Monday, May 2, 2011

Minat Anime?? Budak Immature Ke??

~Assalamualaikum wbt~



~Siapa kenal Himawari Nana ?? Bagi budak yang minat majalah Kreko, budak short course PTPL and ahli kumpulan Pearl Emerald , maybe korang kenal. Aku? Of course kenal! Kawan aku lah beb! Hehe.. Aku sangat minat dengan lukisan dia and dia minat blog aku (membajet ke ni? tak kan? :3 ) Dia request kat aku untuk buat satu entri tentang anime ni. As a friend, aku menurut perintah! :P


Dulu masa aku form 1, aku memang minat giler anime especially NARUTO! Ayat favourite dia, 'takkan menyerah kalah'! Apa jua barang dia, aku akan beli sampaikan pensil box pun gambar naruto tau. Beg?? Agak-agaklah.. Sekolah menengah kot. Huhu.. Sebut je nama Atiqah Farhana, mesti ramai tahu yang budak tu suka giler anime.


Tapi sampailah satu hari, ada seorang hamba Allah ni cakap aku ni perangai cam budak-budak. Kenapa? Sebab minat anime. Yelah.. Dah besar pun minat anime. Dah form 3 ni tapi meja sekolah penuh dengan gambar anime. Lepas tu, duk asyik cakap, 'Kakashi and Gaara handsome lah'. Tak habis lagi nak berebut lelaki anime padahal tak wujud pun lelaki handsome tu! Secara TAK jujurnya, aku tak kecil hati pun apa yang diorang ni cakap. Budak? Memang aku budak pun. Aku belum capai umur dewasa lagi kan?


FYI, dalam pandangan korang yang tak minat anime ni, maybe korang rasa yang kitaorang ni immature sebab minat kartun. Cuba korang tengok anime tu dulu. Baru korang akan faham kenapa kitaorang minat. Cam Nana, dia suka tengok gaya lukisan cerita anime tu. Aku? Meh2! Aku nak cerita!


Dulu, aku budak yang sangat LOSER! YES!! Aku mengaku! Huhu.. Naruto ni pun budak yang sangat LOSER!! YEAY!! KITA SAMA!! Naruto dikutuk, dicaci, diperli and dipulau disebabkan ada monster kat dalam badan dia. Jadi, bagi nak membuka mata ramai manusia kat luar tu, dia berusaha bersungguh-sungguh untuk capai matlamatnya yang satu iaitu menjadi seorang HOKAGE yang terhebat di zaman ninja! Pelik tak budak yang always dapat last dalam exam dia, nak jadi Hokage? Hokage tu apa? Hokage ni macam tahap ninja yang paling terkuat lah dekat kampung dia.


Selain tu, cerita ni mengajar aku erti persahabatan. Naruto tak pernah berputus asa untuk menyedarkan Sasuke yang dah masuk ke alam kejahatan. Kena pukul pun, dia bega gak nak bawa balik kawan setan dia tu. Huhuhu.. Sesiapa peminat Sasuke, jangan marah ek.. :P Dengan cerita ni, akhirnya aku bangkit dan melawan segala ujian yang ada depan mata. Selagi Naruto tak berputus asa maka aku takkan berputus asa. Thank you, Masashi Kishimoto ( Penulis komik Naruto )


And so, jangan panggil kami ni Immature. Kami minat something tu ada sebabnya. And disebabkan minat kami dalam anime, lahirlah pelukis-pelukis yang terhebat di Malaysia ini. Check it out okey! Wassalam~




Nadia Omar Baki 's drawing using photoshop



My drawing



Himawari Nana 's drawing



p/s : Tak sabar tunggu ending komik Naruto! ^_^

4 0000 je berani komen:

mizs fyzah said...

naruto i love u,so what kalo dorang nak kutuk janji aku happy tgk cite ni,lagi 2 boyfriend aku yg walaupun tak wujud tapi hensem,kan nur kasih?

Atiqah Safian said...

haha.. of course! Dia yang jadi inspirasi aku.. Bukan yang duk kutuk-kutuk.. :P

Aqilah Kamarudin said...

tiqah , aku tag kau . haha

http://aqilahkamarudin.blogspot.com/2011/05/syedgraphix-followers-blog-review.html

Anonymous said...

i like this post soo much.

btw, i'm 20 and was labeled 'childish' bile taw aku suke anime n manga.

tell them, anime + manga ni pon org besa wat.
there's a lot of genres created, which utk adults pon ade gak.

org yg ckp we're immatured sbb suke kartun ni conservative thinker.
kartun bkn utk bdk2 je. :)