Friday, March 11, 2011

Cinta? Apa Benda Tu?

~Assalamualaikum wbt~





~Aku sebenarnya tak suka nak berjiwang-jiwang bagai ni. Beb! Aku tak layan lah.. Sebenarnya, aku buka cerita ni pun sebab mana aku pergi pun, wujud perkataan ni. Paling tepat, COUPLE??? OMG! Yang ni paling famous. Aku pergi dekat mana-mana orang pun mesti diorang cakap pasal pakwe or awek diorang. Urgh! Benda yang sama setiap hari.

Tolong jangan terasa okey. Aku bukan nak kutuk budak-budak yang bercouple. Lagipun, banyak kenalan aku yang bercouple. Most of all, aku sendiri pun pernah bercinta walaupun tak couple. Tapi yang aku pelik, kenapa lepas habis SPM je, semua budak akan couple? Macam lepas SPM je wajib couple!

Okey guys. Maybe korang rasa pelik yang aku ni tak pernah couple sejak aku lahir lagi. Fine.. Ikut lah korang nak kata apa. Nak kata aku tak laku ke. Nak kata aku lesbian ke. Kutuk.. Kutuk.. Aku yang dapat pahala korang.. Hehe.. Takdelah.. Gurau je.. Aku bukan tak pernah couple sebab aku tak laku. Aku tak pernah couple sebab aku memang tak nak couple. Ish! Tqah! Kenapa kau cerita pasal diri kau ni? Boringlah diorang!

Aku bukan nak nasihat orang tapi ni sekadar nak sebarkan ayat mak aku yang hampir setiap hari aku kena dengar. Yeay! Korang kena bebel sekali kiranya ni! Hehe.. Masa kecil-kecil, Mak aku selalu cakap, 'kamu kecil lagi. Tak matang lagi nak bercinta-cinta ni. Belajar dulu. Nanti dekat universiti, ramai lagi lelaki baik dan pandai yang kamu boleh jumpa." okey.. Maybe korang akan cakap, 'alar.. aku dah habis sekolah lah.. Kira aku dah boleh bercinta lah sekarang.'

Cukup dengan ayat brutal aku ni. Kita be serious. Walaupun aku tak tahu nak start dari mana tapi korang dengar je lah. Memanglah cinta tu bagi sesetengah orang indahlah bagai walaupun aku sendiri pun tak faham kat mana indahnya tu. Tapi bagi sesetengah orang, teruklah bagai walaupun aku sendiri pun tak tahu kat mana teruknya tu. Haa!!! Ni yang bagusnya bila tak bercinta and couple! Tak rasa seksaan! Sebab tu lah aku always happy go lucky! Hehe.. (Tqah dah menggila balik)

Back to the point! Ada lah sorang kawan aku ni bercouple. Senang cerita, dia memang selalu couple. Sekarang ni, bila dia dah tak nak couple, dia macam dah tak terurus. Aku pun tak faham kenapa so aku sendiri merujuk kepada mereka yang dewasa lagi matang. Orang tu cakap mereka yang bercouple ni, diorang akan rasakan satu perhatian yang special dan bila perhatian tu dah takde, diorang rasakan diorang tak boleh hidup tanpanya. Lepas tu, aku jawab, 'kan ada famili dengan kawan-kawan. Perhatian tu kan dah kira cukup..' Bagi mak aku pula, ada sesetengah orang hanya nak satu kasih sayang daripada luar sebab dia takde terima kasih sayang daripada dalam. Tu sebab bila dia tak dapat kasih sayang daripada luar juga, dia rasakan hidup dia ni macam takde makna. Wow... Betul ke wahai kawan-kawanku yang sedang bercouple kini??

Suatu hari, aku pernah tanya, 'mak, kenapa ramai orang suka curang ek sekarang?' Mak aku pun jawab, 'sebab bila usia muda ni, susah untuk kita tetapkan perasaan kita pada satu orang je. Tu sebabnya banyak kes yang curang. Contohnya, kamu jumpa orang yang baik masa waktu sekolah. Tiba-tiba kamu jumpa orang yang lebih baik masa kamu masuk universiti. Mesti kamu suka kat dia dan dalam masa yang sama, kamu dah curang dekat boyfriend kamu tu.' Ada pula yang cakap, 'sebab dia nak perhatian. bila lelaki tu tak beri perhatian yang kita nak, kita akan cuba cari perhatian yang lain pula. Tu sebabnya ramai yang curang.'

