Thursday, May 5, 2011

Aku Dapat Nightmare

~Assalamualaikum wbt~



~Aku saje nak bercerita sikit. Yes, mengikut apa yang dah ada kat tajuk tu, aku dapat nightmare malam tadi. Badan aku still lagi cam batu lagi ni sebab terkejut sangat. Susah tol rasanya nak gerak.


Malam tadi, aku baru check senarai nama budak-budak sekolah aku yang dapat form 6. Tak sangka tol ada dua nama yang sangat-sangat aku tak nak jumpa. Fuh! Nasib baik aku tak terpilih form 6! Setiap perkara ada hikmah-Nya. Tapi maybe disebabkan aku terlalu fikir pasal diorang dua, sampaikan terbawa-bawa ke mimpi.


Tapi yang betul-betul buat aku nightmare tu, orang yang aku mimpi bukannya diorang tetapi sorang dak yang aku kenali. Dalam mimpi aku tu, aku yang tegur dia dulu. Tiba-tiba je dia berminat nak berkenalan dengan aku. Dia suka panggil aku, 'Meh'. Tak tahu kenapa. Tapi last-last turn into nightmare. Apa nightmare tu? Sorry.. Tak boleh gitau lar.. Hehe..


Anyway, aku still lagi dalam keadaan shock. Tak tahu sampai bila. Macam nak cerita je dekat member aku tapi it's a nightmare kan? Mana boleh cerita kan? Aku pun tak tahu kenapa tak boleh cerita. Tapi disebabkan nightmare ni, buatkan aku makin takut. Yes.. Serius, aku takut sekarang. Takut pada apa? Lu pikirlah sendiri. Wassalam~


p/s : Jangan panggil aku 'Meh' kalau korang tak nak aku jauhi korang..

I'm Not A Plastic Bag? Yeke??

~Assalamualaikum wbt~






~Sebenarnya, gambar kat atas ni takde kena-mengena sangat dengan entri aku ni. Saje sebab dah takde gambar lain nak letak. Apa yang sebenarnya aku nak bincangkan ni? Cuba korang potong perkataan 'BAG'. Tinggallah ayat, "I'm not a plastic".


Setakat ni, aku cuma dapat definisikan ayat "I'm not a plastic" dalam dua maksud. Yang pertama, 'Saya tak hipokrit' dan yang kedua, 'Saya tak gedik'. Which one yang paling tepat? Entahlah.. You decide.


Aku sendiri tak tahu kenapa, lelaki suka targetkan perempuan sebagai plastik. Haih.. Apasal lah kitaorang juga jadi mangsa? Ternyata member aku ni juga tak suka perempuan plastik. Nasib baik aku tak plastik. Kalau dia bongak aku, siaplah dia! Hehe..


Ni nak kasi satu story. Entah korang berminat nak baca ke tak. Kalau tak minat, tekan X kat hujung bahagian kanan tu. Kalau minat, teruskan membaca. Tapi dah baca, ambil je lah sebagai iktibar. Aku bukan nak mengutuk okey.


Aku ada seorang member yang boleh tahan lah rupanya. Orang kata dia ni cute lah, handsome lah padahal aku tak nampak pun mana handsome and cutenya tu. Ye.. Aku pelik.. One day, kitaorang hang out. Dia dengan sorang lagi member aku and aku of course, dengan girls. Pe roman sorang perempuan dengan dua lelaki? Ish.. Ish.. Ish..


Tengah kitaorang lepak-lepak, ada lah sorang girl ni datang dekat dengan diorang. Dia tegur member aku tu lah semua. Aku tak tahu apa yang diorang cakap. Then, girl tu tegur aku and gedik-gedik bagai. Aku pun cam pelik. Siapa lak budak ni? Aku pernah jumpa ke? Setahu aku takde pula. Entah berapa lama dia dengan kitaorang and akhirnya, dia chow.


One day, member aku (bukan yang handsome tadi tu) pergi jumpa aku. Dia cerita kat aku kejadian masa kitaorang lepak-lepak and girl yang tersesat jumpa kitaorang tu. Ni perbualan dia (terpaksa tukar sikit demi menjaga nama orang lain)


"Aku dengan dia satu sekolah dulu. Kau tahu tak, dia tak pernah tegur aku. Aku senyum pun, dia tak pernah balas. Masa aku dengan ______ lepak, dia tiba-tiba je tegur aku and buat cerita semua. Aku macam peliklah tapi lama-lama, baru aku perasan, dia nak dekat dengan _____. Mentang-mentang aku rapat dengan budak handsome."


Adoyai.. Pelik aku.. Demi budak handsome, sanggup jadi plastik. Tu pun, member aku yang handsome tu tak layan dia pun. Huhu.. Kesian.. Kepada girls sekalian, kalau nak dekat dengan budak yang korang adore, tak perlu ler jadi plastik. Diorang tak suka. Please.. I know.. Aku dah pergi temu duga diorang. Hehe..


Tengok macam aku ni.. Rilek je.. Okey je kawan dengan budak-budak handsome. Opppsss! Sebarang pertanyaan tentang budak-budak handsome tersebut tidak akan dilayan. Hehe.. Just be yourself. Kalau rasa diri korang banyak kelemahan, try hard to improve yourself. Bukannya jadi plastik. Plastik ni kan bahaya. Racun k0t.. Kalau bakar, boleh bawa pencemaran udara. GO GREEN GIRLS! :) Wassalam~


p/s : Handsome ke, tak handsome ke, dalam pemerhatian aku, semua sama je.. :)

Wednesday, May 4, 2011

Jika Saya Seorang Blogger



~Assalamualaikum wbt~




SAYA DAPAT BANNER NI DARI ...... http://www.umarfaruq.com


Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI


~Wassalam~

Cinta? Apa Benda Tu? ( Part 2 )

~Assalamualaikum wbt~


~Korang tengok picture kat atas ni. Cute kan? Tapi kalau adik aku macam ni, aku serang dak laki tu! Kecil-kecil dah pandai nak bercintun ek? Akak garang ni! Hehe.. Untuk entry yang ke-100 ni, aku ingat nak buat sambungan daripada entri aku yang dulu, Cinta? Apa Benda Tu? Entri ni antara entri yang ramai juga yang baca and aku sendiri pun tak tahu kenapa sebab aku buat benda tu masa aku tengah mamai. Huhu..


Macam biasa, aku takkan jiwang-jiwang bagai. I'm not that type of girl okey. So, kalau untuk entri Cinta? Apa Benda Tu? , korang kena dengar bebelan mak aku. Sekarang, korang kena dengar bebelan aku! Yeay! Padan muka korang.. :P


Bila dah umur 17tahun, 5bulan dan 2hari ni, memang orang yang hampir seumur aku ni akan bercouple. Macam tak kena je siapa yang tak couple ni macam aku! Huhu.. Like I care much? Aku nak cari suami bukan pakwe.. Eh? Apa yang aku merapu ni? Haih! Back to the point lar Tqah oi..


Cinta tak semestinya satu benda yang indah macam kat novel tu. Kalau kat novel, walaupun starting dia memang sedih bagai tapi in the end, akan happy punya! Jarang nak tengok yang sad. Kalau ada, sila bagi kat aku ek.. Huhu.. Hari ni, aku nak bercerita tentang kisah cinta yang takdelah seindah mana. Ada juga yang sad. So, kalau sudi, baca okey sampai habis.


Anyway, what if now you realise that your first love is just a fake? FAKE! Sesiapa pun tak mungkin lupakan cinta pertama dia. Bukan first crush ek tapi memang love towards each other. Bayangkan dia telah cairkan hati korang dan akhirnya, korang pun jatuh cinta kat dia. Tapi tahu-tahu je, dia tu playboy/playgirl dan dah tipu entah billion orang kat dunia ni. It's that you call love?


Next, orang kata setiap manusia ni berhak untuk bercinta dan dicintai. Yeay.. Like whatever. Ayat macam tu diorang sebut sebab pasangan diorang tu macam kira perfect. Apa kata kalau someone tu OKU ke or lelaki lembut ke or perempuan ganas ke and so on? Maybe sekarang korang kata of course diorang berhak untuk bercinta. Tapi korang sendiri, nak ke pasangan macam tu? Deep down, I know what you guys are thinking right now. Tak perlu nak tipu or berlagak baik kecuali kalau korang memang baiklah. Jangan terkejut ek kalau ada sorang hamba Allah ni pernah cakap, 'Kau tu dahlah bap0k. Tak layak nak bercinta-cinta ni.' Demi Allah, it's a true story.


When a couple truly love each other, they will say things like, 'I'll always love you till end'. Masalahnya sekarang, korang yakin dia akan jadi hak korang buat selama-lamanya? Korang yakin cinta korang akan bertahan sehingga nafas terakhir? Sedangkan cinta kita kepada Allah tak capai tahap cukup-cukup makan, apa lagi cinta kepada manusia? Paling penting, what if one day, you will love someone else and finally, you have to break your promise(s)? Selagi hubungan korang tak halal, janganlah janji perkara yang berat sedangkan janji kita pada Allah pun mudah je kita mungkiri.


Aku dengar cerita daripada parents aku. Kisah benar ek kat Universiti Sains Malaysia (USM). Ada seorang lelaki ni. Dia ni kira pelajar cemerlang kat U tu and sangatlah pandai. Lelaki ni jatuh hati dekat sorang girl ni and try tackle. Tapi sayang, girl ni tak terima dia. Jangan tanya aku kenapa sebab aku tak tahu. One day, lelaki ni didapati dah gantungkan diri kat bilik asrama. What the heck? Mak aku tanya girl tu, 'Tak takut ke kalau roh budak lelaki tu kacau you?" Girl tu dengan mudahnya cakap, 'Buat apa nak takut? Yang dia bodoh sangat gantungkan diri tu apasal?" Mak aku rasa kecewa sangat dengan budak lelaki tu. Pandai tapi bodoh. Again, it's that what you call love?


Korang ada dengar lagu 'Egokah aku' ? Aku tulis sikit lirik dia. ~Ku harap Tuhan cabut nyawamu agar tak ada yang memilikimu~ Woo... Ayat tak boleh blah! Aku tengok video clip dia pun dah takut. Huhu.. Ada kes ek macam lelaki simbah asid dekat muka seorang perempuan ni sebab tak terima lamaran dia. Ada juga kes berlaku pembunuhan disebabkan perkara yang sama. Okey.. Korang giler-giler jatuh hati kat orang tu sampai tak nak orang tu jadi milik orang lain. Tapi cinta ke namanya tu?


Wei! Jom kita sky dive! Lompat KLCC! Yahoo! Hehe.. Aku pelik dengan budak yang baru putus cinta ni. Ada setengah tu, punya sedih bagai sebab baru clash. Then, enjoykan diri lompat KLCC. Tanpa parasuit tu! Hebat an? Lepas tu, kita juga yang kena bersihkan tempat dia. Haih.. Memang aku betul-betul tak faham. Baru kena sikit, nak bunuh diri? Tengok aku! Kena tipu banyak kali pun, happy go lucky je. Tapi sebelum bunuh diri, siap call pakwe/awek dia tu and cakap, 'Jangan tinggalkan I. You nak I mati ke?" Korang nak paksa pakwe/awek korang cinta kat korang ke? Cinta ke namanya tu?


Banyak pula cerita aku an? Mesti korang dah bosan. Masih lagi menjadi rahsia CINTA ni! Aku memang malas nak cari maksudnya pun. Saje nak kongsi cerita dengan korang semua. Anyway, bercinta tu biar berpada-pada. Tak payah nak bercinta mengalahkan pasangan rumahtangga. Cinta pada Allah dulu, then cinta pada Rasul, cinta pada diri, cinta pada keluarga dan barulah bercinta dengan orang bukan muhrim tu. Paling penting, cintalah kepada Allah kerana itu yang paling kekal sampai akhir hayat. Mati demi Allah dapat pahala tau. Mati demi pakwe/awek dapat apa? =_= Sampai di sini sahaja celoteh Tqah. Wassalam~


p/s : Walaweee! Lelaki handsome rindu kat aku! Hahahaha! :D (bajet..)

Woo! Legging!!

~Assalamualaikum wbt~

~Sebenarnya, aku tak tahu kenapa baru sekarang orang duk sibuk cakap pasal legging ni padahal tak silap aku, since aku form 4 orang dah start pakai legging. Aku ingat lagi sorang budak tuisyen aku pakai legging colourful punya! Sebabkan aku sangatlah jahat dulu, otak aku terus cakap, pe buruk sangat roman seluar dia ni?? Dalam otak aku je ek.. Huhu..

Nak kata lawa, takdelah lawa beno. Kalau pakai kat swimming pool tu, aku rasa okey sikit sebab dulu, aku pakai legging masa mandi swimming pool tapi aku sengaja beli saiz besar punya. Sekarang, aku pakai yang betul-betul longgar. Tutup cerita aku. Kita tengok gambar-gambar kat bawah ni.



Baju dah smart tapi yang bawah?? Huh?? Macam tak kena je..



OMG!!! SAKIT MATA DEN!



Legging + Baju lengan pendek + Tudung = ???



Kalau aku budak jahat, aku dalam hati akan terasa nak mengutuk je.. Hehehe.. Korang ni dah buat aku tambah dosa je.. Ish! Ish! Ish! Kalau bab tudung, aku tak nak sentuh lagi sebab aku dah pernah cakap dulu kat Tudung Yuna? Tudung Labuh? Tudung.....



Did you know that there are four parts of girls' body that the boys will see? Yang pertama, bahagian leher.. Yang kedua, bahagian dada. Yang ketiga, bahagian punggung. Yang keempat, bahagian paha. Dua bahagian kat atas and dua bahagian kat bawah. Muka dah tak pandang dah bagi yang pervert.



Untuk tudung, aku tak nak lah kutuk-kutuk. Ni hak korang bagi yang girls. Kalau pakai secara paksa pun, tak tambah pahala gak kan? Tapi legging?? Come on guys! Secara jujurnya, kalau aku dah takde seluar tidur, aku terpaksa pakai benda alah tu. Eeeiii! Rimas tau tak?? Macam mana korang boleh tahan ek? Aku tertanya-tanya.



Futhermore, kalau korang tak nak tutup bahagian atas, at least tutup bahagian bawah. Takkan empat-empat bahagian nak tunjuk? Bagi yang bertudung, tak payah ler pakai legging tu. Walaupun aku tak terer fesyen tapi kalau tengok korang pakai pun, memang langsung tak kena lah! Aku yang tak pandai fesyen ke or korang yang tak pandai fesyen? Hehe.. I'm sorry..



Anyway, kalau korang still rasa apa yang aku cakap ni salah, sila klik siapa cakap legging / jegging seksi tu buruk? Orang kat dalam blog ni sangat setuju budak-budak perempuan pakai legging. Aku sarankan korang pergi je kat blog dia. Jangan malas-malas okey! Wassalam~




p/s : Lelaki pakai legging pun BUROK romannya! :P