Monday, January 31, 2011

Tudung Yuna? Tudung Labuh? Tudung.....

~Assalamualaikum wbt~


~Aku terasa nak tukar sikit style tudung aku nie. Ada antara kawan aku tukar fesyen rambut diorang. Takkan aku nak tukar kan padahal bertudung. Kalau kahwin, takpelah. Hehe.. Apa salahnya kan kalau tukar sikit style tudung asalkan menepati syarak. Tapi lain aku cari lain aku jumpa. Beberapa blog jugalah yang duduk kutuk budak-budak remaja zaman sekarang yang suka pakai style tudung ala gini..

Okeylah aku mengaku aku pun pernah pakai tudung macam ni juga. Bak kata orang yang mulut pedaslah, pakai tudung tapi tayang dada. Tapi sekarang, aku dah tutup okey! Kenapa? Hah! Ni yang aku nak cerita ni! Pernah dengar tak peribahasa sikit-sikit lama-lama jadi bukit? Sebelum aku cerita apa yang sepatutnya, korang dengar cerita silam aku ni dulu.


Aku ni nak dikatakan pakai tudung ni kadang-kadang ye and kadang-kadang tak. Tapi disebabkan satu kehendak, aku pakai tudung and akhirnya, pakai seikhlas hati sebab kalau tak pakai, rasa macam lain betul! Tapi, tayanglah juga leher ni. Kadang-kadang pakai skarf. Dalam beberapa bulan, berlaku sesuatu and aku tutup pula leher. Nak dikatakan juga, tudung ni tak cukup panjanglah juga. Okey, fine. Aku tak heran orang cakap mula-mula. Aku tau aku bega. Tapi disebabkan dua orang ni jugalah, aku akhirnya pakai jugalah yang menutup ni.

So? Apa yang aku merepek ni kena-mengena dengan tajuk ek? Okey2! Aku kaitkan sikit pula dengan kisah Nabi Muhammad saw dahulu. Seseorang ( tak ingat nama dia ) yang telah membunuh Hamzah ( bapa saudara Nabi Muhammad saw ) berjumpa dengan Rasulullah saw kerana ingin memeluk Islam. Rasulullah saw menyuruhnya tidak minum arak, tidak berjudi, tidak berzina dan banyak lagi tetapi hamba Allah swt tersebut tidak mampu untuk meninggalkan segala suruhan itu. Akhirnya, Rasulullah saw menyuruhnya mengucap dua kalimah syahadah dan hamba Allah swt itu menurut katanya. Masuklah dia dalam Islam.

Dapat sikit? It means, Islam bukan jenis memaksa. Mungkin daripada perkara kebaikan yang kecil kita buat, mungkin akan mendatangkan sesuatu yang besar kemudian hari. Mungkin hamba Allah swt hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah namun kemungkinan besar dia akhirnya berubah menjadi orang soleh. Macam juga aku tadi, walaupun starting aku pakai tudung disebabkan satu kehendak yang remeh tapi akhirnya aku pakai secara ikhlas dan menutup aurat.

Zaman remaja dikatakan zaman memberontak. Ramai orang duduk mengata budak perempuan ni bertudung tapi tak menutup dada pula. Ada pula yang pakai baju ketat-ketat. Tak cukup pula, orang komen pula budak-budak perempuan ni pakai sanggul tinggi.
~gaya tudung yang tidak menutup bahagian dada~




~gaya pakaian ketat dan menampakkan susuk tubuh badan~




~gaya pemakaian pakaian ketat dan tudung tidak menutup bahagian dada~




~gaya bersanggul tinggi~


Dalam entry ni, aku tak nak kutuk sesiapa sebab aku ni pun wanita dan aku faham wanita ni sensitif. Aku cuma nak ucapkan syabas sebab kebanyakan gadis ada jua sudi yang memakai tudung sebab tu satu permulaan yang bagus. Percayalah! Memulakan sesuatu kebaikan adalah lebih baik daripada tidak melakukannya langsung. Yang penting, solat mestilah dijaga kerana perkara pertama yang akan disoal apabila kiamat nanti ialah solat.

Ada juga yang kata, "budak pakai tudung pun bukannya baik sangat. Mengutuk orang je tau." Err.. Ehem.. Ehem.. Yang ayat tadi tu bukan ayat mengutuk budak pakai tudung ke? Hah! Terkena balik! Siapa kata budak pakai tudung tu 100% baik? Siapa kata budak tak pakai tudung tu 100% tak baik? Orang alim ulama pun sendiri terlalu taksub sangat dengan agama sampai lupa tanggungjawab kepada isteri dengan anak tau. Cerita ni kisah benar okey.

So guys! Like people used to say, "don't judge a book by it's cover." Kalau diorang nak pakai baju macam tu, janganlah marah-marah diorang sebab tu lah yang akan buatkan diorang lagi jauh daripada agama. Daripada nak suruh diorang dekatkan diri dengan agama terus buatkan diorang sesat terus. Memang bagus kalau nasihat tapi kan lagi bagus kalau dengan cara yang betul. Bertudung itu bagus tapi bertudung dengan cara yang betul memang terbaik.

So, girls! You are beautiful of who you are. Korang akan bertambah cantik apabila dihiasi cahaya Ilahi, Insya-Allah. Bagus bagi mereka yang bertudung tapi mereka yang masih lagi bak kata orang, 'free hair', moga satu hari nanti akan ada niat di hati untuk bertudung. Ingatlah bahawa kita hanya hidup sementara. Berubahlah secepat yang boleh bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Tapi percayalah, korang lagi cantik dengan bertudung labuh dan pakaian yang longgar. Wassalam~







p/s : Maaf sebab tujukan kepada perempuan sahaja. Sebenarnya, nak buat entry pasal lelaki juga tapi... yelah.. nak tunjuk gambar pun... aurat kan... hehe.. :)

1 0000 je berani komen:

Arooraa")) said...

haha.. best2 ..