~Assalamualaikum wbt~
~Apa korang rasa bila orang cakap-cakap benda yang korang tak buat tapi diorang berani sumpah sebab nampak korang buat benda tu? Mesti korang naik menyampah kan? Huhu.. Baiklah. Sekarang, aku nak cerita serba sikit tentang kisah aku dulu.
Bila dah jadi anak cikgu kat sekolah yang mak korang ajar, memang orang suka pandang dari macam-macam aspek. Aku pun tak paham kenapa. Aku rasa kitaorang ni macam manusia biasa juga. Takdelah macam bentuk alien ke apa kan? Tapi yang paling aku tak faham, kenapalah benda kecil pun nak dihebohkan? PALING PENTING! Kenapa bila nampak benda negatif je, terus nak cerita kat satu dunia?
Ada lah satu cerita ni.. Tengah aku sibuk mengajar kawan aku Matematik, datang sorang lagi kawan aku ni. Dia pun tanya dekat aku yang sorang hamba Allah ni pakwe aku ke. Aku punya terkejut besar. Beberapa kali aku ulang cakap WHAT?? Marah memang marah. Dia cakap memang ramai dah cakap and ada lah orang tu yang pergi heboh-hebohkan. Tu baru sikit. Tanpa disangka-sangka, aku pernah kena tempias dekat seseorang ni. Yang seseorang tu, bukanlah orang biasa tetapi seseorang yang aku hormat. Yang paling kasihan, mak aku kena tempias sekali. Oh yes, aku memang rapat dengan hamba Allah yang orang pikir pakwe aku tu. Tapi, aku tak kapel pun demi aku and family aku. Inilah orang zaman sekarang. Nampak je benda tu tanpa tanya, terus dah buat kesimpulan. Astaghfirullah al azim...
Hampir setahun, memang aku selalu kena tempias. Daripada sibuk cerita pasal aku, lebih baik sibuk cerita pasal studies ke. Berbaloi lah juga. Aku nak cerita satu lagi pengalaman aku yang paling aku ingat sampai saat ni. Sedih, marah, semuanya dah bercampur. Tapi aku tak marah sangatlah dengan someone tu.
Kalau balik, aku mesti tunggu dekat satu spot. Hari tu, mak aku tak dapat nak ambil adik-adik aku dari sekolah sebab mesyuarat. Ayah aku pun ambil lah adik-adik aku dulu dan baru lah jemput aku dari sekolah. Memang kalau nak tunggu, memang lama. Kena tunggu dalam 1jam, baru lah ayah aku akan sampai. Sedang aku tunggu ayah aku, datanglah sorang kawan aku ni. Dia cakap petang tu, diorang ada kelas tambahan. Okey, I'm fine with that. Tapi yang aku tak fine bila dia nak lepak dengan aku sampai kelas dia start. Urm.. Okey.. Jauhkan sikit dari dia. Nasib baik pak guard ada. Kebetulan, masa aku tengah tunggu sambil borak-borak dengan kawan aku tu, datang seorang hamba Allah. Maybe dia pun ada kelas tambahan juga. Dah nak dekat 3.30petang, kawan aku pun naik ke atas untuk kelas tambahan ( tak sure lah betul ke da pergi kelas tambahan.. fikir positif je lah..). Kebetulan, waktu yang sama, ayah aku pun sampai. Memang ayah aku kenal kawan aku tu. Kalau aku lambat balik, selalu juga dia temankan. Memang patut kan aku kena gosip dengan dia? Hmph! Dia yang volunteer. Aku nak buat macam mana.
Ops! Cerita tak habis lagi! Huhu.. Aku tak boleh cerita secara terperinci ek kejadian seterusnya sebab tak nak orang fikir lain kat orang tu. Dia pun kawan aku juga. Memang kawan aku ni tak tuju dekat aku tapi aku 90% percaya, dia cakap tentang aku. Kawan aku sebenarnya macam nak kasi nasihat kat orang tapi maybe dia tersalah faham. Dia fikir kejadian hari tu seseorang sedang berdating dengan pakwenye dekat ____ (tempat aku duduk lepak untuk tunggu ayah aku sampai). Ada jugalah yang perasan and target dekat aku. Sedih memang sedih. Niat aku lain masa tu tapi dah disalah ertikan. Tapi sehari je lah marah tu. Hari seterusnya okey je. Aku pun dah maafkan kawan aku yang tersalah faham walaupun dia tak tahu. Huhu.. Kitaorang pun okey je sampai sekarang. Buat apa nak marah lama-lama kan? Hehe..
Sebenarnya, banyak lagi tapi aku malas nak ingat balik. Cukup je lah dua cerita tadi. Nanti menambahkan kesedihan aku je. Ramai orang duduk tanya kenapa aku pindah sekolah situ tapi aku jarang cakap benda yang sebenar-benarnya motif aku datang situ. Tapi sedihnya, ada juga yang fikir aku datang situ sebab nak menggatal. Astaghfirullah al azim. Aku bukan perempuan desperado. Nak nangis jap.. wuuuaaaa!!
Tapi semua ni dah mematangkan hidup kita. Benda ni menambahkan tahap kesabaran aku. Dunia yang baru aku pelajari aku sekarang, baru sikit je. Belum banyak lagi yang kita pelajari. Barulah aku faham betapa seksanya jadi artis bila kena gosip. ( tqah dah perasan jadi artis.. huhu ) Sejak tu, aku dah tak nak gosip-gosip pasal artis dah. Kalau korang pun jadi macam ni, jangan cepat melatah okey. Sabar je. Satu hari nanti, kebenaran akan terbongkar jua. Inilah ifat manusia yang susah kita hendak hindarkan. Apa-apa pun, kita cuma hanya mampu kuat untuk menanganinya. Mereka yang tabah, Insya-Allah diberkati oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Wassalam~
p/s : Don't worry. Aku dah maafkan semua orang. :)
0 0000 je berani komen:
Post a Comment