Monday, March 7, 2011

Meh Kita Kerja!

~Assalamualaikum wbt~
~ Pada minggu lepas, aku akhirnya diterima kerja kat Kenny Rogers Roasters. Kalau nak cari aku, redah lah semua KRR yang ada kat bumi ni ek.. Huhu.. Sebelum kerja, aku memang pelik. Facebook aku penuh dengan orang mengamuk pasal kerja ni especially diorang yang baru lepas habis spm. Memang bila first day kerja, aku rasa berdebar giler! Teruk sangat ke kerja ni?
Awalnya aku kerja, sir suruh aku cuci pinggan. Memang tak banyak sangat and so, aku buat je lah apa yang patut. Hari pertama kerja memang banyak silapnya. And ada lah rasa malu tu tapi nak buat macam mana. First beginner kan. Sir pun dengan baiknya cakap takpe sebab dulu pun dia macam tu. Baik kan sir? Hehe..
Bila hari kedua kerja, aku angkat pinggan daripada meja customer. Ada lah juga yang tak berapa elok perangainya and ada juga yang okey tapi aku tak kisah pun. Marah pun tak. Sebab aku dah biasa dengan perangai camtu dengan adik aku.. Huhu. Bagi aku, customer always right! Bila customer complaint, aku dengar je. Senyum and buat yang baru. Bila aku tersalah cakap tentang menu, aku cepat-cepat minta break and lari pergi surau! Jahat an aku? Hahaha! Tapi sir tak pernah marah! Hip! Hip! Hooray!!
Lama-lama kerja, aku rasa seronok pula walaupun memang pack betul masa. Break pun dalam masa 30minit je tapi selalunya, aku break kejap je. Aku tak suka duduk lama-lama. Buat malu je. Sekarang, aku dah okey pun jadi server dengan steward. Memang ramai naik benci and menyampah jadi steward ni tapi aku tak kisah pun.
Bagi yang tak pernah kerja, mesti korang pelik kan apa tu steward? Server mesti korang tau kan? Hah? Tak tahu??? Jadi pelayan lah! Adoyai.. Steward pula? Selalunya, orang baru macam aku ni jadi steward. Selalunya, steward kena basuh pinggan mangkuk and lap sudu garfu. Kalau server lain busy, steward kena angkat pinggan mangkuk dari table customer. Awalnya, memang aku takut jadi steward ni. Bukannya apa. Takut pecah. Kena ganti tau! Tapi sir tak kisah.. Hehe.. Kalau miss, huhu.. cari maut! Lama-lama, kita akan rasa yakin nak pegang dengan cara paling bahaya pada pinggan yang maha besar and berat tu! Kui3! Sesiapa jadi steward pada waktu pagi and petang, untunglah. Tapi yang malam??? Jeng3! Selalunya, steward yang kerja malam ni akan busy giler selama 1jam! Dia kena habis cuci semua pinggan mangkuk, semua bekas untuk letak makanan, bersihkan ruang yang ada sisa makanan kat dalamnya dan bersihkan bilik cuci pinggan tu. Hah.. Tu lah kerja aku yang setakat ni dah buat selama dua hari.
Penat??? Penat memanglah penat. Balik pun dalam pukul 11malam. Kadang-kadang, kaki terseliuh sebab jalan sana sini and tak duduk pun. Kadang-kadang, belakang sakit sebab cuci pinggan. Kadang-kadang, migrain and perut masuk angin. Tapi ni hal kecil je. Dulu kat sekolah pun macam ni juga so aku memang tak kisah sebab dah biasa.. hehe.. Sekarang pun tengah migrain ni.
Gaji pula? Lumayan beb! Jeng3! Nak tau? Nak tau? Tak payah lah tau.. Den tak nak riak.. Huhu.. Memang aku kisah giler pasal gaji tapi bila dah kerja ni, cerita pasal gaji tak pernah terlintas pun dalam otak aku. Fikiran aku tertumpu pada kerja je. Oh yes! Aku serius dalam kerja walaupun ada setengah orang tengok aku ni macam main-main je. Huhu. Tapi bagi aku, kerja ni satu amanah and aku kena selesaikan amanah tu dengan successfully! Bila kerja tu tak siap, rasa tak kena betul! Bila siap, fuh! Memang terasa puas yang amat!
And so, bila dah seminggu kerja ni, aku rasa kerja takdelah teruk macam orang cakap kat facebook. Memang customer banyak ragam tapi biasalah macam tu. Kat luar sana, kerja jauh lagi teruk berbanding sekarang. Kalau jadi promoter, senanglah kerja berbanding kerja macam aku ni. Sebenarnya, kerja yang aku buat sekarang ni kira biasa je. Server?? Aku pernah jadi server. Server kat adik aku masa kecil-kecil. Hehe.. Kitaorang suka main masak-masak. Aku selalu jadi tukang masak and adik-adik aku jadi customer. Lepas tu, kalau korang tahu game 'Dinner Dash', game tu memang serupa dengan kerja aku sekarang. Kalau lambat, pelanggan marah. Kalau pelanggan tu family, mesti meja kotor. And so, kena buat kerja dengan cepat and cekap!
Jadi steward pula? Senang cerita. Siapa yang rajin tolong mak ayah dia dalam kerja rumah, mesti tak ada pr0blem jadi steward. Masa bibik aku bercuti balik Indonesia, akulah yang sorang-sorang kena basuh pinggan and kemas rumah. Well, aku dah biasa and so, aku tak kisah buat kerja-kerja steward ni. Hah? Nanti kulit mengelupas? Jap! Aku check! Takde pun.. Tengok jari aku. Clean and clear! Haha.. Bila cuci pinggan ni, mesti selalu pegang sabun an? Bertambah bersih tanganku! Ceh! Hahahahaha. Just make sure jangan guna banyak sangat sabun lah. Cairkan cecair tu dengan air. Mesti tangan korang tak mengelupas.
Paling penting, bila kerja macam ni, dapat makan free tau! Hip! Hip! Hooray!!! Bila isnin-khamis, kitaorang dapat makan 3side dish, muffin and soft drink. Kalau jumaat-ahad, kitaorang dapat makan ayam, 3side dish, muffin and soft drink! Selalunya, server selalu buat air guna blender secara berlebihan. Dah lebih, kena buang pula. Dan sebelum, air tu dibuang, aku tuanglah kat dalam cawan and minum! Sedap tau! Especially when it's chocolate! Eh? Tak kotor tau!
Selalunya, air dalam blender tu terus letak dalam cawan. And so, sebelum ia diletakkan ke dalam sinki, kitaorang ambil and minum lah.. Huhu.. And don't worry. Ada break lah. 30minit break!
Tak kira lah korang kata kerja ni penat lah, menyusahkan lah, pelanggan ngok ngek ke apa. Aku tetap cakap, kerja ni best! Lagipun, kalau benda kecil ni pun korang dah mengeluh, apa lagi kerja yang betul-betul tetap kat luar sana. Sekarang ni, just guna tenaga je tapi kat luar, kena guna otak and jauh lebih memenatkan. Lagipun, bagi gadis-gadis yang tak suka buat kerja di rumah, kerja je lah kat luar. Nanti tangan kasar. S0, bakal suami akan yakin korang sangat rajin di rumah. Huhuhuhuhu.. Ingat, kerja tu bawa berkat. And so, kalau malas duduk rumah je, baik kerja! Dapat duit! Dapat member baru! Dapat pengalaman! And dapat makan free!!! :D Wassalam~

2 0000 je berani komen:

trisy said...

tiqah!!
buat la paragraph!!
juling mata aku nak baca!!
ahahahaha

Atiqah Safian said...

aku dah buat tapi tak tahu kenapa jadi macam ni. geram tol aku!