Monday, May 2, 2011

Yakjuj Dan Makjuj

~Assalamualaikum wbt~




~Terasa rindu pula rasanya nak update entry macam ni.. Dah berapa lama ek aku tak cerita benda ni? Entah lah.. Aku pun dah lupa. Dah lama sebenarnya aku tak duk kaji. Asyik duk hadap facebook and chatting orang tersayang. OPPSS! Kantoi! Hehe.. Family dan kengkawan lah orang tersayang.. :P


Sebelum minat aku mendalam dalam kajian Imam Mahdi dan Dajjal ni, aku berminat untuk kaji tentang Yakjuj dan Makjuj. Paling excited, bila tengok kawan aku beli buku dekat atas ni. Buku tu tebal sampaikan aku tak sempat habis nak baca. Jadi, aku banyak dengar secara lisan je daripada penceritaan mak aku.


Sekarang ni, orang duk cerita pasal Dajjal je kan so cerita Yakjuj dan Makjuj ni terus tenggelam and jarang diceritakan. So, aku terasa nak cerita kat korang. Maybe ada antara korang yang tak tahu kisah Yakjuj dan Makjuj ni so rajin-rajinlah membaca entry panjangku ni ek..


Dikatakan Yakjuj dan Makjuj ni ialah puak yang sangat kuat pada zaman dulu. Diorang ni ganas and bunuh je sesiapa yang diorang nak. Mak aku cakap ler, orang Hun yang kat China tu dikatakan daripada puak Yakjuj dan Makjuj. Kalau nak tahu perangai orang Hun ni, korang tengok cerita Mulan.


Menurut Al-Quran, Iskandar Zulkarnain, manusia yang sangat pandai, membina sebuah dinding yang sangat kukuh yang diperbuat daripada besi. (Sebenarnya cara pembuatan besi ni sangat-sangat unik). Jadi, kaum Yakjuj dan Makjuj tu terperangkap dalam dinding tu dan cuba untuk keluar sampai sekarang tapi Allah swt akan meruntuhkan tembok tu pada hari kiamat nanti. Diorang hanya gunakan kuku diorang untuk buat lubang kat dinding tu. Jangan terkejut kalau diorang dah buat lubang sebesar bulatan dibentuk jari ibu dan jari telunjuk pada zaman Nabi Muhammad saw dulu. Agaknya zaman sekarang, dah berapa besar lubang tu ek?


Tu cerita zaman dulu. Okey.. Aku cerita untuk pada masa akan datang punya mengikut Al-Quran. Allah swt telah memberi amaran kepada kita yang bilangan kaum Yakjuj dan Makjuj ni banyak. Kalau 10% tu bilangan manusia, bilangan Yakjuj dan Makjuj ni pula 90%. Boleh bayangkan betapa ramainya diorang ni?


Yakjuj dan Makjuj akan keluar selepas matinya Dajjal. Diorang ni keluar dari dinding tu macam kambing keluar kandang. Boleh bayangkan kambing tak? Huhu.. Jangan duk perasan bila Dajjal dah mati, kita akan selamat. Bila Yakjuj dan Makjuj nampak je mangsa/manusia kat depan dia, dia akan terus bunuh dan bagi gadis sunti pula, diorang rogol jadi lahirlah keturunan Yakjuj Makjuj lagi. Cis! Setan betul.. :P


Mengikut Al-Quran, Yakjuj dan Makjuj bila terasa dahaga, diorang akan minum air laut sampai kering disebabkan bilangan diorang yang banyak. Sampaikan manusia akan terkejut sebab perubahan landskap yang mendadak tu.


Okey.. Macam mana ending dia? Di satu saat, tinggallah orang beriman dan Nabi Isa as yang dikelilingi Yakjuj dan Makjuj di kawasan pergunungan. Masa tu, there's no way out! We're trap!! Mana mau lari?? Takde can dah! Nabi Isa as pun berdoa untuk perlindungan daripada Allah swt. Maka, Allah swt pun menyeru sejenis serangga (not sure serangga pe tapi ada yang kata rupanya macam belalang) untuk menyerang kaum ni sehingga mati.


Disebabkan bilangan Yakjuj Makjuj ni banyak so, mayat-mayat diorang ni jadi busuk sangat. Ada kata, Allah swt menurunkan hujan sehingga banjir dan menenggelamkan mayat Yakjuj Makjuj. Tapi ada juga kata Allah mengutus seekor burung besar untuk angkut dan bersihkan mayat tu dari bumi.


Masih banyak benda lagi yang kita tak tahu tentang Yakjuj dan Makjuj ni. Ada kata diorang ni macam manusia juga tapi ganas dan agresif. Ada kata diorang ni macam haiwan sebab dikatakan Zulkarnain tak faham apa yang diorang ni cakap. Aku ceritakan ni untuk sama-sama kita ambil iktibar. Tidak perlu agung-agungkan kemewahan dunia ni sebab satu hari nanti akan musnah juga dek Dajjal and Yakjuj Makjuj ni. Bukan setakat diorang ni je.. Lepas Yakjuj dan Makjuj mati, keluar pula sejenis makhluk pelik dari tanah. Kiamat k0t.. Takkan boleh duk rilek-rilek goyang kaki. Pergi tingkatkan iman cepat!! Wassalam~


p/s : Masih menjadi misteri....

0 0000 je berani komen: