~Ada bentuk segitiga dan dalamnya seolah-olah ada mata~
Tapi cerita aku yang sebenar, bukanlah pasal bola bowling ni je tapi ketika perjalanan aku di kubu A'famosa. Ramai orang tahu bila dan siapa kubu ni dibina. Aku malaslah nak cerita pasal Sejarah ni. Nanti korang tidur pula.
Mula-mula, aku dengan famili aku berdiri dekat pintu gerbang dia je. Tapi sepanjang kat situ, aku asyik tengok dekat ukiran atas pintu gerbang kubu tu. Urm.. Apa yang sebenarnya aku nak cari? Tapi aku tak jumpa pape. Sampailah Angah minta ayah bawa kitaorang naik dekat tingkat atas kubu tu. Alamak! Kena naik tangga ke? Urm.. Pergi je lah..
Bila dah sampai aku nampak lah papan ukiran batu yang memang besar. Tapi aku tak faham apa yang benda tu merepek. Bahasa portugis kot.. Apa-apa je lah. Aku masa tu, melayan je adik aku yang giler kamera tu. Tengah aku jalan-jalan kat dalam kubu tu, terjumpa sesuatu yang agak mengejutkan. Aku tak pasti lah spekulasi aku nie betul ke tak. Tapi, aku rasa, macam betul.
~Lambang tengkorak ni ada kena-mengena dengan Illuminati~
~Rasanya kenal tak bentuk bintang tu? Yup! Lambang Israel!~
~Nampak tak apa yang aku nampak? Tu... Bermata satu..~
~Makhluk bermata satu lagi tetapi mempunyai matahari di atasnya yang dianggap Tuhan Matahari~
~Sekali lagi, makhluk bermata satu~
Cam scary gak bila aku jumpa benda-benda macam ni. Memang rasa tak sangka sangat! Tapi kalau ni sekadar kebetulan, tu Wallahualam lah.. Tapi kenapa ukiran tu juga yang mesti ada dekat ukiran batu nie? Kenapa bukan ukiran lain? Agaknya, penyebaran penyembahan kepada Da??al kat Malaysia ni dah wujud dari dulu ke? Semuanya hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya. Apa-apa pun, jangan cakap yang semua ni satu perkara yang betul ok! Aku cuma sekadar berkongsi pengalaman aku di kubu A'Famosa. Kalau korang tak percaya, pergilah tengok sendiri dekat sana.. Wassalam~
p/s : gambar-gambar dekat atas ni memang datang daripada pengambilan aku sendiri. No ciplak okey!
0 0000 je berani komen:
Post a Comment