Thursday, May 5, 2011

I'm Not A Plastic Bag? Yeke??

~Assalamualaikum wbt~






~Sebenarnya, gambar kat atas ni takde kena-mengena sangat dengan entri aku ni. Saje sebab dah takde gambar lain nak letak. Apa yang sebenarnya aku nak bincangkan ni? Cuba korang potong perkataan 'BAG'. Tinggallah ayat, "I'm not a plastic".


Setakat ni, aku cuma dapat definisikan ayat "I'm not a plastic" dalam dua maksud. Yang pertama, 'Saya tak hipokrit' dan yang kedua, 'Saya tak gedik'. Which one yang paling tepat? Entahlah.. You decide.


Aku sendiri tak tahu kenapa, lelaki suka targetkan perempuan sebagai plastik. Haih.. Apasal lah kitaorang juga jadi mangsa? Ternyata member aku ni juga tak suka perempuan plastik. Nasib baik aku tak plastik. Kalau dia bongak aku, siaplah dia! Hehe..


Ni nak kasi satu story. Entah korang berminat nak baca ke tak. Kalau tak minat, tekan X kat hujung bahagian kanan tu. Kalau minat, teruskan membaca. Tapi dah baca, ambil je lah sebagai iktibar. Aku bukan nak mengutuk okey.


Aku ada seorang member yang boleh tahan lah rupanya. Orang kata dia ni cute lah, handsome lah padahal aku tak nampak pun mana handsome and cutenya tu. Ye.. Aku pelik.. One day, kitaorang hang out. Dia dengan sorang lagi member aku and aku of course, dengan girls. Pe roman sorang perempuan dengan dua lelaki? Ish.. Ish.. Ish..


Tengah kitaorang lepak-lepak, ada lah sorang girl ni datang dekat dengan diorang. Dia tegur member aku tu lah semua. Aku tak tahu apa yang diorang cakap. Then, girl tu tegur aku and gedik-gedik bagai. Aku pun cam pelik. Siapa lak budak ni? Aku pernah jumpa ke? Setahu aku takde pula. Entah berapa lama dia dengan kitaorang and akhirnya, dia chow.


One day, member aku (bukan yang handsome tadi tu) pergi jumpa aku. Dia cerita kat aku kejadian masa kitaorang lepak-lepak and girl yang tersesat jumpa kitaorang tu. Ni perbualan dia (terpaksa tukar sikit demi menjaga nama orang lain)


"Aku dengan dia satu sekolah dulu. Kau tahu tak, dia tak pernah tegur aku. Aku senyum pun, dia tak pernah balas. Masa aku dengan ______ lepak, dia tiba-tiba je tegur aku and buat cerita semua. Aku macam peliklah tapi lama-lama, baru aku perasan, dia nak dekat dengan _____. Mentang-mentang aku rapat dengan budak handsome."


Adoyai.. Pelik aku.. Demi budak handsome, sanggup jadi plastik. Tu pun, member aku yang handsome tu tak layan dia pun. Huhu.. Kesian.. Kepada girls sekalian, kalau nak dekat dengan budak yang korang adore, tak perlu ler jadi plastik. Diorang tak suka. Please.. I know.. Aku dah pergi temu duga diorang. Hehe..


Tengok macam aku ni.. Rilek je.. Okey je kawan dengan budak-budak handsome. Opppsss! Sebarang pertanyaan tentang budak-budak handsome tersebut tidak akan dilayan. Hehe.. Just be yourself. Kalau rasa diri korang banyak kelemahan, try hard to improve yourself. Bukannya jadi plastik. Plastik ni kan bahaya. Racun k0t.. Kalau bakar, boleh bawa pencemaran udara. GO GREEN GIRLS! :) Wassalam~


p/s : Handsome ke, tak handsome ke, dalam pemerhatian aku, semua sama je.. :)

0 0000 je berani komen: