Friday, July 29, 2011

Dia Pilihan Hatiku..

~Assalamualaikum wbt~
~Malam tadi, aku bermimpi pasal dia lagi. Aku tak mampu nak lupakan dia. Setiap saat, aku pasti teringatkan dia. Wajah dia. Senyuman dia. Ketawa dia. Dan macam-macam lagi pasal dia. Mungkinkah aku dapat jumpa dengan dia lagi?? Wallahualam..

Eh? Apa aku jiwang semacam ni? Kui3! Okey.. Sebenarnya pilihan hatiku ialah abang aku sendiri. Aik? Bila masa aku ada abang?? Pelik.. Abang angkat ke?? Abang kandung? Abang tiri? Semua jawapan salah! Sebenarnya, imaginary brother je. Hehe.. Tapi aku jumpa dia kat mimpi je.

Inilah abang aku yang lagi handsome dan macho! Hehehe.. Aku tahu, rupa cam Sasuke. Tapi, aku punya suka lah kan? (sebenarnya aku memang tak pandai melukis lagi..) Sebab orang kata Sasuke ni handsome, aku ambil je lah watak dia ni jadi abang aku. Abang aku namanya Adam. Tak tahu nama penuh. Antara semua adik-adik dia, aku lah yang paling rapat dengan dia! Betul! Tak tipu!!

Disebabkan abang aku ni sangatlah handsome (macam ayah aku), ramai ler gadis-gadis yang minat dengan dia ni. Tak kira gadis muslimah ke, gadis seksi ke, semua minat dia! Famous giler abang aku tu! Dan aku ler dijadikan orang perantaraan. Tapi, semua aku tak layan.. Ngee~
Bila ada laki kacau aku je, abang aku ler yang kasi sepak sama laki tu! Yeay!! Sayang abang! Jangan main-main dengan abang aku! Semua martial art dia masuk tau! So, jangan cari pasal dengan dia dan AKU!!

Abang aku selalu melindungi aku. Jadi, aku pun nak lindungi dia gak. Sesiapa yang sakitkan hati dia, aku takkan maafkan dia. Aku sayang giler kat dia, tau! Aku pun tau martial art juga! Aku tau tae kwan do dan sikit-sikit tinju!

Tapi yang paling penting, abang aku ler tempat aku nak ngadu. Abang aku akan jadi sebaik-baik abang. Semua orang akan jealous dengan aku sebab ada abang yang baik. Bila aku sedih, abang aku akan bikin aku ketawa. Bila aku happy, abang aku akan sama-sama raikannya dengan aku.

Tapi semua tu dalam angan je. Aku tetap anak sulong. Aku tetap jadi kakak. Ada je senior yang nak jadi abang angkat aku. Tapi aku tolak dengan baik. Sebab aku memang dah ada abang. Abang yang sangat aku sayangi

Semua kawan lelaki aku, diorang lah abang aku. Bila aku sedih, dorang dengar. Bila dorang sedih, aku dengar. Dan bila kitorang gembira, kitaorang share sama-sama. Tapi abang yang paling top sekali dalam hidup aku ialah ayah aku sendiri. Sebab abang Adam memang macam ayah aku. Handsome dan baik.

Walaupun semua ni hanyalah mainan syaitan namun telah bagi manfaat kat aku. Abang Adam memberi tunjuk ajar untuk aku jadi kakak yang baik. Sebagai kakak, aku kena pegang tanggungjawab untuk keluarga. Dan sebagai kakak, aku kena jadi contoh yang baik macam Abang Adam. Terima kasih, Abang Adam.. Wassalam~

p/s : Cerita di atas bukan rekaan semata-mata. Sekian, terima kasih.. Hehe..

2 0000 je berani komen:

Nur Hafizah (Fiza) said...

wasalam.. hai.. sayang btol awak dengan abg awk tu ye.. actually awk x boleh lupekan dia mcm mne ea? itu je yg saya nk tye. kalu sudi jawab la. hee.. :)

Atiqah Farhana Safian said...

Sebab.. Walaupun saya baru jumpa dia dua kali (dalam mimpi je.. hehe), tapi saya tetap tak boleh lupakan kebaikan dia.. Dia abang yang betul-betul baik.. :)