Thursday, January 13, 2011

Kiamat Dekat Baru Nak Taubat

~Salam~

~Malam tadi aku mimpi tentang aku dengan family aku tengah ‘vacation’ tak tahu kat mana. Yang aku tahu, tempat tu dekat dengan laut and sungai. Hotel tu pun sebelah je dengan sungai tu. Tiba-tiba aku rasa nak tengok lar luar kejap dekat balcony. Pergi luar, terus tengok langit. Waaa.. Banyaknya bintang malam ni. Seriously! Memang banyak giler lar!! Tapi yang peliknya, asal banyak sangat and nape dia berpusing-pusing macam bentuk milky way tu?? Aku tertengok ke bawah and aku nampak TORNADO besar yang betul-betul besar tengah datang kat arah kitaorang.

Aku dah panic jadi aku pun masuk bilik and bagitau family aku. Memang kitaorang ambil barang yang patut (aku sempat ambil buku Yassin lagi) and terus blah. Dekat bawah, dah tersedia bot-bot untuk bawak kitaorang. Air sungai ni dah jadi keruh and dah mula berombak kuat. Mak and adik-adik aku dah pergi, tinggal aku dengan ayah aku je. Bot dah habis jadi kitaorang makin panic and Alhamdulillah, ada satu lagi bot. Tiba-tiba aku terlupa yang hp aku tertinggal dekat hotel, ingatkan nak ambil tapi nyawa lagi penting and tak sempat dah pun nak ambil (kau nie, Tqah.. Hp pun sempat lagi pikir) Orang bot tu tak kasi aku naik balik tapi ayah aku tiba-tiba nak ambilkan. Dia suruh aku pergi dulu. Aku dah nangis separuh mati, suruh ayah jangan ambil. Tiba-tiba... Aku terbangun..

Giler kan mimpi tu? Tapi, mimpi tu bukan sekadar cerita je tapi mungkin boleh jugak kasi pengajaran walaupun ni mainan tidur syaitan. (Terima kasih lar setan sebab bagi mimpi macam tu) Kalau bab pengorbanan seorang ayah untuk tengok anak dia happy walaupun ambilkan hp pun, kira ramai dah tahu. Ayah sanggup buat apa je untuk tengok anak dia happy. Kita cerita pasal bencana yang aku nampak dalam mimpi malam tadi.

Cuba lar kita bayangkan mimpi tu jadi reality. Apa yang korang akan buat? Sempat lagi nak solat taubat? Sebelum sempat takbiratul ihram pun rasanya, korang dah hancur. Bencana pada akhir zaman ni memang menakutkan walaupun tak setanding zaman sebelum Rasulullah saw. Peratus untuk hidup memang tipis. Tak payah percaya teknologi yang kita nampak macam cerita 2012 tu dapat selamatkan kita. Kalau macam bencana aku cakap tadi, ‘ Tornado’. Boleh ke kapal sebesar tu selamatkan kita? Padahal dunia tak banjir lagi.. Orang putih kebanyakannya bertuhankan teknologi sebagai contoh, macam cerita 2012 tu lar.

Sekarang tahun 2011. Ok! Memang confirm 2012 bukan tahun kiamat, orang kata. Kenapa? Ye lar.. Nabi Isa as turun dan selamatkan kita semua lepas tu, empat tahun baginda memerintah. Lambat lagi lar tu. Ayat tu bagi pandangan sesetengah orang ok.. Tapi, korang tahu ke bila Da??al keluar? Ada yang cakap, tahun 2012 pilihan Illuminati ni untuk realisasikan objektif diorang. Boleh percaya ke? Tiba-tiba diorang nak bagi surprise pulak and buat pulak tahun ni. Amacam? Bila dah jadi hamba da??al, baru nak menyesal?

Bila da??al keluar, dunia akan jadi huru hara sampaikan azan susah pun nak diazankan. Mungkin jugak, orang akan susah jugak nak solat and buat ibadat lain. So, korang yakin zaman da??al keluar tu, korang boleh buat ibadat banyak-banyak dengan senang? Kalau dikatakan alim ulama pun boleh jatuh ke tangan da??al, apalagi kita yang lagi rendah darjatnya ooiii.... So, beribadatlah sekarang.. Tak rugi pun..

Contoh, orang tanya korang lar.. “Kau ni Islam ke kafir?” Of course, dengan mudah kita jawab Islam. Tapi tiba-tiba, dia bawak pistol and letak dekat kepala kita and then tanya soalan sama. Apa yang kita jawab? Senang cerita, nak mati syahid (reward untuk para Islam yang mati kerana memperjuangkan Islam) or mati kafir? The choice is yours.

Bertaubatlah dari sekarang sebab masa semakin suntuk. Anggaplar setiap hari Jumaat yang korang jalani tu ialah hari kiamat. Bagi yang lelaki yang maleh nak solat Jumaat tu, pikir lar kejap, “owh.. hari ni hari jumaat. Entah-entah hari ni hari kiamat pulak..” Dah tu, takkan boleh berlengang minum kat kedai kopi lagi? Pergilar solat. Aku pernah terbaca dalam satu artikel mengatakan ‘adalah lebih baik menunaikan ibadat sedikit yang berterusan berbanding menunaikan ibadat banyak tetapi sekejap.’ So, start now or never! Yang penting, yakin ibadat yang kita tunaikan tu diterima Allah swt. Wassalam~

0 0000 je berani komen: