Saturday, April 9, 2011

Yang Pergi Takkan Kembali


~Assalamualaikum wbt~


~Aku sengaja nak tulis benda ni sebab ni peristiwa sedih yang pertama yang pernah aku alami. Selama ni, aku cuma dengar daripada kata-kata orang je dan aku akhirnya, dapat merasakan kehilangan orang yang aku sayangi.



29 MAC 2011

Masa tu, aku baru balik dari kerja. Aku dah tak sabar nak tulis surat berhenti sebab gaji aku dah masuk. Lepas ni, dapatlah aku jaga arwah atuk aku. Sedang aku sibuk facebooking, mak aku call and suruh bersiap untuk balik ke kampung sebab arwah atuk dah nazak. Aku agak risau tapi still okey lagi sebab dulu, arwah atuk aku pun pernah dalam keadaan nazak tapi akhirnya, okey balik.


Aku dah siap tapi mak aku baru balik dari kerja. Jadi, kena kasi time untuk mak aku bersiap and solat. Habis je mak aku solat, adik aku dari asrama telefon. Dia sampaikan berita yang arwah atuk aku dah meninggal. Masa tu, aku cam terkena shock yang jauh lebih teruk daripada electric shock!!


Dalam hati, aku berdoa semua ni tipu. Mungkin adik aku terkejut sangat bila dapat berita yang arwah atuk aku nazak jadi dia mungkin tersasul je. Sepanjang perjalanan nak balik ke kampung, aku try menahan daripada mengalirkan air mata.


Bila sampai kampung, cousin aku yang lelaki nampak tenang je. And so, aku sangat berharap semua ni satu penipuan and orang akan cakap, 'APRIL FOOL'. Well, tak lama lagi April kan.. Bila aku masuk ke dalam ruang tamu, aku nampak ramai orang baca Yassin and aku nampak sebuah katil dekat tengah-tengah ruang tamu. Tanpa sedar, air mata terus jatuh daripada mata aku ni. Cousin aku terus peluk badan aku. Aku cuba tahan sebak dalam hati ni and baca Yassin.


Memang ramai yang sedih sebab arwah atuk ialah ahli yang pertama pergi dalam family kitaorang. Tapi ada sedikit lega dalam hati kitaorang bila tengok jasad arwah dalam keadaan bersih dan tersenyum. Sayangnya, bila aku kucup dahi arwah atuk, takde lagi kehangatan yang aku rasa dulu. Last day aku pegang tangan arwah atuk pun masa kali terakhir aku jumpa arwah iaitu seminggu sebelum arwah pergi.


Sepanjang malam, aku try berjaga untuk baca Yassin untuk arwah. Aku tak nak tidur sebab aku tahu, aku takkan jumpa arwah atuk lagi lepas ni. Tapi sebab dah terlalu penat, pukul 4.30pagi aku tidur juga and bangun sebelum pukul 7pagi. Aku sambung baca Yassin untuk arwah atuk aku.. Dalam pukul 9pagi, van jenazah sampai.. Memang sedih sangat and sekali lagi, aku menangis. Jenazah dibawa ke surau untuk dikapankan. Aku cium arwah buat kali terakhir and aku menangis lagi. Ya Allah, lemahnya aku..


Paling menyedihkan, apabila arwah atuk dikebumikan. Awalnya, aku try menahan diri daripada menangis. Aku bukan lemah.. Kawan-kawan ayah semua datang and merasai kesedihan kami. Apabila pengebumian selesai, cousin aku minta kitaorang beri ucapan kepada arwah atuk buat kali terakhir. Pada awalnya, aku memang dah rasakan diri ni kuat. Bila aku ucap salam kepada arwah atuk, aku tak mampu nak ucapkan selamat tinggal. Aku terus menangis. Cousin aku peluk aku.. Aku tak nak ucapkan selamat tinggal. Aku sedih sebab tak sempat nak tunjukkan result spm aku sebab pada awalnya, aku ingatkan tak perlu tunjuk pun. Lepas tu, aku tak sempat nak jaga arwah atuk aku. And, aku dapat tahu arwah atuk selalu sebut nama aku sebelum arwah pergi. Aku tetap kuatkan diri and minta maaf kepada arwah.. And so, kitaorang pergi juga meninggalkan kubur arwah atuk and mengadakan majlis tahlil untuk arwah.



6 APRIL 2011

Petang tu hujan lebat tapi aku habiskan masa dekat komputer sebab nak siapkan power point aku untuk presentation kat kelas BI malam tu. Lepas siap, aku terus get ready untuk pergi kelas. Bila aku masuk bilik aku, tengok-tengok ada mesej masuk. Shamsul minta aku call sebab emergency. Aku pun terus call. Aku ingatkan nak bincang pasal reunion or ada benda yang dia minta aku layari ke apa. Bila dengar suara Shamsul, aku rasa lain macam. Dia menyampaikan berita yang arwah Nisa, kawan sekolahku telah pergi kerana lemas. Aku tak tahu nak cakap apa. Lidah aku kelu.


Dalam keadaan bersedih, aku pergi juga kelas BI. Dalam masa yang sama, aku contact Ain dengan Seri untuk tahu info-info kejadian ni semua. Sorang kata arwah Nisa lemas di Ulu Bendul. Ada kata arwah Nisa lemas di Jeram Toi. Entah yang mana satu tapi yang sedihnya, aku tak dapat pergi ke rumah arwah Nisa. Memang aku SMS ayah aku supaya bawa aku balik sebab aku rasa macam nak nangis tapi ayah aku suruh aku kuat and aku tak patut sedih sangat sebab aku tak buat salah dekat arwah Nisa.


Bila balik je, aku terus contact Seri untuk tahu keadaan arwah Nisa. Jenazah dibawa ke rumah dalam pukul 10.15pm. Aku rasa sebak bila terdengar suara orang menangis. Aku cuba menahan diri walaupun sukar. Aku dah tak nak jadi lemah macam dulu.


Pagi esoknya, aku dengan mak aku pergi ziarah jenazah. Sedihnya, aku tak dapat nak bacakan Yassin untuk arwah. Mak aku bacakan Yassin and aku mampu tengok jasad arwah Nisa di depan mataku. Aku rasa sebak tapi aku cuma tahan. Ecah buka kain yang menutup wajah arwah. Sebaknya hati aku.. Tapi aku cuba tahan daripada mengalirkan air mata. Selepas mak aku baca Yassin, mak aku jumpa ahli keluarga arwah. Aku cuma duduk di tepi arwah Nisa, mengenangkan saat-saat kitaorang di sekolah dahulu. Walaupun dalam masa dua tahun aku mengenalinya dan tidaklah rapat mana dengan arwah, aku tetap bersedih..


Akhirnya, mak aku ajak aku pulang. Memang berat hati ni tapi bagaimanapun, aku tetap takkan dapat temankan arwah Nisa hingga ke kubur. Dalam hati ni, aku berdoa agar arwah selamat di sana. Balik sahaja, ayah aku tunjukkan akhbar Metro dengan Sinar tentang berita arwah Nisa. Agak sedih apabila tengok tajuk berita agak tidak kena dengan tempatnya. Apa-apa pun, aku harap arwah Nisa tenang kat sana.


Bersama-sama kita doakan kesejahteraan dan ketenangan roh mereka di sana. Insya-Allah, Amin.


p/s : A friend once told me, 'its beyond our abilities. We cannot fight Gods power. We just have to accept what He chose for us. its the best although its hard to accept it.cheer up a little bit ok?'

0 0000 je berani komen: