Friday, April 8, 2011

The Bloodlines

~Assalamualaikum wbt~


~Dah lama rasanya tak update blog ni. Rasa bersalah pula kat semua yang sudi baca blog ni. Mesti korang boring kan asyik tengok tajuk sama je. Aku memang takde masa nak tulis. Sebelum ini aku sibuk dengan kerja. Minggu lepas, arwah atuk aku meninggal disebabkan sakit tua. Al-Fatihah kepada arwah. Minggu ni pula, arwah kawan sekolahku meninggal kerana lemas di Gunung Berembun. Harap arwah berada di kalangan orang beriman.



Hari Isnin lepas, aku baru dapat tahu yang kitaorang kena buat presentation menggunakan power point untuk kelas bahasa inggeris. Sepanjang hari Selasa tu, aku fikir pe tajuk yang best and informative yang aku boleh buat. Kalau dalam bm, kacang lah. Tapi sekarang dalam bi. Adoi.. Masalah..



Tengah aku mandi petang tu sebelum ke kerja, aku terfikir nak buat tajuk 'The Bloodlines'. Tapi kalau nak buat ni, aku kena tengok balik video 'The Arrivals'. Kenapa aku buat tajuk ni? Memang interesting kalau kita kaji benda ni. Dan video ni video pertama yang aku tengok yang telah dilancarkan oleh Noregaa and Archenar Production.



Awalnya, aku ingat tajuk aku ni memang tak interesting pun dalam pandangan student-student PPL UITM. Yang paling sedihnya, aku terpaksa present power point ni dalam keadaan emo sebab baru dapat tahu berita pemergian kawan sekolahku. And so, aku tibai je pe aku tahu and try translatekan dalam bahasa inggeris. Tapi Alhamdulillah, hampir semuanya tumpu apa yang aku terangkan. Inilah power point yang aku buat. Simple je sebab aku buat semua ni dalam masa sehari.


Masih ada yang tidak percaya akan kenyataan di atas. Sesiapa nak tengok informasi lengkap, rajin-rajinlah tengok video 'The Arrival'! Wassalam~

0 0000 je berani komen: