Thursday, March 24, 2011

23/3/2011. Bermulanya Sebuah Kehidupan Baru.

~Assalamualaikum wbt~




Please do read this! Gambar di atas bukan gambar aku ek! Itu hanyalah perhiasan semata-mata. Hehe.. Bukannya apa. Aku nak ambil gambar slip periksa aku, Ayah aku dah bawa pergi Maktab. Okey.. Okey.. Aku bagitau markah aku. Bukan aku nak membajet.. Sekarang ni, memang aku takde niat sebab aku tak nak orang panggil aku ni berlagak. Niat aku sekarang cuma nak tujukan entry ni khas kat orang yang berkenaan.

Bahasa Melayu A+
Bahasa Inggeris A
Mathematic A+
Sejarah A
Pendidikan Islam A
Geografi A+
Additional Mathematic A+
Lukisan Kejuruteraan A-
Physics B+
Chemistry A-


Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana akhirnya, aku berjaya dapatkan keputusan yang baik. Mungkin bagi pelajar yang pandai, keputusan ni takdelah hebat mana. Tapi bagi aku, ni dah cukup banggakan keluargaku, cikgu-cikguku dan sekolahku. Wei! Sesiapa yang pandang rendah kat sekolah aku, aku cakap ek nama sekolah dia, SMK MAMBAU, jangan ingat kitaorang tak boleh dapatkan keputusan yang cemerlang!

Insya-Allah, nanti aku bagi tips belajar dalam entry yang akan datang. Tapi post ni khas untuk seseorang yang banyak membantu aku selama ni. Siapa? Cepat teka.. Cepat.. Cepat.. Tiitt!!! Lambat! Ngee~ Of course lah ayahku tercinta.. Huhu..

Untuk pengetahuan korang, aku malas giler nak pergi tuisyen ni. Dulu, masa aku kat kelas tuisyen fizik ( form 4 ), aku siap boleh tidur lagi. Daripada aku habiskan duit mak ayah aku, lagi baik aku tak masuk tuisyen. Of course, kelas cikgu add math aku, aku suka lah masuk sebab cikgu tu cikgu sekolah aku. Bila aku dah masuk form 5, parents aku frust tengok result Fizik and Chemistry aku yang teruk giler! Ayah aku cadangkan aku masuk tuisyen. Dua tuisyen ni kira tuisyen yang terbaik. Tapi aku tolak mentah-mentah. And guess what happen next? Huhu.. Apalagi, kena leter lah kat ayah aku. Sebab tak nak dengar lagi, aku pun join je lah..

FYI, ayah aku sangat gilerkan shopping. Shopping pe? Shopping buku lah.. Setiap kali ayah aku balik je dari mana-mana, mesti ada buku latihan kat tangannya. OMG! Sampai penuh almari aku nak isi semua buku. Bila aku tak buat, kena leter lagi. Hehe.. Tapi banyak juga tak berbuat. Adik-adik, jangan ikut perangai den ni ek.. Haha..

Favourite ayah aku ialah surf internet. Facebook and yahoo messenger tak dilayan. Website yang patut dilayari oleh budak-budak SPM yang ayah aku minat. Dari pagi sampai ke malam, ayah aku akan cari bahan-bahan penting untuk aku. Bila dah dapat, ayah aku akan print dan photostate untuk aku buat banyak kali. Tebal giler wei!!!

Dan most favourite ayah ialah jadi warden terhormat!! Aku memang suka kunci bilik sebab adik-adik aku mesti datang masuk tanpa diundang. So, bila ayah aku datang masa aku kunci bilik, memang maut aku! Bila pintu dah terbuka, ayah aku akan marah dan terus marah! So, petua untuk macam ni. Sediakan buku belajar di atas meja anda supaya kalau ayah anda masuk ke bilik, ayah korang takkan marah sangat.. Hehehe..

Itulah rutin ayah aku setiap hari. Sekarang ni, rutinnya mencari informasi untuk aku sambung belajar nanti. Patutnya, aku yang buat kan? Tapi disebabkan kemalasan aku dan tak faham apa-apa, ayah aku juga yang tolong. Tengoklah betapa banyaknya jasa ayah aku. Aku pun dah tak terkira dah. Memang masa aku ambil result, ayah aku nampak cool je. Ye lah.. Takkan ayah aku nak melompat and menjerit lak? Haha.. Cukuplah Allah swt dan ayah tahu perasaannya.

Okey.. Maybe aku tak dapat straight A's but so what? Ayah aku target untuk aku dapatkan 7A. Tapi aku dapat lebih. Kira dah banggakan ayah aku lah kan? Kalau ayah aku tak syorkan aku ambil Geografi, mesti aku tak dapat nak apply UITM sebabkan fizik aku tu. Apa-apa pun, ayah aku yang memainkan peranan penting dalam aku mengecapi kejayaan ni. Terima kasih buat ayah sebab tolong leter and carikan bahan-bahan untuk kakyong. Insya-Allah, kakyong try buang kemalasan ni kalau dapat sambung belajar. Hehe.. Wassalam~

p/s : Mama, thanks sebab leter-leter benda yang berguna setiap hari.. Hehe.. Adik-adik, thanks lah kecoh je tiap hari. To all family, thanks sebab kasi support and duk tanya pasal SPM je.. :P Terima kasih buat cikgu-cikgu sebab duduk ajar saya yang agak bengap ni.. Kepada cikgu Lela, sorry sebab tak dapat A+. Tapi Insya-Allah, saya akan terus belajar and jadi arkitek! :) Kepada cikgu Chong dengan cikgu Azman, sorry sebab hanya sekadar dapat B+ tapi terima kasih banyak-banyak sebab tetap tak berputus asa mengajar saya. Kepada kawan-kawan, terima kasih sebab selalu bagi sokongan. :)

2 0000 je berani komen:

mizs fyzah said...

tahniah tqah,berkt usahe ko akhir ny terbls jugak,jgn lupe bls jase parents u yg sweet giler tuh yer

Atiqah Safian said...

hehe.. tq fyzah.. Insya-Allah, aku akn bls gak.. :)