Monday, March 14, 2011

Welcome Back, SPM

~Assalamualaikum wbt~

~Aku tahu, ramai yang duduk menyampah tengok tajuk entry ni. Haha! Guess what? I hate it too! Ngee~ Kalau sebelum ni, semua orang duduk tanya, macam mana exam? Okey? Tak pun, bila result keluar? Sekarang pun, orang selalu tanya, nanti nak sambung belajar kat mana pula? Dan soalan favourite antara semua, amacam result? Okey tak? Untuk pengetahuan semua, aku sangat-sangatlah menyampah akan soalan-soalan tersebut. Kuang3!

Yer.. Ramai dah tahu result keluar 23 Mac 2011. Ramai lah yang cuak. Aku? Entahlah.. Awal-awal, cuak sikit lah. Aku tahu, nanti aku akan jadi target. Sedihnya... Tapi sekarang, aku dah malas nak fikir. Aku pun dah kasi warning kat orang supaya jangan tanya soalan-soalan yang pening kat aku! Sebenarnya, aku tulis entry ni pun bukan sebab nak duk cerita pasal kecuakan budak-budak SPM 2010. Benda dah lepas, kenalah terima seadanya apa yang akan datang.

Motif aku yang sebenar ialah nak membebel kat junior-junior aku termasuk adik-adik aku sendiri. Kepada junior-junior, kalau korang face SPM ni betul-betul, mesti korang tak rasa cuak sangat macam kitaorang ni. Kitaorang ni cuak bukannya apa. Sebabnya, kitaorang ni memang kategori pemalas dan exam sangatlah susah tidak terkata! Huhu.. Jahat lak aku sebab takut-takutkan korang.. Ngee~

Aku nak ceritakan satu kisah benar yang betul-betul berlaku kat depan mata aku. Memang aku agak terkejut juga lah. Sesiapa yang berkenaan dan baca post ini, tolong jangan kecil hati okey. Aku bukan nak perli korang ke apa tapi sebenarnya, nak beri pengajaran sahaja dekat junior-junior kita ni. Masa aku PMR dulu dekat sekolah lama, semua orang tengah study dalam semua topik dan tumpukan lebih apa yang ditargetkan. Ada tu yang terlebih tumpu apa yang target. Ada juga sesetengah marah aku sebab tak baca lebih apa yang cikgu dah target tapi aku pekakkan telinga je. Kui3! Sebelum masuk, sempat lagi diorang duduk tanya sesama sendiri soalan dan jawapan. Aku pula blur giler masa tu. Tak faham pun apa yang diorang tanya. Senang cerita, apa yang diorang tanya, satu benda pun aku tak dapat jawab. Tapi entah macam mana dan Alhamdulillah, aku dapat skor dalam semua subjek. Dan mereka yang duduk target sangat, kurang sikit skornya. Itu kuasa Allah. Wallahualam.

Kejadian kedua, apabila aku nak ambil SPM. Aku paling malas nak study dekat orang ramai. Bising! Jadi, aku duduk kat tempat jauh sikit. Tapi makin lama, makin ramai pula orang. Dan bila diorang sampai kat tempat duduk aku, soalan pertama yang diorang tanya, "Tqah, ada soalan bocor tak? Takpun, ada soalan yang target tak?" Dan aku pun jawab, "baca je apa yang cikgu dah kasi." Memang.. Setiap pagi, macam tu lah rutin harian aku pada minggu SPM. Itu sikit je.. Ada lah masa petang tu, aku cakap kat member aku, "balik ni, aku ingat nak terus study agama lah.. Haisy! Full betul time.. Sempat ke nak study ni?" Dan memberku ini pun jawab, "aku rasa aku tak study terus kot. Nak rehat kejap. Aku tak tahu nak study apa sebab aku tak tahu soalan apa yang target." Dan masa tu, aku terdiam. Huh? Penting sangat ke soalan target tu? Jadi, kalau tak tahu soalan target, maksudnya tak nak study lah? Bukan kalau tak tahu, lagi nak study giler-giler ke?? Sangatlah pelik..

Aku tak tahu kenapa, orang percaya giler dengan ayat SOALAN TARGET! FYI, untuk sejarah, hampir semua cikgu dekat Malaysia target kerajaan Indus dengan kerajaan Hwang Ho keluar untuk exam sejarah. Tapi... Apa yang keluar? Kerajaan Mesopotamia dengan Mesir Purba! Betapa fobianya kitaorang kat dalam dewan tu. Itupun, nasib baik aku malam tu sempat study dua kerajaan tu. Nasib baik kebanyakan soalan dia KBKK. Aku pun bukan ingat sangat semua detail kerajaan tu sebab dah terbiasa buat latihan yang sama setiap minggu dengan cikgu. Add math pun, tajuk Integration sepatutnya soalan tak wajib dalam kertas 2. Tapi tahun 2010, orang kementerian jadikan soalan tu WAJIB! Aku dahlah tak mahir dalam tajuk tu. Kesedihan yang amat sangat..

Sebenarnya, main point aku kat atas tu, jangan percaya sangat dengan soalan target ni. Ini hanya target. Macam nak buat shot lah kat papan target. Kita nak dapatkan tengah-tengah tapi dapat kat tepi pula. Tak semestinya apa yang kita target tu dapat. So, kepada junior batch SPM 2011, baik korang study dari sekarang. I'm serious. Jangan main-main. SPM ialah penentu masa depan korang.

Ada pula yang cakap, "Aku terpaksa harapkan soalan target. Aku bukan pandai macam kau." Jangan tak percaya kalau ada orang cakap macam tu kat korang sebab aku pernah kena. Dan jangan pula tak percaya yang aku sangat-sangatlah benci dengan ayat tu especially ayat yang kedua. Tahu tak Allah swt telah mencipta hamba-Nya dengan akal sebanyak setitis air lautan? Dan Allah swt memberi keadilan kepada hamba-Nya. Bermaksud?? Kita semua ni sama! Tapi pilihan kita nak gunakan akal kita ni macam mana.

Biar aku cerita kisah lama aku dulu. Masa aku kat sekolah lama, aku sangat-sangatlah tak suka study dan memang banyak bermain. Aku memang pemalas sangat dan apa yang mak ayah aku leter pun, aku buat derk je. Kenapa aku malas? Entahlah.. Mungkin sebab aku suka hidup seronok kot. Tak suka benda yang menyusahkan. Kiranya, aku ni macam Shikamaru lah.. Bagi aku, semua benda tu leceh. Satu hari, aku ada crush on a guy. Memang, aku banyak berangan. Mereng kan aku? Mak aku pun dah berbuih mulut nak leter anak daranya yang sorang ni. Sampai satu masa, guy tu dah kecilkan hati aku. Ada budak kelas aku perli dan kutuk aku. Memang.. Aku sedih sangat.. Ditambah lagi masa exam mid-term, aku dapat result teruk sebab aku demam denggi. Bertambahlah ayat kutukan dekat aku ni. Nasib baik kawan-kawan aku ada walaupun bukan sekelas. Dan ketika itulah aku mendapat kesedaran dan belajar demi nak buktikan aku bukanlah seperti yang diorang sangkakan. Maaf sebab terpaksa bagitau ni.. Aku bukan nak bajet.. Dengan usaha aku, Alhamdulillah, aku berjaya mendapat 8A dalam PMR. Masa nak ambil result, memang aku terdiam terus dan aku rasakan slip periksa tu salah.

Memang.. Orang macam marah aku sebab aku pindah sekolah. Sekolah yang aku pindah pun bukannya SBP, bukannya MRSM, apatah lagi sekolah kluster dan cemerlang. Sekolah yang aku pindah, hanya sekolah biasa dengan guru-guru dan pelajar-pelajar yang baik dan menghargai aku. Bagi junior-juniorku yang tak dapat result cemerlang masa PMR, takpe.. Sesiapa junior-juniorku yang tak dapat tawaran pergi mana-mana, takpe.. Yang lepas, tetap lepas.. Yang akan datang harus dipandang. Sekolah bukanlah peranan untuk kita cemerlang tetapi diri kita sendiri.

Bagi junior-junior di sekolahku, janganlah rasa rendah diri. Banggalah dengan nama sekolah kita. Diorang semua takde hak nak memperlekehkan kita. Korang ada cikgu-cikgu yang betul-betul bersemangat untuk mengajar kita. Jadi, hormatilah cikgu-cikgu. Minta maaf kepada cikgu-cikgu. Janganlah kutuk-kutuk cikgu. Itulah penting sebab cikgu yang beri kita ilmu. Dan ilmu itu datang daripada Allah swt maka janganlah lupa untuk beribadat kepada-Nya setiap hari. Maka Allah swt akan memberkati ilmu kita. Jangan pula derhaka kepada Ibu Bapa kerana mereka yang menampung perbelanjaan pembelajaran kita. Dan paling penting, hormati diri sendiri dan jangan hanyut dengan keindahan duniawi kerana keindahan itu hanya sementara. Wassalam~

p/s : Percaya or tak kalau result mid-term aku masa form 3, ade 3fail?? And percaya or tak, sebelum PMR, aku lah satu-satunya student kemahiran teknikal yang dapat C dengan D untuk subjek KHB?

0 0000 je berani komen: