Thursday, May 5, 2011

Aku Dapat Nightmare

~Assalamualaikum wbt~



~Aku saje nak bercerita sikit. Yes, mengikut apa yang dah ada kat tajuk tu, aku dapat nightmare malam tadi. Badan aku still lagi cam batu lagi ni sebab terkejut sangat. Susah tol rasanya nak gerak.


Malam tadi, aku baru check senarai nama budak-budak sekolah aku yang dapat form 6. Tak sangka tol ada dua nama yang sangat-sangat aku tak nak jumpa. Fuh! Nasib baik aku tak terpilih form 6! Setiap perkara ada hikmah-Nya. Tapi maybe disebabkan aku terlalu fikir pasal diorang dua, sampaikan terbawa-bawa ke mimpi.


Tapi yang betul-betul buat aku nightmare tu, orang yang aku mimpi bukannya diorang tetapi sorang dak yang aku kenali. Dalam mimpi aku tu, aku yang tegur dia dulu. Tiba-tiba je dia berminat nak berkenalan dengan aku. Dia suka panggil aku, 'Meh'. Tak tahu kenapa. Tapi last-last turn into nightmare. Apa nightmare tu? Sorry.. Tak boleh gitau lar.. Hehe..


Anyway, aku still lagi dalam keadaan shock. Tak tahu sampai bila. Macam nak cerita je dekat member aku tapi it's a nightmare kan? Mana boleh cerita kan? Aku pun tak tahu kenapa tak boleh cerita. Tapi disebabkan nightmare ni, buatkan aku makin takut. Yes.. Serius, aku takut sekarang. Takut pada apa? Lu pikirlah sendiri. Wassalam~


p/s : Jangan panggil aku 'Meh' kalau korang tak nak aku jauhi korang..

I'm Not A Plastic Bag? Yeke??

~Assalamualaikum wbt~






~Sebenarnya, gambar kat atas ni takde kena-mengena sangat dengan entri aku ni. Saje sebab dah takde gambar lain nak letak. Apa yang sebenarnya aku nak bincangkan ni? Cuba korang potong perkataan 'BAG'. Tinggallah ayat, "I'm not a plastic".


Setakat ni, aku cuma dapat definisikan ayat "I'm not a plastic" dalam dua maksud. Yang pertama, 'Saya tak hipokrit' dan yang kedua, 'Saya tak gedik'. Which one yang paling tepat? Entahlah.. You decide.


Aku sendiri tak tahu kenapa, lelaki suka targetkan perempuan sebagai plastik. Haih.. Apasal lah kitaorang juga jadi mangsa? Ternyata member aku ni juga tak suka perempuan plastik. Nasib baik aku tak plastik. Kalau dia bongak aku, siaplah dia! Hehe..


Ni nak kasi satu story. Entah korang berminat nak baca ke tak. Kalau tak minat, tekan X kat hujung bahagian kanan tu. Kalau minat, teruskan membaca. Tapi dah baca, ambil je lah sebagai iktibar. Aku bukan nak mengutuk okey.


Aku ada seorang member yang boleh tahan lah rupanya. Orang kata dia ni cute lah, handsome lah padahal aku tak nampak pun mana handsome and cutenya tu. Ye.. Aku pelik.. One day, kitaorang hang out. Dia dengan sorang lagi member aku and aku of course, dengan girls. Pe roman sorang perempuan dengan dua lelaki? Ish.. Ish.. Ish..


Tengah kitaorang lepak-lepak, ada lah sorang girl ni datang dekat dengan diorang. Dia tegur member aku tu lah semua. Aku tak tahu apa yang diorang cakap. Then, girl tu tegur aku and gedik-gedik bagai. Aku pun cam pelik. Siapa lak budak ni? Aku pernah jumpa ke? Setahu aku takde pula. Entah berapa lama dia dengan kitaorang and akhirnya, dia chow.


One day, member aku (bukan yang handsome tadi tu) pergi jumpa aku. Dia cerita kat aku kejadian masa kitaorang lepak-lepak and girl yang tersesat jumpa kitaorang tu. Ni perbualan dia (terpaksa tukar sikit demi menjaga nama orang lain)


"Aku dengan dia satu sekolah dulu. Kau tahu tak, dia tak pernah tegur aku. Aku senyum pun, dia tak pernah balas. Masa aku dengan ______ lepak, dia tiba-tiba je tegur aku and buat cerita semua. Aku macam peliklah tapi lama-lama, baru aku perasan, dia nak dekat dengan _____. Mentang-mentang aku rapat dengan budak handsome."


Adoyai.. Pelik aku.. Demi budak handsome, sanggup jadi plastik. Tu pun, member aku yang handsome tu tak layan dia pun. Huhu.. Kesian.. Kepada girls sekalian, kalau nak dekat dengan budak yang korang adore, tak perlu ler jadi plastik. Diorang tak suka. Please.. I know.. Aku dah pergi temu duga diorang. Hehe..


Tengok macam aku ni.. Rilek je.. Okey je kawan dengan budak-budak handsome. Opppsss! Sebarang pertanyaan tentang budak-budak handsome tersebut tidak akan dilayan. Hehe.. Just be yourself. Kalau rasa diri korang banyak kelemahan, try hard to improve yourself. Bukannya jadi plastik. Plastik ni kan bahaya. Racun k0t.. Kalau bakar, boleh bawa pencemaran udara. GO GREEN GIRLS! :) Wassalam~


p/s : Handsome ke, tak handsome ke, dalam pemerhatian aku, semua sama je.. :)

Wednesday, May 4, 2011

Jika Saya Seorang Blogger



~Assalamualaikum wbt~




SAYA DAPAT BANNER NI DARI ...... http://www.umarfaruq.com


Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI


~Wassalam~

Cinta? Apa Benda Tu? ( Part 2 )

~Assalamualaikum wbt~


~Korang tengok picture kat atas ni. Cute kan? Tapi kalau adik aku macam ni, aku serang dak laki tu! Kecil-kecil dah pandai nak bercintun ek? Akak garang ni! Hehe.. Untuk entry yang ke-100 ni, aku ingat nak buat sambungan daripada entri aku yang dulu, Cinta? Apa Benda Tu? Entri ni antara entri yang ramai juga yang baca and aku sendiri pun tak tahu kenapa sebab aku buat benda tu masa aku tengah mamai. Huhu..


Macam biasa, aku takkan jiwang-jiwang bagai. I'm not that type of girl okey. So, kalau untuk entri Cinta? Apa Benda Tu? , korang kena dengar bebelan mak aku. Sekarang, korang kena dengar bebelan aku! Yeay! Padan muka korang.. :P


Bila dah umur 17tahun, 5bulan dan 2hari ni, memang orang yang hampir seumur aku ni akan bercouple. Macam tak kena je siapa yang tak couple ni macam aku! Huhu.. Like I care much? Aku nak cari suami bukan pakwe.. Eh? Apa yang aku merapu ni? Haih! Back to the point lar Tqah oi..


Cinta tak semestinya satu benda yang indah macam kat novel tu. Kalau kat novel, walaupun starting dia memang sedih bagai tapi in the end, akan happy punya! Jarang nak tengok yang sad. Kalau ada, sila bagi kat aku ek.. Huhu.. Hari ni, aku nak bercerita tentang kisah cinta yang takdelah seindah mana. Ada juga yang sad. So, kalau sudi, baca okey sampai habis.


Anyway, what if now you realise that your first love is just a fake? FAKE! Sesiapa pun tak mungkin lupakan cinta pertama dia. Bukan first crush ek tapi memang love towards each other. Bayangkan dia telah cairkan hati korang dan akhirnya, korang pun jatuh cinta kat dia. Tapi tahu-tahu je, dia tu playboy/playgirl dan dah tipu entah billion orang kat dunia ni. It's that you call love?


Next, orang kata setiap manusia ni berhak untuk bercinta dan dicintai. Yeay.. Like whatever. Ayat macam tu diorang sebut sebab pasangan diorang tu macam kira perfect. Apa kata kalau someone tu OKU ke or lelaki lembut ke or perempuan ganas ke and so on? Maybe sekarang korang kata of course diorang berhak untuk bercinta. Tapi korang sendiri, nak ke pasangan macam tu? Deep down, I know what you guys are thinking right now. Tak perlu nak tipu or berlagak baik kecuali kalau korang memang baiklah. Jangan terkejut ek kalau ada sorang hamba Allah ni pernah cakap, 'Kau tu dahlah bap0k. Tak layak nak bercinta-cinta ni.' Demi Allah, it's a true story.


When a couple truly love each other, they will say things like, 'I'll always love you till end'. Masalahnya sekarang, korang yakin dia akan jadi hak korang buat selama-lamanya? Korang yakin cinta korang akan bertahan sehingga nafas terakhir? Sedangkan cinta kita kepada Allah tak capai tahap cukup-cukup makan, apa lagi cinta kepada manusia? Paling penting, what if one day, you will love someone else and finally, you have to break your promise(s)? Selagi hubungan korang tak halal, janganlah janji perkara yang berat sedangkan janji kita pada Allah pun mudah je kita mungkiri.


Aku dengar cerita daripada parents aku. Kisah benar ek kat Universiti Sains Malaysia (USM). Ada seorang lelaki ni. Dia ni kira pelajar cemerlang kat U tu and sangatlah pandai. Lelaki ni jatuh hati dekat sorang girl ni and try tackle. Tapi sayang, girl ni tak terima dia. Jangan tanya aku kenapa sebab aku tak tahu. One day, lelaki ni didapati dah gantungkan diri kat bilik asrama. What the heck? Mak aku tanya girl tu, 'Tak takut ke kalau roh budak lelaki tu kacau you?" Girl tu dengan mudahnya cakap, 'Buat apa nak takut? Yang dia bodoh sangat gantungkan diri tu apasal?" Mak aku rasa kecewa sangat dengan budak lelaki tu. Pandai tapi bodoh. Again, it's that what you call love?


Korang ada dengar lagu 'Egokah aku' ? Aku tulis sikit lirik dia. ~Ku harap Tuhan cabut nyawamu agar tak ada yang memilikimu~ Woo... Ayat tak boleh blah! Aku tengok video clip dia pun dah takut. Huhu.. Ada kes ek macam lelaki simbah asid dekat muka seorang perempuan ni sebab tak terima lamaran dia. Ada juga kes berlaku pembunuhan disebabkan perkara yang sama. Okey.. Korang giler-giler jatuh hati kat orang tu sampai tak nak orang tu jadi milik orang lain. Tapi cinta ke namanya tu?


Wei! Jom kita sky dive! Lompat KLCC! Yahoo! Hehe.. Aku pelik dengan budak yang baru putus cinta ni. Ada setengah tu, punya sedih bagai sebab baru clash. Then, enjoykan diri lompat KLCC. Tanpa parasuit tu! Hebat an? Lepas tu, kita juga yang kena bersihkan tempat dia. Haih.. Memang aku betul-betul tak faham. Baru kena sikit, nak bunuh diri? Tengok aku! Kena tipu banyak kali pun, happy go lucky je. Tapi sebelum bunuh diri, siap call pakwe/awek dia tu and cakap, 'Jangan tinggalkan I. You nak I mati ke?" Korang nak paksa pakwe/awek korang cinta kat korang ke? Cinta ke namanya tu?


Banyak pula cerita aku an? Mesti korang dah bosan. Masih lagi menjadi rahsia CINTA ni! Aku memang malas nak cari maksudnya pun. Saje nak kongsi cerita dengan korang semua. Anyway, bercinta tu biar berpada-pada. Tak payah nak bercinta mengalahkan pasangan rumahtangga. Cinta pada Allah dulu, then cinta pada Rasul, cinta pada diri, cinta pada keluarga dan barulah bercinta dengan orang bukan muhrim tu. Paling penting, cintalah kepada Allah kerana itu yang paling kekal sampai akhir hayat. Mati demi Allah dapat pahala tau. Mati demi pakwe/awek dapat apa? =_= Sampai di sini sahaja celoteh Tqah. Wassalam~


p/s : Walaweee! Lelaki handsome rindu kat aku! Hahahaha! :D (bajet..)

Woo! Legging!!

~Assalamualaikum wbt~

~Sebenarnya, aku tak tahu kenapa baru sekarang orang duk sibuk cakap pasal legging ni padahal tak silap aku, since aku form 4 orang dah start pakai legging. Aku ingat lagi sorang budak tuisyen aku pakai legging colourful punya! Sebabkan aku sangatlah jahat dulu, otak aku terus cakap, pe buruk sangat roman seluar dia ni?? Dalam otak aku je ek.. Huhu..

Nak kata lawa, takdelah lawa beno. Kalau pakai kat swimming pool tu, aku rasa okey sikit sebab dulu, aku pakai legging masa mandi swimming pool tapi aku sengaja beli saiz besar punya. Sekarang, aku pakai yang betul-betul longgar. Tutup cerita aku. Kita tengok gambar-gambar kat bawah ni.



Baju dah smart tapi yang bawah?? Huh?? Macam tak kena je..



OMG!!! SAKIT MATA DEN!



Legging + Baju lengan pendek + Tudung = ???



Kalau aku budak jahat, aku dalam hati akan terasa nak mengutuk je.. Hehehe.. Korang ni dah buat aku tambah dosa je.. Ish! Ish! Ish! Kalau bab tudung, aku tak nak sentuh lagi sebab aku dah pernah cakap dulu kat Tudung Yuna? Tudung Labuh? Tudung.....



Did you know that there are four parts of girls' body that the boys will see? Yang pertama, bahagian leher.. Yang kedua, bahagian dada. Yang ketiga, bahagian punggung. Yang keempat, bahagian paha. Dua bahagian kat atas and dua bahagian kat bawah. Muka dah tak pandang dah bagi yang pervert.



Untuk tudung, aku tak nak lah kutuk-kutuk. Ni hak korang bagi yang girls. Kalau pakai secara paksa pun, tak tambah pahala gak kan? Tapi legging?? Come on guys! Secara jujurnya, kalau aku dah takde seluar tidur, aku terpaksa pakai benda alah tu. Eeeiii! Rimas tau tak?? Macam mana korang boleh tahan ek? Aku tertanya-tanya.



Futhermore, kalau korang tak nak tutup bahagian atas, at least tutup bahagian bawah. Takkan empat-empat bahagian nak tunjuk? Bagi yang bertudung, tak payah ler pakai legging tu. Walaupun aku tak terer fesyen tapi kalau tengok korang pakai pun, memang langsung tak kena lah! Aku yang tak pandai fesyen ke or korang yang tak pandai fesyen? Hehe.. I'm sorry..



Anyway, kalau korang still rasa apa yang aku cakap ni salah, sila klik siapa cakap legging / jegging seksi tu buruk? Orang kat dalam blog ni sangat setuju budak-budak perempuan pakai legging. Aku sarankan korang pergi je kat blog dia. Jangan malas-malas okey! Wassalam~




p/s : Lelaki pakai legging pun BUROK romannya! :P

Day one : 10 things about you

~Assalamualaikum wbt~





~Dah pukul 12.37am.. So bermulalah challege aku ni.. Soalan pertama, day one : 10 things about you. Okey guys.. Check it out! :)


1. Nama aku Atiqah Farhana Binti Safian. Sebelum aku ada adik, family aku panggil aku Iqa. Bila dah ada adik, family panggil aku, Yong/Kakyong (ikut style orang Perak). Member semua panggil aku Tqah sebab aku tak bagi diorang panggil aku Farhana. Kenapa? *bersiul


2. Aku lahir 2 Disember 1993. So, aku belum cukup 18 lagi lah ek.. Muda lagi wei.. Huhu.. Aku dah bagi tarikh lahir aku, errr.. Jangan lupa kasi hadiah ek.. Hehehe..


3. Aku sangat suka pakai baju kurung dan teramatlah suka bila tengok orang lain pakai baju kurung dan baju melayu. Sopan wei and tak panas. Orang tengok pun sedap mata memandang. Huhu..


4. Aku ni berdarah orang noghowi (belah ayah) dan orang perak (belah mak). Tapi aku tak terer nak berloghat ni. Huhu.. Sekarang boleh lah sikit-sikit cakap loghat ni. Sila jangan kutuk aku sebab aku takkan layan. Hehehe..


5. Paling pantang bila jumpa coklat! Aku memang suka coklat especially Cadbury sampaikan sebulan sekali, aku akan beli yang saiz besar punya! Kek pun selalunya beli flavour coklat. Ice-cream pun sama!


6. Aku ni allergi habuk. Kalau dulu, muka aku sekali terkena habuk and terus bengkak muka ni. Dahlah bengkak masa kena jumpa mamat handsome ni! Cis!!


7. Children is my favourite! Nampak je budak-budak kecil chubby, aku akan peluk dia ketat-ketat and then cubit-cubit pipi dia! Aku memang suka main-main dengan budak-budak. Dulu, aku rajin jadi kuda untuk anak-anak saudara aku and adik aku. Awal-awal, semangatlah tapi lama-lama, penat... Hehe..


8. Tak seperti gadis-gadis sekarang, aku tak giler shopping. Kalau perlu, aku beli. Kalau tak, aku tak heran. Nak beli baju pun, aku akan suruh orang pilihkan. Disebabkan tak giler shopping, aku tak pandai berfesyen.


9. Masa kecil-kecil, aku nak jadi doktor. Lepas tu, nak jadi penyanyi (macamlah suara tu sedap). Then, nak jadi perdana menteri (tak jadi sebab hate politik). Akhirnya, bertekad menjadi seorang arkitek yang berjaya.


10. Last sekali, I'm single but not available. Huhu.. No couple till akad!



~Wassalam~


p/s : Nak join? Klik sahaja di sini! ~ 10 days challenge.

Tuesday, May 3, 2011

10 Days Challege~

~Assalamualaikum wbt~






~Aku tengah blogwalking, and then, aku terus berminat nak klik blog Inche Vampire . It's about 10 days challege. Macam interesting so aku pun j0in! Tapi aku start dari esok lar ek.. Dalam game ni, ada 10 soalan. Satu hari, satu soalan. Ada berani? Jom klik sini ----> ~ 10 days challenge.


Klik sini j0m!


Day one : 10 things about you


Day two : 10 things you love


Day three : 10 things you hate



Day four : 10 things you wanna to say to one person.


Day five : 10 wishes


Day six : 10 item you can't live without


Day seven : 10 important people


Day eight : 10 of your favourite songs



Day nine : 10 ways to win your heart


Day ten : 10 final words



~Wassalam~

Arts? Patut Ke Dibenci?

~Assalamualaikum wbt~





~Sebelum tu, aku nak menceritakan sikit kesedihan aku. Tadi aku punya laju update entri untuk 20blog terpantas dalam segmen Abang Ben. Tapi disebabkan busy tadi aku tak sedar yang Abang Ben dah kemukan soalan dekat kitaorang. Aku lambat!! Wuuaaa!! Terlepas lagi! Tak mahu j0in segmen lagi! (majok tak bertempat.. huhu)


Okey.. Tutup cerita tu.. Anyway, congratulation kepada pemenang. :) Dah2! Back to the point.. Arts?? Err.. Aliran Sastera ler.. Dulu, masa zaman jahiliah aku dulu, aku tak yakin nak masuk aliran Sains. Orang kata susah tapi parents aku nak sangat aku masuk aliran Sains yang sangat susah ini. Bila aku tanya, "Kalau kakyong kena gak masuk aliran Sastera macam mana?" Parent aku pun jawab, "Kena masuk gak aliran Sains!" Hmph! Tak menjawab soalan.. =_="


And so, aku masuk aliran Sains Teknikal! Memang aku dah lama jatuh hati kepada meja khas untuk pelajar Lukisan Kejuruteraan sampaikan aku bertekad nak masuk situ (padahal tak tahu aliran pe kelas tu). Tapi aku dapat merasa 3hari je sebab aku pindah sekolah. Hehe.. Okey.. Back to the real point! Tqah ni merepek-repek je..


Masa aku belajar kat sekolah baru aku, ada lah juga beberapa pelajar tak dapat nak konsisten dalam subjek Science. Awalnya, diorang teragak-agak nak masuk aliran Sastera. Kawan aku akhirnya dah bertekad untuk masuk aliran Sastera demi keputusan SPM dia nanti. And kini, dia telah menjadi pelajar cemerlang di sekolahku. Chayok buat kawanku! :)


Sekarang pula, dah keluar result kemasukan Form 6. Aku happy untuk kawan-kawan aku yang dapat walaupun aku tak dapat.. Hehe.. Takpelah aku tak dapat.. Dah benda lain aku dapat an.. (Tak membajet an?) Tapi ada sorang je hamba Allah swt ni tak puas hati. Dia dapat aliran Sastera walaupun dulu dia ambil aliran Sains. Entah apa yang dia sumpah seranah pasal benda tu kat aku, aku pun macam tak ambil peduli. Kalau aku jahat, aku cakap je, 'tak bersyukur betul! Dah dapat tu terima je lah. Kau tu dah lah tak dapat memana!" Jahat tak? Hehe.. Tapi aku baik.. And don't worry.. Aku tak simpan benda tu dalam hati..


Dia cakap dia benci aliran Sastera. Agak marah lah sikit sebab ada kawan-kawan aku yang ambil sastera and minat subjek tu. Ayah mak aku pun ambil sastera and sekarang, diorang kerja dengan kerajaan kot.. Cousin aku pun budak sastera and sekarang, dah bekerja. So, perlu ke benci Sastera ni?


Paling penting, hate Geografi??? OMG! Aku ambil Geografi and aku sangat-sangatlah marah! Haha! Geografi ni interesting sebenarnya kalau duk kaji betul-betul. One more thing, Geografi ni budak Sains ek yang kena ambil zaman dulu. Takde kena-mengena dengan Sastera pun.


Futhermore, aliran Sastera ni jugalah yang menyelamatkan beberapa pelajar yang kurang dalam subjek Sains macam kawan aku. Wei, pelajar cemerlang kot.. Sambung kat mana? Wallahualam.. Dia masih lagi buat keputusan. Lagipun, peguam ni kan dikira bijaksana dan adil. Peguam datang dari mana? Sastera k0t.. Ada diorang cakap, tuan doktor yang adil lagi bijaksana? Urm... Setakat ni, aku tak pernah dengar..


So, tak payah nak pandang rendah kat aliran Sastera ni. Aku sangatlah tidak menyukainya. Ilmu juga kot dan paling penting, ilmu daripada Allah swt. Jangan duk perasan yang kita ni pandai sangat sampai nak duk benci subjek tertentu. Walaupun aku lemah Fizik, aku tak hate Fizik (sebab nanti kalau nak jadi arkitek, confirm kena terer Fizik). Adi Putra yang jauh lebih pandai pun tak hate apa-apa subjek. Kenapa korang nak hate pula? Think... Wassalam~


BEN ASHAARI !!! Aku nakkkkk !!



~Assalamualaikum wbt~









~Abang Ben patut pilih saya sebab blog saya simple! :)

Aku Penulis Lirik Berjaya??

~Assalamualaikum wbt~





Di keheningan malam yang sungguh membosankan dan kekecewaan (sebab Abang Ben tak pilih entri aku sebagai the best T_T), tiba-tiba kawan aku ni Shasha posted something kat wall group kitaorang. Aku pergilah jenguk. Dia cakap dia ada join contest untuk cipta lirik untuk finalis AF and kasi link kat kitaorang.


Disebabkan aku teramatlah bosan, aku pun saje-saje lah dengar melodi lagu tu and tiba-tiba terasa nak join pula. Aku join sesaje je.. Macamlah lirik aku ni terpilih pula kan? Hehe.. Semalam aku cipta lirik tu ditemani rakanku, Ewan! Kesian dia, terpaksa berjaga. COP! Dia bukan kat dalam bilik aku okey! Kitaorang mesej! Haih.. Korang ni.. Pape pun, thanks Ewan!


Cipta punya cipta, bila dengar balik pagi ni, macam tak sedap pula. Huhu. Tibai je lah! Janji aku masuk! Tapi link yang Shasha kasi dah hilang! Argh! Cari punya cari tak jumpa.. Adess! Kena tunggu dia online ler nampaknya.. Terpaksa tangguhkan dulu nak hantar lirik ni.. Hehe.. Disebabkan aku baik, aku bagi korang tengok lirik yang aku cipta. Jangan ciplak! Huhu.. Tapi sikit je.. Kang bagi semua, orang curi! (Macamlah lirik aku ni laku..) Wassalam~



~Cinta kuburkan di pusara


Rindu lupuskan tak berharga


Kiblatku Tuhan dan Rasul-Nya


Layulah cinta dunia~


p/s : Berangan kejap ditemu duga oleh Aznil! Haha!

SyedGraphiX FOLLOWERS BLOG REVIEW

~Assalamualaikum wbt~





http://www.syedgraphix.com/2011/05/syedgraphix-followers-blog-review.html


Sebab ape korang nak join ni?


-Aku/Den/Saya/Ana (Tak tahu nak gelarkan diri pe) ni budak baru belajar untuk dalam dunia blogging ni. Tak sampai setahun pun umur blog ni. Jadi, perlukan pendapat daripada pakar iaitu SYEDGRAPHIX.. :)



Bagitau skit kat aku ape yg best and tak best nya pasal blog aku ni.. tiada limit perkataan. HAHA. ikut la korang nak cakap smpai lebam skalipun..


-Blog Syedgraphix memang smart especially header. Macam rasa nak curi je.. Tapi sebabkan aku/den/saya/ana tahu betapa dosanya curi-curi ni so tak buat ler.. Hehe.. Tapi tak kenapa masa first time nak masuk tu, agak lambat loadingnya. Harap SyedGraphiX try cari solutionnya.


Tag :


gadis layang-layang


miza's diary :)

Monday, May 2, 2011

Minat Anime?? Budak Immature Ke??

~Assalamualaikum wbt~



~Siapa kenal Himawari Nana ?? Bagi budak yang minat majalah Kreko, budak short course PTPL and ahli kumpulan Pearl Emerald , maybe korang kenal. Aku? Of course kenal! Kawan aku lah beb! Hehe.. Aku sangat minat dengan lukisan dia and dia minat blog aku (membajet ke ni? tak kan? :3 ) Dia request kat aku untuk buat satu entri tentang anime ni. As a friend, aku menurut perintah! :P


Dulu masa aku form 1, aku memang minat giler anime especially NARUTO! Ayat favourite dia, 'takkan menyerah kalah'! Apa jua barang dia, aku akan beli sampaikan pensil box pun gambar naruto tau. Beg?? Agak-agaklah.. Sekolah menengah kot. Huhu.. Sebut je nama Atiqah Farhana, mesti ramai tahu yang budak tu suka giler anime.


Tapi sampailah satu hari, ada seorang hamba Allah ni cakap aku ni perangai cam budak-budak. Kenapa? Sebab minat anime. Yelah.. Dah besar pun minat anime. Dah form 3 ni tapi meja sekolah penuh dengan gambar anime. Lepas tu, duk asyik cakap, 'Kakashi and Gaara handsome lah'. Tak habis lagi nak berebut lelaki anime padahal tak wujud pun lelaki handsome tu! Secara TAK jujurnya, aku tak kecil hati pun apa yang diorang ni cakap. Budak? Memang aku budak pun. Aku belum capai umur dewasa lagi kan?


FYI, dalam pandangan korang yang tak minat anime ni, maybe korang rasa yang kitaorang ni immature sebab minat kartun. Cuba korang tengok anime tu dulu. Baru korang akan faham kenapa kitaorang minat. Cam Nana, dia suka tengok gaya lukisan cerita anime tu. Aku? Meh2! Aku nak cerita!


Dulu, aku budak yang sangat LOSER! YES!! Aku mengaku! Huhu.. Naruto ni pun budak yang sangat LOSER!! YEAY!! KITA SAMA!! Naruto dikutuk, dicaci, diperli and dipulau disebabkan ada monster kat dalam badan dia. Jadi, bagi nak membuka mata ramai manusia kat luar tu, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk capai matlamatnya yang satu iaitu menjadi seorang HOKAGE yang terhebat di zaman ninja! Pelik tak budak yang always dapat last dalam exam dia, nak jadi Hokage? Hokage tu apa? Hokage ni macam tahap ninja yang paling terkuat lah dekat kampung dia.


Selain tu, cerita ni mengajar aku erti persahabatan. Naruto tak pernah berputus asa untuk menyedarkan Sasuke yang dah masuk ke alam kejahatan. Kena pukul pun, dia bega gak nak bawa balik kawan setan dia tu. Huhuhu.. Sesiapa peminat Sasuke, jangan marah ek.. :P Dengan cerita ni, akhirnya aku bangkit dan melawan segala ujian yang ada depan mata. Selagi Naruto tak berputus asa maka aku takkan berputus asa. Thank you, Masashi Kishimoto ( Penulis komik Naruto )


And so, jangan panggil kami ni Immature. Kami minat something tu ada sebabnya. And disebabkan minat kami dalam anime, lahirlah pelukis-pelukis yang terhebat di Malaysia ini. Check it out okey! Wassalam~




Nadia Omar Baki 's drawing using photoshop



My drawing



Himawari Nana 's drawing



p/s : Tak sabar tunggu ending komik Naruto! ^_^

BEN ASHAARI CARI ENTRI BEST



~Assalamualaikum wbt~



Santai Bersama BEN ASHAARI


Ringkasan entry


To Abang Ben, tak sure kalau entri ni cukup best bagi Abang Ben. Saya pilih entri ni sebab entri ni dapat rated tertinggi dalam blog saya and so, dapatlah juga share dengan Abang Ben. Entri ni tak sentuh pasal hukum hakam Islam or sensitif ke apa. Kebanyakan orang selalu cakap tentang haram lah semua and so, saya try beri pendapat in a good way.


Link entry


Tudung Yuna? Tudung Labuh? Tudung.....


Wassalam~

Biar Gagal Seribu. Jangan Dok Merapu.

~Assalamualaikum wbt~

~Bangga tak kalau korang dijadikan tempat rujuk bila someone tu ada masalah? Kira korang ni macam kaunselor lah. Kalau jawapan korang ya, sila angkat tangan macam saya!! Tak kisahlah kalau korang bangga ke tak. Aku ni selalu jugalah jadi tempat rujuk. Awal-awal, macam bangga jugalah jadi orang yang dipercayai ni. Most of all, benda macam ni mengajar korang untuk bersyukur sebab korang takde life susah cam diorang.





Tapi amacam kalau korang dah nasihat dia berjuta-juta bagai tapi dia bega gak nak dengar? Dah bega tapi nak gak kongsi problem tu. Haih.. Aku tak benci pun orang macam ni. Well, sebagai manusia, aku tetap jugalah kena tolong diorang ni. Maybe ni pekerjaan aku secara tak langsung and tanpa gaji. Eh? Tanpa gaji? Ada gaji lar.. Pahala kot.. Hehe..





Okey.. Okey.. Back to the point. Aku nak cerita seorang member aku ni. Dia ni ada masalah and selalu cerita kat aku. As a friend, it's my duty to help others when they're in trouble. A friend in need is a friend indeed. Aku nasihat apa yang patut dan tak patut. Member aku ni always gagal dalam setiap benda yang dia buat and orang lain duk ngutuk dia. It's a sad life.





Tapi satu hari dia cakap yang dia dah give up dalam life dia. Aku nasihat dia lagi. Again, dia cakap benda sama. Aku nasihat lagi. Dan again and again, dia cakap benda sama dan again and again, aku nasihat lagi. Sebabkan aku dah terlalu marah dengan perangai dia ni, aku terus cakap, "Apa lagi? Pergilah lompat KLCC tu." Ambik kau! Haha.. Please jangan ikut perangai aku ek..





Anyway, it's not about that.. My point is gagal sekali tak semestinya gagal seumur hidup. Aku sendiri pernah gagal dulu. Kalau korang duk nangis cakap you are a loser, then you'll always be a loser. Nak jadi champion, tak payah nangis, keluar dari bilik and change your life. Sama macam acara lari. Korang tengah lari then semua pelari tengah lari depan korang. Takkan masa tu korang dah tak nak lari? Kalau korang tak nak ubah diri korang maka hidup korang sendiri takkan berubah.





Kalau malas nak ubah hidup, pergilah lompat KLCC tu. Dalam masa 5saat korang boleh merasai AIR DIVE! Owh.. Lupa nak ingatkan. Korang fikir dah kena tanah tu nanti, korang terlepas dari seksaan lah? Opps! Memang lah terlepas dari seksaan tapi terlepas dari DUNIA LAH! Seksaan kat kubur tu tengah menanti! Lagi sakit tau! Dapat cuti masa bulan Ramadhan je. Pandai-pandailah korang nak tahan sakitnya nanti.





Maybe ada yang kata, budak tu tak pernah gagal. Always dapat apa yang dia nak. Okey.. Okey.. FYI, budak yang tak pernah gagal tu lah sebenarnya paling mudah jatuh berbanding budak yang selalu gagal. Serius aku cakap. Diorang tak pernah hadapi kegagalan so diorang tak tahu macam mana nak settlekan masalah tu. So, bila kegagalan tu datang, diorang akan blur and feel like it's the end of the world. Berbanggalah menjadi seorang yang gagal pada mulanya. Jadi macam CHICKEN LITTLE!!




Tak pun.. Sebab ada antara korang yang suka berkawan dengan syaitan ni, cubalah contohi syaitan ek! Diorang tak pernah give up! Takkan lah korang nak kalah dengan member korang ni kan? So, janganlah give up macam setan.. 3:) Wassalam~


p/s : Sesungguhnya Allah swt membenci hamba-Nya yang berputus asa.

WHAT???

~Assalamualaikum wbt~


~Kecewa tahap max bila tengok nama Rayyan ku sayang tertera dekat status seorang hamba Allah ni. Bukan setakat kecewa.. Sadis pun ada! Rayyan!!! Kenapa kau kena comel sangat? Tak pasal-pasal ramai peminat. Sedih tau..

Belum sempat aku nak sambung study, dah ramai orang nak tackle kau. Kesedihan.. Okey.. I'll let you go. If we are meant for each other, God will meet us. I'm sure of it. I'll miss you always!! XOXO!! Wassalam~






*TYUNK RAYYAN!*


p/s : Ye.. Aku menggedik. So? Hehe..

Yakjuj Dan Makjuj

~Assalamualaikum wbt~




~Terasa rindu pula rasanya nak update entry macam ni.. Dah berapa lama ek aku tak cerita benda ni? Entah lah.. Aku pun dah lupa. Dah lama sebenarnya aku tak duk kaji. Asyik duk hadap facebook and chatting orang tersayang. OPPSS! Kantoi! Hehe.. Family dan kengkawan lah orang tersayang.. :P


Sebelum minat aku mendalam dalam kajian Imam Mahdi dan Dajjal ni, aku berminat untuk kaji tentang Yakjuj dan Makjuj. Paling excited, bila tengok kawan aku beli buku dekat atas ni. Buku tu tebal sampaikan aku tak sempat habis nak baca. Jadi, aku banyak dengar secara lisan je daripada penceritaan mak aku.


Sekarang ni, orang duk cerita pasal Dajjal je kan so cerita Yakjuj dan Makjuj ni terus tenggelam and jarang diceritakan. So, aku terasa nak cerita kat korang. Maybe ada antara korang yang tak tahu kisah Yakjuj dan Makjuj ni so rajin-rajinlah membaca entry panjangku ni ek..


Dikatakan Yakjuj dan Makjuj ni ialah puak yang sangat kuat pada zaman dulu. Diorang ni ganas and bunuh je sesiapa yang diorang nak. Mak aku cakap ler, orang Hun yang kat China tu dikatakan daripada puak Yakjuj dan Makjuj. Kalau nak tahu perangai orang Hun ni, korang tengok cerita Mulan.


Menurut Al-Quran, Iskandar Zulkarnain, manusia yang sangat pandai, membina sebuah dinding yang sangat kukuh yang diperbuat daripada besi. (Sebenarnya cara pembuatan besi ni sangat-sangat unik). Jadi, kaum Yakjuj dan Makjuj tu terperangkap dalam dinding tu dan cuba untuk keluar sampai sekarang tapi Allah swt akan meruntuhkan tembok tu pada hari kiamat nanti. Diorang hanya gunakan kuku diorang untuk buat lubang kat dinding tu. Jangan terkejut kalau diorang dah buat lubang sebesar bulatan dibentuk jari ibu dan jari telunjuk pada zaman Nabi Muhammad saw dulu. Agaknya zaman sekarang, dah berapa besar lubang tu ek?


Tu cerita zaman dulu. Okey.. Aku cerita untuk pada masa akan datang punya mengikut Al-Quran. Allah swt telah memberi amaran kepada kita yang bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ni banyak. Kalau 10% tu bilangan manusia, bilangan Yakjuj dan Makjuj ni pula 90%. Boleh bayangkan betapa ramainya diorang ni?


Yakjuj dan Makjuj akan keluar selepas matinya Dajjal. Diorang ni keluar dari dinding tu macam kambing keluar kandang. Boleh bayangkan kambing tak? Huhu.. Jangan duk perasan bila Dajjal dah mati, kita akan selamat. Bila Yakjuj dan Makjuj nampak je mangsa/manusia kat depan dia, dia akan terus bunuh dan bagi gadis sunti pula, diorang rogol jadi lahirlah keturunan Yakjuj Makjuj lagi. Cis! Setan betul.. :P


Mengikut Al-Quran, Yakjuj dan Makjuj bila terasa dahaga, diorang akan minum air laut sampai kering disebabkan bilangan diorang yang banyak. Sampaikan manusia akan terkejut sebab perubahan landskap yang mendadak tu.


Okey.. Macam mana ending dia? Di satu saat, tinggallah orang beriman dan Nabi Isa as yang dikelilingi Yakjuj dan Makjuj di kawasan pergunungan. Masa tu, there's no way out! We're trap!! Mana mau lari?? Takde can dah! Nabi Isa as pun berdoa untuk perlindungan daripada Allah swt. Maka, Allah swt pun menyeru sejenis serangga (not sure serangga pe tapi ada yang kata rupanya macam belalang) untuk menyerang kaum ni sehingga mati.


Disebabkan bilangan Yakjuj Makjuj ni banyak so, mayat-mayat diorang ni jadi busuk sangat. Ada kata, Allah swt menurunkan hujan sehingga banjir dan menenggelamkan mayat Yakjuj Makjuj. Tapi ada juga kata Allah mengutus seekor burung besar untuk angkut dan bersihkan mayat tu dari bumi.


Masih banyak benda lagi yang kita tak tahu tentang Yakjuj dan Makjuj ni. Ada kata diorang ni macam manusia juga tapi ganas dan agresif. Ada kata diorang ni macam haiwan sebab dikatakan Zulkarnain tak faham apa yang diorang ni cakap. Aku ceritakan ni untuk sama-sama kita ambil iktibar. Tidak perlu agung-agungkan kemewahan dunia ni sebab satu hari nanti akan musnah juga dek Dajjal and Yakjuj Makjuj ni. Bukan setakat diorang ni je.. Lepas Yakjuj dan Makjuj mati, keluar pula sejenis makhluk pelik dari tanah. Kiamat k0t.. Takkan boleh duk rilek-rilek goyang kaki. Pergi tingkatkan iman cepat!! Wassalam~


p/s : Masih menjadi misteri....

Sunday, May 1, 2011

Macam Mana Nak Skor Add Math?

~Assalamualaikum wbt~





~Aku agak terkejut sebab dapat skor tinggi untuk subjek Add Math aku lepas ambil result SPM. What the heck?? Betul ke ni?? Huhu.. Memang excited nak tunjuk result dekat parents and of course, kat cikgu Add Math aku. Thank you cikgu. Tapi sayangnya, aku dah banyak lupa jalan kiranya semua. Huhu.. Nak rasa pengalaman aku tu masa ambil result SPM nanti? Okey! Here's some tips..



Secara jujurnya, aku tak sure sangat apa yang aku dah buat.. Tapi korang baca je lah ek tips-tips nie.. Memang korang boleh skor kalau korang buat. Ni aku kira baik ni nak share dengan korang. Huhu.. Harap dengan cara belajar aku ni korang boleh skor.. Insya-Allah..



1. Target mereka yang skor high untuk Add Math. Dulu, ayah aku memang suka puji anak kawan dia yang dapat highest score untuk Add Math kat sekolah. Setiap hari puji lak tu. Fuh! Sangat tak berpuas hati! Bila first exam, memang try hard lah and aku score A! Tapi rupa-rupanya, anak kawan ayah aku tu score sekali je and then, terus down untuk exam seterusnya. Hampeh!



2. Dalam kelas, kalau boleh dengar apa yang cikgu bebel kat depan. Jangan duk tidur okey! Kalau tak faham, terus angkat tangan. Anggap diri korang terer sebab tanya banyak soalan. Kalau aku, aku anggap orang yang tanya banyak soalan ni, mereka yang sangat terer dalam subjek tu! Seriously...



3. Homework jangan lupa buat. Jangan baru buat satu soalan, terus tutup buku. Kalau tak boleh buat yang first, buat yang second and seterusnya. Jangan give up. Bila korang dapat jawapan, memang rasa happy giler walaupun awal-awal agak tension!



4. Beli buku latihan. Kalau boleh, beli yang soalan dia ikut bab. Jangan beli yang buku latihan yang memang ikut format exam punya. And satu lagi, beli yang soalan dia macam mengajar kita tentang basic. Bila korang kuasai basic, korang dapat jawab soalan yang susah. Sebenarnya, soalan tak susah pun bila korang dah kuasai basic ni.



5. Tak payah malu-malu bagai. Ada je soalan tak dapat korang selesaikan, terus tanya cikgu or member. Bukannya member or cikgu ejek korang pun.



6. Bila ada tajuk yang korang terer, jangan kedekut nak share dengan orang lain. Tolong ajarkan diorang walaupun diorang tak dengar pun apa yang korang merepek.



7. Sesiapa yang ada duit lebih, try masuk tuisyen. Kalau boleh, tuisyen yang betul-betul korang boleh cooperate. Kalau tak pun, minta cikgu adakan kelas tambahan untuk korang. Cikgu bukannya jenis mata duitan so takpe.. Tapi kalau cikgu tak dapat nak buat, jangan paksa cikgu. Kalau sekolah adakan kelas tambahan, pergi!! Jangan lepaskan peluang keemasan!



8. Semalas-malas korang pun, try je lah buat latihan Add Math seminggu dua kali. Jangan biarkan buku latihan korang berhabuk!!



9. Bila dah sekolah dah cover semua silibus, cepat cari kertas-kertas soalan tahun-tahun lepas. Dah dapat tu, tolong buat latihan ek.. And bila dah nak ambil kertas SPM tu, dah takde masa nak try cover semua tajuk. Korang kena cover tajuk yang korang betul-betul lemah.



10. Solat, jangan kutuk cikgu, jangan derhaka dekat parents, jangan gaduh dengan member, doa and tawakal.



Tambahan : Kalau tak boleh juga, tanya cikgu, tajuk-tajuk yang mana yang paling mudah and korang try cover tajuk-tajuk tu.



p/s : Semoga berjaya! Wassalam~

Aku Jatuh Cinta???



~Assalamualaikum wbt~



*Gambar ini diambil pada minggu lepas*


~Kalau dulu, member-member aku punya excited nak ada boyfriend or girlfriend. Excited ben0! Aku siap garu kepala macam mana romannye orang bercouple ni. Best beno ke? Sekarang pula, dah habis sekolah ni, dah lain romannye.. Kalau bab couple ni, dah tajuk bosan dah wei. Sekarang ni, member-member aku punya excited nak kahwin!! Whooo... Serius aku cakap! KAHWIN! BUKAN CADANG TAPI MEMANG NAK KAHWIN!!


Aku pula?? ( bunyi cengkerik jap.. ) Beb.. Aku memang jatuh cinta ler.. Err... Cinta? ISH!! Geli nak menyebutnya or lagi tepat nak menaipnya.. Aku pernah sayang kat seseorang. PERNAH OKEY! Couple?? Nope.. Not even once I've felt that kind of situation.


Sebenarnya aku dah cintakan YANG MAHA ESA DAN RASUL-NYA! Yes! Pe? Korang ingat aku cintakan manusia yang bukan muhrim tu ke? Wei.. Cerita cigitu dah tak h0t ler.. Huhu.. Aku dah lama dah rasa cinta ni cuma malas je nak heboh-heboh. Hari ni je terasa nak hebohkan.. Hehehehehe..


Tapi mesti korang duk pikiaq gak kenapa ada ticker time tu.. Urm... Jeng! Jeng! Jeng! Aku tersuka lah kat someone.. Kenapa? Tak boleh? Aku punya suka ler.. Hehe.. Dia aku anggap member je lah.. Cukup member wei.. Untuk sayang bagai tu? Err.. No komen! Huhu..


Buat masa sekarang, aku dah terfikir manusia bukan muhrim yang selayak-layaknya terima cinta aku ialah suami aku sendiri. Malas dah layan orang yang tak matang bagai. Menipu je lobih! Hehehehe.. Cian suami aku sebab pernah curang kat dia dulu.. :P Biar cinta aku sekarang menjadi hak milik Allah swt, Rasulullah saw dan keluarga aku.


Bagi yang tak puas hati dengan statement aku, 'NO LOVE TILL AKAD', well guys, it's my choice.. Don't worry.. Tanpa cinta lelaki pun aku boleh hidup ler.. Tengok aunties aku.. Hidup lagi pe.. Hehe.. Biar cinta aku kini berada di tangan mereka yang selayaknya menerima. Again, YES! Aku memang jatuh cinta tapi sebenarnya, AKU SEMAKIN JATUH CINTA KEPADA MEREKA YANG SELAYAKNYA... Sekian, terima kasih.. Wassalam~


p/s : If you want to love me then love me sincerely. PEACE!