Monday, October 10, 2011

Ulasan Tentang Karma

~Assalamualaikum wbt~


~Alhamdulillah. Akhirnya, habis juga cerpen 'Karma' ni. ( Cerpen ke? Dah serupa cam novel pendek pun ada ) Ni ialah cerpen paling panjang yang pernah aku buat. Tak silap aku, paling panjang pun dulu sampai Part 7 je. Tapi untuk cerpen ni tak sangka lak sepanjang ni.

Kenapa KARMA? Entah. Aku pun tak tau. Sebenarnya, takde idea pun nak buat tajuk apa tapi bila fikir balik, macam ada iras lagu 'Karma' jadi, aku pun curi ler tajuk tu.

Sebenarnya, semua ni bermula daripada satu imaginasi. Dah lama sebenarnya tapi sekali lagi, aku berangan balik masa tengah basuh rambut aku. Aku terbayangkan rambut aku dipotong dan ada lelaki cakap, "Bangga sangat kan tunjuk rambut kau?" Jadi, aku pun terfikir, 'maybe I should share this with all the people."

Bila kita cakap, "cantik badan tu cuma sementara. Dah tua nanti berkedut gak badan and muka kau tu." Tapi semua akan cakap, "alar.. tu masa dah tua. Dah tua nanti, aku tutup aurat ler." So, daripada penceritaan ni, aku cuba nak korang semua imaginasi ler kejap. Macam mana agaknya kalau korang jadi mangsa Saiful tu?

Daripada sudut plot cerita ni, memang ada cacat cela sikit sebab aku type ikut perasaan. Watak Huda tak wujud pun. Aku pun tak tersangka watak Saiful akan wujud awal-awal. Semua berdasarkan hati je sampaikan aku rasa macam dah blank otak aku ni. Sepanjang menaip cerita ni, aku cuma fikir pasal klimaks je.

Aku cuba nak sampaikan kat korang semua tentang apa itu di sebalik menutup aurat. Tak kira lelaki mahupun wanita. Dan adakalanya, ada sesetengah itu cakap, "Aku tak nak jadi hipokrit." Yer.. Aku pun dulu hipokrit gak dalam menutup aurat ni. Tapi adakalanya, mungkin daripada sifat hipokrit ini akhirnya membawa kita ke arah keimanan. Aku akui, aku menutup aurat sebab nak tutup cacat cela tapi bila sekali tu, aku sengaja buka aurat aku, aku merasakan ada sesuatu yang tak kena. Dan akhirnya, Alhamdulillah, aku menutup aurat bukan kerana terpaksa. Wallahualam.

Well, that's all from me kot. Tapi first of all, terima kasih sangat-sangat kepada semua yang menyokong. Tak kira secara langsung ke tak langsung. Tak lupa juga kepada korang yang bagi kata-kata semangat. Seriously, aku macam terharu betul! Tak sangka cerita ni dapat sokongan. Mostly, terima kasih kepada sesiapa yang menegur tentang serba serbi kekurangan dalam cerita ni. Aku memang kureng sikit bab menulis cerita. Mungkin sebab dah lama tak baca novel kot. Hehe..

Thanks a lot everyone. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Sebab sangat-sangat hargai sokongan korang. Aku sebenarnya sampai Part 7-10, aku sebenarnya tak berapa sihat sangat. Tapi kata-kata semangat korang semua, terus bagi aku kekuatan lak untuk meneruskan cerita tu. You guys are the best! Thanks for the love, everyone. Thank you. Harap cerita 'Karma' dapat dijadikan pengajaran buat semua. Kat bawah ni list episod untuk cerita 'Karma'. Wassalam~


p/s : Nak sebut satu-satu nama, banyak sangat. Hehe.. Kang ada yang tak tersebut, ada yang merajuk pula. ^^

0 0000 je berani komen: