Tuesday, May 3, 2011

Arts? Patut Ke Dibenci?

~Assalamualaikum wbt~





~Sebelum tu, aku nak menceritakan sikit kesedihan aku. Tadi aku punya laju update entri untuk 20blog terpantas dalam segmen Abang Ben. Tapi disebabkan busy tadi aku tak sedar yang Abang Ben dah kemukan soalan dekat kitaorang. Aku lambat!! Wuuaaa!! Terlepas lagi! Tak mahu j0in segmen lagi! (majok tak bertempat.. huhu)


Okey.. Tutup cerita tu.. Anyway, congratulation kepada pemenang. :) Dah2! Back to the point.. Arts?? Err.. Aliran Sastera ler.. Dulu, masa zaman jahiliah aku dulu, aku tak yakin nak masuk aliran Sains. Orang kata susah tapi parents aku nak sangat aku masuk aliran Sains yang sangat susah ini. Bila aku tanya, "Kalau kakyong kena gak masuk aliran Sastera macam mana?" Parent aku pun jawab, "Kena masuk gak aliran Sains!" Hmph! Tak menjawab soalan.. =_="


And so, aku masuk aliran Sains Teknikal! Memang aku dah lama jatuh hati kepada meja khas untuk pelajar Lukisan Kejuruteraan sampaikan aku bertekad nak masuk situ (padahal tak tahu aliran pe kelas tu). Tapi aku dapat merasa 3hari je sebab aku pindah sekolah. Hehe.. Okey.. Back to the real point! Tqah ni merepek-repek je..


Masa aku belajar kat sekolah baru aku, ada lah juga beberapa pelajar tak dapat nak konsisten dalam subjek Science. Awalnya, diorang teragak-agak nak masuk aliran Sastera. Kawan aku akhirnya dah bertekad untuk masuk aliran Sastera demi keputusan SPM dia nanti. And kini, dia telah menjadi pelajar cemerlang di sekolahku. Chayok buat kawanku! :)


Sekarang pula, dah keluar result kemasukan Form 6. Aku happy untuk kawan-kawan aku yang dapat walaupun aku tak dapat.. Hehe.. Takpelah aku tak dapat.. Dah benda lain aku dapat an.. (Tak membajet an?) Tapi ada sorang je hamba Allah swt ni tak puas hati. Dia dapat aliran Sastera walaupun dulu dia ambil aliran Sains. Entah apa yang dia sumpah seranah pasal benda tu kat aku, aku pun macam tak ambil peduli. Kalau aku jahat, aku cakap je, 'tak bersyukur betul! Dah dapat tu terima je lah. Kau tu dah lah tak dapat memana!" Jahat tak? Hehe.. Tapi aku baik.. And don't worry.. Aku tak simpan benda tu dalam hati..


Dia cakap dia benci aliran Sastera. Agak marah lah sikit sebab ada kawan-kawan aku yang ambil sastera and minat subjek tu. Ayah mak aku pun ambil sastera and sekarang, diorang kerja dengan kerajaan kot.. Cousin aku pun budak sastera and sekarang, dah bekerja. So, perlu ke benci Sastera ni?


Paling penting, hate Geografi??? OMG! Aku ambil Geografi and aku sangat-sangatlah marah! Haha! Geografi ni interesting sebenarnya kalau duk kaji betul-betul. One more thing, Geografi ni budak Sains ek yang kena ambil zaman dulu. Takde kena-mengena dengan Sastera pun.


Futhermore, aliran Sastera ni jugalah yang menyelamatkan beberapa pelajar yang kurang dalam subjek Sains macam kawan aku. Wei, pelajar cemerlang kot.. Sambung kat mana? Wallahualam.. Dia masih lagi buat keputusan. Lagipun, peguam ni kan dikira bijaksana dan adil. Peguam datang dari mana? Sastera k0t.. Ada diorang cakap, tuan doktor yang adil lagi bijaksana? Urm... Setakat ni, aku tak pernah dengar..


So, tak payah nak pandang rendah kat aliran Sastera ni. Aku sangatlah tidak menyukainya. Ilmu juga kot dan paling penting, ilmu daripada Allah swt. Jangan duk perasan yang kita ni pandai sangat sampai nak duk benci subjek tertentu. Walaupun aku lemah Fizik, aku tak hate Fizik (sebab nanti kalau nak jadi arkitek, confirm kena terer Fizik). Adi Putra yang jauh lebih pandai pun tak hate apa-apa subjek. Kenapa korang nak hate pula? Think... Wassalam~


0 0000 je berani komen: