~Assalamualaikum wbt~
~24jan2011. Bini Jojoy (kucing aku) dah lahirkan anaknya. Memang aku tak sabar nak tengok. Tapi terkejut sangat bila tengok warna anak kucing tu. Warna dia langsung tak serupa dengan Jojoy. Warna bulu Jojoy pun warna perang, bukannya hitam! Anak siapa ni??
Siapa sangka kan? Apa-apa pun boleh berlaku. Tapi, sebab kitaorang dah jaga bini Jojoy tu selama berbulan-bulan, kitaorang still lagi jagakan anak kucing tu. Takkan nak buang tepi jalan. Bini Jojoy pun still lagi lemah. Tak sampai hati nak halau dia.
Walaupun belum tahu siapa ayah sebenar anak kucing tu, kitaorang terpaksa jauhkan Jojoy daripada anak kucing tu. Yelar.. Takut nanti, dimakannya. Mesti bini dia sedih sangat. Lagipun, bini Jojoy tu dapat lahirkan seekor je anak kucing. New info yang aku dapat. Bini Jojoy ni sebenarnya dah dimandulkan oleh tuan dia(jiran aku) tapi nampaknya tak berkesan sangat. Agaknya, tulah sebabnya dapat seekor anak je.
Pagi-pagi, bangun je dari tidur, terus aku tengok anak kucing tu. Tengok bini Jojoy tengah kasi anak dia minum susu (susu badan ler..). Bila aku datang dekat, dia macam buat-buat garang padahal tak garang sangat pun. Semalam, dia dah cakar tangan ayah tapi dengan aku, dia tak buat sebab aku baik dengan dia. Baik kan aku? Memang protective betul bini Jojoy ni. Bila aku angkat je anak dia, dia akan cari anak dia sampai jumpa. Memang penyayang betul bini Jojoy ni.
Okey! Finish tentang cerita Jojoy, bini Jojoy dengan anak/anak tiri Jojoy. Korang nampak tak apa yang aku nak sampaikan?? Walaupun bini Jojoy ni takde akal and cuma berstatus haiwan, dia tetap sayang anak dia. Bini Jojoy ni walaupun tak tahu siapa ayah anak dia yang sebenar, dia tetap jaga anak dia. Hebat tak dia ni? Biarpun macam mana boleh dapat anak tu, dia tahu, anak tu anak dia dan dia jaga dengan baik.
Lebih-lebih lagi, anak kucing tu langsung takde rupa dengan mak ayah dia. Tapi, kenapa dia masih jaga? Sebab dia tahu tanggungjawab dia dan perintah Allah swt untuk sentiasa menjaga anaknya dengan baik. Korang tahu kan haiwan pun patuh dengan perintah Allah tau. Setiap saat diorang berselawat dan jika kita melakukan kebaikan, diorang akan mengucapkan terima kasih walaupun kita tak dengar apa yang dia cakap.
Tapi, kalau kita selak surat khabar je, mesti wujud berita tentang kes buang bayi. Kalau setakat tinggalkan depan rumah, okey lagi. Ni buang kat dalam jamban lah, longkang lah, sungai lah, jalan lah, tong sampah lah and banyak lagi lah! Kalau tak nak, bagi je kat aku ni. Aku lagi suka kena pegang tanggungjawab tu daripada tengok baby kena buang merata-rata macam sampah. Cuba bayangkan kalau korang yang jadi baby tu. Tak terseksa ke?
Selalunya, bayi yang kena buang ni hasil daripada perzinaan. Kalau setengah orang, guna macam-macam kaedah supaya tak mengandung. Macam aku cakap awal-awal tentang bini Jojoy tadi. Dia dah dimandulkan tapi masih lagi mengandung. Kenapa?? Jangan tanya aku. Tanyalah sesiapa yang korang percaya menjadi Pencipta.
Aku bukan nak jadi kurang ajar. Tapi cuba fikir balik. Bila berzina dengan orang bukan muhrim, rasa macam takde pape. Tapi bila dah dapat anak, kenapa rasa malu pula? Berani buat, terima padah! Kalau tunjuk badan kat orang bukan keluarga kita, kenapa tak rasa malu??? Astaghfirullah al azim. Malu tu biarlah kena pada tempatnya! Jangan jadikan orang sebagai mangsa!
Fikirlah balik.. Malu sikit dengan bini Jojoy ni. Dia ni takde akal tapi sayang anak dia yang takde rupa dia tu. Korang ada akal kan? So, takkan korang nak jadi lebih teruk daripada haiwan? Bagi mereka yang sudah bertaubat, alhamdulillah. Moga Allah merahmati kalian. Bagi mereka yang di luar sana, fahamilah bahawa Allah melihat dan mendengar segalanya dan tiada langsung perkara yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun bagi setiap hamba-Nya yang bertaubat. Insya-Allah. Wassalam~
~Walaupun tiada akal namun kasih sayangnya utuh kepada anak kecil ini~
0 0000 je berani komen:
Post a Comment