~Tengah aku sibuk kemas-kemas kat tempat kerja, dua orang kawan aku ni entah kenapa tiba-tiba berdebat pasal tsunami dengan gempa bumi. Aku buat tak tahu dan malas nak masuk campur. Sorang kawan aku tu datang dekat aku and tanya, "Tiqah, kat Jepun berlaku tsunami ke gempa bumi?" Aku pun fikir kejap and jawab, "Dua-dua.. " Haha! Dua-dua kawan aku salah! Sorang cakap gempa bumi. Sorang cakap tsunami. Last-last aku menang! Yeay!
Cop! Ni bukan nak cerita siapa menang, siapa kalah. Picture kat atas ni aku colik daripada facebook member aku. Sori ek! Hehe.. Sebab aku malas nak cari picture kat google, lebih-lebih lagi connection sekarang memang menggiler! Kalau dulu, mak aku cerita tentang kejadian banjir besar dekat Australia yang bagaikan zaman Nabi Nuh. Sekarang ni pula, berlaku gempa bumi dan tsunami yang betul-betul dasyat dekat Jepun.
Ada yang cakap, Allah swt hendak beri kesedaran kepada manusia supaya bertaubat kepada-Nya. Ada yang cakap, Allah swt hendak membalas dosa yang telah dilakukan oleh orang Jepun. Tapi ada juga yang cakap, tu adalah tanda-tanda kiamat semakin hampir.. Kenapa? Sebelum Dajjal keluar, akan berlaku satu bencana besar yang akan menghancurkan segala teknologi yang ada sehinggakan kita terpaksa hidup seperti zaman-zaman dahulu. Sekarang ni, apa yang korang nampak? Tanda kecil dah habis. Sekarang ni, macam-macam bencana berlaku dan saat yang dinanti-nantikan akan tiba.
Ada yang bajet sikit (jangan terasa ek.. hehe), "alar.. kita kat Malaysia. Takde kena bencana punya lah.." Yakinilah ayat ni.. Maka Allah swt tahu segalanya apa yang kita tidak tahu. Dulu tahun 2006, berlaku tsunami dekat bahagian utara. Lepas tu, berlaku pula banjir teruk di Johor. Kita takkan tahu apa yang akan berlaku kerana Allah swt mampu melakukan segalanya. Tengok Nabi Isa as. Allah swt mampu membuatkan Maryam melahirkan Nabi Isa as walaupun tanpa bapa. Kalau macam tu, punya senang nak buat, apalagi bencana alam kat dunia?
Percayalah bahawa kiamat semakin hampir. Aku tak tahu kenapa tapi aku betul-betul yakin. Ada sesuatu yang berlaku malam tadi. Mungkin bagi korang, benda tu remeh apa yang terjadi tapi bagi aku, bukan. Allah swt sudah berikan pelbagai tanda dan hanya kita sahaja yang mampu mengubah diri kita. Jangan fikir kalau dah solat lima waktu tu boleh selamat ek.. Kalau orang alim ulama sendiri boleh terjatuh dengan tipu daya Dajjal, apalagi kita ni. Yang penting, iman kita kena kuat. Ingatlah, hanya 12000 lelaki dan 7000 perempuan sahaja yang beriman pada hari kiamat nanti. Yang dah ade pakwe or awek, jangan duk dating je ek.. Hehe.. Pergi buat amalan sama-sama. Kepada yang dah bersuami isteri, sentiasalah menyokong antara satu sama lain. Moga Allah swt melindungi kita semua, Insya-Allah.. Amin.. Wassalam~
p/s : Impian aku nak pergi Makkah.. Siapa boleh sponsorkan? Huhu..
0 0000 je berani komen:
Post a Comment