Thursday, October 6, 2011

Karma ( Part 5 )

~Assalamualaikum wbt~


( Sambungan daripada Part 3 )

"Kau biar betul! Gila ke apa?"

Ternyata Fazira benar-benar terkejut dengan kata-kata Aina. Ini bukannya menyelesaikan masalah. Ini mendatangkan maut! Namun Aina tampak tekad dengan pegangannya. Adakah Aina sudah tidak siuman?

"Kau jangan bagitahu ayah aku pasal benda ni. Biar aku settle benda ni dengan Saiful. Aku tahu, Saiful mesti nak tolong. You're in?"

Fazira ragu-ragu. Dahinya berkerut seribu. Benar. Aina memang sudah gila! Fazira tunduk membisu dan hanya mampu menggeleng kepalanya.

"Aku tak nak apa-apa terjadi dekat kau. Tolonglah fikir balik, Aina."

Mata Aina melirik ke arah jam. Sudah pukul 1.45 petang. Tanpa menjawab kata-kata Fazira tadi, Aina mengatur langkahnya ke arah bilik air untuk mengambil wudhuk. Fazira pula memalingkan wajahnya, berjalan menuju ke bilik tidurnya.

Dia memandang ke jendela. Memikirkan sesuatu. Bibirnya diketap sebelum mengeluh panjang. Fazira berzikir, menenangkan jiwa hatinya yang bergolak.

"I won't let that happen."

***

Beberapa kali mata Aina memandang jam tangannya. Sudah lama dia menunggu. Mana Saiful? Aina bangkit dari tempat duduknya, masuk ke dalam sebuah bilik yang sejuk.

Seorang gadis terbaring lemah di atas katil. Matanya hanya memandang ke syiling, menghiraukan Aina di sisi. Aina memegang tangannya yang sejuk. Terasa sebak di hati melihat Huda yang lemah.

"Huda.. Aina janji, Aina cari orang tu."

Terlihat Huda mengalirkan air matanya. Segera Aina kesat namun dia sendiri tidak mampu menahan dirinya daripada menangis.

"Aina.... Aina jaga diri... Dia takkan kacau Aina.... Dia kacau....orang macam... Huda je...."

"Maksud Huda?"

"Dia cakap... Huda... ahli neraka... Jadi, demi Huda, dia nak bawa Huda ke syurga.."

Aina kerutkan dahinya. Apakah semua ini? Dia langsung tidak mengerti. Syurga? Neraka? Apakah hubungan antara dua tempat ini dengan kejadian seksaan terhadap Huda dan gadis-gadis lain?

"Huda.. Huda ingat muka dia?"

Huda menggelengkan kepalanya. Aina mengusap kepala Huda yang sudah botak. Sebak melihat keadaan Huda. Jari kaki Huda terpaksa dipotong kerana terlalu teruk parahnya. Badan Huda pula masih lagi ada kesan torehan pisau.

"Takpe, Huda. Aina akan cari dia."

"Jangan Aina.. Dia maybe takkan kacau Aina tapi dia takkan lepaskan Aina.."

"Kenapa?"

"Sebab Aina tak macam Huda.."

Diam. Mata Aina terpahat memandang Huda yang masih tampak pucat. Dia berpaling menuju ke hadapan. Dalam hati, dia beristighar sambil hatinya berdesis, 'Maafkan Aina, Huda.."

( Insya-Allah, bakal bersambung. Terima kasih sebab sudi baca. Wassalam )




0 0000 je berani komen: