Tuesday, October 4, 2011

Karma ( Part 2 )

~Assalamualaikum wbt~


( Sambungan daripada Part 1 )

"Huda. Kenapa ni?"

"Tolonglah Huda.. Sakit.."

"Huda kat mana ni?"

"Rumah..."

Aina segera mematikan handphonenya. Dia terus meninggalkan kedai buku itu tanpa memanggil Fazira yang masih sibuk membelek-belek novel. Kereta Myvi merah yang setia menunggunya terus Aina pandu melebihi had laju.

Fikiran Aina bercelaru. Kenapa dengan Huda? Huda tampak terseksa. Esakan Huda menjadi igaun. Diketuk-ketuk kepalanya beberapa kali. Takut pula accident nanti kerana kecuaiannya. Akhirnya, tiba juga di rumah Huda. Rumah teres. Tampak tidak kemas rumah itu. Namun, terus sahaja Aina rempuh ke rumah tersebut.

Pintu tidak berkunci. Hati Aina berdebar-debar. Adakah berlaku rompakan? Ruang tamu tampak tidak terusik.

"Huda!"

Diam. Aina semakin risau akan keadaan Huda. Dicarinya di dapur. Mungkin terjatuh kerana tergelincir. Memang lantai dapur Huda sangat berminyak. Beberapa kali jua dia terjatuh. Namun, tiada orang di situ. Dicarinya pula di bilik. Mungkin sedang baring di atas katil.

Terlihat pintu bilik Huda terbuka sedikit. Aina kuak pintu tersebut dengan hati berdegup kencang. Ditolak perlahan pintu tersebut. Tika itu, mata Aina terbuka seluas-luasnya.

"Aina... Tolong.. "

Darah berlumuran di atas katil. Merah. Keadaan Huda lebih mengerikan. Lehernya yang jinjang dikelar. Jari kakinya hitam, seperti baru dibakar. Satu badannya berdarah dalam keadaan mengilukan. Kepalanya luka-luka tanpa rambut.

Huda lemah mengangkat tangannya, meminta pertolongan. Adakalanya terjatuh semula. Dia cuba merangkak ke arah Aina namun Aina mengundurkan diri. Terus dipalingkan wajahnya. Sungguh dia betul-betul ngeri akan kejadian seperti ini.

"Tolong Huda...."

Esakan itu memilukan hati Aina. Terus Aina mencapai handphonenya tanpa memandang wajah Huda. Ditekan tiga nombor sama di handphonenya.

"Hello.. Polis! "

( Insya-Allah, bakal bersambung. Terima kasih kerana sudi baca. Wassalam~ )

2 0000 je berani komen:

smilenajah93 said...

kesiannye huda :(

✿Dear Yayah✿ said...

ya Allah seksanye...:(