Saturday, January 29, 2011

Alkisah sebuah cerita....

~Assalamualaikum wbt~

~Aku jumpa satu cerpen ni secara kebetulan masa tengah-tengah malam buta ( sebab aku selalu online tengah-tengah malam sampai tak tertidur ). Entah cerita best ke tak, ikut korang lak ek. Aku kalau ikutkan semua cerita pun cam best je. Huhu..

Walaupun dah semakin dewasa, Aina masih lagi meminati Budi, artis yang dikenali di Malaysia. Niat dia bukan untuk bercinta dengan Budi sebab Budi sendiri sudah berumahtangga. Namun, harapan Aina tinggi menggunung untuk berjumpa dengan Budi walaupun sekali.

Tamrin sangat rapat dengan Aina malah berniat untuk memperisterikan Aina. Hati Aina juga terpahat buat Tamrin. Cinta Tamrin buat Aina terlalu besar namun hajat Aina yang satu terlalu sukar untuk ditunaikan. Mustahilkah lelaki biasa sepertinya mempertemukan Aina dengan Budi?

Zaid, kawan baik selalu sahaja mendengar cerita daripada Tamrin soal Aina yang terlalu ingin bertemu dengan Budi. Pada mulanya, niatnya hanya untuk membantu Tamrin kerana kebetulan, dia juga bersahabat dengan Budi.

Pada hari lahirnya yang ke-25, Aina dikejutkan apabila Budi juga ada bersama untuk meraikan hari jadinya. Aina terlalu terkejut sehingga menangis. Aina berterima kasih kepada Tamrin namun Tamrin mengaku bahawa bukan dirinya yang mengajak Budi tetapi Zaid. Pertama kalinya, Aina berterima kasih kepada Zaid yang selama ini tampak sombong.

Aina berbual-bual dengan Budi dengan isterinya. Sungguh dia tidak menyangka perkara ini akan berlaku setelah hampir 5 tahun dia menunggu ketibaan hari ini. Tamrin tidak putus-putus berterima kasih kepada Zaid. Baginya, sahabatnya terlalu baik namun sengaja tidak mahu menunjukkannya.

Di akhir cerita, ketika Aina, Tamrin dengan isteri Budi sedang berbual, Budi berbisik perlahan dengan Zaid. (malas nak salin cerita-cerita.. salin dialog je..)

"Aina nampak baik kan?"
"A'ah.."
"Asal kau lepaskan dia?"
"Hah? Pe yang kau cakap ni?"
"Tak payah nak buat muka macam bodohlah. Aku tahu kenapa kau beria sangat buat macam ni untuk dia. Aku makan garam daripada engkau tahu tak."
"Kau tak tahu apa-apa."
"Kau buat demi dia kan? Bukan untuk Tamrin kan? Aku tahu kau suka dia."
"Kalau aku suka dia pun, dia akan bahagia dengan aku ke? Aku kenal Tamrin. Tamrin boleh bahagiakan Aina."
"Kau sanggup buat macam tu? Tahu tak kau tu bangang! Mimpi je lah kau dapat si Aina tu."
"Biarlah aku bermimpi, kalau tu yang boleh hiburkan hati."

moral? Lu pikirlah! Hah? Maleh? Adoi.. Memang takde sesiapa yang nak cintanya ditolak and lebih-lebih lagi kalau cinta tu hak milik orang lain. Tapi, membahagiakan orang lain tu lagi baik daripada bahagiakan diri sendiri. So, janganlah paksa-paksa orang suka kita okey sebab kita takkan tahu, dia akan bahagia dengan kita ke tak. And satu lagi, bila buat sesuatu, kita kenalah ikhlas sebab keikhlasan tu lah penyeri hidup. Mana aku dapat cerpen ni? Carilah sendiri! (aku pun dah lupa sebenarnya.. hehe) Wassalam!

0 0000 je berani komen: