Monday, January 31, 2011

Tudung Yuna? Tudung Labuh? Tudung.....

~Assalamualaikum wbt~


~Aku terasa nak tukar sikit style tudung aku nie. Ada antara kawan aku tukar fesyen rambut diorang. Takkan aku nak tukar kan padahal bertudung. Kalau kahwin, takpelah. Hehe.. Apa salahnya kan kalau tukar sikit style tudung asalkan menepati syarak. Tapi lain aku cari lain aku jumpa. Beberapa blog jugalah yang duduk kutuk budak-budak remaja zaman sekarang yang suka pakai style tudung ala gini..

Okeylah aku mengaku aku pun pernah pakai tudung macam ni juga. Bak kata orang yang mulut pedaslah, pakai tudung tapi tayang dada. Tapi sekarang, aku dah tutup okey! Kenapa? Hah! Ni yang aku nak cerita ni! Pernah dengar tak peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi bukit? Sebelum aku cerita apa yang sepatutnya, korang dengar cerita silam aku ni dulu.


Aku ni nak dikatakan pakai tudung ni kadang-kadang ye and kadang-kadang tak. Tapi disebabkan satu kehendak, aku pakai tudung and akhirnya, pakai seikhlas hati sebab kalau tak pakai, rasa macam lain betul! Tapi, tayanglah juga leher ni. Kadang-kadang pakai skarf. Dalam beberapa bulan, berlaku sesuatu and aku tutup pula leher. Nak dikatakan juga, tudung ni tak cukup panjanglah juga. Okey, fine. Aku tak heran orang cakap mula-mula. Aku tau aku bega. Tapi disebabkan dua orang ni jugalah, aku akhirnya pakai jugalah yang menutup ni.

So? Apa yang aku merepek ni kena-mengena dengan tajuk ek? Okey2! Aku kaitkan sikit pula dengan kisah Nabi Muhammad saw dahulu. Seseorang ( tak ingat nama dia ) yang telah membunuh Hamzah ( bapa saudara Nabi Muhammad saw ) berjumpa dengan Rasulullah saw kerana ingin memeluk Islam. Rasulullah saw menyuruhnya tidak minum arak, tidak berjudi, tidak berzina dan banyak lagi tetapi hamba Allah swt tersebut tidak mampu untuk meninggalkan segala suruhan itu. Akhirnya, Rasulullah saw menyuruhnya mengucap dua kalimah syahadah dan hamba Allah swt itu menurut katanya. Masuklah dia dalam Islam.

Dapat sikit? It means, Islam bukan jenis memaksa. Mungkin daripada perkara kebaikan yang kecil kita buat, mungkin akan mendatangkan sesuatu yang besar kemudian hari. Mungkin hamba Allah swt hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah namun kemungkinan besar dia akhirnya berubah menjadi orang soleh. Macam juga aku tadi, walaupun starting aku pakai tudung disebabkan satu kehendak yang remeh tapi akhirnya aku pakai secara ikhlas dan menutup aurat.

Zaman remaja dikatakan zaman memberontak. Ramai orang duduk mengata budak perempuan ni bertudung tapi tak menutup dada pula. Ada pula yang pakai baju ketat-ketat. Tak cukup pula, orang komen pula budak-budak perempuan ni pakai sanggul tinggi.
~gaya tudung yang tidak menutup bahagian dada~




~gaya pakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh badan~




~gaya pemakaian pakaian ketat dan tudung tidak menutup bahagian dada~




~gaya bersanggul tinggi~


Dalam entry ni, aku tak nak kutuk sesiapa sebab aku ni pun wanita dan aku faham wanita ni sensitif. Aku cuma nak ucapkan syabas sebab kebanyakan gadis ada jua sudi yang memakai tudung sebab tu satu permulaan yang bagus. Percayalah! Memulakan sesuatu kebaikan adalah lebih baik daripada tidak melakukannya langsung. Yang penting, solat mestilah dijaga kerana perkara pertama yang akan disoal apabila kiamat nanti ialah solat.

Ada juga yang kata, "budak pakai tudung pun bukannya baik sangat. Mengutuk orang je tau." Err.. Ehem.. Ehem.. Yang ayat tadi tu bukan ayat mengutuk budak pakai tudung ke? Hah! Terkena balik! Siapa kata budak pakai tudung tu 100% baik? Siapa kata budak tak pakai tudung tu 100% tak baik? Orang alim ulama pun sendiri terlalu taksub sangat dengan agama sampai lupa tanggungjawab kepada isteri dengan anak tau. Cerita ni kisah benar okey.

So guys! Like people used to say, "don't judge a book by it's cover." Kalau diorang nak pakai baju macam tu, janganlah marah-marah diorang sebab tu lah yang akan buatkan diorang lagi jauh daripada agama. Daripada nak suruh diorang dekatkan diri dengan agama terus buatkan diorang sesat terus. Memang bagus kalau nasihat tapi kan lagi bagus kalau dengan cara yang betul. Bertudung itu bagus tapi bertudung dengan cara yang betul memang terbaik.

So, girls! You are beautiful of who you are. Korang akan bertambah cantik apabila dihiasi cahaya Ilahi, Insya-Allah. Bagus bagi mereka yang bertudung tapi mereka yang masih lagi bak kata orang, 'free hair', moga satu hari nanti akan ada niat di hati untuk bertudung. Ingatlah bahawa kita hanya hidup sementara. Berubahlah secepat yang boleh bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Tapi percayalah, korang lagi cantik dengan bertudung labuh dan pakaian yang longgar. Wassalam~







p/s : Maaf sebab tujukan kepada perempuan sahaja. Sebenarnya, nak buat entry pasal lelaki juga tapi... yelah.. nak tunjuk gambar pun... aurat kan... hehe.. :)

Sunday, January 30, 2011

Wei, kiamat dah dekat!!

~Assalamualaikum wbt~





~Okey guys! Aku terpaksa cakap lagi sekali, 'WEI! KIAMAT DAH DEKAT!!' Korang mesti cam dah boring dengar cerita macam ni je. Hello, sampai bila nak buat derk wahai orang sekalian?

Aku nak bercerita tentang kejadian pelik yang dah berlaku dekat dunia sekarang ni. Hope korang semua tumpukan semua ni sebab benda ni memang betul-betul berlaku. Bagi yang rajin baca surat khabar tu, maksudnya korang tahu pasal kes ni tapi yang tak baca (macam aku ni), baca je lah apa yang aku taip ni.

Di India, berlaku hujan yang sangat lama sampaikan rakyat-rakyat dia alami kesusahan nak pergi ke mana-mana waktu tu. Setelah hujan berhenti, didapati air hujan tu bukan setakat air biasa tapi berwarna merah seolah-olah darah! Orang scientist masih mengkaji punca berlakunya kejadian tu.

Di Jepun dan negara Barat (sorry sesangat! terlupa negara apa), jatuhnya binatang-binatang seperti ikan, burung dan lain-lain. Semuanya didapati mati dan tampak sama! Orang scientist juga masih mengkaji perkara ini dan sukar dipastikan puncanya.

Di Australia, berlaku bencana banjir namun bukan sekadar banjir biasa tapi dikatakan banjir teruk seakan zaman Nabi Nuh!

Dengarnya juga, kapal angkasa makhluk asing telah mendarat di dunia. Adakah ini salah satu tentera Da??al ?

Dikatakan juga, banyak negara telah mengalami perkara-perkara aneh tapi setakat pemerhatian aku, negara di garisan khatulistiwa ( negara Malaysia termasuk sekali ) takde yang berlaku kejadian macam tu. Adakah disebabkan negara di bahagian khatulistiwa ini memang terlindung daripada bencana alam? Ataupun adakah Allah swt ingin melindungi sesuatu? Wallahualam..
For your information, bila tibanya Da??al ni, dunia akan menjadi huru-hara sehinggakan bekalan elektrik terputus. Of course, ramai orang tahu teknologi kebanyakannya menggunakan bekalan elektrik untuk berfungsi. Disebabkan elektrik takde dan senjata tak dapat nak diproses, peperangan sesama manusia akan jadi macam zaman peperangan Nabi Muhammad saw dahulu. Kita hanya menggunakan pedang dan panah sahaja untuk berperang.
Semestinya, bila dah huru-hara, hidup memang tak aman. Disebabkan semua tu, sukar sekali untuk mendengar azan dan disebabkan itu, ramai yang tersesat. Dan, kemungkinan besar jua, solat sukar sekali untuk didirikan. So, buatlah amalan banyak-banyak sekarang okey! Dikatakan, para ulama sendiri boleh jatuh dengan fitnah Da??al. Nabi Muhammad saw sendiri mengatakan bahawa baginda tidak mampu untuk mengelakkan diri daripada fitnah Da??al.
Terpaksalah aku membebel lagi sekali... Wahai umat Islam! Kuatkanlah iman anda!
Sesungguhnya, kiamat sudah menghampiri. Buka mata seluas-luasnya. Telahpun habis tanda-tanda kecil kiamat. Bangunan tinggi sudah didirikan. Maksiat ( bukan muhrim menghampiri zina ) berada di sekeliling anda. Mata manusia tak lekang pada TV sedangkan itulah penyesat jua. Pilihan ada pada korang. Wassalam~

Saturday, January 29, 2011

Thanks to all the readers!

~Assalamualaikum wbt~

~Pada 6.27pm, 28/1/2011. Aku sengaja tengok-tengok dekat blog ni, apa yang boleh aku modify. Tiba-tiba jumpa stats and terjumpa pulak berapa ramai orang yang dah tengok blog aku yang tak seberapa ni. Tak sangka, 742 readers?? Astaghfirullah Al Azim. Mungkin bagi sesetengah blog yang dah kira femes sangat and banyak follower, kira jumlah ni sikit je tapi bagi aku, banyak. Memang aku tak sangka. Ingatkan takde sesiapa yang sudi baca.

Jumlah ni diambil sejak bulan Jun 2010 sampai Januari 2011. Kalau ditengokkan jumlah dulu, memang agak sikit sebab cerita aku banyak berkenaan luahan perasaan je. Tapi aku tambahkan pulak info tentang isu semasa yang perlu kita tahu. Sejak Disember 2010 sampai Januari 2011, jumlah readers terus melonjak sampai 200lebih. Memang nampaknya, ramai orang lebih berminat baca tentang info agama Islam ni berbanding luahan perasan ek? Hehe.. (akulah tu..) Kalau ditengokkan semua, tajuk aku tentang 'zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik dan Logam tak wujud' dapat rate paling tinggi.

Maaf sebab sekarang ni, aku jarang bercerita tentang cerita-cerita hot-hot pasal Islam ni. Sebabnya, aku tak dapat nak tengok video 'the arrival' sebab youtube sangat-sangat slow. Lebih-lebih lagi, aku tak boleh cerita banyak sangat tentang illuminati dengan Imam Mahdi disebabkan hal peribadi. Apa-apa pun, ada cerita yang baru sahaja aku terima and Insya-Allah, aku akan kongsi dengan korang semua.

Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca blog aku ni. Semoga Allah swt merahmati korang semua dengan keberkatan dan rezeki melimpah ruah. Ingatlah bahawa sesungguhnya Allah itu satu dan Allah melindungi mereka yang benar-benar beriman. Wassalam~

Alkisah sebuah cerita....

~Assalamualaikum wbt~

~Aku jumpa satu cerpen ni secara kebetulan masa tengah-tengah malam buta ( sebab aku selalu online tengah-tengah malam sampai tak tertidur ). Entah cerita best ke tak, ikut korang lak ek. Aku kalau ikutkan semua cerita pun cam best je. Huhu..

Walaupun dah semakin dewasa, Aina masih lagi meminati Budi, artis yang dikenali di Malaysia. Niat dia bukan untuk bercinta dengan Budi sebab Budi sendiri sudah berumahtangga. Namun, harapan Aina tinggi menggunung untuk berjumpa dengan Budi walaupun sekali.

Tamrin sangat rapat dengan Aina malah berniat untuk memperisterikan Aina. Hati Aina juga terpahat buat Tamrin. Cinta Tamrin buat Aina terlalu besar namun hajat Aina yang satu terlalu sukar untuk ditunaikan. Mustahilkah lelaki biasa sepertinya mempertemukan Aina dengan Budi?

Zaid, kawan baik selalu sahaja mendengar cerita daripada Tamrin soal Aina yang terlalu ingin bertemu dengan Budi. Pada mulanya, niatnya hanya untuk membantu Tamrin kerana kebetulan, dia juga bersahabat dengan Budi.

Pada hari lahirnya yang ke-25, Aina dikejutkan apabila Budi juga ada bersama untuk meraikan hari jadinya. Aina terlalu terkejut sehingga menangis. Aina berterima kasih kepada Tamrin namun Tamrin mengaku bahawa bukan dirinya yang mengajak Budi tetapi Zaid. Pertama kalinya, Aina berterima kasih kepada Zaid yang selama ini tampak sombong.

Aina berbual-bual dengan Budi dengan isterinya. Sungguh dia tidak menyangka perkara ini akan berlaku setelah hampir 5 tahun dia menunggu ketibaan hari ini. Tamrin tidak putus-putus berterima kasih kepada Zaid. Baginya, sahabatnya terlalu baik namun sengaja tidak mahu menunjukkannya.

Di akhir cerita, ketika Aina, Tamrin dengan isteri Budi sedang berbual, Budi berbisik perlahan dengan Zaid. (malas nak salin cerita-cerita.. salin dialog je..)

"Aina nampak baik kan?"
"A'ah.."
"Asal kau lepaskan dia?"
"Hah? Pe yang kau cakap ni?"
"Tak payah nak buat muka macam bodohlah. Aku tahu kenapa kau beria sangat buat macam ni untuk dia. Aku makan garam daripada engkau tahu tak."
"Kau tak tahu apa-apa."
"Kau buat demi dia kan? Bukan untuk Tamrin kan? Aku tahu kau suka dia."
"Kalau aku suka dia pun, dia akan bahagia dengan aku ke? Aku kenal Tamrin. Tamrin boleh bahagiakan Aina."
"Kau sanggup buat macam tu? Tahu tak kau tu bangang! Mimpi je lah kau dapat si Aina tu."
"Biarlah aku bermimpi, kalau tu yang boleh hiburkan hati."

moral? Lu pikirlah! Hah? Maleh? Adoi.. Memang takde sesiapa yang nak cintanya ditolak and lebih-lebih lagi kalau cinta tu hak milik orang lain. Tapi, membahagiakan orang lain tu lagi baik daripada bahagiakan diri sendiri. So, janganlah paksa-paksa orang suka kita okey sebab kita takkan tahu, dia akan bahagia dengan kita ke tak. And satu lagi, bila buat sesuatu, kita kenalah ikhlas sebab keikhlasan tu lah penyeri hidup. Mana aku dapat cerpen ni? Carilah sendiri! (aku pun dah lupa sebenarnya.. hehe) Wassalam!

Friday, January 28, 2011

Mana perginya adikku tomey??


~Assalamualaikum wbt~


~Okey.. Mesti macam pelik tengok tajuk post aku ni.. Yelah.. Bila masa pulak aku dengan rela hati panggil adik aku tomey ni??? Haha! Sengal.. Maksud aku adik kat atas tu bukanlah adik-adik perempuan aku yang bega-bega ni tapi adik yang aku agak rapatlah dulu masa aku form 3.


Leeza, jangan gelak ek sebab panggil dia tomey. Hehe.. Saje jer nak kasi up sikit tajuk tu.. Dia comey ke? :P Aku kenal dak ni pun daripada Leeza ni lah sebab diorang sekolah tempat sama. Dia pergi ayat-ayat adik aku and then, aku sound dia. Tiba-tiba terborak-borak macam adik kakak pulak. Hehe.. Dah anggap dia macam adik lah. Adik angkat?? Entah.. Dia adik angkat aku ke? Anggap je lah..


Tapi lama-lama, sebab tahap ke'busy'an aku semakin bertambah, tak dapat nak melayan mesej-mesej and call daripada adik aku yang sorang tu. Sorry ek dik.. Akak sibuk. Hidup form 4 ni bukan macam form 3, boleh rilek-rilek walaupun orang anggap honeymoon year.. Homework berlambak kot and sebabkan aku banyak involve kokurikulum, aku makin lagi sibuk. Bila hari cuti, aku terpaksa rilekkan mind ni. Sorry dik..


Sebabkan ke'busy'an melampau aku tu, kitorang makin lost contact. Paling kecian, aku tak sempat nak kasi present kat dia masa birthday dia. OMG! I'm very sorry, dik! Tu pun, bila Leeza dah datang, aku lupa pulak nak kasi. Sampai sekarang aku masih simpan present dia tapi serahkan pulak dekat adik aku, Hani sebab dia sangat-sangat memerlukan benda tu. Apa hadiah tu? Mana boleh bagitau!


Dia contact jugalah dengan adik aku tapi aku takkan nak sibuk-sibuk nak talk dengan dia. Takpelah. Kesian pulak dia. Dulu, call aku pun, aku tak angkat sebab sibuk. Biarlah dia contact dengan orang yang layan dia. :) Tak sangka pulak dia ada fb so aku add dia. Wah! First time ever aku dapat tengok muka dia. Comey? Handsome? Tak handsome?? Tak comey?? You guys decide okey! Hehe.. Tapi, dia tetap pandai macam adik aku, Angah. Sama-sama pandai. Huhu.. I'm very proud of you guys! Chayok! Wassalam..


Korang rasa mana satu dia? Biarlah orang yang kenal dia je yang tahu.. ;)

Thursday, January 27, 2011

Abang Kembar.. Huhu..

~Assalamualaikum wbt~


~Hari yang penuh bosan ni, aku jenguk-jenguklah blog Kak Fatin ni yang memang pandai bergaya and nampak so cute! Kalau nak tengok rupa dia, just check out this blog ok. http://honeykoyuki.blogspot.com/ Orang pun dari Negeri Sembilan and dekat pula dengan area rumah aku. Tak sangka pula rasanya! Hehe.. Tapi paling aku tak sangka, dia berkawan pula dengan abang Zaquan. Waa!!


Happy pula rasanya rumah dia dengan Kak Ayu dekat Sri Pulai! Yes! Bolehlah pergi lalu rumah dia macam dulu-dulu.. (lalu rumah Mak dia k..) Tapi, aku lalu sebab ada kelas tuisyen. Sekarang, dah habis sekolah. Takkan nak tuisyen lagi kan.. :(


Aku pernah try add Abang Zaquan dulu kat FB tapi sebab ramai sangat yang add dia, jadi aku sendiri pun tak boleh nak add dia jadi friend aku. SEDIHNYA!! Masa aku ada myspace, memang ada add and dia approve tapi jarang online kat situ. Kat YM pun ada juga add tapi dia tak approve lagi. :(


FYI, aku takde lah syok kat Zaquan ni sampai nak kahwin dengan dia. Aku memang syok tengok muka orang tak tahan tengok aku yang tergila-gilakan Zaquan! Haha! Macam aku usik Chan, punya dah naik menyampah agaknya tengok aku yang asyik cerita pasal Zaquan je sampaikan buat karangan pun cerita pasal Zaquan tau! Haha!


Bila dah tengok blog Kak Fatin, aku terasa nak cari dia kat fb. Yelah, mana tau kot-kot ada fb Zaquan kat situ. Yes!! Memang jumpa pun! Gembira tahap mantop walaupun dia dah berpunya pun. Huhu.. Bila aku click kat add as friend, keluar pulak benda alah ni..


If you send a request to a stranger, it will be considered spam and your friend request will be blocked temporarily. Please only send this request if you know this user.


Of course lah aku kenal Zaquan ni. Football player untuk negeri aku lah! Siapa tak kenal Zaquan, nampak pelik rasanya! Hmph! Dengan advise kawan aku, Farah (farahin ek) aku pun add lah Zaquan. Harap-haraplah dia approve.. Amin..


Bila dah asyik baca cerita pasal Zaquan dekat blog Kak Fatin, aku teringat pula kenangan first time aku dapat jumpa Zaquan. Haha! Bila nak pergi tuisyen, aku lalu rumah Mak Zaquan. Lepas tu, ayah aku bawa slow je. Nampak Zaquan tengah tengok tv dengan baju merah.(eh? sekarang aku tengah pakai baju merah!) Fulamak! Excitednya! Tiba-tiba nampak dia perasan kereta ayah and dia pun nak keluar. Cepat-cepat ayah speed up! Ayah memang sporting lah! Sayang ayah!!


Kebetulan dulu, masa Zaquan dengan Aidil baby lagi, ayah aku jadi jiran diorang. Dulu, siap dukung lagi tau.. (agaknya diorang terer main sejak ayah aku dukung kot.. hehe) Kakak diorang pula jadi anak murid ayah aku dekat IPRM. Kebetulan, ayah aku terjumpa family diorang dekat warung. Memang kenal lah diorang except Zaquan sebab dia kecil lagi dulu tapi kakak dia yang kenalkan ayah aku kat dia masa tu. Alamak! Giler lah! Sejak tu, bila nak sembahyang Jumaat, ayah aku akan solat sebelah Zaquan. Lepas tu, cerita dekat kitaorang kejadian tu. (Waaa!! Nak sembahyang jumaat juga!)


Kitaorang semua minta lah kat ayah aku, nak tandatangan Zaquan dengan Aidil. Lagi bagus, kalau diorang kasi jersi diorang pun takpe!! Waaa!! Giler betul! Demi kitaorang, ayah aku sanggup telefon kakak Zaquan. Kakak dia pun bukan main sporting lagi! (tapi sampai sekarang pun takda gak! sedih2.. )


Tiba pula hari raya, ramai pula yang buat open house and majlis kesyukuran pun ada. Hari Sabtu, ada open house. Kebetulan pula, open house tu buat depan rumah Zaquan! OMG!! Dapatlah curi-curi tengok lagi. Hehe.. Ayah aku sengaja lalu rumah Zaquan and aku nampak Zaquan tengah tolong-tolong family dia kemas-kemas rumah. OMG! So cute.. Tapi lepas tu, diorang dah masuk rumah. Alar.. Kejap je dapat tengok.


Esoknya, ada kenduri kahwin pula... dekat juga dengan rumah Zaquan. Huh? Seriously?? Yes! Kitaorang pujuk ayah lalu rumah Zaquan lagi. Kali ni, ayah parking betul-betul dekat sebelah rumah Zaquan! And then, aku ternampak Zaquan tengah sapu halaman rumah dia. OMG! OMG! Dah sesak nafas! Haha! (giler kau, tqah) Bila aku buka pintu kereta je, aku pusing and nampak Zaquan pandang aku. Aku pandang dia and dia pandang aku. Sebab dah malu tahap max sangat-sangat, aku terus pusing and pergi dekat Mak aku. Ayah aku tegur family diorang, cakap nak tumpang parking kejap. Tetiba kakak dia tanya kat ayah aku,


"Cikgu nak tak tandatangan kembar ni, cikgu? Dua-dua pun ada kat rumah sekarang ni.."


Alamak! Malunya. Aku pandang Zaquan and nampak dia dah buat muka pelik. Adoi! Kantoi yang kitaorang minat giler-giler kat Zaquan dengan Aidil. Tapi, ayah aku pandai coverkan.. (tu yang sampai sekarang tak dapat lagi tu..) Sejak tu, tak dapatlah jumpa Zaquan lagi. Tapi sempat nampak kera kesayangan Zaquan, Kyky. Comel tau!


Apa-apa pun, cerita tadi tu cuma jadi bahan best tuk peminat cam aku ni. Sorry.. Bukan minat muka dia tu ek tapi memang cara permainan Zaquan and Aidil dekat padang, memang mantop! Sorry ek Chan sebab terpaksa berlagak hyperactive dengan awak. Sekarang pun, Aidil together dengan Rita and Zaquan together dengan Ayu. (tapi kena berlakon sedih depan Chan.. hehehe..)



Picture ni aku ambil daripada myspace abang Zaquan. Korang boleh detect mana satu Abang Aidil and mana satu Abang Zaquan?


Picture kereta ni pula, aku ambil sendiri ok! Tak dicuri dari mana-mana pun! Kereta hitam tu Abang Aidil punya and kereta putih tu Abang Zaquan punya.

Tuesday, January 25, 2011

Haiwan pun sayang anak

~Assalamualaikum wbt~

~24jan2011. Bini Jojoy (kucing aku) dah lahirkan anaknya. Memang aku tak sabar nak tengok. Tapi terkejut sangat bila tengok warna anak kucing tu. Warna dia langsung tak serupa dengan Jojoy. Warna bulu Jojoy pun warna perang, bukannya hitam! Anak siapa ni??
Siapa sangka kan? Apa-apa pun boleh berlaku. Tapi, sebab kitaorang dah jaga bini Jojoy tu selama berbulan-bulan, kitaorang still lagi jagakan anak kucing tu. Takkan nak buang tepi jalan. Bini Jojoy pun still lagi lemah. Tak sampai hati nak halau dia.

Walaupun belum tahu siapa ayah sebenar anak kucing tu, kitaorang terpaksa jauhkan Jojoy daripada anak kucing tu. Yelar.. Takut nanti, dimakannya. Mesti bini dia sedih sangat. Lagipun, bini Jojoy tu dapat lahirkan seekor je anak kucing. New info yang aku dapat. Bini Jojoy ni sebenarnya dah dimandulkan oleh tuan dia(jiran aku) tapi nampaknya tak berkesan sangat. Agaknya, tulah sebabnya dapat seekor anak je.

Pagi-pagi, bangun je dari tidur, terus aku tengok anak kucing tu. Tengok bini Jojoy tengah kasi anak dia minum susu (susu badan ler..). Bila aku datang dekat, dia macam buat-buat garang padahal tak garang sangat pun. Semalam, dia dah cakar tangan ayah tapi dengan aku, dia tak buat sebab aku baik dengan dia. Baik kan aku? Memang protective betul bini Jojoy ni. Bila aku angkat je anak dia, dia akan cari anak dia sampai jumpa. Memang penyayang betul bini Jojoy ni.

Okey! Finish tentang cerita Jojoy, bini Jojoy dengan anak/anak tiri Jojoy. Korang nampak tak apa yang aku nak sampaikan?? Walaupun bini Jojoy ni takde akal and cuma berstatus haiwan, dia tetap sayang anak dia. Bini Jojoy ni walaupun tak tahu siapa ayah anak dia yang sebenar, dia tetap jaga anak dia. Hebat tak dia ni? Biarpun macam mana boleh dapat anak tu, dia tahu, anak tu anak dia dan dia jaga dengan baik.

Lebih-lebih lagi, anak kucing tu langsung takde rupa dengan mak ayah dia. Tapi, kenapa dia masih jaga? Sebab dia tahu tanggungjawab dia dan perintah Allah swt untuk sentiasa menjaga anaknya dengan baik. Korang tahu kan haiwan pun patuh dengan perintah Allah tau. Setiap saat diorang berselawat dan jika kita melakukan kebaikan, diorang akan mengucapkan terima kasih walaupun kita tak dengar apa yang dia cakap.

Tapi, kalau kita selak surat khabar je, mesti wujud berita tentang kes buang bayi. Kalau setakat tinggalkan depan rumah, okey lagi. Ni buang kat dalam jamban lah, longkang lah, sungai lah, jalan lah, tong sampah lah and banyak lagi lah! Kalau tak nak, bagi je kat aku ni. Aku lagi suka kena pegang tanggungjawab tu daripada tengok baby kena buang merata-rata macam sampah. Cuba bayangkan kalau korang yang jadi baby tu. Tak terseksa ke?

Selalunya, bayi yang kena buang ni hasil daripada perzinaan. Kalau setengah orang, guna macam-macam kaedah supaya tak mengandung. Macam aku cakap awal-awal tentang bini Jojoy tadi. Dia dah dimandulkan tapi masih lagi mengandung. Kenapa?? Jangan tanya aku. Tanyalah sesiapa yang korang percaya menjadi Pencipta.

Aku bukan nak jadi kurang ajar. Tapi cuba fikir balik. Bila berzina dengan orang bukan muhrim, rasa macam takde pape. Tapi bila dah dapat anak, kenapa rasa malu pula? Berani buat, terima padah! Kalau tunjuk badan kat orang bukan keluarga kita, kenapa tak rasa malu??? Astaghfirullah al azim. Malu tu biarlah kena pada tempatnya! Jangan jadikan orang sebagai mangsa!
Fikirlah balik.. Malu sikit dengan bini Jojoy ni. Dia ni takde akal tapi sayang anak dia yang takde rupa dia tu. Korang ada akal kan? So, takkan korang nak jadi lebih teruk daripada haiwan? Bagi mereka yang sudah bertaubat, alhamdulillah. Moga Allah merahmati kalian. Bagi mereka yang di luar sana, fahamilah bahawa Allah melihat dan mendengar segalanya dan tiada langsung perkara yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun bagi setiap hamba-Nya yang bertaubat. Insya-Allah. Wassalam~


~Walaupun tiada akal namun kasih sayangnya utuh kepada anak kecil ini~

Sunday, January 23, 2011

Kenangan Masa Kecik-Kecik Dulu

Kejadian pertama
"Wei, kita dengar kan ada orang minyak dekat jalan belakang yang kita selalu lalu tu."
"Hah? Yeke? Eeii.. Takutnya.. Tak nak lalu situ lagi lah.."
Aku pun dengan mudahnya, caya je apa yang kawan aku cakap. Hampir satu kelas aku percaya apa yang dia cakap. Dia pun agaknya diberitahu oleh akak senior agaknya.
Di dalam kelas...
"Kenapa kamu semua lambat masuk dalam kelas?" cikgu aku mula marah-marah.
"Kitaorang lalu jalan depan cikgu." ketua kelas aku berani jawab.
"Kenapa lalu kat depan? Jalan belakang tu kan dekat je.." cikgu pula jawab.
"Sebab belakang ada orang minyak.." cikgu nak dah naik angin masa ni.
"Siapa kata ada orang minyak? Tunjuk dekat cikgu sekarang juga!" cikgu dah meletop!
Beberapa hari lepas tu, dua tiga orang kawan aku lalu situ and tengok diorang cam rilek je masuk kelas. Lepas diajak beberapa kali oleh kawanku untuk lalu situ, aku pun ikut dengan takutnya. Memang sah! Mana ada orang minyak!!

Kejadian kedua
Aku dengan adik-adik aku selalu tengok cerita kartun. Biasanya, kartun ni selalu buat watak remaja yang ada diari. Adik dia pulak nakal baca diari dia and selalunya cerita pasal lelaki yang akak dia suka kat dalam diari tu. Jadi, kitaorang pun cadang nak buat diari. Tapi kena pilih lelaki yang kitaorang nak.
"Okey! Kita ambil anak Pakcik _____ lar. Kakyong amik R___. Angah amik R___. Alang amik A____ ek!" (kepada sesiapa yang kenal diorang, jangan bagitau k. hehe)
Masing-masing pun bersemangat tulis diari and kononnya suka giler dekat diorang ni. Satu hari, masing-masing berniat jahat nak baca diari orang lain. Memang banyak usik-usik, gaduh-gaduh and paling teruk, aksi mengadu! KANTOI!
"Kamu ni, kecik-kecik dah pandai nak bercinta!" mama mengamuk.
Aisayman! Terus diari tu kena buang. Beberapa tahun lepas tu, kitaorang dapat tahu daripada anak perempuan Pakcik ____.
"Korang buat macam tu? Abang-abang kita pun buat macam tu jugak."

Kejadian ketiga
Bulan puasa. Tahun tu tahun pertama aku berpuasa. Punya tak tahan rasanya! Ayah aku petang tu belikan gula-gula untuk kitaorang. Gula-gula tu ada kat dalam batang bendera Malaysia. Ayah belikan kitorang semua setiap satu. Sebab dah tak tahan nak makan, aku senyap-senyap pergi makan gula-gula tu sampai tinggal setengah je. Malam tu, mama dengan ayah nampak gula-gula dalam bendera tu tinggal sikit je.
"Eh? Kenapa gula-gula kakyong ada sikit je? Kakyong makan ek?" mama tanya.
"Takdelah.. Kakyong pun tak tahu kenapa dia sikit.."
Orang ingatkan aku puasa 15hari tahun tu tapi sebenarnya 14 hari je.. Hehe...

Kejadian keempat
Cousin-cousin aku datang ke rumah. Memang hiruk-pikuk jadinya rumah masa tu. Petang tu, mama dengan ayah ajak kitaorang semua tengok wayang. Kitaorang setuju tapi ingat nak pergi jalan-jalan ke kedai. Ayah aku okey je sebab ada senior kat kalangan kitaorang. Kitaorang pun pergilah jalan kaki ke sana.
Tengah kitaorang syok berjalan, tiba-tiba ada seekor anjing tengah menyalak. Kitaorang terjerit. Dahlah pagar rumah tu terbukak. Kalau dia kejar, masalah betul! Tapi, tuan dia ada. So, kitaorang okey lagi.
Habis je beli-beli kat kedai, kitaorang nak pergi balik and terpaksa ikut jalan yang sama tadi. Nampak anjing tu lagi and kat seberang ada budak-budak lelaki yang aku kenal sebab satu sekolah agama. Anjing tu menyalak lagi and kitaorang terjerit. Salah seorang budak lelaki tadi tergelak-gelak tengok kitorang lepas tu, menyalak-nyalak cam anjing tu. Lepas tu, blah nek basikal kecik dia tu! Geram betul!
Anjing tu menyalak lagi tapi kitorang cuba buat dunno. Tiba-tiba, cousin senior aku lari. Anjing tu pula pergi kejar. Apa lagi! Larilah semua orang! Aku tengok cousin senior aku dah jauh lari. Adik aku paling kecil tinggal dekat belakang. Alamak! Macam mana ni? Aku pun stop and terus baling selipar aku dekat anjing tu. Terus anjing tu brek and lari dari aku. Aik? Peliknya..
Bila aku nak pergi kedai and terjumpa balik budak lelaki yang gelakkan kitaorang dulu (dah hensem sekarang!), mesti teringat kejadian tu.

Kejadian kelima
Masa tu, cikgu kelas aku takde. So, cikgu lain yang gantikan tempat dia. Hmm.. Boring tol masa tu. Tiba-tiba cikgu tu cakap, "ada sesiapa tak yang sudi nyanyi kat depan ni?"
Tak tahu kenapa aku gatal-gatal angkat tangan. Eh? Giler ke apa aku ni. Aku pun dengan bersemangat pergi kat depan and nyanyi lagu, "gadis ayu". Lirik pun tahu sikit-sikit je and aku macam ulang benda sama je. Entah bila nak berhenti. Dah rasa boring, berhenti lah. Hehe..
Last-last, dapat tepukan lak. Wah! Bangganya!! Pergi je tempat duduk, semua orang pergi dekat aku minta tandatangan. Macam rasa artis pun ada.
Bila, cikgu kelas aku dah masuk balik, semua orang suruh aku nyanyi lagi. Kenalah juga nyanyi kat depan tu and dalam masa sebulan rasanya, kawan aku buat aku jadi macam artis. Asyik kena nyanyi, lepas tu, tandatangan. :)

Kejadian keenam
Betapa bosannya science ni!! Tak paham aku apa cikgu cakap. Aku pun ambil buku nota aku, and sengaja tulis, "nombor telefon saya-017..........." tiba-tiba..
"kamu! yang duduk tepi sekali tu. Ya! Kamu! Mari sini!"
Aku dah takut-takut. Huh? Aku? Aku pun pergi ke cikgu science aku tu. Aku buat salah ke?
Cikgu rampas buku aku tu. Dia tengok apa yang aku tulis tadi.
"Siapa atiqah farhana?"
Aku pun angkat tangan. Dah aku pegang buku tu, of course lah aku punya. Maybe cikgu ingat tu buku orang tulis biodata kot sebab tu memang favourite budak pu3. Tiba-tiba cikgu tanya pasal science pula. Adoi! Manalah aku tahu bab science ni! Mula-mula, dapat jawab sebab ada yang sudi nak tolong. Sampailah satu masa, cikgu tanya kalau benda tu basi and cair, benda tu cair macam mana? Aku pun teragak-agak. Apa nak jawab nie?
"Err.. Er.. Macam cendol.."
Semua orang dah tergelak-gelak. Huh? Aku silap ke? Cendol kan cair and lembik. Sejak tu, aku jadi bahan lawak. Bila cikgu tanya cair macam apa. Semua orang jawab macam cendol! Malunya!!!

Kejadian ketujuh
Dulu, aku dengan kawan-kawan aku suka main kejar-kejar. Waktu pagi, rehat and balik. Wajib main kejar-kejar walaupun pakai baju kurung. Satu hari, kawan aku dapat tangkap aku and tiba-tiba, aku rasa pedih sangat kat belakang ni. Sorang lagi kawan aku pergi check and rupa-rupanya, berdarah. Terus dia bawa aku ke pejabat.
Cikgu pun terkejut and sapukan ubat. Rupa-rupanya, kawan aku yang tangkap aku tadi, kuku dia tu panjang. Patutlah. Tiba-tiba, cikgu sapu kat muka aku. Aik? Asal ni? Cikgu cakap kat sorang kerani tu, belakang aku dengan muka aku ni kena cakar dekat kawan aku tu. Pelik. Setahu aku, aku kena cakar kat belakang je. Cikgu tu marah kawan aku sampai menangis. Pikir-pikir balik, dulu aku pernah kena cakar kat kucing. Kucing tu cakar kat muka aku. Kesian kawan aku. Kucing buat hal, dia pula yang kena marah. Sorry, my friend..

Kejadian kelapan
Dulu, ada sorang budak kelas aku ni. Dia ni rambut pendek and muka dia ni kadang-kadang nampak macam budak lelaki. Dia ni pun tomboy. Aku sendiri dah terlupa nama dia siapa. Farah kot. Tapi, budak kelas aku memang suka kacau dia. Suka ejek dia. Senang cerita, suka panggil dia ni monyet! Jahatnya kitaorang padahal dia kawan kitaorang.
Last-last, agaknya dia dah tak tahan, dia cakap nak pindah. Dia kata dia tak suka orang asyik panggil dia monyet je. Ya Allah, jahat juga kitaorang ni. Rasa macam nak jumpa je dia balik and minta maaf. Tapi nak cari macam mana? Dah hampir 11tahun tak jumpa dia.

Kejadian kesembilan
Ayah suka tengok cerita 'Child play', patung bernyawa and bunuh-bunuh orang. Sebelum aku tengok cerita tu, aku suka simpan patung macam dalam cerita tu. Ada dua rasanya. Lepas tu, aku pun tengok cerita tu sekali. Aku asyik teringat patung tu cakap, "Hi, I'm Chucky.. Want to play..." (dalam keadaan menyeramkan) Terus aku suruh ayah aku buang patung tu and bakar! Aku suruh juga ayah aku bakar CD cerita tu sekali. Ayah aku pulak pergi takut-takutkan aku. Aku sampai nangis-nangis and suruh juga bakar. Kesian.. Bayar punya mahal CD tu, ayah kena bakar pula. Ingatkan aku sorang je yang takut kat cerita tu tapi cousin aku sendiri pun takut. Dia lagi best! Pergi sorok CD tu kat belakang almari and sampai sekarang pakcik tak jumpa-jumpa CD tu.

Kejadian kesepuluh
Kat sekolah agama, kitorang memang kena solat. Kadang-kadang, solat Zuhur and kadang-kadang, solat Asar. Budak-budak lelaki mesti sorok dekat kelas and akhirnya, kena kejar dengan ustazah sambil bawak rotan! Aku? Aku pula tak bawa telekung. Senang je lepas dengan ustazah. Hehe.. Ustazah pun tak marah pun. Sekali tu, ada sorang kakak senior tu selalu je nampak duduk dekat tepi surau. Pelik.. Kalau macam aku ni, takpe lah tak solat sebab kecil lagi. Dia dah besar..
"Izzati, tengok akak tu. Kenapa tak solat ek? Dah besar pun tak solat. Ustazah tak marah pun dia.."
"Entah.. Dia malas kot.."
"Selalu je macam tu. Mengada betul kan?"
"A'ah.."
Bila dah besar ni, baru aku tahu yang akak tu bukan tak nak solat tapi memang tak boleh solat! Adoi.. Menyesal kutuk-kutuk dia.. Dalam surau pulak tu!


p/s : banyak lagi cerita sebenarnya tapi tak larat nak tulis... jadi budak-budak, memang best!!

Saturday, January 22, 2011

Pergh! Layan Je Lar..

~Assalamualaikum wbt~
Semalam, Zaquan dengan Ayu akhirnya selamat diijabkabulkan. Wuuaaa!! Sedihnya tapi tetap gembira untuk dia.. Aku rasa macam tak kisah je.. Hehe.. Bila terbaca satu artikel ni, diorang berdua rapat cuma selama dua minggu je. Jadi, aku terfikir mana yang lebih baik. Berkenalan dengan si bakal dalam masa yang lama atau masa yang sekejap? Akhirnya, aku terfikir nak buat satu cerita pasal benda ni.
Beberapa kali aku bermimpi tentang dua orang budak lelaki yang aku kenal. Kedua-duanya memang aku berkawan jadi aku terfikir nak buat cerita yang ada sedikit kait mengait dengan perangai diorang ni. Tapi, baru-baru ni aku bermimpi tentang seorang lagi kawan lelaki aku dan aku terasa nak tambahkan dia sebagai karakter dalam cerita ni. Urm.. Takkan nak cerita pasal lelaki je kan? Of course lah aku ada add karakter perempuan yang aku try samakan dengan kawan-kawan perempuan aku. So, guys! Kalau korang rasa karakter dalam cerita ni macam korang, jangan perasan aku tengah cerita pasal korang okey.. :p
Mula-mula aku ingatkan nak start cerita masa watak utama dah dapat kerja tapi aku rasa macam tak complete pulak. So, aku terpaksa panjangkan cerita dia since watak utama dalam alam persekolahan lagi. Aku malas nak buat cerita tu dalam satu tempat je. Mana cabarannya kan? Hehe.. Jadi, aku perluaskan lagi latar tempat walaupun agak susah. Ditambahkan lagi kalau bab masuk kolej nanti. Still belum sampai latar masa ni. Aku kena tahu sistem pembelajaran dia dan berapa lama masa yang perlu diambil untuk alam kolej dan universiti.
Tambah lagi dalam alam pekerjaan. Jangan fikir yang tulis novel ni senang. First novel aku pun, aku habiskan dalam hampir setahun tau nak buat. Pening bukan kepalang kalau nak carikan characteristics bagi setiap watak. Ni salah satu sebab aku ambil kawan-kawan aku sebagai karakter dalam cerita ni. Again aku cakap, jangan perasan aku cerita pasal korang!! Tapi aku rasa, klimaks cerita ni mesti kena betul-betul matang kalau nak dapatkan feel tu. Lagipun, mesti ada unsur misteri sikit supaya orang terfikir-fikir apa akan jadi. Futhermore, aku tak nak buat novel macam unsur fantasi tu. Dahlah perempuan-perempuan sekarang jadikan novel sebagai tempat rujukan diorang.
Selalunya, karakter dalam novel ni mesti hero handsome and perfect while heroin ni cantik and also berpakej. Huh! Tak adil lar kalau macam tu. Orang buat karakter ni sebab nak senangkan diorang untuk buat cerita je. Kita selalu dengar, jodoh yang baik untuk orang yang baik. Lagipun, aku selalu pegang prinsip, 'love means letting go.' Aku nak cuba tunjuk dekat orang, dari mana datangkan 'first love sight' tu and kenapa ayat tu wujud. Susah ni wei!! Tapi aku takkan menyerah kalah!
Lagipun, nobody is perfect kan? Bila kita kenal someone, kita cakap dia ni baik. Tapi, aku nak cuba tunjukkan yang baik tu pun ada buruknya dan yang jahat tu pun ada baiknya. Payah memang payah sebab aku kena seimbangkan karakter tu supaya tak jadi cerita macam INDON tu.Yang baik tu baik sangat sampai tak nak melawan dan asyik merengek je. Yang jahat tu jahat sangat sampaikan orang dah naik meluat tengok dia and terlebih pandai untuk sabotaj orang. Kita kenalah buat originalitynya kan?
Moreover, aku tak puas hati sangat tentang beberapa novel (majoritinya) yang mengabaikan unsur keislaman. Tapi, aku tetap try nak masukkan tentang cerita orang yang lupa Islam dan terlalu seronok mengejar kemewahan. Tambahan lagi, bab ibu bapa yang terlalu kuat kerja sampai lupa anak. Cerita aku lain sikit. Boringlah kalau cerita macam tu je kan? Kita buat lah lain sikit. Prinsip aku, mana ada mak bapak yang tak sayangkan anak.
Aku malas nak bagitau macam mana jalan cerita dia sebab aku baru buat novel tu dalam 5% je. Banyak lagi yang perlu aku buat and research. Ingat novel ni sekadar tulis-tulis je ke? Think again, guys! Lagipun, aku kena buat penutup dia dalam cara yang betul and kemas and bukannya macam INDON yang tergesa-gesa nak habiskan cerita sampai tinggalkan cerita karakter lain dalam keadaan tergantung. Yang penting, IMAGINATION and CREATIVITY. AND MOST OF ALL, REALITY NOT FANTASY OKEY!!
p/s : Love doesn't count about how many info you knew about the person. Love is about the speciality of your love that many people can't see.

Sunday, January 16, 2011

~Smile Of Undefined~

~Salam. I've changes the lyrics from the Yuna's song, 'Rocket'. I've accidently had this crazy ideas and I don't know why. At 10.40pm, I've finished it and hopefully, you like it.. :)


~Smile Of Undefined~
(#)You gave a smile of undefined
Yet still I kept in mind and never will getting through
But I thought it's all meaningless
So, I'd never gave you the hope
I look at my diary seeing nothing oh seeing nothing but you.
And you know that I'm not that type of fool
To fell in love towars you
(*) Love comes in and love comes out
But I don't know what's about
I tried forget and things were bad
But why still I miss u damn so much?
Too much!
(**) I can't believe just now you say to me, I love you baby
I'm the only person who could save you from misery
I can't believe my tongue accidently said the same thing
But when you were far away
I've always hope you miss me everyday
But why I'm so stupid to walk off from you, my love?
Like you're nothing like a doll
Still baby I still love you
Just don't know how to let you know
If only I'm a guy and could say that word a day.
Baby hear me say
I love you anyway
(*)
(**)
(#)
(#)
(**)
Cause even you were just far ahead..
I think I can't lose you everyday.
You gave a smile of undefined
Smile of undefined
You gave a smile of undefined
Smile of undefined
You gave a smile of undefined
Smile of undefined
You gave a smile of undefined...
Yet still I kept in mind
Still I kept in mind
Yet still I kept in mind
Still I kept in mind
You gave a smile of undefined
Smile of undefined
You gave a smile of undefined.....
p/s : Just believe that I'll always love you.. (jiwang bagai.. haha!)

Saturday, January 15, 2011

Rokok? Ni bukan pasal kesihatan tapi pihak mana yang korang sokong..


~Assalamualaikum wbt~

~Malam tadi, aku tengok video 'The Arrivals' and aku dapat jumpa satu lagi benda yang tak pernah aku ambil kisah sebelum ni. Sebab aku anti benda tu.. Rokok? Kebanyakan orang Malaysia ni dah berlambak yang merokok tak kira muda or tua. Aku tak nak cakap pasal rokok ni akan jejaskan kesihatan ke apa. Aku rasa, korang pun dah tahu.

Post aku yang sekarang ni, nak bincangkan something yang mungkin korang sendiri pun tak ambil peduli. Cuba korang tengok gambar dekat bawah ni and BUKAK mata tu BESAR-BESAR!!










Ada perasan apa-apa yang pelik? Tak jumpa jugak? Adehai.. Cuba tengok lagi sekali. Kalau tak jumpa jugak, tengok dekat bawah.

Nampak tak lambang dekat atas ni? Hampir semua kotak rokok ada logo macam ni. Bukan lar nak dikatakan serupa 100% tapi kira ada lar jugak serupanya gak kan? Kalau ditengokkan binatang yang dekat sebelah kiri, mesti binatang tu pakai mahkota and sebelah kanan pulak tak pakai tapi bertanduk. Sorry sebab aku tak dapat nak cari info pasal maksud dia semua sebab kebanyakannya dah diblock. So, rajin-rajin lar tengok video 'The Arrivals'. Logo kat bawah ni pulak, logo pemerintahan Orang Amerika.



Sama kan? And logo ni jugak lar yang melambangkan pemerintah Illuminati ni. Kalau korang tengok dekat logo dekat kotak rokok Malboro, ada tulis Veni, Vidi, Vici yang bermaksud ku datang, ku lihat, ku tawan. BTW, tu motto orang Illuminati jugak. Eh? Sama jugak kan dengan logo SMK KGV? To georgians, jangan marah ok. It's a shock for me too..


For your information, rokok ni datangnya dari Israel. Kita pulak belanja sampai berpuluh-puluh ringgit untuk beli rokok ni. So, duit tu pun pergi kat mana? Kat Illuminati ni. Lepas tu? Diorang guna lar duit tu untuk serang orang Arab. Kiranya, kita ni dah membantu diorang tau untuk hancurkan Islam.


Bagi sesiapa yang merokok, fikir-fikirkanlah. Kalau bukan untuk korang pun, untuk kepentingan orang-orang Arab juga. Jangan pulak nanti silap-silap, kita yang jadi penyumbang, kita pulak yang diserang nanti. Lagipun, rokok tu takde lar tunjuk macho sangat.. Jom, kita sesama Islam hentikan rokok! Bagi yang tak nak tu, fikir-fikirkan.. Wassalam~

11 September 2001

~Assalamualaikum w.b.t~

Mungkin dekat tajuk atas ni, ramai yang dah tahu pasal cerita dia. Tapi, aku nak olahkan sedikit daripada video 'The Arrival' yang aku tengok. Yang kita tahu, World Trade Centre (WTC) diserang masa tarikh tu.

Dalam kejadian tu, dua buah kapal terbang telah dirampas dan akhirnya terhempas di WTC. Hampir 3000 nyawa terkorban dalam kejadian tu. Dan kerajaan Amerika mengatakan bahawa Orang Arab yang telah merampas kapal-kapal terbang tersebut. Sejak itu, Orang Arab ditekankan sebagai pengganas.

Aku sendiri tengok video kejadian 11 September 2001. Dia tunjuk bangunan WTC dah mula terbakar and then, ada satu lagi kapal terbang terhempas dekat WTC. Menunjukkan, tv dan video cuma memaparkan satu kapal terbang sahaja terhempas. Satu lagi kapal terbang pulak tak sempat dirakamkan.

Tapi, George W. Bush pulak cakap dia nampak KEDUA-DUA KAPAL TERBANG TERHEMPAS DEKAT TV! Bukan Tv cuma paparkan satu kapal terbang je ke? Kenapa Bush pulak boleh nampak sampai kedua-duanya sekali? Aneh kan? Mesti ada sesuatu yang Bush tahu tapi kita pulak tak tahu. Membuktikan, kerajaan Amerika MEMPERMAINKAN KITA!

Yang bertambah peliknya, mana perginya 1000 orang pekerja Yahudi kat situ? Kalau sorang, dua orang okey lagi tapi 1000 orang? Bertambah-tambah pelik.

Seorang ahli Amerika yang mengetahui rancangan para Illuminati ini ditemu ramah bagi mendapatkan kebenaran. Dia berkata, kerajaan Amerika telah memberitahunya sesuatu. 11bulan sebelum kejadian 11September 2001, mereka telah memberitahunya segala apa yang dirancangkan. Dan akhirnya, apa yang diceritakan semuanya terjadi.

Orang Arab dianggap pengganas dan akhirnya, difitnah secara berleluasa dan kini, apalah yang terjadi kepada negara Arab. Mereka tidak mengenali keamanan hanya kerana satu peristiwa yang tidak mereka buat. Obama yang dikatakan ingin membantu Orang Arab tetapi di manakah bantuannya? Kenapa wujudnya Perang Gaza? Kenapa masih lagi berlaku peperangan di Palestin?

Siapa lagi mahu membantu Orang Arab? Amerika? Diorang pun dah tak boleh harapkan lagi. Kita ni yang Islam yang perlu bantu diorang. Jangan duduk dalam rumah je and kasihankan diorang je. Bangkitlah wahai saudara saudari! Bersama-sama kita berjihad di jalan Allah swt menentang musuh kita. Allahuakbar! Wassalam~

Friday, January 14, 2011

Notes yang aku ambil dari facebook. Enjoy~

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Sizuka : “Awk, awk syg sy x?
Nobita : Mestilah syg..syg sangat2 tau..haa
Sizuka : Buktinya??
Nobita : Eh..mcm ajak bergurau je..nak sy kiss pipi awk tu ke syg?hehe
Sizuka : Ish..apa ni? Teruknya pemikiran awk..huu
Nobita : Eh..errr~ huhu

Sizuka : Mak sy kata, kalau kita syg sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Nobita : Eh..mestila! hehe
Sizuka : Tapi awk tipu sy!huu~
Nobita : Eh..kenapa plak sy tipu awk??
Sizuka : Kalau awk syg sy, mestilah awk jaga sy sebaik mungkin tp awk xjaga sy dgn baik pun..awk sentuh-sentuh sy, pegang tangan sy, cuba nk kiss sy,ajar sy buat benda bukan-bukan yg sy xpernah buat sebelum ni, selalu ajak sy keluar malam-malam.

Nobita : Owh..sekarang awk nak salahkan sy la ajak awk keluar malam?? Mak ayah awk yg bg izin tau!
Sizuka : Memang diorang y bagi izin tapi awk tau x y diorang jugak y akan tanggung dosa sy dgn awk malam-malam macam ni sbb diorang bg izin pada sy ank perempuan diorang utk keluar dgn lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang sy sebagai peneman pastu buat benda-benda xsenonoh! Pegang sana pegang sini..awk tau x panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awk sampai terpegang tangan sy dgn sengaja, tp neraka tu teramat panas & tangan awk y memegang tangan sy tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali..awk sedar x semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh je tangkap gambar sorang-sorang kan..then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti org ‘like’ awk pun suka sebab orang tau siapa awek awk & hubungan awk dan sy kononnya bahagia tapi awk sedar x yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yg kita buat..awk ada ilmu agama..klu xde ilmu agama pun, awk tau benda tu salah..tp kenapa masih buat? Awk sedar x semua tu??? Ingat Allah tak waktu awk buat semua tu?? Awk tu belum tentu jodoh sy, nak sentuh-sentuh sy. Kalau da awk nak sentuh-sentuh sy, apa je y suami sy boleh dapat special dari sy sbg isterinya y sah? Awk nak ke isteri awk dah macam sisa orang? Awk mesti akan cakap awk akan pastikan y awk akan nikah dgn sy sebab tu awk boleh sentuh-sentuh sy..tp awk sedar x y awk tu siapa?? hanya hamba Allah...awk bukan tuhan utk tahu siapa jodoh sy & jodoh awk..awk sedar x semua tu??? Klu betul awk syg sy, awk jaga lah sy baik-baik, beri sokongan sy jd muslimah solehah…dekatkan diri pada Allah, mohon pada Allah supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana sy ni milik Allah..ibu bapa hanya penjaga sy, mereka menjaga sy dgn penuh kasih sayang & didikan y baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awk utk menjaga sy, tp awk jaga sy x??awk jaga sy x?? x kan..awk bawa sy ke arah keburukan..awk sedar x semua tu??? Banyak lagi y awk buat kat sy, sy pun terlalu kurang pandai ikutkan je kemahuan awk..nanti kat neraka bila Allah soal sy dgn dosa-dosa maksiat y kita buat, bukannya awk dapat backup sy dpn Allah..kn?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan..huuu~

Suasana bertukar menjadi suram...sehinggalah nobita mula meluah perasaan...

Nobita : Kenapa x dari dulu awk cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awk nak luahkan semua ni???
Sizuka : Sebab sebelum awk nak couple sgn sy, awk janji yang awk akan jaga sy baik-baik. Awk suka dengan saya pun sebab bagi awk sy baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awk turut merubah diri sy. Baru sekarang sy luah semua benda ni sebab selama ni sy sentiasa menanti agar Nobita y dulu kembali. Nobita y menjaga sy dgn baik. Sy tunggu Nobita tu..tunggu & terus menunggu kerana sy sayangkan dia. Tapi semakin lama sy tunggu, semakin menjadi-jadi...awk fikirlah baik-baik apa y sy sampaikan...kalau awk masih xberubah, lepaskan sy kerana Allah..

Nobita : ......

[Pesanan : kepada pasangan yg hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah…cinta itu indah krn Allah yg menciptakannya tapi jangan sampai cinta utk Allah itu dinodai oleh cinta manusia..menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan y akan dilakukan..seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan..beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah menegur dengan pembalasan & azab..wallahu’alam~]

peringatan utk semua, beribu kali peringatan utk diri y teramat hina ini~

Mati Sebagai Islam Vs Mati Sebagai Kafir

~Salam~

~Aku dapat cerita ni daripada mak aku. Cerita ni kisah benar and kalau korang tak nak percaya, tu hak korang lar okey. Aku tak paksa pun sesiapa nak percaya. Cerita ni diceritakan oleh abang pada mak aku atau lagi senang lar, Achek aku. Ayah pada kawan Achek aku ni seorang Imam and memang diketahui kealiman dia tu.

Sekali tu, ayah kawan Achek dah nazak and Achek pun ada sekali dekat rumah kawannya untuk baca Yassin. Ayah kawan Achek mintak orang dekat sekelilingnya mengambilkannya Al-Quran. Pada mulanya, orang-orang ingatkan Imam tu nak pegang Al-Quran buat kali terakhir. Bila Imam tu dapat pegang je Al-Quran tu, dia terus cakap, “Dengan ini, aku melepaskan segalanya yang aku pelajari tentang Al-Quran.” Dan akhirnya, ayah kawan Achek meninggal dunia.

Jadi? Apa maksud semua ni? Maksudnya, jangan terlalu yakin dengan segala amal ibadat kita yang kita dah buat mampu menangkis segala godaan syaitan. Bila kita nazak, kita akan terasa dahaga giler-giler. Masa tu, setan akan datang menjelma merupai salah seorang kenalan kita. Dia akan pujuk kita supaya jangan mengucap dan rewardnya, dia akan bagi air untuk hilangkan dahaga kita. Dekat sini lar ujian dunia yang sebenar.

Mungkin mudah je kita cakap, of course lar kita takkan terima air tu. Yeke? Cuba jangan minum air dalam masa seminggu. Lepas tu, bawak segelas air dekat depan mata. Minum tak air tu? Fikir-fikirkan. Tingkatkan keimanan dalam diri anda kerana Dia sahaja Yang Lebih Mengetahui. Wassalam~

Thursday, January 13, 2011

Kiamat Dekat Baru Nak Taubat

~Salam~

~Malam tadi aku mimpi tentang aku dengan family aku tengah ‘vacation’ tak tahu kat mana. Yang aku tahu, tempat tu dekat dengan laut and sungai. Hotel tu pun sebelah je dengan sungai tu. Tiba-tiba aku rasa nak tengok lar luar kejap dekat balcony. Pergi luar, terus tengok langit. Waaa.. Banyaknya bintang malam ni. Seriously! Memang banyak giler lar!! Tapi yang peliknya, asal banyak sangat and nape dia berpusing-pusing macam bentuk milky way tu?? Aku tertengok ke bawah and aku nampak TORNADO besar yang betul-betul besar tengah datang kat arah kitaorang.

Aku dah panic jadi aku pun masuk bilik and bagitau family aku. Memang kitaorang ambil barang yang patut (aku sempat ambil buku Yassin lagi) and terus blah. Dekat bawah, dah tersedia bot-bot untuk bawak kitaorang. Air sungai ni dah jadi keruh and dah mula berombak kuat. Mak and adik-adik aku dah pergi, tinggal aku dengan ayah aku je. Bot dah habis jadi kitaorang makin panic and Alhamdulillah, ada satu lagi bot. Tiba-tiba aku terlupa yang hp aku tertinggal dekat hotel, ingatkan nak ambil tapi nyawa lagi penting and tak sempat dah pun nak ambil (kau nie, Tqah.. Hp pun sempat lagi pikir) Orang bot tu tak kasi aku naik balik tapi ayah aku tiba-tiba nak ambilkan. Dia suruh aku pergi dulu. Aku dah nangis separuh mati, suruh ayah jangan ambil. Tiba-tiba... Aku terbangun..

Giler kan mimpi tu? Tapi, mimpi tu bukan sekadar cerita je tapi mungkin boleh jugak kasi pengajaran walaupun ni mainan tidur syaitan. (Terima kasih lar setan sebab bagi mimpi macam tu) Kalau bab pengorbanan seorang ayah untuk tengok anak dia happy walaupun ambilkan hp pun, kira ramai dah tahu. Ayah sanggup buat apa je untuk tengok anak dia happy. Kita cerita pasal bencana yang aku nampak dalam mimpi malam tadi.

Cuba lar kita bayangkan mimpi tu jadi reality. Apa yang korang akan buat? Sempat lagi nak solat taubat? Sebelum sempat takbiratul ihram pun rasanya, korang dah hancur. Bencana pada akhir zaman ni memang menakutkan walaupun tak setanding zaman sebelum Rasulullah saw. Peratus untuk hidup memang tipis. Tak payah percaya teknologi yang kita nampak macam cerita 2012 tu dapat selamatkan kita. Kalau macam bencana aku cakap tadi, ‘ Tornado’. Boleh ke kapal sebesar tu selamatkan kita? Padahal dunia tak banjir lagi.. Orang putih kebanyakannya bertuhankan teknologi sebagai contoh, macam cerita 2012 tu lar.

Sekarang tahun 2011. Ok! Memang confirm 2012 bukan tahun kiamat, orang kata. Kenapa? Ye lar.. Nabi Isa as turun dan selamatkan kita semua lepas tu, empat tahun baginda memerintah. Lambat lagi lar tu. Ayat tu bagi pandangan sesetengah orang ok.. Tapi, korang tahu ke bila Da??al keluar? Ada yang cakap, tahun 2012 pilihan Illuminati ni untuk realisasikan objektif diorang. Boleh percaya ke? Tiba-tiba diorang nak bagi surprise pulak and buat pulak tahun ni. Amacam? Bila dah jadi hamba da??al, baru nak menyesal?

Bila da??al keluar, dunia akan jadi huru hara sampaikan azan susah pun nak diazankan. Mungkin jugak, orang akan susah jugak nak solat and buat ibadat lain. So, korang yakin zaman da??al keluar tu, korang boleh buat ibadat banyak-banyak dengan senang? Kalau dikatakan alim ulama pun boleh jatuh ke tangan da??al, apalagi kita yang lagi rendah darjatnya ooiii.... So, beribadatlah sekarang.. Tak rugi pun..

Contoh, orang tanya korang lar.. “Kau ni Islam ke kafir?” Of course, dengan mudah kita jawab Islam. Tapi tiba-tiba, dia bawak pistol and letak dekat kepala kita and then tanya soalan sama. Apa yang kita jawab? Senang cerita, nak mati syahid (reward untuk para Islam yang mati kerana memperjuangkan Islam) or mati kafir? The choice is yours.

Bertaubatlah dari sekarang sebab masa semakin suntuk. Anggaplar setiap hari Jumaat yang korang jalani tu ialah hari kiamat. Bagi yang lelaki yang maleh nak solat Jumaat tu, pikir lar kejap, “owh.. hari ni hari jumaat. Entah-entah hari ni hari kiamat pulak..” Dah tu, takkan boleh berlengang minum kat kedai kopi lagi? Pergilar solat. Aku pernah terbaca dalam satu artikel mengatakan ‘adalah lebih baik menunaikan ibadat sedikit yang berterusan berbanding menunaikan ibadat banyak tetapi sekejap.’ So, start now or never! Yang penting, yakin ibadat yang kita tunaikan tu diterima Allah swt. Wassalam~

Di Sebalik Sebuah Program

~Salam~

Program yang aku maksudkan kat atas tu, terpaksalah aku rahsiakan.. Bukannya apa.. Tiba-tiba orang Israel pulak gatal-gatal baca blog aku ni (perasannya) and paham pulak apa yang aku tulis, memang hancur lar semuanya. Tapi ni cuma pendapat sesetengah orang je okey. So, jangan take seriously sangat. Tapi nak take seriously pun takpe jugak..

Memang ramai tahu, Malaysia dah lancarkan sebuah program untuk pelajar-pelajar pintar yang akan belajar secara khas dan diberi didikan khas jugak. Sorry, tak dapat bagitau secara lanjut. Aku dengar cerita daripada seseorang, kebanyakan yang terpilih dalam program tu, pentafsif. Ramai jugak yang alim-alim dekat situ.

Mungkin korang anggap biasa je kot. Ye lar.. Allah swt bagi yang alim ni berjaya. Tapi kenapa? Mesti ada hikmah kan? Adakah sebenarnya, Allah swt ingin melahirkan cendekiawan Negara daripada pelajar-pelajar ni? Mungkinkah mereka ini antara golongan yang akan menaikkan nama Islam di suatu saat nanti? Wallahulam..

Tapi, bagi aku takde yang mustahil sebab majoritinya, sesiapa yang berjaya dalam program ni, masa depan dia cerah. Mungkin bagi kita, rasanya Malaysia cuma nak orang naikkan nama Malaysia dan majukan Negara ni. Tapi kenapa yang pintar-pintar ni ahli tafsif? Kebetulan atau tidak? Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Wassalam~

Wahai Para Laki, Jangan Hina Kami

~Salam~
Baju ala Muslimah aku pakai dan Angah cakap dia nak beli baju macam tu sebab kawan-kawan dia dekat Permata Pintar semuanya pakai baju ni. Baju ni memang selesa pakai dan tak panas walaupun berlengan panjang dan labuh. Angah cerita balik kisah-kisah masa dekat kem Permata Pintar dulu bila sekumpulan budak laki dari Kelate ni mula berceramah tentang hukum- hakam dengan cara yang agak kasar dan tidak diplomatik!

Bila Angah cerita macam tu, teringat aku masa dekat kem dengan budak sekolah aku masa tahun 2009 dekat Jelebu. Memang best sangat masa tu tapi aku belum matured lagi. Perangai still macam budak-budak dan mesti nak menang!! GIRL POWER lar katakan.. Aku dipilih sebagai ketua kumpulan dan bila akhir hari dekat kem, kitaorang kena bentangkan tentang kumpulan masing-masing.

Kitaorang namakan kumpulan kitaorang Nur Qaseh dan aku memang giler bertekad tak nak kalah dekat sesiapa pun especially LAKI! Disebabkan semangat giler aku ni, ahli kumpulan aku suruh aku pulak tanyakan soalan dekat group lain. Aku suruh diorang tanya sendiri tapi diorang takut. Demi nak dapatkan point untuk group kitaorang, aku pun dengan BAJETnye, angkat tangan. Memang aku kena target masa tu! ( sori ek kalau
ada sesiapa yang terasa dengan soalan aku masa tu)

Haha! Lari dari tajuk pulak! Bila group kitaorang pulak naik pentas, aku dah jadi stage fright.. Tapi, aku tetap gak cover walaupun nampak giler takutnye tu! Habis je, ada lar satu soalan daripada seorang hamba Allah swt ni.

“Anda mengatakan kumpulan anda ni menurut perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangan-Nya tapi kenapa ada yang saya tengok pakai tudung pendek?”

Wow! Soalan giler maut dan paling aku benci! Walaupun bukan aku orangnya tapi aku tak suka orang tanya ayat sensitive macam tu. Aku tak tahu nak jawab apa jadi aku pun jawab lar macam mana Cikgu Halijah pernah cakap dulu. Amik kau! Terdiam terus walaupun jawapan tu lari dari soalan.. Haha!

Sekali lagi, dia tanya soalan yang sama dan akhirnya, aku pun jawab, “jangan nak ngata orang, dia pun entah-entah solat pun tak cukup.” Masa tu, dah nampak hamba Allah swt tu dah nak mengamuk. Sepatutnya, aku cakap je, ‘sebelum ngata orang, cermin diri dulu. Pakai seluar pun kurang dari paras lutut.’ Jahat kan? Haha! Padahal, dia kawan aku.

Bukan aku bermaksud apa-apa. Tapi, adakah dengan cara macam tu, akan mengubahkan sifat seseorang? Adakah dengan cara memalukan mereka? Adakah disebabkan kitaorang ni perempuan yang tampak lemah daripada laki ni, kitaorang ni boleh diperlekeh macam tu?

Pernah sekali, tahun 2010, aku berjumpa pulak dengan seorang budak namanya, J. Memang dari tengok sifat dia, nampak dia baik dan mesti ramai yang tertarik dengan dia. Tapi, aku anggap dia kawan je ok. Aku berkawan dengan 2 orang girl ni dan pernah sekali kitorang berempat duduk dekat kantin UPM sama-sama. Sekali tu, J tegur kawan-kawan aku tu.

“Kalau aku cakap ni, korang ambil je tau. Jangan terasa ke pape.. Aku rasa, lebih elok kalau korang pakai baju lengan panjang...”

Dengan cara lemah lembut, J menegur diorang. Memang diorang tak cepat melatah dan terima sebaik-baiknya dan ceritakan kenapa diorang macam tu. Dan J cuba selesaikan masalah diorang dua. Kan tu lebih baik? Tegur secara baik? Tak sia-sia..

Kitaorang perempuan ni tak hina. Kenapa bila kitaorang pakai baju seksi, korang menghina? Kenapa bila kitaorang dah pakai menutup tapi tak pakai tudung, korang mengejek? Kenapa bila kitaorang dah pakai tudung, tapi korang perli pulak cakap kitaorang pakai tudung pendek? Kenapa bila kitaorang dah bertudung labuh, korang still lagi tak puas hati? Adakah korang Tuhan yang tahu segala hukum-hakam dunia?
Bahkan ada seorang pelacur yang hanya memberi makanan kepada seekor anjing pun dapat masuk ke syurga. Tidak perlulah memandang enteng kepada kitaorang.

Cerminkanlah diri dulu. Baiki diri. Aku sendiri yang tak sempurna pun tak ingin pun nak tegur korang pasal aurat ni sebab aku tau aku pun belum cukup baik lagi di mata Allah swt. Allah swt pernah berfirman supaya kita menjaga dua jenis hubungan iaitu dengan Allah dan manusia. Wahai sesetengah lelaki kat luar sana, kalau korang alim sangat, korang ikut tak perintah Allah yang ni? Buktikan.. Wassalam~