Wednesday, May 4, 2011

Day one : 10 things about you

~Assalamualaikum wbt~





~Dah pukul 12.37am.. So bermulalah challege aku ni.. Soalan pertama, day one : 10 things about you. Okey guys.. Check it out! :)


1. Nama aku Atiqah Farhana Binti Safian. Sebelum aku ada adik, family aku panggil aku Iqa. Bila dah ada adik, family panggil aku, Yong/Kakyong (ikut style orang Perak). Member semua panggil aku Tqah sebab aku tak bagi diorang panggil aku Farhana. Kenapa? *bersiul


2. Aku lahir 2 Disember 1993. So, aku belum cukup 18 lagi lah ek.. Muda lagi wei.. Huhu.. Aku dah bagi tarikh lahir aku, errr.. Jangan lupa kasi hadiah ek.. Hehehe..


3. Aku sangat suka pakai baju kurung dan teramatlah suka bila tengok orang lain pakai baju kurung dan baju melayu. Sopan wei and tak panas. Orang tengok pun sedap mata memandang. Huhu..


4. Aku ni berdarah orang noghowi (belah ayah) dan orang perak (belah mak). Tapi aku tak terer nak berloghat ni. Huhu.. Sekarang boleh lah sikit-sikit cakap loghat ni. Sila jangan kutuk aku sebab aku takkan layan. Hehehe..


5. Paling pantang bila jumpa coklat! Aku memang suka coklat especially Cadbury sampaikan sebulan sekali, aku akan beli yang saiz besar punya! Kek pun selalunya beli flavour coklat. Ice-cream pun sama!


6. Aku ni allergi habuk. Kalau dulu, muka aku sekali terkena habuk and terus bengkak muka ni. Dahlah bengkak masa kena jumpa mamat handsome ni! Cis!!


7. Children is my favourite! Nampak je budak-budak kecil chubby, aku akan peluk dia ketat-ketat and then cubit-cubit pipi dia! Aku memang suka main-main dengan budak-budak. Dulu, aku rajin jadi kuda untuk anak-anak saudara aku and adik aku. Awal-awal, semangatlah tapi lama-lama, penat... Hehe..


8. Tak seperti gadis-gadis sekarang, aku tak giler shopping. Kalau perlu, aku beli. Kalau tak, aku tak heran. Nak beli baju pun, aku akan suruh orang pilihkan. Disebabkan tak giler shopping, aku tak pandai berfesyen.


9. Masa kecil-kecil, aku nak jadi doktor. Lepas tu, nak jadi penyanyi (macamlah suara tu sedap). Then, nak jadi perdana menteri (tak jadi sebab hate politik). Akhirnya, bertekad menjadi seorang arkitek yang berjaya.


10. Last sekali, I'm single but not available. Huhu.. No couple till akad!



~Wassalam~


p/s : Nak join? Klik sahaja di sini! ~ 10 days challenge.

2 0000 je berani komen:

Nazrul Ashraff said...

heee...suka budak2? haha...aku x suka..nak aja kasi penampo.. haha..guro2 je..

Atiqah Safian said...

haha.. boys.. I'll never understand them.. :D