Monday, May 2, 2011

Biar Gagal Seribu. Jangan Dok Merapu.

~Assalamualaikum wbt~

~Bangga tak kalau korang dijadikan tempat rujuk bila someone tu ada masalah? Kira korang ni macam kaunselor lah. Kalau jawapan korang ya, sila angkat tangan macam saya!! Tak kisahlah kalau korang bangga ke tak. Aku ni selalu jugalah jadi tempat rujuk. Awal-awal, macam bangga jugalah jadi orang yang dipercayai ni. Most of all, benda macam ni mengajar korang untuk bersyukur sebab korang takde life susah cam diorang.





Tapi amacam kalau korang dah nasihat dia berjuta-juta bagai tapi dia bega gak nak dengar? Dah bega tapi nak gak kongsi problem tu. Haih.. Aku tak benci pun orang macam ni. Well, sebagai manusia, aku tetap jugalah kena tolong diorang ni. Maybe ni pekerjaan aku secara tak langsung and tanpa gaji. Eh? Tanpa gaji? Ada gaji lar.. Pahala kot.. Hehe..





Okey.. Okey.. Back to the point. Aku nak cerita seorang member aku ni. Dia ni ada masalah and selalu cerita kat aku. As a friend, it's my duty to help others when they're in trouble. A friend in need is a friend indeed. Aku nasihat apa yang patut dan tak patut. Member aku ni always gagal dalam setiap benda yang dia buat and orang lain duk ngutuk dia. It's a sad life.





Tapi satu hari dia cakap yang dia dah give up dalam life dia. Aku nasihat dia lagi. Again, dia cakap benda sama. Aku nasihat lagi. Dan again and again, dia cakap benda sama dan again and again, aku nasihat lagi. Sebabkan aku dah terlalu marah dengan perangai dia ni, aku terus cakap, "Apa lagi? Pergilah lompat KLCC tu." Ambik kau! Haha.. Please jangan ikut perangai aku ek..





Anyway, it's not about that.. My point is gagal sekali tak semestinya gagal seumur hidup. Aku sendiri pernah gagal dulu. Kalau korang duk nangis cakap you are a loser, then you'll always be a loser. Nak jadi champion, tak payah nangis, keluar dari bilik and change your life. Sama macam acara lari. Korang tengah lari then semua pelari tengah lari depan korang. Takkan masa tu korang dah tak nak lari? Kalau korang tak nak ubah diri korang maka hidup korang sendiri takkan berubah.





Kalau malas nak ubah hidup, pergilah lompat KLCC tu. Dalam masa 5saat korang boleh merasai AIR DIVE! Owh.. Lupa nak ingatkan. Korang fikir dah kena tanah tu nanti, korang terlepas dari seksaan lah? Opps! Memang lah terlepas dari seksaan tapi terlepas dari DUNIA LAH! Seksaan kat kubur tu tengah menanti! Lagi sakit tau! Dapat cuti masa bulan Ramadhan je. Pandai-pandailah korang nak tahan sakitnya nanti.





Maybe ada yang kata, budak tu tak pernah gagal. Always dapat apa yang dia nak. Okey.. Okey.. FYI, budak yang tak pernah gagal tu lah sebenarnya paling mudah jatuh berbanding budak yang selalu gagal. Serius aku cakap. Diorang tak pernah hadapi kegagalan so diorang tak tahu macam mana nak settlekan masalah tu. So, bila kegagalan tu datang, diorang akan blur and feel like it's the end of the world. Berbanggalah menjadi seorang yang gagal pada mulanya. Jadi macam CHICKEN LITTLE!!




Tak pun.. Sebab ada antara korang yang suka berkawan dengan syaitan ni, cubalah contohi syaitan ek! Diorang tak pernah give up! Takkan lah korang nak kalah dengan member korang ni kan? So, janganlah give up macam setan.. 3:) Wassalam~


p/s : Sesungguhnya Allah swt membenci hamba-Nya yang berputus asa.

0 0000 je berani komen: