Wednesday, May 4, 2011

Cinta? Apa Benda Tu? ( Part 2 )

~Assalamualaikum wbt~


~Korang tengok picture kat atas ni. Cute kan? Tapi kalau adik aku macam ni, aku serang dak laki tu! Kecil-kecil dah pandai nak bercintun ek? Akak garang ni! Hehe.. Untuk entry yang ke-100 ni, aku ingat nak buat sambungan daripada entri aku yang dulu, Cinta? Apa Benda Tu? Entri ni antara entri yang ramai juga yang baca and aku sendiri pun tak tahu kenapa sebab aku buat benda tu masa aku tengah mamai. Huhu..


Macam biasa, aku takkan jiwang-jiwang bagai. I'm not that type of girl okey. So, kalau untuk entri Cinta? Apa Benda Tu? , korang kena dengar bebelan mak aku. Sekarang, korang kena dengar bebelan aku! Yeay! Padan muka korang.. :P


Bila dah umur 17tahun, 5bulan dan 2hari ni, memang orang yang hampir seumur aku ni akan bercouple. Macam tak kena je siapa yang tak couple ni macam aku! Huhu.. Like I care much? Aku nak cari suami bukan pakwe.. Eh? Apa yang aku merapu ni? Haih! Back to the point lar Tqah oi..


Cinta tak semestinya satu benda yang indah macam kat novel tu. Kalau kat novel, walaupun starting dia memang sedih bagai tapi in the end, akan happy punya! Jarang nak tengok yang sad. Kalau ada, sila bagi kat aku ek.. Huhu.. Hari ni, aku nak bercerita tentang kisah cinta yang takdelah seindah mana. Ada juga yang sad. So, kalau sudi, baca okey sampai habis.


Anyway, what if now you realise that your first love is just a fake? FAKE! Sesiapa pun tak mungkin lupakan cinta pertama dia. Bukan first crush ek tapi memang love towards each other. Bayangkan dia telah cairkan hati korang dan akhirnya, korang pun jatuh cinta kat dia. Tapi tahu-tahu je, dia tu playboy/playgirl dan dah tipu entah billion orang kat dunia ni. It's that you call love?


Next, orang kata setiap manusia ni berhak untuk bercinta dan dicintai. Yeay.. Like whatever. Ayat macam tu diorang sebut sebab pasangan diorang tu macam kira perfect. Apa kata kalau someone tu OKU ke or lelaki lembut ke or perempuan ganas ke and so on? Maybe sekarang korang kata of course diorang berhak untuk bercinta. Tapi korang sendiri, nak ke pasangan macam tu? Deep down, I know what you guys are thinking right now. Tak perlu nak tipu or berlagak baik kecuali kalau korang memang baiklah. Jangan terkejut ek kalau ada sorang hamba Allah ni pernah cakap, 'Kau tu dahlah bap0k. Tak layak nak bercinta-cinta ni.' Demi Allah, it's a true story.


When a couple truly love each other, they will say things like, 'I'll always love you till end'. Masalahnya sekarang, korang yakin dia akan jadi hak korang buat selama-lamanya? Korang yakin cinta korang akan bertahan sehingga nafas terakhir? Sedangkan cinta kita kepada Allah tak capai tahap cukup-cukup makan, apa lagi cinta kepada manusia? Paling penting, what if one day, you will love someone else and finally, you have to break your promise(s)? Selagi hubungan korang tak halal, janganlah janji perkara yang berat sedangkan janji kita pada Allah pun mudah je kita mungkiri.


Aku dengar cerita daripada parents aku. Kisah benar ek kat Universiti Sains Malaysia (USM). Ada seorang lelaki ni. Dia ni kira pelajar cemerlang kat U tu and sangatlah pandai. Lelaki ni jatuh hati dekat sorang girl ni and try tackle. Tapi sayang, girl ni tak terima dia. Jangan tanya aku kenapa sebab aku tak tahu. One day, lelaki ni didapati dah gantungkan diri kat bilik asrama. What the heck? Mak aku tanya girl tu, 'Tak takut ke kalau roh budak lelaki tu kacau you?" Girl tu dengan mudahnya cakap, 'Buat apa nak takut? Yang dia bodoh sangat gantungkan diri tu apasal?" Mak aku rasa kecewa sangat dengan budak lelaki tu. Pandai tapi bodoh. Again, it's that what you call love?


Korang ada dengar lagu 'Egokah aku' ? Aku tulis sikit lirik dia. ~Ku harap Tuhan cabut nyawamu agar tak ada yang memilikimu~ Woo... Ayat tak boleh blah! Aku tengok video clip dia pun dah takut. Huhu.. Ada kes ek macam lelaki simbah asid dekat muka seorang perempuan ni sebab tak terima lamaran dia. Ada juga kes berlaku pembunuhan disebabkan perkara yang sama. Okey.. Korang giler-giler jatuh hati kat orang tu sampai tak nak orang tu jadi milik orang lain. Tapi cinta ke namanya tu?


Wei! Jom kita sky dive! Lompat KLCC! Yahoo! Hehe.. Aku pelik dengan budak yang baru putus cinta ni. Ada setengah tu, punya sedih bagai sebab baru clash. Then, enjoykan diri lompat KLCC. Tanpa parasuit tu! Hebat an? Lepas tu, kita juga yang kena bersihkan tempat dia. Haih.. Memang aku betul-betul tak faham. Baru kena sikit, nak bunuh diri? Tengok aku! Kena tipu banyak kali pun, happy go lucky je. Tapi sebelum bunuh diri, siap call pakwe/awek dia tu and cakap, 'Jangan tinggalkan I. You nak I mati ke?" Korang nak paksa pakwe/awek korang cinta kat korang ke? Cinta ke namanya tu?


Banyak pula cerita aku an? Mesti korang dah bosan. Masih lagi menjadi rahsia CINTA ni! Aku memang malas nak cari maksudnya pun. Saje nak kongsi cerita dengan korang semua. Anyway, bercinta tu biar berpada-pada. Tak payah nak bercinta mengalahkan pasangan rumahtangga. Cinta pada Allah dulu, then cinta pada Rasul, cinta pada diri, cinta pada keluarga dan barulah bercinta dengan orang bukan muhrim tu. Paling penting, cintalah kepada Allah kerana itu yang paling kekal sampai akhir hayat. Mati demi Allah dapat pahala tau. Mati demi pakwe/awek dapat apa? =_= Sampai di sini sahaja celoteh Tqah. Wassalam~


p/s : Walaweee! Lelaki handsome rindu kat aku! Hahahaha! :D (bajet..)

2 0000 je berani komen:

nysa said...

cerita yang menarik !

hehe..good job tqah !

Atiqah Safian said...

huhu.. thanks niysa! :D