Thursday, January 27, 2011

Abang Kembar.. Huhu..

~Assalamualaikum wbt~


~Hari yang penuh bosan ni, aku jenguk-jenguklah blog Kak Fatin ni yang memang pandai bergaya and nampak so cute! Kalau nak tengok rupa dia, just check out this blog ok. http://honeykoyuki.blogspot.com/ Orang pun dari Negeri Sembilan and dekat pula dengan area rumah aku. Tak sangka pula rasanya! Hehe.. Tapi paling aku tak sangka, dia berkawan pula dengan abang Zaquan. Waa!!


Happy pula rasanya rumah dia dengan Kak Ayu dekat Sri Pulai! Yes! Bolehlah pergi lalu rumah dia macam dulu-dulu.. (lalu rumah Mak dia k..) Tapi, aku lalu sebab ada kelas tuisyen. Sekarang, dah habis sekolah. Takkan nak tuisyen lagi kan.. :(


Aku pernah try add Abang Zaquan dulu kat FB tapi sebab ramai sangat yang add dia, jadi aku sendiri pun tak boleh nak add dia jadi friend aku. SEDIHNYA!! Masa aku ada myspace, memang ada add and dia approve tapi jarang online kat situ. Kat YM pun ada juga add tapi dia tak approve lagi. :(


FYI, aku takde lah syok kat Zaquan ni sampai nak kahwin dengan dia. Aku memang syok tengok muka orang tak tahan tengok aku yang tergila-gilakan Zaquan! Haha! Macam aku usik Chan, punya dah naik menyampah agaknya tengok aku yang asyik cerita pasal Zaquan je sampaikan buat karangan pun cerita pasal Zaquan tau! Haha!


Bila dah tengok blog Kak Fatin, aku terasa nak cari dia kat fb. Yelah, mana tau kot-kot ada fb Zaquan kat situ. Yes!! Memang jumpa pun! Gembira tahap mantop walaupun dia dah berpunya pun. Huhu.. Bila aku click kat add as friend, keluar pulak benda alah ni..


If you send a request to a stranger, it will be considered spam and your friend request will be blocked temporarily. Please only send this request if you know this user.


Of course lah aku kenal Zaquan ni. Football player untuk negeri aku lah! Siapa tak kenal Zaquan, nampak pelik rasanya! Hmph! Dengan advise kawan aku, Farah (farahin ek) aku pun add lah Zaquan. Harap-haraplah dia approve.. Amin..


Bila dah asyik baca cerita pasal Zaquan dekat blog Kak Fatin, aku teringat pula kenangan first time aku dapat jumpa Zaquan. Haha! Bila nak pergi tuisyen, aku lalu rumah Mak Zaquan. Lepas tu, ayah aku bawa slow je. Nampak Zaquan tengah tengok tv dengan baju merah.(eh? sekarang aku tengah pakai baju merah!) Fulamak! Excitednya! Tiba-tiba nampak dia perasan kereta ayah and dia pun nak keluar. Cepat-cepat ayah speed up! Ayah memang sporting lah! Sayang ayah!!


Kebetulan dulu, masa Zaquan dengan Aidil baby lagi, ayah aku jadi jiran diorang. Dulu, siap dukung lagi tau.. (agaknya diorang terer main sejak ayah aku dukung kot.. hehe) Kakak diorang pula jadi anak murid ayah aku dekat IPRM. Kebetulan, ayah aku terjumpa family diorang dekat warung. Memang kenal lah diorang except Zaquan sebab dia kecil lagi dulu tapi kakak dia yang kenalkan ayah aku kat dia masa tu. Alamak! Giler lah! Sejak tu, bila nak sembahyang Jumaat, ayah aku akan solat sebelah Zaquan. Lepas tu, cerita dekat kitaorang kejadian tu. (Waaa!! Nak sembahyang jumaat juga!)


Kitaorang semua minta lah kat ayah aku, nak tandatangan Zaquan dengan Aidil. Lagi bagus, kalau diorang kasi jersi diorang pun takpe!! Waaa!! Giler betul! Demi kitaorang, ayah aku sanggup telefon kakak Zaquan. Kakak dia pun bukan main sporting lagi! (tapi sampai sekarang pun takda gak! sedih2.. )


Tiba pula hari raya, ramai pula yang buat open house and majlis kesyukuran pun ada. Hari Sabtu, ada open house. Kebetulan pula, open house tu buat depan rumah Zaquan! OMG!! Dapatlah curi-curi tengok lagi. Hehe.. Ayah aku sengaja lalu rumah Zaquan and aku nampak Zaquan tengah tolong-tolong family dia kemas-kemas rumah. OMG! So cute.. Tapi lepas tu, diorang dah masuk rumah. Alar.. Kejap je dapat tengok.


Esoknya, ada kenduri kahwin pula... dekat juga dengan rumah Zaquan. Huh? Seriously?? Yes! Kitaorang pujuk ayah lalu rumah Zaquan lagi. Kali ni, ayah parking betul-betul dekat sebelah rumah Zaquan! And then, aku ternampak Zaquan tengah sapu halaman rumah dia. OMG! OMG! Dah sesak nafas! Haha! (giler kau, tqah) Bila aku buka pintu kereta je, aku pusing and nampak Zaquan pandang aku. Aku pandang dia and dia pandang aku. Sebab dah malu tahap max sangat-sangat, aku terus pusing and pergi dekat Mak aku. Ayah aku tegur family diorang, cakap nak tumpang parking kejap. Tetiba kakak dia tanya kat ayah aku,


"Cikgu nak tak tandatangan kembar ni, cikgu? Dua-dua pun ada kat rumah sekarang ni.."


Alamak! Malunya. Aku pandang Zaquan and nampak dia dah buat muka pelik. Adoi! Kantoi yang kitaorang minat giler-giler kat Zaquan dengan Aidil. Tapi, ayah aku pandai coverkan.. (tu yang sampai sekarang tak dapat lagi tu..) Sejak tu, tak dapatlah jumpa Zaquan lagi. Tapi sempat nampak kera kesayangan Zaquan, Kyky. Comel tau!


Apa-apa pun, cerita tadi tu cuma jadi bahan best tuk peminat cam aku ni. Sorry.. Bukan minat muka dia tu ek tapi memang cara permainan Zaquan and Aidil dekat padang, memang mantop! Sorry ek Chan sebab terpaksa berlagak hyperactive dengan awak. Sekarang pun, Aidil together dengan Rita and Zaquan together dengan Ayu. (tapi kena berlakon sedih depan Chan.. hehehe..)



Picture ni aku ambil daripada myspace abang Zaquan. Korang boleh detect mana satu Abang Aidil and mana satu Abang Zaquan?


Picture kereta ni pula, aku ambil sendiri ok! Tak dicuri dari mana-mana pun! Kereta hitam tu Abang Aidil punya and kereta putih tu Abang Zaquan punya.

0 0000 je berani komen: