~Aku sebenarnya tak nak tulis pasal benda ni sebab aku takut aku sendiri pun yang tersilap. Tapi bagi aku, benda ni pentinglah juga demi agama kita juga. Kalau korang masih ingat tentang update aku yang dulu dalam link nie, http://farhana93.blogspot.com/2011/01/tudung-yuna-tudung-labuh-tudung.html Dalam entry ni, aku lebih kepada mengajak kaum wanita Islam untuk memakai tudung walaupun bukan dalam cara paksaan dan segera. Tapi apa yang aku baru jumpa baru-baru ni ada sebuah blog juga membuat entry yang sama tapi isinya yang berlainan daripada apa yang aku cerita.
Dalam blog dia, ada juga lah gambar yang serupa dengan aku and dia pun baru je update entry tu. Bila aku baca, memang ada betulnya. Of course, pakai tudung yang tak tutup bahagian dada tu salah. Betul kalau perempuan melunakkan suara dia ( senang cerita, menyanyi ) tu salah. Memang betul apa yang dia cakap tapi bagi aku, apa yang dikatakan dalam blog dia, cuma akan menjauhkan orang-orang Islam daripada Islam. Bagi yang kafir, diorang akan cakap Islam ni cuma tahu haram je.
Memanglah hidup ni sementara. Memang kita takkan tahu bila tarikh RIP kita. Tapi bukan ke try sikit-sikit lagi baik daripada tak try langsung? Kita boleh expect ke someone untuk terus berubah dengan sekelip mata? Kalau orang merokok, tak mungkin dalam satu saat je diorang boleh stop merokok.
Dan, apa salahnya remaja sekarang menjadikan artis diorang idola walaupun artis pilihan diorang, takde lah baik mana. Okey fine. Macam aku sendiri, artis pilihan aku Yuna. Dia bertudung dan tutup aurat walaupun menyanyi. Itu kan lagi baik daripada pilih artis barat macam contoh, Lindsay Lohan yang mabuk kepayang je? At least, artis ni buka hati remaja untuk pakai tudung walaupun tak menepati syarak? Kenapa nak kata artis nie macam sesatkan umat Islam? Sebenarnya, diorang pun macam kita juga. Jadi, adakah kita yang langsung tak pakai tudung ni jauh lebih teruk daripada artis ni?? Sekarang ni, orang dah silap tafsir.
Memang.. Aku bukannya baik mana. Aku tak layak nak menegur orang. Tapi memang betul kan? Mencuba benda yang kecil lagi baik daripada tak buat langsung. Lagipun, hukum hakam semua di tangan Allah swt. Macam Nabi Muhammad saw sendiri pernah bersabda kalau mereka yang jaga akhlaknya walaupun bukan pada solatnya tu lebih baik berbanding mereka yang jaga solat tetapi bukan akhlaknya. Yang ni, aku dengar daripada mak aku ek.
Most of all, janganlah tumpu haram-haram je. Siapalah kita ni nak menentukan hukum hakam Islam? Hanya Allah swt yang lebih mengetahui. Sebenarnya, aku post entry ni sebab komen aku tak dipaparkan kat blog orang tu. Tak tahulah dia tak approve atau ada masalah teknikal tapi sebab aku malas nak taip balik, and so, aku tulis je lah kat sini. Apa-apa pun, sebelum nasihat orang, kita perbetulkan diri kita dahulu. Wassalam~
2 0000 je berani komen:
^_^ agree~
yeay! ade mmber! hehe
Post a Comment