Thursday, January 13, 2011

Wahai Para Laki, Jangan Hina Kami

~Salam~
Baju ala Muslimah aku pakai dan Angah cakap dia nak beli baju macam tu sebab kawan-kawan dia dekat Permata Pintar semuanya pakai baju ni. Baju ni memang selesa pakai dan tak panas walaupun berlengan panjang dan labuh. Angah cerita balik kisah-kisah masa dekat kem Permata Pintar dulu bila sekumpulan budak laki dari Kelate ni mula berceramah tentang hukum- hakam dengan cara yang agak kasar dan tidak diplomatik!

Bila Angah cerita macam tu, teringat aku masa dekat kem dengan budak sekolah aku masa tahun 2009 dekat Jelebu. Memang best sangat masa tu tapi aku belum matured lagi. Perangai still macam budak-budak dan mesti nak menang!! GIRL POWER lar katakan.. Aku dipilih sebagai ketua kumpulan dan bila akhir hari dekat kem, kitaorang kena bentangkan tentang kumpulan masing-masing.

Kitaorang namakan kumpulan kitaorang Nur Qaseh dan aku memang giler bertekad tak nak kalah dekat sesiapa pun especially LAKI! Disebabkan semangat giler aku ni, ahli kumpulan aku suruh aku pulak tanyakan soalan dekat group lain. Aku suruh diorang tanya sendiri tapi diorang takut. Demi nak dapatkan point untuk group kitaorang, aku pun dengan BAJETnye, angkat tangan. Memang aku kena target masa tu! ( sori ek kalau
ada sesiapa yang terasa dengan soalan aku masa tu)

Haha! Lari dari tajuk pulak! Bila group kitaorang pulak naik pentas, aku dah jadi stage fright.. Tapi, aku tetap gak cover walaupun nampak giler takutnye tu! Habis je, ada lar satu soalan daripada seorang hamba Allah swt ni.

“Anda mengatakan kumpulan anda ni menurut perintah Allah swt dan meninggalkan segala larangan-Nya tapi kenapa ada yang saya tengok pakai tudung pendek?”

Wow! Soalan giler maut dan paling aku benci! Walaupun bukan aku orangnya tapi aku tak suka orang tanya ayat sensitive macam tu. Aku tak tahu nak jawab apa jadi aku pun jawab lar macam mana Cikgu Halijah pernah cakap dulu. Amik kau! Terdiam terus walaupun jawapan tu lari dari soalan.. Haha!

Sekali lagi, dia tanya soalan yang sama dan akhirnya, aku pun jawab, “jangan nak ngata orang, dia pun entah-entah solat pun tak cukup.” Masa tu, dah nampak hamba Allah swt tu dah nak mengamuk. Sepatutnya, aku cakap je, ‘sebelum ngata orang, cermin diri dulu. Pakai seluar pun kurang dari paras lutut.’ Jahat kan? Haha! Padahal, dia kawan aku.

Bukan aku bermaksud apa-apa. Tapi, adakah dengan cara macam tu, akan mengubahkan sifat seseorang? Adakah dengan cara memalukan mereka? Adakah disebabkan kitaorang ni perempuan yang tampak lemah daripada laki ni, kitaorang ni boleh diperlekeh macam tu?

Pernah sekali, tahun 2010, aku berjumpa pulak dengan seorang budak namanya, J. Memang dari tengok sifat dia, nampak dia baik dan mesti ramai yang tertarik dengan dia. Tapi, aku anggap dia kawan je ok. Aku berkawan dengan 2 orang girl ni dan pernah sekali kitorang berempat duduk dekat kantin UPM sama-sama. Sekali tu, J tegur kawan-kawan aku tu.

“Kalau aku cakap ni, korang ambil je tau. Jangan terasa ke pape.. Aku rasa, lebih elok kalau korang pakai baju lengan panjang...”

Dengan cara lemah lembut, J menegur diorang. Memang diorang tak cepat melatah dan terima sebaik-baiknya dan ceritakan kenapa diorang macam tu. Dan J cuba selesaikan masalah diorang dua. Kan tu lebih baik? Tegur secara baik? Tak sia-sia..

Kitaorang perempuan ni tak hina. Kenapa bila kitaorang pakai baju seksi, korang menghina? Kenapa bila kitaorang dah pakai menutup tapi tak pakai tudung, korang mengejek? Kenapa bila kitaorang dah pakai tudung, tapi korang perli pulak cakap kitaorang pakai tudung pendek? Kenapa bila kitaorang dah bertudung labuh, korang still lagi tak puas hati? Adakah korang Tuhan yang tahu segala hukum-hakam dunia?
Bahkan ada seorang pelacur yang hanya memberi makanan kepada seekor anjing pun dapat masuk ke syurga. Tidak perlulah memandang enteng kepada kitaorang.

Cerminkanlah diri dulu. Baiki diri. Aku sendiri yang tak sempurna pun tak ingin pun nak tegur korang pasal aurat ni sebab aku tau aku pun belum cukup baik lagi di mata Allah swt. Allah swt pernah berfirman supaya kita menjaga dua jenis hubungan iaitu dengan Allah dan manusia. Wahai sesetengah lelaki kat luar sana, kalau korang alim sangat, korang ikut tak perintah Allah yang ni? Buktikan.. Wassalam~

0 0000 je berani komen: