Friday, February 10, 2012

Definiton of bersederhana je~~

~Assalamualaikum wbt~


~Semalam, aku ada cerita sikit tentang tajuk Bersederhana je~~ Therefore, hari ni aku terasa nak cite lar sikit apa maksud sebenar bersederhana ni. Okey.. Aku kena speed. Nak kena pantau stall-stall kat bawah tu ( aku maksudkan pantau yang tugas ek, bukan pantau window shopping )..

Antara banyak-banyak subjek yang aku belajar untuk semester ni, my favourite one is Understanding Islam. Why? Sebab lecturer aku sangat terer dalam menarik perhatian aku untuk dengar cerita dia. And aku memang minat cerita-cerita camnie since aku kecil lagi.

Hari ni, kitaorang belajar tentang Humanity, Comprehensiveness dan Moderation in Islam. Topik yang aku terasa nak kongsi dengan korang ialah Moderation in Islam which is suitable for this entry.

Apa yang dimaksudkan moderation kat sini ialah keseimbangan antara dua perkara. Lagi senang, seimbang antara hal dunia dengan hal akhirat. Lebih kurang macam tu lar or orang zaman sekarang ni selalu gelarkan sebagai kesederhanaan ( aku pun tak tau kenapa dorang guna perkataan tu ).

Aku bagi contoh. Kita tak boleh ler terlalu taksub dengan hal dunia sampai lupa hal akhirat. Contohnya, kita dah nak dekat exam ni. Kita nak study sampai lupa nak solat. Tu kira terlalu mementingkan dunia berbanding akhirat. Kalau yang taksub hal akhirat lak, dia ni asyik nak berdakwah sampai lupa nak bagi keluarganya sumber rezeki. Haa.. Kita tak boleh ada lebih dan ada kurang. Kena seimbang. Ada faham?

Tak faham gak? Cuba tengok ayat kat bawah ni.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila solat telah selesai dilaksanakan, maka bertebaranlah kami di muka bumi ; carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak agar kamu beruntung." ( 62 : 9-10 ).

Ayat kat atas ni jelaskan yang bila datang soal agama, maka dahulukan dulu dan setelah selesai, boleh selesaikan pula soal dunia. Jadi, Allah tak paksa hamba-Nya untuk sentiasa menyembah-Nya sahaja tetapi juga menyuruh hamba-Nya untuk melaksanakan hal dunia juga. Lagipun, bila kita melakukan apa jua sekalipun yang membawa kebaikan, ia tetap dipanggil ibadah. Tetapi jika hal dunia itu menghanyutkan kita daripada menyembah-Nya, maka hal dunia yang kita buat tu tak dikira ibadah lagi.

Macam gitar lar kan. Boleh je main tapi kalau kita duk syok main sampai lupa nak solat, maka tu dah tak dipanggil ibadah lagi. So, maybe some people would say, "Haa.. Bersederhana. Jadi, kau tak perlu lah taksub sangat sampai pakai tudung labuh. Pakai biasa sudah." Dude, memanglah bersederhana. Aku pakai camtu demi keselamatan aku je. Bukan sebab taksub. Okey? Ada beza tu. It always starts with our intention ( niat ).

Kebanyakan orang dah tersalah faham sikit apa yang dimaksudkan kesederhanaan tu. Bersederhana tak semestinya pada pakaian je. Banyak aspek and it's more towards balance in our daily life. Okey? Jangan ler beribadah je sampai tak nak bersosial dengan orang. ( Sosial yang aku maksudkan ialah communication ). And janganlah hanyut sangat dengan studies tu sampai lupa nak solat. Dunia dengan akhirat. Seimbangkan. Barulah adil kan? Hehe.. Wassalam~

Written by Atiqah Farhana Safian
Taught by Madam Ariyanti