitaorang mencintai yang selayak-layaknya dicintai. Siapa???? Hisy! Buat tak tahu pula. Allah swt lah.. Dia tetap mencintai kita walaupun adakalanya, kita sering terlupakan-Nya. Apa guna kekasih kita ni kan? Allah swt tak kisah pun kita nak cinta suami kita, family kita, kawan kita, cikgu kita, pets kita and banyak lagi asalkan kita tetap cintakan-Nya. Tapi kita buat tak? Kita setia tak? Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui. Wassalam~
p/s : Aku asyik ternampak orang yang sama..

Thursday, March 10, 2011

Saje Jer Nak Membajet. Hehe

~Assalamualaikum wbt~

~Aku sebenarnya bosan giler. Member-member semua dah tidur. Yelah. Budak-budak PTPL ramai yang pergi Melaka esok and diorang kena tidur awal. Kalau tak, memang kecoh facebook ni! Aku try pula lukis-lukis. Sebenarnya, aku berniat nak tinggalkan lukis-lukis ni tapi Nana menjadi semangatku untuk melukis balik. Thanks Nana! ^,^

Tapi lama punya lukis, semua tak menjadi! Huhu.. Last-last, aku dah penat and stress, aku pun stop melukis. Kalau melukis dalam keadaan macam tu pun, tak menjadi juga kan. And so, sebab aku dah bosan sangat ni, aku pun sengaja lah nak tunjuk semua lukisan aku yang ada.


Ni Gaara masa kecil. Rasanya aku lukis dalam hujung bulan tahun 2008 kot. Entah lah.. Aku pun tak ingat. Tapi masa ni, memang aku terasa sedih and dalam banyak-banyak lukisan yang aku lukis, yang ni je yang menjadi. Walaupun agak tak lawa and lukisan langsung tak macam professional tapi ada aku kisah? Huhu..




~Gambar ni pula masa aku tengah bosan. Lukisan ni aku lukis masa hujung tahun 2010. Dulu, aku pernah cuba nak lukis Sasuke tapi tak menjadi and aku cabar diri aku untuk lukis Sasuke. Dalam 3 try out kot, akhirnya, berjaya gak lukis.

Terang lagi bersuluh, ni Yuna walaupun 100% takde rupa! Hehehe.. Aku lukis anime je pandai. Lukis manusia betul memang sah tak menjadi! Ngee~ Tapi aku lukis je lah and post dekat wall fan page Yuna. Alhamdulillah, ramai yang suka. Tapi Kak Yuna? Wallahualam. Banyak sangat picture dekat fan page tu. Entah sempat ke tak Kak Yuna dapat tengok.

Lukisan ni baru je aku lukis lepas Nana explain tentang lukisan ni hidup. Sebenarnya, lukisan ni aku ambil dari lukisan komik. Masa ni, budak perempuan ni sedih sebab dia rasa tak mungkin dia dengan lelaki tu dapat bersama. Sebab dah dapat inspirasi tu, aku pun berjaya juga lukis. FYI, ni first time aku lukis anime selain naruto. Huhu.. Tu sebabnya picture ni agak buruk. Lagipun, masa ni tangan aku baru kena inject. So, tangan agak sakit and cramp. Akhirnya, macam ni lah lukisan aku.

Lukisan ni pula aku lukis petang tadi. Sebenarnya, aku tiru lukisan Nana. Tapi lukisan Nana jauh lebih lawa and wataknya perempuan. Sebab aku try nak buat originality, aku ubah kepada watak lelaki. Kebetulan, dia pakai earphone. Cop! Cop! Bagi budak PTPL, mesti ada yang fikir budak ni siapa kan? Jeng3! Aku takde niat pun nak lukis dia. Tengok! Rambut kan tak sama! Hehe.. Earphone tu pula, aku cuma kenal yang ada sarung bentuk bintang je. Yang skull, tak ingat.. Ngee~ Tapi aku punya suka lah nak lukis apa! :P

Sebenarnya, banyak lagi lukisan tapi banyak dah hilang and aku malas nak ambil gambar.. Huhu.. Lagipun, cukuplah lima ni kan? Buat apa nak tunjuk banyak-banyak? Penat korang nak tengok. Hehehe.. Apa-apa pun, sekarang aku still nak mencuba lukis sampai jadi terer macam Nana! Thanks Nana sebab kasi aku lukisan-lukisan kau! Lawa giler! Aku akan usaha sungguh-sungguh! Chayok! Wassalam~

Wednesday, March 9, 2011

Nak Nasihat Orang Tapi Diri Sendiri Pun Silap

~Assalamualaikum wbt~



~Aku sebenarnya tak nak tulis pasal benda ni sebab aku takut aku sendiri pun yang tersilap. Tapi bagi aku, benda ni pentinglah juga demi agama kita juga. Kalau korang masih ingat tentang update aku yang dulu dalam link nie, http://farhana93.blogspot.com/2011/01/tudung-yuna-tudung-labuh-tudung.html Dalam entry ni, aku lebih kepada mengajak kaum wanita Islam untuk memakai tudung walaupun bukan dalam cara paksaan dan segera. Tapi apa yang aku baru jumpa baru-baru ni ada sebuah blog juga membuat entry yang sama tapi isinya yang berlainan daripada apa yang aku cerita.

Dalam blog dia, ada juga lah gambar yang serupa dengan aku and dia pun baru je update entry tu. Bila aku baca, memang ada betulnya. Of course, pakai tudung yang tak tutup bahagian dada tu salah. Betul kalau perempuan melunakkan suara dia ( senang cerita, menyanyi ) tu salah. Memang betul apa yang dia cakap tapi bagi aku, apa yang dikatakan dalam blog dia, cuma akan menjauhkan orang-orang Islam daripada Islam. Bagi yang kafir, diorang akan cakap Islam ni cuma tahu haram je.

Memanglah hidup ni sementara. Memang kita takkan tahu bila tarikh RIP kita. Tapi bukan ke try sikit-sikit lagi baik daripada tak try langsung? Kita boleh expect ke someone untuk terus berubah dengan sekelip mata? Kalau orang merokok, tak mungkin dalam satu saat je diorang boleh stop merokok.

Dan, apa salahnya remaja sekarang menjadikan artis diorang idola walaupun artis pilihan diorang, takde lah baik mana. Okey fine. Macam aku sendiri, artis pilihan aku Yuna. Dia bertudung dan tutup aurat walaupun menyanyi. Itu kan lagi baik daripada pilih artis barat macam contoh, Lindsay Lohan yang mabuk kepayang je? At least, artis ni buka hati remaja untuk pakai tudung walaupun tak menepati syarak? Kenapa nak kata artis nie macam sesatkan umat Islam? Sebenarnya, diorang pun macam kita juga. Jadi, adakah kita yang langsung tak pakai tudung ni jauh lebih teruk daripada artis ni?? Sekarang ni, orang dah silap tafsir.

Memang.. Aku bukannya baik mana. Aku tak layak nak menegur orang. Tapi memang betul kan? Mencuba benda yang kecil lagi baik daripada tak buat langsung. Lagipun, hukum hakam semua di tangan Allah swt. Macam Nabi Muhammad saw sendiri pernah bersabda kalau mereka yang jaga akhlaknya walaupun bukan pada solatnya tu lebih baik berbanding mereka yang jaga solat tetapi bukan akhlaknya. Yang ni, aku dengar daripada mak aku ek.

Most of all, janganlah tumpu haram-haram je. Siapalah kita ni nak menentukan hukum hakam Islam? Hanya Allah swt yang lebih mengetahui. Sebenarnya, aku post entry ni sebab komen aku tak dipaparkan kat blog orang tu. Tak tahulah dia tak approve atau ada masalah teknikal tapi sebab aku malas nak taip balik, and so, aku tulis je lah kat sini. Apa-apa pun, sebelum nasihat orang, kita perbetulkan diri kita dahulu. Wassalam~

Monday, March 7, 2011

Suka Bola Sepak?? Mari Baca Ni!

~Assalamualaikum wbt~
~Hari ini, aku pergi kelas bahasa Inggeris macam biasa. Dan macam hari biasa, aku jumpa orang sama cuma sorang je anak kawan ayah tak datang. Kenapa? Manalah aku tahu. Hari ni, sir nak buat aktiviti story telling. Kitaorang boleh cerita apa-apa cerita yang interesting dalam hidup kitaorang. Dan sir pilih Faliq sebagai pencerita pertama. Faliq cerita tentang blog dia yang semuanya tentang bola sepak.
Aku malas nak cerita intipati blog dia sebab memang panjang giler and aku sendiri dah pun pergi jenguk blog dia. Faliq ni dah banyak juga interview pemain-pemain bola sepak Malaysia and setiap minggu akan rajin pergi stadium untuk cari maklumat baru untuk blog dia. Paling penting, dia cari duit melalui blog. Best kan? Hehe..
Sebenarnya, aku tulis entry ni bukan apa pun. Aku just nak bagi link je untuk mudah korang pergi jenguk blog dia. So, sesiapa yang minat bola sepak, korang pergilah ke link ni. http://faliqfirdaus.blogspot.com/ Baik kan aku? Pergi promote blog orang. Hehe.. Takpe.. Dapat pahala. Enjoy reading his blog okey! And did you know that he already had thousands of readers? I mean, lots and lots of readers. Well... Wassalam~

BFF?? Wujud Ke?

~Assalamualaikum wbt~


~Ramai orang suka guna ayat ni, we're BFF for life! Okey. Apa maksud BFF ni? Selalunya kaum perempuan lah guna ayat ni. Kalau lelaki?? Mesti korang rasa macam pelik kan? Haha. B~est. F~riend. F~orever. Maka wujudlah perkataaan BFF ni. Tapi betul ke betul-betul wujud?

Pernah sekali aku pernah cakap dengan Maksu aku. 'Kakyong dengan dia memang rapat. Macam BFF lah.' Lepas aku cakap macam tu, maksu aku terus cakap, there's no such thing as BFF.' Haa... Pe cer ni agaknya?? Kenapa maksu aku cakap macam tu?? Meh! Sama-sama kita baca cerita seterusnya.

Masa Maksu aku still di sekolah rendah, dia ada seorang BFF ni. Memang dah bertahun-tahun diorang kawan and memang giler rapat and Maksu memang percaya dengan kawan dia yang sorang ni. Satu hari, Maksu dipanggil ke bilik pengetua. Maksu memang pelik tapi dia pergilah juga. Bila sampai je, nampak pengetua dengan BFF maksu. Bertambah peliklah maksu. Ni conversation diorang.

Pengetua : Have you ever seen this wallet before?

Maksu : No.

Pengetua : Are you sure?

Maksu : I swear, I've never seen this wallet.

Pengetua : Is this your friend?

Maksu : Yes, she is.

Pengetua : Well, she told me just now that you stole this wallet.

Haa... Jeng3! Ni cerita baru sikit tau. Banyak lagi tapi aku dah lupa. Hehe.. Tengok! BFF pun buat macam tu dekat BFF sendiri. Sejak tu, Maksu tak berkawan lagi dengan dia. Bila semakin besar, Maksu memang tak pernah pegang perkataan BFF ni. Memang kawan tu ada tapi bukan BFF. Even cousin aku yang umur 23tahun sekarang ni tak percaya dengan kewujudan BFF. Cerita dia, aku tak tahu sebab dia tak cerita. And guess what? Aku sendiri pun tak percaya dengan BFF.

Aku rasa, kawan-kawan sekolah aku ramai yang tahu aku target dekat siapa. Ye lah. Kalau dulu, selalu je bersama-sama. Bila dah nak akhir sekolah, macam tak boleh jumpa. Tapi lagi baik aku simpan aje lah nama dia and cerita dia demi kebaikan semua orang juga. Aku pun sebenarnya dah penat nak terus melayan benda remeh. Apa-apa pun, aku layan semua orang sama. Kalau nampak aku rapat tu, maksudnya aku anggap as a good friend. Yang lain-lain, hanyalah friend.

Sekarang ni, bagi yang girls, ambil je lah lelaki sebagai contoh. Diorang berkawan dengan semua orang. Baru je sesaat kenal, dah macam kawan baik pula. Tapi diorang mana ada pegang prinsip BFF ni. Dengan semua orang pun diorang berkawan. Tu sebab aku suka jadi member dengan lelaki ni. Tak payah nak fikir benda remeh. Hehe.. Aku bukan bergatal okey!

Kalau korang memang tak boleh hidup sangat tanpa BFF, and so jadikanlah mak korang as BFF. Or your sister. Or you cousins. Macam aku sendiri, BFF aku is my family. Almost most of them. Tapi yang paling aku percaya is my mom. As my maksu said, ' a family always be a family but a stranger always be a stranger.' So, janganlah terlalu pandang tinggi sangat dengan member okey sebab family comes first. Sekarang, maybe korang tak nampak tapi suatu hari, yang membantu korang susah ialah keluarga. Ingatlah BFF tak pernah wujud. Nanti bila akhirat, siapa yang akan selamatkan korang dari neraka??? Of course, family. Tak percaya? Okey.. Okey.. Doa siapa yang akan Allah makbulkan di dunia? Ibu bapa. Doa siapa yang akan Allah terima apabila kita di kubur? Anak yang soleh dan solehah. Ada tak nama BFF kat sini? Takde an? So, you decide. The choice is yours. Wassalam~

Meh Kita Kerja!

~Assalamualaikum wbt~
~ Pada minggu lepas, aku akhirnya diterima kerja kat Kenny Rogers Roasters. Kalau nak cari aku, redah lah semua KRR yang ada kat bumi ni ek.. Huhu.. Sebelum kerja, aku memang pelik. Facebook aku penuh dengan orang mengamuk pasal kerja ni especially diorang yang baru lepas habis spm. Memang bila first day kerja, aku rasa berdebar giler! Teruk sangat ke kerja ni?
Awalnya aku kerja, sir suruh aku cuci pinggan. Memang tak banyak sangat and so, aku buat je lah apa yang patut. Hari pertama kerja memang banyak silapnya. And ada lah rasa malu tu tapi nak buat macam mana. First beginner kan. Sir pun dengan baiknya cakap takpe sebab dulu pun dia macam tu. Baik kan sir? Hehe..
Bila hari kedua kerja, aku angkat pinggan daripada meja customer. Ada lah juga yang tak berapa elok perangainya and ada juga yang okey tapi aku tak kisah pun. Marah pun tak. Sebab aku dah biasa dengan perangai camtu dengan adik aku.. Huhu. Bagi aku, customer always right! Bila customer complaint, aku dengar je. Senyum and buat yang baru. Bila aku tersalah cakap tentang menu, aku cepat-cepat minta break and lari pergi surau! Jahat an aku? Hahaha! Tapi sir tak pernah marah! Hip! Hip! Hooray!!
Lama-lama kerja, aku rasa seronok pula walaupun memang pack betul masa. Break pun dalam masa 30minit je tapi selalunya, aku break kejap je. Aku tak suka duduk lama-lama. Buat malu je. Sekarang, aku dah okey pun jadi server dengan steward. Memang ramai naik benci and menyampah jadi steward ni tapi aku tak kisah pun.
Bagi yang tak pernah kerja, mesti korang pelik kan apa tu steward? Server mesti korang tau kan? Hah? Tak tahu??? Jadi pelayan lah! Adoyai.. Steward pula? Selalunya, orang baru macam aku ni jadi steward. Selalunya, steward kena basuh pinggan mangkuk and lap sudu garfu. Kalau server lain busy, steward kena angkat pinggan mangkuk dari table customer. Awalnya, memang aku takut jadi steward ni. Bukannya apa. Takut pecah. Kena ganti tau! Tapi sir tak kisah.. Hehe.. Kalau miss, huhu.. cari maut! Lama-lama, kita akan rasa yakin nak pegang dengan cara paling bahaya pada pinggan yang maha besar and berat tu! Kui3! Sesiapa jadi steward pada waktu pagi and petang, untunglah. Tapi yang malam??? Jeng3! Selalunya, steward yang kerja malam ni akan busy giler selama 1jam! Dia kena habis cuci semua pinggan mangkuk, semua bekas untuk letak makanan, bersihkan ruang yang ada sisa makanan kat dalamnya dan bersihkan bilik cuci pinggan tu. Hah.. Tu lah kerja aku yang setakat ni dah buat selama dua hari.
Penat??? Penat memanglah penat. Balik pun dalam pukul 11malam. Kadang-kadang, kaki terseliuh sebab jalan sana sini and tak duduk pun. Kadang-kadang, belakang sakit sebab cuci pinggan. Kadang-kadang, migrain and perut masuk angin. Tapi ni hal kecil je. Dulu kat sekolah pun macam ni juga so aku memang tak kisah sebab dah biasa.. hehe.. Sekarang pun tengah migrain ni.
Gaji pula? Lumayan beb! Jeng3! Nak tau? Nak tau? Tak payah lah tau.. Den tak nak riak.. Huhu.. Memang aku kisah giler pasal gaji tapi bila dah kerja ni, cerita pasal gaji tak pernah terlintas pun dalam otak aku. Fikiran aku tertumpu pada kerja je. Oh yes! Aku serius dalam kerja walaupun ada setengah orang tengok aku ni macam main-main je. Huhu. Tapi bagi aku, kerja ni satu amanah and aku kena selesaikan amanah tu dengan successfully! Bila kerja tu tak siap, rasa tak kena betul! Bila siap, fuh! Memang terasa puas yang amat!
And so, bila dah seminggu kerja ni, aku rasa kerja takdelah teruk macam orang cakap kat facebook. Memang customer banyak ragam tapi biasalah macam tu. Kat luar sana, kerja jauh lagi teruk berbanding sekarang. Kalau jadi promoter, senanglah kerja berbanding kerja macam aku ni. Sebenarnya, kerja yang aku buat sekarang ni kira biasa je. Server?? Aku pernah jadi server. Server kat adik aku masa kecil-kecil. Hehe.. Kitaorang suka main masak-masak. Aku selalu jadi tukang masak and adik-adik aku jadi customer. Lepas tu, kalau korang tahu game 'Dinner Dash', game tu memang serupa dengan kerja aku sekarang. Kalau lambat, pelanggan marah. Kalau pelanggan tu family, mesti meja kotor. And so, kena buat kerja dengan cepat and cekap!
Jadi steward pula? Senang cerita. Siapa yang rajin tolong mak ayah dia dalam kerja rumah, mesti tak ada pr0blem jadi steward. Masa bibik aku bercuti balik Indonesia, akulah yang sorang-sorang kena basuh pinggan and kemas rumah. Well, aku dah biasa and so, aku tak kisah buat kerja-kerja steward ni. Hah? Nanti kulit mengelupas? Jap! Aku check! Takde pun.. Tengok jari aku. Clean and clear! Haha.. Bila cuci pinggan ni, mesti selalu pegang sabun an? Bertambah bersih tanganku! Ceh! Hahahahaha. Just make sure jangan guna banyak sangat sabun lah. Cairkan cecair tu dengan air. Mesti tangan korang tak mengelupas.
Paling penting, bila kerja macam ni, dapat makan free tau! Hip! Hip! Hooray!!! Bila isnin-khamis, kitaorang dapat makan 3side dish, muffin and soft drink. Kalau jumaat-ahad, kitaorang dapat makan ayam, 3side dish, muffin and soft drink! Selalunya, server selalu buat air guna blender secara berlebihan. Dah lebih, kena buang pula. Dan sebelum, air tu dibuang, aku tuanglah kat dalam cawan and minum! Sedap tau! Especially when it's chocolate! Eh? Tak kotor tau!
Selalunya, air dalam blender tu terus letak dalam cawan. And so, sebelum ia diletakkan ke dalam sinki, kitaorang ambil and minum lah.. Huhu.. And don't worry. Ada break lah. 30minit break!
Tak kira lah korang kata kerja ni penat lah, menyusahkan lah, pelanggan ngok ngek ke apa. Aku tetap cakap, kerja ni best! Lagipun, kalau benda kecil ni pun korang dah mengeluh, apa lagi kerja yang betul-betul tetap kat luar sana. Sekarang ni, just guna tenaga je tapi kat luar, kena guna otak and jauh lebih memenatkan. Lagipun, bagi gadis-gadis yang tak suka buat kerja di rumah, kerja je lah kat luar. Nanti tangan kasar. S0, bakal suami akan yakin korang sangat rajin di rumah. Huhuhuhuhu.. Ingat, kerja tu bawa berkat. And so, kalau malas duduk rumah je, baik kerja! Dapat duit! Dapat member baru! Dapat pengalaman! And dapat makan free!!! :D Wassalam~

Tuesday, March 1, 2011

It All Began At The PD Sanctuary

~Assalamualaikum wbt~


~PTPL anjurkan sebuah kem kat PD Sanctuary untuk pelajar-pelajar lepasan SPM macam aku ni. Campur budak fotografi, multimedia dengan ICT4U, sebanyak 33orang pelajar join kem ni. Aku cuma cerita kejadian-kejadian yang berlaku kat sini. Kalau nak buat karangan berpanjang lela, memang tak cukup tempat rasanya. Okey guys! Enjoy baca okey! :)
PERISTIWA PERTAMA
Dari kolej PTPL ke PD, kitaorang naik bas. Aku ingatkan bas uncle kat sekolah aku yang dapat mengalahkan roller coaster tapi bas ni lagi dasyat. Mak ai! Rasa mual and pening betul! Masa tu, aku cuma dapat fikir bila nak sampai ni!! Uncle ni pula lalu kat rantau. Jauh lah.. Lalu lah kat Mambau. Dapat juga tengok sekolah.. Huhu.. Bas pula dah teranjak nak pergi Melaka pula! Haisy!
PERISTIWA KEDUA
Dah sampai and dapat kunci bilik, kitorang pun konvoi sama-sama mencari apartmen kitaorang. Well, kitaorang yang girls pula yang lead dulu. And yang lain pun ikut tapi kitaorang entah tersesat ke mana! Argh! Aku penat ni! Nak campak beg lepas tu, landing atas katil! Akhirnya, ada juga akak yang sudi membantu. Haih.. Nasib baik..
PERISTIWA KETIGA
Punya tak sabar nak masuk bilik! Bila masuk, kira okey lah biliknya. Tapi bila masuk je bilik tidur, terkejut aku katil tingkat atas kotor! Wuuaa! Nak nangis!!! Katil tingkat bawah dah orang cop. Sedih.. Sedih.. Tak jadi nak landing. Tapi C rajinlah juga bersihkan bilik air yang agak berhabuk. Okeylah.. Senang sikit nak masuk toilet. Thanx!!
PERISTIWA KEEMPAT
Kitaorang disuruh masuk ke dewan. Masuk masuk je, nampak envelope dengan satu bekas yang ada isi kek tapi sebenarnya gulungan napkin je. Tapi comel kot! Huhu.. Aku dengan M tukar kek kitaorang. Aku ambil biru and dia ambil pink. Hehe.. I dengan pink tak match.. Ceh! :P Fesi minta kitaorang keluarkan satu kertas dari envelope yang tulis secret admire. Camni kot rupanya :
SECRET ADMIRE
Nickname :
Nama sebenar dan nickname :
Ciri-ciri pasangan :
Bilangan anak yang dikehendaki :
Tarikh perkahwinan :
Impian dalam hidup :
Tak pandai aku bab-bab macam ni except ciri-ciri pasangan lah.. Huhu.. Nickname tu kena tulis nama sendiri yang tak pernah orang dengar. And so, kitaorang pun tulis je lah borang tu and kasi dekat fesi. Beberapa minit lepas tu, fesi datang balik dengan kotak yang dia cakap, dalam tu ada nama nickname kitaorang dalam satu kertas. Kitaorang kena pilih satu kertas, nama yang kitaorang dapat tu ialah orang yang kita admire. Bila turn aku, aku baca Bismillah and aku dapat KID?? Adoi! Ni mesti lelaki? M senanglah. Dapat perempuan. Aku pun dengan malasnya mencari gerangan nama KID ni. Cari punya cari and akhirnya aku dapat A! Hah! Aku pun dengan lagak macam betul-betul peminat dia, minta dia tulis nama penuh kat kertas tu. M tergelak lah sebab aku dapat A. Kenapa M gelak and aku cam terkejut giler dapat nama A?? Sebab...... Tak sampai hati lak aku.. Huhu.. Baik tak aku? Ngee~
PERISTIWA KELIMA
Petang tu pula, kitaorang ada tressure hunt. Okey.. Dia ada beri 5 clue and setiap satu clue ada kena-mengena dengan makanan yang disediakan. Tapi yang aku rasa lain macam, apa yang kena-mengena? Aku tak faham!! Disebabkan tu, kitaorang cari anak En Ahmad and minta dia tolong kitaorang. Huhu.. Tapi lama-lama, kitorang nak main secara jujur. Memang agak pening and kitaorang main tibai je jawapan. Salah punya salah and akhirnya, kitorang dapat nombor tiga! Okey, fine.. Bukan juara sebab dah diconqure oleh Qilla and the geng.. Huhu.. Tapi still menang lah gak kan? Huhu.. Tapi aku still tak dapat nak kaitkan clue dengan jawapan. Contoh, clue die INDIE BAND. Apa kena-mengena Indie Band dengan buah oren? Apa kena-mengena P3 dengan choki-choki? Pening! Sampai sekarang, aku still fikirkan jawapannya.
PERISTIWA KEENAM
Kitaorang ada aktiviti bebas pula. Mula-mula, aku dengan yang lain-lain sekadar tengok budak-budak ni berkayak dekat tasik. Of course, budak lelaki lah yang terlebih excited. C dengan E pun naik kayak and tiba-tiba kayak diorang berlabuh kat tepi tasik and tak dapat nak gerak. E pula terus naik and tak mahu berkayak lagi. Haha! Aku rasa nak tergelak tengok C duduk dalam kayak sorang-sorang. Cian punya pasal, aku pun naiklah kayak sekali. Wuuaa! Dalam lubang tu pula basah! Dahlah aku bawa satu tracksuit je. Sedih-sedih. Baju aku pun basah dek percikan air daripada hamba Allah ni. Huhu.. Aku ingatkan sekali je lah naik, lepas tu, aku nak tukar baju and keringkan baju aku ni. Tapi C dah bersemangat and seronok pula naik kayak and minta satu lagi round. Aku pun dengan baiknya (baik tak? hehe) ikut jugalah permintaan C. First-first, agak kekok bawa kayak ni. Dulu bawa pun, ayah aku yang tolong kayuhkan. Sekarang ni, experience pun takde, kena pula bawa. Memang beberapa kali kitaorang langgar sana sini tapi lama-lama, kitaorang belajar. Huhu! Bangga wei dapat bawa kayak tanpa langgar tepi tasik! Bolehlah bawa sendiri-sendiri lepas ni.. Hehe.. Bajet dah aku.. Kitaorang round dalam tiga kali agaknya. Yang budak-budak lelaki ni pula main lumba-lumba pula. Takut pula aku! Tak pasal-pasal langgar kayak kitorang, memang terbalik rasanya kayak ni. Huhu.. Apa-apa pun, best giler wei!
PERISTIWA KETUJUH
Lepas berkayak, aku pun get ready untuk pergi swimming pool. Mula-mula, aku kena tinggal sorang-sorang kat bilik. Takut punya pasal, aku rush giler-giler and terus out! Aku, C dengan F tunggu yang lain untuk turun dari apartmen diorang. Sempatlah juga tengok budak-budak lelaki ni main bola. Main tipu! Satu palang gol kecil and satu lagi besar! Huhu.. Lepas member sampai, kitaorang pun sama-sama gerak ke swimming pool! Bestnya, swimming pool ni ada dua bahagian. Satu port untuk laki and satu lagi port untuk perempuan! Apa lagi! Enjoylah kitorang tak ingat dunia! HAHA! Tak payah nak control cun ke apa! Terjun dalam air ramai-ramai. Lawan siapa berendam dalam air paling lama walaupun ada yang main tipu.. Hehehehe.. Tapi paling best bergosip lah. Ada lah something yang kitorang gosipkan tapi sorry, tak boleh dipaparkan kat sini. Huhu.. Of course lah gosip tak boleh bagitau! Hehehe.. Bukannya apa.. Nak jaga nama orang tu juga. Baik kan aku? Bajet lak Tqah ni.. Dah dekat pukul 6.30pm, kitaorang pun sama-sama lah gerak ke apartment masing-masing.
PERISTIWA KELAPAN
Malam tu, masuk ke dewan lagi sekali. Kali ni, kitaorang kena ber'grooming'. Setiap satu kumpulan kena make upkan salah seorang ahli mengikut tema yang diberikan. Tu untuk perempuan lah. Kalau lelaki, kena lah buat style rambut. And so, group aku dapat MAGIKA. Huhu.. Pilihan kitaorang, nenek kebayan. N pula kena jadi mangsa! Tengah masing-masing sibuk me'make up' kan orang, M bagitau aku sorang dak lelaki ni kena jadi model macam cerita castello lah kononnya. Muka dia persis cam member aku and so, aku dengan M pun suruh kawan-kawan dia buat rambut macam member kitaorang tu. Tapi rambut dia ni macam iklan sunsilk! Geram aku! Dia ni pun tak macam member aku tu. Kalau dia, aku pegang sikit rambut dia takpe tapi yang ni, haih! Jangan marah ek F.. Hehe.. Tapi tak boleh blah sorang lagi kawan kitorang ni, Z. Dia pakai compact powder tapi tak nak ngaku. Terang lagi bersuluh, aku nampak compact powder tu bertepek and tak rata kat dahi dia tu! Haha! Kantoi! Walaupun, group aku tak menang and group member aku menang, at least we have fun.. :)
PERISTIWA KESEMBILAN
And so, kitaorang ada BBQ. Aku ingat nak menikmati lah kejap tengok fesi-fesi dengan terernya buat BBQ tapi aku pergi menemani memberku ini ke tempat lain. Last-last, ada conversation meluahkan perasaan. Aku ni pula kaunselor tak bertauliah! Huhu.. Tapi aku tetaplah tolong apa patut. BTW, ayat semua dicuri daripada ayat mak aku and pengalaman sendiri. Hehehe.. Apa-apa pun, cerita yang aku terima benda satu yang baru and aku rasakan banyak lagi benda yang aku kena belajar walaupun aku tak nak pun! And then, kitaorang jalan-jalan tepi tasik lagak budak tengah berdating (huhu). Kitaorang duduk pula kat bangku and pandang bintang kat atas. Banyak sangat. Tapi kitaorang sedaya upaya nak kira bintang yang banyak giler tu! Akhirnya, BBQ pun siap walaupun aku dapat merasa satu je sosej.. Sedih.. Sedih.. Tapi kitaorang makan marshmellow gak! Tapi tak tahu macam mana nak bakar mula-mula.. A dengan AK juga lah yang ajar. Mereng tapi berkesan! Hehe..

PERISTIWA KESEPULUH
Malam pun makin larut tapi kitaorang tetap bega nak tidur. Still lagi kat port sama (tepi tasik), aku, F, AK dengan A sama-sama duduk kat satu tempat. Sedang aku dengar F cerita perihal dirinya kat AK, A tunjuk aku magic guna kad (senang cerita, tricks). Best kot! Aku ni dah lama sebenarnya tak tengok magic ni.. Entah dah berapa tahun, aku pun tak ingat except kat TV lah. Maksud aku tadi, kat depan mata aku sendiri, aku dah lama tak tengok magic. And then, dia ajar aku macam mana nak cong kad. Memang dah beberapa kali aku practise tapi sampai sekarang, aku tak gak dapat-dapat. Ampun cikgu! Hehe.. Tapi bila dengar cerita F, aku terasa memang dunia ni tak seindah mana. Haih.. Memang kalau boleh aku dah tak nak dengar lagi cerita macam ni sebab aku dah serik rasa bersalah. Tapi nak buat macam mana. Itulah namanya kehidupan. Semoga kawanku itu berjaya mengatasi dugaannya itu.
PERISTIWA KESEBELAS
Aku dengan budak-budak ni still tak mahu tidur. Padahal rasanya dah nak dekat pukul 2lebih agaknya. Aku dengan M berborak-borak pasal cerita masing-masing and aku akhirnya, buka cerita tentang soal kiamat. Memang kitaorang agak takut and rasa nak menangis pun ada. Lepas dah puas berborak, kitaorang pun berjalan ke arah geng-geng kitaorang ni. Dah sampai, kitaorang borak-borak and saja-saja pandang langit nak tengok bintang lagi. Tapi, takde cuma awan je. Tiba-tiba Z cakap ada awan yang bercahaya. Kitorang pun tengok and memang betul. Masa tu, memang rasa pelik sangat. Syok punya tengok, kitaorang ternampak satu cahaya kecil keluar dari sebalik awan. Memang nampak cantik. Tiba-tiba cahaya tu makin lama makin besar. Aku dengan M dah takut. Percaya atau tak, cahaya tu seolah-olah sebuah meteor yang datang nak merempuh kitorang. Aku ngaku aku macam nak nangis masa tu. Tapi satu lagi cahaya keluar dari sebalik awan. Rupa-rupanya, tu bulan sabit yang ditutup oleh awan. Tapi peliknya, awal-awal tadi takde bulan. Tapi memang cerah and warna kekuningan bulan sabit tu. Memang aku dah beristighfar masa tu. Tak dapat aku bayangkan kalau kejadian apa yang aku fikirkan, betul-betul terjadi.

PERISTIWA KEDUA BELAS
Kitaorang still bega nak tidur walaupun dah dekat pukul 3pagi. Aku terasa tak sedap hati and so, aku masuk bilik and tunaikan solat tahajjud. Dari solat Zuhur sampailah ke solat Tahajjud, doaku hanya satu. Allah melindungi aku dan kawan-kawanku daripada segala bahaya dan gangguan. Dan dengan ke'bega'an aku, aku rajin lagi keluar balik and berborak dengan diorang semua. Nak dekat pukul 4lebih, kitaorang still berjaga. Aku dengan M berdiri dekat satu sudut, tak jauh sangat dari bangku member-member kitaorang. Dua orang lagi member, duduk kat satu tempat ni, nak main kad. Tengah syok berborak, tiba-tiba F jerit, "Wei! Ul4r! UlAr!" Kitaorang panik! Budak lelaki lari jauh sikit dari kitorang. (tak guna tol korang..) Yang girls, kitorang naik and berdiri atas bangku. Yang budak-budak lelaki dalam apartment pun terkejut and keluar ke balkoni. Aku tengok ul4r tu tengah pandang kitaorang and badannya dinaikkan sedikit. Sisiknya warna hitam kuning. FYI, ul4r ni sangat-sangat berbisa! Dahlah port ul4r tu jarak dalam satu meter dari aku dengan M. Tapi peliknya, ul4r tu just pandang kitaorang je. F yang kat dalam apartment suruh kitaorang jangan gerak. Memang kitaorang tak bergerak. Tapi tiba-tiba ul4r tu nak melintas ke arah bangku kitaorang. Sebab takut benda tu naik ke bangku, kitaorang pun chow lah and lari ke belakang budak-budak lelaki. Ul4r tu pun bawa diri ke dalam tasik. Sebab dah takut sangat, kitaorang pun naik ke bilik except 4orang lagi member kitaorang. Disebabkan aku tak nak masuk bilik aku yang tingkat bawah tu, aku dengan F pun pergi bilik kawan aku.

PERISTIWA KETIGA BELAS
Walaupun dah masuk bilik, aku dengan M still tak tidur walaupun nampak sangat M dah mengantuk.. Hehe.. Tu lah.. Dah suruh tidur tapi tak mahu. Tapi kitaorang bercerita lah juga kejadian dulu-dulu kat sekolah. Ada yang sedih. Ada yang geram. And ada yang terus jadi misteri. Entahlah.. Aku malas nak fikir sangat. Buat pening kepala! Huhu.. Tapi memang kitaorang tak tidur langsung. Aku pun sambil tu boleh borak dengan kawan aku yang dekat PLKN. Rindu kat kau lah wei! Lepas dah berborak, kitaorang pun solat Subuh. Nak dekat pukul 7, aku dengan F pun turun and pergi ke bilik kitaorang.
PERISTIWA KEEMPAT BELAS
And so, hari perpisahan. Dalam dewan, kitaorang pun cerita pengalaman masing-masing. Sebab member-member aku suruh aku cerita, aku pun angkat je lah tangan walaupun aku stage fright. Huhu.. Kitaorang dapat hadiah and akhirnya, balik naik bas. Bas ni kira okey lah daripada dulu. And then, kitaorang stop kejap nak makan. Habis makan, kitorang pun pergilah kat pantai. Aku dengan Az pakai kasut and so, kitorang tengok dari jauh je. Kalau jalan, memang mengalahkan aksi orang yang tengah jalan kat padang pasir. Huhu.. Lepas tu, naik bas balik and teruskan perjalanan kitorang. Dalam pukul 3, kitaorang sampai juga kat Seremban. Tapi yang tak bestnya, bas stop gak dekat Petronas! Argh! Kena jalan lagi. Ayah aku sampai awal and so, lepas salam dengan member, aku pun balik. Bila balik, aku mandi lepas tu.. Zzzzzzzz...
~THE END.. WASSALAM~
P/S : sorry sebab tulis nama ikut alphabet je. Aku ada reason kenapa buat macam tu. Kepada pelajar ptpl yang tengok blog ni and nampak pix header tu, jangan buat spekulasi sendiri ek. Sila tanya my friend, M (ict4u). Huhu.. Apa-apa pun, miss giler dah kat korang! :)