~Assalamualaikum wbt~
~Sebelum aku start membebel tentang tajuk aku tu, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada hari ini. Akhirnya 12 Rabiulawal pun tiba dan ramailah pula yang bercuti hari ini. Banyak-banyakkan lah berselawat ke atas baginda dan keluarganya dan perbanyakkanlah amalan. Disebabkan hari yang mulia ini, aku pun nak bercerita juga tentang kasih sayang ibu bapa sebab Rasulullah saw sendiri pernah bersabda bahawa selain Allah swt dan diri baginda yang perlu disayangi dahulu ialah ibu, ibu, ibu, dan akhirnya bapa.
Pada malam Isnin lepas, aku tak tahu nak buat apa lagi selain online facebook. Aku pun bukalah channel Astro Oasis. Kebetulan 'Soal Ashraf' disiarkan. Aku pun memang dah lama nak tengok siaran dia. Kisahnya tentang kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya.
Diorang pergi menemu ramah seorang budak perempuan remaja ( yang aku rasa memang sengal sikit lah.. huhu ) tentang ibu bapanya. Inilah apa yang dikatakannya.
"Mak ayah saya selalu kongkong saya. Saya ni dah besar tapi diorang buat saya macam buat saya ni budak kecil. Kadang-kadang, saya rasa geram betul sampaikan rasa nak lari dari rumah je tapi mana saya nak pergi? Walaupun saya memang tak suka betul apa yang mak ayah saya suruh tapi saya terpaksa buat juga."
Biasalah.. Remaja.. (padahal budak tu lagi kecil dari aku.. hmph! perasan dah besar!) Selepas aku tengok sesi ceramah Ustaz Ashraf, aku pun terasa nak tidur. Masa tu, aku bermimpi tentang something. Sorry sebab tak dapat bagitau isi jalan cerita sebab bagi aku, tu mimpi buruk dan kita tak patut ek cerita tentang mimpi buruk. Ni pun expose sikit sebab nak bagi pengajaran dekat semua. Senang cerita, aku lebih nampak mak aku daripada ayah aku. Mak aku tak percayakan apa yang aku cakap dan tanpa ada perasaan aku telah melakukan sesuatu terhadap mak aku. Mak aku boleh buat derk je. So, aku berterusan buat benda sama sampailah aku terbangun. Memang aku mengaku, bila aku bangun je aku terasa marah sangat dekat mak aku. Tapi bila fikir balik, kalau benda camtu aku minta mak aku percaya, memang mak aku percaya 101%. Jadi, yakinlah aku yang sebenarnya iblis dan setan main-mainkan aku supaya rasa benci dekat mak aku. Mengong punya setan.. Huhu.. Nasib baik mak aku dah pergi sekolah..
Senang cerita, iblis dengan setan memang suka perdayakan kita supaya kita menderhaka dekat mak ayah kita. Jahat kan diorang? Derhaka kepada ibu bapa sebenarnya antara dosa besar ek. Nabi Muhammad saw pernah bersabda bahawa dosa yang paling besar di dunia ini ialah syirik kepada Allah swt, menderhaka kepada ibu bapa dan membuat sumpahan palsu. So? Tu kira dosa kedua terbesar tu.. Jangan derhaka dekat mak ayah ek. Kalau marah pun, senyum je. Senyum kan pengubat hati. Marah tu kan sifat setan..
Aku nak ulas balik dialog budak perempuan yang bajet besar tu.. Hehe.. Sebenarnya, ibu bapa bukan sengaja nak kongkong anak-anak dia. Diorang takut anak-anak dia rosak sebab apa-apa pun boleh berlaku. Macam contoh aku ni dulu. Mak ayah aku larang aku naik basikal dekat jalan besar tu tapi aku bega and naik juga. Akhirnya?? Jeng! Jeng! Jeng! Aku hampir nak kena langgar dekat selekoh. Nasib baik dapat elak. Kalau tak, hospital lah tempat aku.
Lagipun, ibu bapa sebenarnya tak nak kehilangan anak dia cepat sangat. Diorang rasa susah sangat nak lepaskan anak diorang. Yelah. Dari baby sampai ke besar, diorang jaga.. Mana sanggup berpisah. Contoh, korang dengan pakwe or awek korang ler.. Dia nak pergi ke Amerika lah contohnya nak sambung study. Of course lah korang merengek tak nak dia pergi. Macam tu lah ibu bapa. Ramai orang duduk heran kenapa aku tak masuk asrama. Sebab pertama, aku memang tak dapat tawaran (terasa kejap.. huhu). keduanya, memang boleh memohon tapi sebab ciankan parents aku, aku stay je lah. Lagipun, makanan kat asrama tak sedap! Huhu.. Makan je tau..
Most of all, marah tu tandanya sayang kan? Hehe.. Mak bebel-bebel sebab sayang. Ayah pun marah-marah sebab sayang. Okey.. Okey.. Aku mengaku yang aku pun pernah naik angin. Jahat tak aku? Jahat an.. :( Tapi, cepat-cepatlah berbaik okey. Aku ni kalau cool down kena masuk bilik dulu dalam sehari. Esoknya, cool lah. Tak payah marah lama-lama. Buruk muka. Mak ayah marah pun sebab sayang kita and nak jadikan kita orang. Kalau tak marah, nanti jadilah anak manja. Nak ke orang gelarkan korang anak manja??
Yang paling penting, sesiapa yang menderhaka dekat mak ayah dia so anak-anak dia akan buat benda sama. Korang mestilah tak faham kan sekarang ni macam mana sebab korang belum ada anak tapi nanti korang akan faham juga. Aku faham sikitlah sebab aku ada adik-adik. And kadang-kadang, adik aku ni bega. Rasa nak lempang je! Huhu. Dulu je okey aku buat, sekarang tak buat dah.. ( sebab dulu, aku pula kena lempang kat mak ayah aku.. sakit woo... )
Lagipun, mak ayah kan sayang korang sebab diri korang sendiri. Walaupun korang maybe buat salah kat diorang tapi diorang tetap sayang korang. Lain pula pakwe or awek korang. Diorang tahu ke korang buat salah kat parents korang? Korang berani ke nak bagitau? So, pakwe or awek korang tu belum sayang korang sepenuhnya lagi sebab tak kenal 101% pasal korang. Lagipun, parents korang kalau marah mesti cakap, "bertuah punya budak.." Jarang diorang akan sumpah seranah anak sendiri. Pakwe or awek korang ada cakap macam tu ke? So, sayanglah mak ayah dulu okey daripada sayang pakwe or awek korang tu. Tak payah pergi lari dengan diorang. Nak lari pun, lari dengan mak ayah.
Ni informasi yang aku dapat daripada siaran 'Soal Ashraf'. Ustaz cakap, "apabila seorang anak memeluk tubuh ibu bapanya maka gugurlah dosa mereka berdua satu demi satu." So, peluklah mak ayah setiap hari okey! Huhu.. Jangan peluk pakwe or awek korang tu. Bukannya gugurkan dosa tapi menambahkan dosa je tau! Ingatlah, bila korang dah buat mak ayah korang sedih so Allah swt sendiri akan murka dekat korang. So, jangan buat okey.. Ingat.. Bila korang tak jadi anak yang soleh atau solehah, so ayah dan mak korang sendiri akan terima padahnya juga di akhirat nanti. Janganlah kita menjadi beban ibu bapa kita bukan di dunia sahaja tetapi di akhirat juga.. Wassalam..
0 0000 je berani komen:
Post a Comment