~Siapa kenal KRU, angkat tangan!!! Hehe.. Siapalah yang tak kenal ahli KRU ni. 3 adik-beradik ni always berganding bahu untuk lancarkan production diorang daripada bidang nyanyian ke bidang lakonan. Kalau dulu, orang cuma kenal diorang sebab pandai nyanyi lagu rentak-rentak laju cam rap. Aku kenal Yusry pun dulu sebab dia kahwin dengan Erra dulu. Ngee~
Siapa yang tak kenal, meh aku kenalkan. Dari kiri, tu Edry. Aku memang suka giler kat dia.. Hep! Bukan suka yang suka tu ek. Minatlah dengan kerja dia. Lecturer aku cakap, dia memang terer bab-bab multimedia ni. Dan dia pandai gubah lagu. Terer kan? Yang tengah-tengah, Norman. Dia pernah jadi pengetua dekat AF. Garang jugalah and memang berdisiplin. Antara orang adik-beradik tu, dialah yang the eldest. Dan yang kat kanan tu, Yusry. Bermisai lak dia, tak hensem! Haha.. Yusry dulu pernah kahwin dengan Erra. Masa tu baru kenal dia sebab dia selalu berlakon dengan Erra. Bila dengar suara dia masa menyanyi, aku rasa not bad at all. Sekarang pula, dia lebih tumpu kepada mengarah cerita.
Cerita pertama yang KRU Production yang aku tengok ialah 'Cicakman'. Bagi aku, inilah superhero Malaysia pertama yang direka dalam movie. Kalau sebelum ni, hero orang putih je. Kalau dalam cerita omputih, hero mestilah handsome bagai. Awek pun cun! Tapi sekarang ni, hero Malaysia ni ialah SAIFUL APEK! Aweknya, Fasha Sandha!! Kalau Saiful okey lagi tapi Fasha?? OMG! Tapi aku layan je lah, lebih-lebih lagi Aznil dengan Yusry berlakon. Cerita ni pada awalnya, budak-budaklah yang suka. Tapi aku memang suka tengok suasana dekat movie tu. Penceritaan ni sebenarnya lokasinya dekat studio ataupun nak lebih tepat, guna green screen je. Dan adik-beradik KRU ni lah yang tolong nak hasilkan lokasi yang best lagi gempak! Seriously, hanya guna green screen!
Cerita kedua yang aku tengok, Duyung. Again Saiful Apek jadi hero dan Maya Karin jadi heroin. Bayangkan Maya Karin terpaksa practise macam mana nak gerakkan kakinya dengan betul masa berenang nanti. Cerita ni takdelah mantop sangat tapi aku suka persekitaran dekat laut tu. Memang nampak tenang dan cantik. Tapi agak tak logik sebab Saiful kan orang miskin. Mana dia dapat alatan skuba tu ek? Hehe.. Ni ayah aku yang cakap.
Cerita seterusnya, Cicakman 2 tu pun tengok CD je lah. Again, aku admire dengan semua camera trick yang diorang buat. Nampak lawa walaupun nampak giler tipunya. Haha! Takpe! Tu kira dah maju! Memang kali ini, Edry terpaksa bersengkang mata untuk siapkan semuanya sebab hampir kesemuanya perlu menggunakan teknologi multimedia ni. Again, Fasha Sandha tu ada lagi. Haih! Tak suka!!
Setelah beberapa lama cerita tentang komedi, KRU production telah menghasilkan sebuah cerita yang lain daripada yang lain. Cerita apa? MAGIKA!! Cerita ni memang favourite aku! Dia berkisahkan alam fantasi dan ada unsur muzikal! Lagu pun sedap-sedap and kelakar! Pelakon-pelakon agak ramai walaupun scene takde banyak pun. Macam adibah noor, cuma duduk baring atas katil and suruh anak-anak dia siapkan dia makanan. Yang M Nasir cuma nyanyi lagu, "nak ke mana kamu bertiga, jangan sampai bangunkan naga." Tu je skrip dia! Aku betul-betul serius! Dan dia cuma perlu ulang ayat yang sama beberapa kali. Masa cerita Magika dikeluarkan, cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah pun keluar sekali. Masing-masing pun bersaing dan ternyata, Magika mendapat keuntungan sampai berjuta-juta! Memang ramai suka cerita ni termasuk aku dan family aku sendiri!
Aku dapat tengok iklan cerita ni masa nak tengok cerita Hikayat Merong Mahawangsa. Dia kata cerita ni betul and ada saksi yang menceritakan benda ni. Pengalaman benar ek! Cerita ni tentang laluan Karak. Ayah aku cakap kitaorang pernah lalu tapi bukan waktu malam lah. Dulu pun, cikgu aku pun cakap laluan ni keras bila waktu malam. Adik aku pun dapat cerita yang sama. Jalan cerita dia, aku tak tahulah macam mana sebab belum tunjuk lagi. Rasanya bulan 5 nanti agaknya. Dan rasanya, diorang guna komputer juga untuk buat benda-benda halus tu. Dan diorang pilih Syahir AF untuk berlakon sekali. Entah dia boleh berlakon or tak. KRU ni kalau pilih artis lain daripada yang lain. Hehe..
Aku tak sure kalau ada lagi cerita yang KRU buat aku tak mentioned. Tak kisah lah.. Aku tak tengok.. Aku tengok ni je.. Hehe.. Tapi kontroversi berlaku bila orang Malaysia buat kecoh tentang cerita Magika. Diorang kata cerita tu takde originality. Terikut-ikut cara orang putih. Aik? Betul lah kan.. Memang orang melayu percaya soal orang bunian kan? Naga tu.. Memang orang zaman dulu percayakan kewujudan naga. Watak dalam cerita tu pun, cerita melayu. Pak Pandir, Mak Andih, Hang Tuah, Badang, Nenek Kebayan, Mahsuri and banyak lagi. Semua datang dari cerita Melayu kan? Lagu dia pun tak ciplak daripada lagu orang putih. Lainlah cerita lain tu.. Macam contoh cerita Sepi. Lagu 'aku bukan untukmu' tu datang daripada Indonesia tapi kita gubahkan lagu tu jadi rancak sikit and masukkan dalam cerita Sepi. So, still nak kata Magika takde originality? Teknologi? Salah ke nak guna teknologi yang sama? TV tu pun bukan Malaysia yang buat tapi orang luar. Kita reka pendrive je tapi negara luar guna juga.
Masa anugerah cerita paling best, Magika menang dan ramai tak puas hati. Ada cakap, 'Hantu Kak Limah Balik Rumah' patut menang. Aku tergelak-gelak dah masa tu. Tolong jangan terasa ek Encik Mamat Khalid.. Ngee~ Bagi family aku, cerita tu lawak lah tapi aku dengan ayah aku duk setakat pandang je poster tu. Aku tengok sekejap pun cerita tu, terus tukar channel lain. Memang patut pun Magika menang. Aku tak tahu mana lawaknya cerita Hantu Kak Limah tu. Orang marah tentang cerita Magika. Takkan nak teruskan cerita cinta, hantu and komedi je? Bosanlah! Bila orang kata, Melayu tak maju, tahu pula nak marah.
Apa-apa pun, aku tetap tabik KRU sebab berjaya hasilkan cerita-cerita yang best seperti sekarang. Memang awal-awal, aku tak berapa suka sangat. Tapi cerita Magika dengan Hikayat Merong Mahawangsa memang best giler! Aku rasa memang patut Yusry buat cerita tentang soal sejarah. Adik aku yang tak suka sejarah pun dah mula bersemangat nak study sejarah. Lecturer aku sendiri cakap, dia tak dapat nak habiskan baca buku Hikayat Merong Mahawangsa ni so ni satu cara yang bagus untuk kita mengenali sejarah nenek moyang kita. Keep it up, KRU! Moga cerita yang akan datang ni menarik hati lebih ramai penonton! Chayok! Wassalam~
p/s :
sampai masa tibanya waktu
redup hati kamu berdua
bila dua jasad bersatu
hidup mati jadi bersama
1 0000 je berani komen:
weeeee~
KRU <3
Post a Comment