Wednesday, October 5, 2011

Karma ( Part 3 )

~Assalamualaikum wbt~


( Sambungan daripada Part 2 )

Semua tampak sibuk. Ramai lelaki beruniform biru tua berlari sana sini, mencari bahan bukti. Mereka yang beruniform putih berlari mendapatkan Huda yang masih lemah di bilik. Aina pula lemah, terduduk di sofa ruang tamu. Masih trauma melihat kejadian tadi.

Fazira duduk bersebelahan dengannya. Cuba menenangkan Aina yang dari tadi tidak berhenti mengalirkan air mata. Dikesat air mata itu sambil memeluk tubuh badan Aina yang kecil. Namun, Aina seolah-olah berada di dunianya tersendiri.

"Aina ! Fazira ! "

Kedua-dua gadis itu memandang ke arah suara yang memanggilnya. Terlihat rakan mereka, Saiful berlari ke arah mereka berdua dengan wajah tampak risau. Aina terus tunduk, masih mengalirkan air mata.

"Aina, kau okey?"

Aina menggeleng kepalanya. Badannya terus menggigil ketakutan. Terlihat seorang lelaki beruniform berwarna biru tua mendekati Aina. Aina memandang lelaki tersebut, berdiri lalu memeluk lelaki itu seeratnya.

"Ayah! Huda akan selamat kan?"

Ayah Aina hanya mengusap kepala Aina. Dia hanya mampu diam, menenangkan hati gadis sunti itu.

"Kenapa Aina datang sini tadi?"

"Huda.. Telefon tadi, minta Aina datang. Aina dah tanya kenapa, tapi dia cuma cakap tolong je. Jadi, Aina teruslah datang sini.."

Ayah Aina mengangguk sahaja sambil memandang sekeliling. Tiada satu barang pun yang hilang. Tak mungkin ini satu kecurian. Nak dikatakan pembunuhan, kenapa biarkan Huda terseksa begitu sahaja?

"Fazira, kamu bawa balik Aina ke rumah. Tenangkan dia."

Fazira mengangguk. Terus dia pimpin Aina yang masih lemah ke luar. Saiful hanya mengikut dari belakang. Sebaik sahaja Fazira memasukkan Aina ke dalam kereta, dia memalingkan wajahnya memandang Saiful.

"Kau jangan ikut. Leave her alone for awhile."

Saiful terpinga-pinga. Fazira tampak serius. Tujuannya bukan apa. Dia tahu Saiful ni bukannya tahu hendak memujuk orang lain. Dia tidak mahu fikiran Aina lebih bercelaru. Terus dia berlari masuk ke dalam kereta lalu dipandunya menuju ke arah Utara.

Saiful berjalan ke arah pokok yang berdekatan. Ditenung pokok itu lama. Tanpa amaran, terus ditumbuk pokok itu sehingga berdarah tangannya. Dipandang tangannya pula. Lama.

"Apa salah aku?"

( Insya-Allah, akan bersambung. Terima kasih sebab sudi baca. Wassalam~ )