Sunday, May 1, 2011

Macam Mana Nak Skor Add Math?

~Assalamualaikum wbt~





~Aku agak terkejut sebab dapat skor tinggi untuk subjek Add Math aku lepas ambil result SPM. What the heck?? Betul ke ni?? Huhu.. Memang excited nak tunjuk result dekat parents and of course, kat cikgu Add Math aku. Thank you cikgu. Tapi sayangnya, aku dah banyak lupa jalan kiranya semua. Huhu.. Nak rasa pengalaman aku tu masa ambil result SPM nanti? Okey! Here's some tips..



Secara jujurnya, aku tak sure sangat apa yang aku dah buat.. Tapi korang baca je lah ek tips-tips nie.. Memang korang boleh skor kalau korang buat. Ni aku kira baik ni nak share dengan korang. Huhu.. Harap dengan cara belajar aku ni korang boleh skor.. Insya-Allah..



1. Target mereka yang skor high untuk Add Math. Dulu, ayah aku memang suka puji anak kawan dia yang dapat highest score untuk Add Math kat sekolah. Setiap hari puji lak tu. Fuh! Sangat tak berpuas hati! Bila first exam, memang try hard lah and aku score A! Tapi rupa-rupanya, anak kawan ayah aku tu score sekali je and then, terus down untuk exam seterusnya. Hampeh!



2. Dalam kelas, kalau boleh dengar apa yang cikgu bebel kat depan. Jangan duk tidur okey! Kalau tak faham, terus angkat tangan. Anggap diri korang terer sebab tanya banyak soalan. Kalau aku, aku anggap orang yang tanya banyak soalan ni, mereka yang sangat terer dalam subjek tu! Seriously...



3. Homework jangan lupa buat. Jangan baru buat satu soalan, terus tutup buku. Kalau tak boleh buat yang first, buat yang second and seterusnya. Jangan give up. Bila korang dapat jawapan, memang rasa happy giler walaupun awal-awal agak tension!



4. Beli buku latihan. Kalau boleh, beli yang soalan dia ikut bab. Jangan beli yang buku latihan yang memang ikut format exam punya. And satu lagi, beli yang soalan dia macam mengajar kita tentang basic. Bila korang kuasai basic, korang dapat jawab soalan yang susah. Sebenarnya, soalan tak susah pun bila korang dah kuasai basic ni.



5. Tak payah malu-malu bagai. Ada je soalan tak dapat korang selesaikan, terus tanya cikgu or member. Bukannya member or cikgu ejek korang pun.



6. Bila ada tajuk yang korang terer, jangan kedekut nak share dengan orang lain. Tolong ajarkan diorang walaupun diorang tak dengar pun apa yang korang merepek.



7. Sesiapa yang ada duit lebih, try masuk tuisyen. Kalau boleh, tuisyen yang betul-betul korang boleh cooperate. Kalau tak pun, minta cikgu adakan kelas tambahan untuk korang. Cikgu bukannya jenis mata duitan so takpe.. Tapi kalau cikgu tak dapat nak buat, jangan paksa cikgu. Kalau sekolah adakan kelas tambahan, pergi!! Jangan lepaskan peluang keemasan!



8. Semalas-malas korang pun, try je lah buat latihan Add Math seminggu dua kali. Jangan biarkan buku latihan korang berhabuk!!



9. Bila dah sekolah dah cover semua silibus, cepat cari kertas-kertas soalan tahun-tahun lepas. Dah dapat tu, tolong buat latihan ek.. And bila dah nak ambil kertas SPM tu, dah takde masa nak try cover semua tajuk. Korang kena cover tajuk yang korang betul-betul lemah.



10. Solat, jangan kutuk cikgu, jangan derhaka dekat parents, jangan gaduh dengan member, doa and tawakal.



Tambahan : Kalau tak boleh juga, tanya cikgu, tajuk-tajuk yang mana yang paling mudah and korang try cover tajuk-tajuk tu.



p/s : Semoga berjaya! Wassalam~

2 0000 je berani komen:

putri noor syamimi said...

perghh! akk kita add math A+!

Ummu Qaseh said...

Syhh!! Jangan cakap kuat-kuat.. Malu den.. Hoho!