~Tengah aku duduk syok sendiri main game, kawan aku pun minta aku tolong tengokkan kat satu video nie tentang 'Valentine's Day-Haram Dalam Islam~. Aku punya speaker rosak so aku tengok kat tempat lain. Okeylah.. Aku malas nak salin balik apa yang ustazah tu cakap tapi kalau korang rajin, tengok dekat video nie. http://www.malaysia-today.net/component/content/article/58-video/38008-valentines-day-haram-dalam-islam- ( warning! Tak payah duduk komen macam peng'komen'-komen tu.. Huhu.. )
Yang ni pula sejarah tentang Valentines. Aku tulis benda yang aku tahu je. Zaman dulu, Orang Rom ni buat pesta kuno sebelum kedatangan Islam dan Kristian. Pesta ni selalu diadakan 13-18Februari bagi upacara penyembahan dewi cinta Juno Februata. Pada malam pesta, gadis-gadis akan menulis nama mereka pada sehelai kertas dan semua kertas tersebut dikumpul di dalam satu botol. Yang laki-laki pula, ambil botol tu dan cabut undi. Sesiapa yang namanya terpilih, mereka akan 'ehem-ehem' selama setahun.
Seterusnya, tentang lelaki yang bernama St Valentine. Lelaki ni dahulunya, memperluaskan agama Kristian and of course, orang Kristian pasti agungkan dia sebagaimana kita agungkan dia seperti Nabi Muhammad saw. Tetapi St Valentine telah menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol, Cordova dan tak silap aku, mak aku pernah cerita, ramai orang Islam telah dibunuh. St Valentine telah dibunuh dan diseksa oleh raja Rom dan mati pada 14Februari.
Okey, cukup! Stop cerita pasal sejarah ni. Nanti korang boring! Kalau diikutkan berita sekarang ni dari dulu sampai sekarang, mesti ada couples-couples ni yang kena tangkap basah masa 14Februari. Entah apa yang nak dibanggakan sangat bagi harga diri kepada seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan! Fuh! Ayat! Lelaki yang berkenaan tu, tolong jangan terasa okey. Siapa makan cili, dia lah terasa pedasnya.
Kalau dulu, arak dihalalkan dalam Islam sebenarnya. Tapi apa yang membuatnya haram? Sebabnya, arak tu memabukkan dan telah menyebabkan satu perzinaan telah berlaku dan akhirnya Nabi Muhammad saw menerima wahyu daripada Allah swt agar mengharamkan arak. So? Apa yang aku nak sampaikan? Okey.. Allah akan mengharamkan sesuatu apabila ia membawa sesuatu keburukan dan menghalalkan sesuatu apabila ia membawa sesuatu kebaikan.
Apa kena mengena pula dengan Hari Valentine ni? Bagi kepercayaan orang Kristian zaman sekarang ni, Hari Valentine ni hanya memarakkan sebuah percintaan kepada orang tersayang. Seperti pendapat seorang ahli Kristian ini, "God is love. The basic. Love one another. There is a day to stop and ponder on this and it is called Valentine's Day. Love is expressed in a zillion ways. It is entirely up to the personality of individuals." Bagi ahli pendakwah yang orang zaman sekarang ni kata kuno lah semua tu, "Menyambut Hari Valentine adalah haram kerana ia telah membawa keburukan kepada para remaja yang berzina pada hari itu dan sambutan ini adalah sambutan mereka yang bukan Islam. Nabi Muhammad saw pernah bersabda, "barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia termasuk golongan mereka."
Disebabkan kebanyakan manusia yang menggunakan Hari Valentine ini untuk memuaskan nafsu masing-masing, maka diharamkan dalam Islam kerana membawa satu keburukan. Sedangkan Allah swt melarang hamba-Nya untuk mendekati zina dan Hari Valentine inilah yang menyebabkan perzinaan berlaku.
Mungkin korang cakap, tu haram, ni haram, semua benda pun haram, Islam cuma tahu haram je! Kenapa tak ban radio yang tunaikan permintaan orang untuk luahkan perasaan cinta diorang dekat radio? Kenapa tak ban kedai-kedai yang jual kad Valentine tu? Okey.. Okey.. Kalau kad tu cuma tulis, p/s : I'll always love you. Okey. That's fine. Tapi kalau kad tu tulis macam ni, "p/s : see me at in my house tonight if you love me. I love you." Apo lak tu? Kan dah jadi lain!
Perlukah kita kena ikut cara orang Barat meluahkan perasaan mereka? Manalah tahu kan, yang start arrangekan date Hari Valentine ni orang Illuminati yang cuba nak sesatkan orang Islam. Ataupun Iblis yang menyerupai seseorang bagi menyesatkan Islam selama berabad-abad lamanya? Wallahualam..
Lagipun, korang nak dengar cakap siapa? Nak dengar cakap ustaz, ustazah yang korang cakap kuno tapi hati bersih tu ke atau dengar cakap orang kafir yang kebanyakannya hati gelap? So, guys? It's your choice! Kalau nak bercinta pun, cintalah Allah swt dahulu. Kan special tu... Allah bagi kita luahkan rasa cinta kita setiap hari. Tak payah cakap kuat-kuat pun Allah tahu. Kalau dengan kekasih, kena ucap lagi lah. Kena beli kad lah. Buat kek lah. Kena buat special dinner lah. Habis duit je tau! Yang laki tu, baik guna duit beli kereta ke, motor ke, ps2 ke. Yang perempuan pula, guna duit beli baju ke, beg gucci ke, rantai emas berlian ke.. Baru lah best. Ni beli barang untuk orang lain.
Ayat yang selalu aku terfikir sampai sekarang...
Boy : Awaklah cinta sejati saya sampai mati.. Jangan tinggalkan saya. Saya sayang kat awak. Saya tak mampu lupakan awak. Saya tak mampu hidup tanpa awak..
Girl : Eh? Macam mana awak boleh hidup masa kita belum couple?
Wassalam~
0 0000 je berani komen:
Post a Comment