Di hari yang lain, aku pernah 'dilamar' untuk bercouple. Ceh! DILAMAR??? Ayat tak boleh blah! Haha! Aku memang was-was. Nak terima ke? Aku dah habis sekolah. So, takkan aku nak bagi alasan nak tumpu studies? Nak jawab apa ni? Aku pun pergilah tanya mak kesayanganku itu. Dan mak aku jawab, 'mak tak halang kamu kalau kamu nak bercouple. Tapi bagi mak, lebih baik kamu berkawan dengan dia. Tengok macam mak dengan ayah. Kawan sampai 7tahun tau. Kami tak pernah bercouple. Kami memang berkawan baik sangat. Kalau kamu perasan, kawan-kawan kamu yang bercouple, kalau putus je mesti diorang akan bergaduh dan takkan cakap lagi. Tapi kalau gaduh dengan kawan-kawan? Mesti kamu berbaik balik kan? Tu bagusnya kamu berkawan daripada bercouple. Lagipun, kenal lah hati budi dia dulu. Berkawan tu lagi seronok daripada bercouple.' oh yes.. Aku sangat setuju dengan mak aku!

Korang maybe fikir aku anak emak kan? Or maybe, korang tak terfikir tapi lepas aku cakap, 'anak emak', baru korang terfikir an? Adoi.. Aku dah pening! Huhu.. Memang, aku ikut cakap mak ayah aku.. Diorang tak kasi aku couple, aku akur.. Bukan sebab aku anak emak je tapi sebab aku tahu, kepentingan pelajaran dulu berbanding couple masa aku zaman sekolah dulu. Bila aku dah habis sekolah, aku rasakan diri aku ni langsung tak bersedia untuk bercouple. Bila setiap hari aku nampak kawan-kawan aku bercouple dan sesetengahnya terseksa angkaranya, aku rasakan yang selayak-layaknya mendapat cinta aku hanyalah suami aku sendiri. Dan itulah prinsip aku kini, 'no love till akad.'

Aku tak kisah kalau korang nak couple. Dan untuk entry ini, aku tak nak masukkan bab-bab agama. Aku tahu korang pun dah tahu semuanya. Dan paling penting, aku tak nak korang anti- Islam. Yang penting, jagalah batas antara korang yang tengah hangat bercinta. Cukuplah zina hati. Jangan menambahkan dosa lagi. Aku sendiri pun dah terjebak kepada zina ni. Cukuplah dosa ini. Jangan ditambah dengan zina mata, zina tangan dan lain-lain.

Paling penting, janganlah korang anggap kitaorang ni budak ketinggalan zaman. Bukannya kitaorang ni tak laku. Bukannya kitaorang ni takde nafsu. Bukannya kitaorang ni tak nak mencintai dan dicintai. Tapi kitaorang tahu siapa yang paling berhak mendapatkan cinta kitaorang. Yang paling penting, kitaorang mencintai yang selayak-layaknya dicintai. Siapa???? Hisy! Buat tak tahu pula. Allah swt lah.. Dia tetap mencintai kita walaupun adakalanya, kita sering terlupakan-Nya. Apa guna kekasih kita ni kan? Allah swt tak kisah pun kita nak cinta suami kita, family kita, kawan kita, cikgu kita, pets kita and banyak lagi asalkan kita tetap cintakan-Nya. Tapi kita buat tak? Kita setia tak? Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui. Wassalam~
p/s : Aku asyik ternampak orang yang sama..

5 0000 je berani komen:

Annur Faizi said...

i like ur entry so much..
hubungan anak dan emak yang erat..can sharing wat ever..bagus keep in touch..mostly pendapat awak sgt bgus dan btl..saya suka ;)

Atiqah Safian said...

to annur, thank you very much! tak sangka pula.. Saya tulis benda ni pun dalam keadaan mamai pagi tadi.. Hehe.. Thanks again and teruskan membaca blog ini k.. :)

mizs fyzah said...

haha aku stuju lh jgk ngn ckp ko tu bab mak aku pn ckp the same thing tapy dorg ni kdg2 tk rase kash syg dr family drg sebb tu lh drg couple but btl lh ckp ko lbh baek bkwn dulu and kenl drg2 baek2 dulu barulh couple...

Aqilah Kamarudin said...

Terbaik dari ladang !

Anda telah ditag oleh aqilah untuk join bloglist kat bawah ni . Kerana anda best . Join please ! Please :)
Kalau dah join , comment tau tau tau ! Cakap , dah join . Haha :)

http://aqilahkamarudin.blogspot.com/2011/03/kamikaze-aku-nak-join-bloglist-kamikaze.html

Atiqah Safian said...

fyzah : sebenarnya, lagi baik tak payah kapel. Kawan, lepas tu kalau lelaki tu dah rasa suka, nikah terus! Kalau nak keluar sama-sama, pegang tangan pun orang tak marah.. Hehe

Qilah : haha! Thanks Qilah.. Nanti aku j0in okey! :)