Monday, August 22, 2011

Cinta Dari Ilahi (Last Part)

~Assalamualaikum wbt~
~Sambungan daripada Part 5...

Zaki menunaikan solat Maghrib diikuti dengan bacaan suci Al-Quran. Bibirnya dibasahi pula dengan berzikir. Tidak mahu masa berjalan dengan lajunya tanpa dia mengisi dengan perkara tidak berfaedah.

Tanpa dia sedar, Mama Zaki sedang mengintainya. Sejuk hatinya melihat Zaki sebegitu. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi. Tika itu dia terkenang dengan anaknya yang sulong, Zulaikha.

Bukan dia tidak mahu menerima Syakir di dalam hidup Zulaikha. Namun hati naluri seorang ibu begitu kuat menolak hasrat hati Zulaikha untuk bernikah dengannya.

"Mama, Zulaikha tak nak jadi anak derhaka. Tapi kalau Mama setakat nak tolak Syakir sebab dia tu bukan orang kaya, Zulaikha tak boleh terima. Kaya ke, miskin ke, semua tu hanya sementara. Yang memberi rezeki itu, Allah. Bukan kita."

Dalam keadaan terpaksa, Mama Zaki membenarkan mereka berkahwin. Namun, Zulaikha jarang pula balik rumah. Terpaksa mengikut suaminya yang bekerja di Sarawak. Hatinya luluh. Terguris. Namun, dicuba juga untuk memaafkan anaknya. Sungguh dia tidak mahu Zulaikha dilaknat Allah.

Matanya merenung ke arah Zaki. Anaknya itu istimewa. Terlalu istimewa. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Namun, adakalanya dia terfikir, adakah dia memandang harta dan status seseorang itu? Bila difikirkan semula, Suhaila seorang peguam. Takkan masih dipandang rendah lagi?

"Mama buat apa kat situ? Masuklah.."

Mama tersentak dari lamunannya. Dia hanya menggelengkan kepalanya dan meninggalkan bilik tersebut. Kakinya melangkah ke tingkat bawah di mana Papa sedang menonton televisiyen. Mama melabuhkan punggungnya di atas sofa. Matanya melirik ke arah Papa.

"So, how was it?"

"I think she's perfect for him but she's just a teacher. You can accept that?"

Diam. Lantas Mama tersenyum dan memandang Papa.

"Rezeki datang daripada Allah."

***

"Zaki!!"

Terdengar suara nyaring Mama. Zaki bergegas turun dari tangga menuju ke dapur. Terlihat Mamanya sedang memegang bungkusan di dalam sebuah beg kertas. Mama tidak henti-henti tersenyum, menimbulkan tanda tanya dalam fikiran Zaki.

"Ye, Mama."

Tiba-tiba sahaja beg kertas itu dihulurkan kepada Zaki. Dia menerimanya dan memandang Mama dengan seribu satu soalan. Untuk apa pula ni?

"Boleh tolong hantarkan kat Rabiatul? Papa masih tak boleh bawa kereta lagi tu."

"Boleh je, Mama."

"Nanti kirim salam kat dia ek."

***

Sudah tengah hari. Zaki memandu kereta Vios ke arah sekolah itu. Pagar tidak ditutup maka Zaki hanya terus masuk tanpa bertemu dengan pak guard dan meletakkan kenderaannya di tempat parkir. Ramai yang memandangnya namun Zaki hanya mampu mempedulikan mereka.

"Assalamualaikum. Dah lama sampai?"

Zaki menoleh. Rabiatul! Gadis itu berpakaian baju kurung berwarna biru muda. Zaki tersenyum.

"Waalakumussalam. Baru je. Ni Mama kasi and kirim salam kat awak."

"Terima kasih. Waalaikumussalam. Bikin Abang Zaki susah je."

Tiba-tiba Zaki berdebar-debar. Abang Zaki? Panggilan yang menjadi janggal buatnya. Namun, dipaksa tersenyum tanpa menyedari wajahnya sudah merona kemerahan.

"Awak ni suka warna biru ek?"

Rabiatul mengangguk seperti keanak-anakkan. Zaki terasa ingin ketawa pula melihat telatahnya.

"Walaupun biru ni macam beri kesan pilu kat kita, tapi sebenarnya dalam masa sama memberi ketenangan. Tu sebab kalau kita nak cari ketenangan, kita suka tengok langit. Langit kan warna biru."

Di saat itu, Zaki hanya tersenyum sambil merenung wajah Rabiatul. Gadis itu tidaklah cantik mana. Biasa sahaja. Namun, entah kenapa memandang wajah Rabiatul, dia rasa senang dan selalu tersenyum.

"Rabiatul, kita kahwin nak?"

"Haa??"

"Rabiatul Adawiyyah. Sudi tak awak jadi isteri saya?"

***

"Thank you, Sir. Do come again."

Zaki mengangguk sambil mengangkut beg plastik yang berisi Domino's Pizza di dalamnya. Kereta Viosnya dituju. Pintu kereta belakang dibuka dan diletakkan Domino's itu dengan kemas. Takut pula terjatuh. Zaki membuka pula pintu kereta hadapan dan masuk ke dalam isi perut kereta tersebut.

"Kalau setiap hari sayang mengidam Domino's, bankrup lar Abang lepas ni."

Tersengih-sengih Rabiatul. Baru sahaja sebulan berkahwin, Rabiatul disahkan mengandung. Sungguh rezeki melimpah ruah tiba setelah Zaki berkahwin dengan Rabiatul. Dia terasa bersyukur dengan nikmat ini.

"Bukan mengidam lah Abang. Susah tau nak makan benda lain. Domino's je yang boleh masuk."

"Ye lah tu. Entah-entah ambil kesempatan."

Rabiatul mencubit bahu Zaki. Terus Zaki mengaduh kesakitan. Mereka berdua ketawa di dalam kereta itu. Bahagia. Zaki sedar mimpinya itu bukanlah Suhaila tetapi Rabiatul. Hubungan yang lama tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan. Walau apa jua alasan kita, jodoh itu datang daripada Allah swt. Zaki benar-benar bersyukur menerima kebahagiaan ini. Terima kasih, Ya Allah.

-Tamat-

p/s : Terima kasih sebab sudi baca dari Part 1 sampai Last Part ni. Sokongan korang sangat dihargai! Kalau ada kekurangan dalam cerita ni, harap maafkan. Wassalam~

0 0000 je berani komen: