~Assalamualaikum wbt~
Semalam, Zaquan dengan Ayu akhirnya selamat diijabkabulkan. Wuuaaa!! Sedihnya tapi tetap gembira untuk dia.. Aku rasa macam tak kisah je.. Hehe.. Bila terbaca satu artikel ni, diorang berdua rapat cuma selama dua minggu je. Jadi, aku terfikir mana yang lebih baik. Berkenalan dengan si bakal dalam masa yang lama atau masa yang sekejap? Akhirnya, aku terfikir nak buat satu cerita pasal benda ni.
Beberapa kali aku bermimpi tentang dua orang budak lelaki yang aku kenal. Kedua-duanya memang aku berkawan jadi aku terfikir nak buat cerita yang ada sedikit kait mengait dengan perangai diorang ni. Tapi, baru-baru ni aku bermimpi tentang seorang lagi kawan lelaki aku dan aku terasa nak tambahkan dia sebagai karakter dalam cerita ni. Urm.. Takkan nak cerita pasal lelaki je kan? Of course lah aku ada add karakter perempuan yang aku try samakan dengan kawan-kawan perempuan aku. So, guys! Kalau korang rasa karakter dalam cerita ni macam korang, jangan perasan aku tengah cerita pasal korang okey.. :p
Mula-mula aku ingatkan nak start cerita masa watak utama dah dapat kerja tapi aku rasa macam tak complete pulak. So, aku terpaksa panjangkan cerita dia since watak utama dalam alam persekolahan lagi. Aku malas nak buat cerita tu dalam satu tempat je. Mana cabarannya kan? Hehe.. Jadi, aku perluaskan lagi latar tempat walaupun agak susah. Ditambahkan lagi kalau bab masuk kolej nanti. Still belum sampai latar masa ni. Aku kena tahu sistem pembelajaran dia dan berapa lama masa yang perlu diambil untuk alam kolej dan universiti.
Tambah lagi dalam alam pekerjaan. Jangan fikir yang tulis novel ni senang. First novel aku pun, aku habiskan dalam hampir setahun tau nak buat. Pening bukan kepalang kalau nak carikan characteristics bagi setiap watak. Ni salah satu sebab aku ambil kawan-kawan aku sebagai karakter dalam cerita ni. Again aku cakap, jangan perasan aku cerita pasal korang!! Tapi aku rasa, klimaks cerita ni mesti kena betul-betul matang kalau nak dapatkan feel tu. Lagipun, mesti ada unsur misteri sikit supaya orang terfikir-fikir apa akan jadi. Futhermore, aku tak nak buat novel macam unsur fantasi tu. Dahlah perempuan-perempuan sekarang jadikan novel sebagai tempat rujukan diorang.
Selalunya, karakter dalam novel ni mesti hero handsome and perfect while heroin ni cantik and also berpakej. Huh! Tak adil lar kalau macam tu. Orang buat karakter ni sebab nak senangkan diorang untuk buat cerita je. Kita selalu dengar, jodoh yang baik untuk orang yang baik. Lagipun, aku selalu pegang prinsip, 'love means letting go.' Aku nak cuba tunjuk dekat orang, dari mana datangkan 'first love sight' tu and kenapa ayat tu wujud. Susah ni wei!! Tapi aku takkan menyerah kalah!
Lagipun, nobody is perfect kan? Bila kita kenal someone, kita cakap dia ni baik. Tapi, aku nak cuba tunjukkan yang baik tu pun ada buruknya dan yang jahat tu pun ada baiknya. Payah memang payah sebab aku kena seimbangkan karakter tu supaya tak jadi cerita macam INDON tu.Yang baik tu baik sangat sampai tak nak melawan dan asyik merengek je. Yang jahat tu jahat sangat sampaikan orang dah naik meluat tengok dia and terlebih pandai untuk sabotaj orang. Kita kenalah buat originalitynya kan?
Moreover, aku tak puas hati sangat tentang beberapa novel (majoritinya) yang mengabaikan unsur keislaman. Tapi, aku tetap try nak masukkan tentang cerita orang yang lupa Islam dan terlalu seronok mengejar kemewahan. Tambahan lagi, bab ibu bapa yang terlalu kuat kerja sampai lupa anak. Cerita aku lain sikit. Boringlah kalau cerita macam tu je kan? Kita buat lah lain sikit. Prinsip aku, mana ada mak bapak yang tak sayangkan anak.
Aku malas nak bagitau macam mana jalan cerita dia sebab aku baru buat novel tu dalam 5% je. Banyak lagi yang perlu aku buat and research. Ingat novel ni sekadar tulis-tulis je ke? Think again, guys! Lagipun, aku kena buat penutup dia dalam cara yang betul and kemas and bukannya macam INDON yang tergesa-gesa nak habiskan cerita sampai tinggalkan cerita karakter lain dalam keadaan tergantung. Yang penting, IMAGINATION and CREATIVITY. AND MOST OF ALL, REALITY NOT FANTASY OKEY!!
p/s : Love doesn't count about how many info you knew about the person. Love is about the speciality of your love that many people can't see.
0 0000 je berani komen:
Post a Comment