~Assalamualaikum wbt~
~Aku sebenarnya nak cakap sorry je sebab dah lama giler tak meng'update' blog ni. Bukannya apa. Busy + takde idea + takde mood + laptop masuk virus + guna laptop ayah = tak dapat nak update macam biasa. Memang aku agak busy dengan homework kelas komputer aku. Idea pula takde sebab aku dah lama tak mencari info baru dekat internet. Laptop aku diserang virus, entah siapa tuan punya virus tu. And sekarang, terpaksa guna laptop ayah untuk buat homework kelas komputer dan online walaupun IM takde! Geram!
Lagipun, aku lebih cuak dengan result SPM yang kemungkinan besar keluar tak lama lagi. Giler cuak wei! Disebabkan kecuakan aku ni, aku bertambah-tambah takde mood and idea nak update blog ni. ARGH! Aku menyesal giler sebab tak buat betul-betul untuk SPM. Kalau kat sekolah lama, memang takde sesiapa yang heran tapi sekarang? OMG! Hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Sekarang pula, aku still mencari kerja yang tak jauh sangat dari rumah aku. Agak segan lah nak tanya tapi kena lah kuat semangat kan. FY pun ada sekali tapi dia lucky sebab dah dapat. Aku ni? Huhu.. Panjang sangat ceritanya. Biar r aku, FY, FM dengan family aku je yang tau. Aku still berusaha dan membawa handphone ke mana sahaja. Ngee~ Kalau tak dapat juga, kerjalah aku kat KL lepas dapat lesen. Wuuaa!!
Dalam masa yang sama, aku tolong SK dalam nak jayakan program reunion batch form 5 2010. Huhu. Aku tolong je lah yang patut. Teringat pula macam mana ayah aku berusaha sedaya upaya untuk jalankan program reunion seluruh family. Aku nak ikut macam mana ayah aku buat. Harap-haraplah kitaorang berjaya. Insya-Allah. Doakan kitaorang okey! :)
FYI terutama kepada budak lelaki kat luar sana, sila jangan rujuk kat aku lagi ek kalau nak berkenalan dengan kawan-kawan perempuan aku yang hot lagi lawa tu. Haha! Aku tau, aku ramai kawan yang lawa-lawa and aku ni pula yang tersesat dalam group diorang. Ngee~ :P Tapi sebenarnya, aku dah naik boring nak hantarkan tu lah, jawab ni lah, tu lah, ni lah, macam-macam lah! Bosan! Dah bertahun-tahun jadi macam ni. Kalau korang lelaki sejati, usaha sendiri! Hahaha! Padan muka!
Sekadar nak bagi peringatan, kalau nak bercinta, kenal lah lama-lama ek. Jangan baru beberapa hari kenal, terus nak cinta dekat dia. Salah tu.. Nanti sendiri dapat malu. Ingat tu! Terutama dekat seseorang tu lah... Biar aku dengan FY je yang tahu siapa.. Hehe..
Most of all, lagi sekali aku ingatkan! Mulalah beramal! Mak aku cakap bila negara asia Barat ( Arab ) wujud kacau bilau contohnya macam sekarang ni, Mesir dengan Libya, maknanya tu dah tanda besar kiamat tau. And then, pulau chi chijima (xsure ejaan dia tapi sure dekat jepun ) telah alami tsunami yang besar. And kenapa aku kaitkan pulau tu dekat kiamat lak? Sebab dikatakan pulau tu tinggalkan Dajjal Al-Masihi. Mungkinkah rantai besi yang diikat pada Dajjal dah terputus? Wallahualam. So guys! Jangan kita berlengah lagi. Banyakkan beramal. Hafal 10 ayat surah Al-Kahfi sebab mengikut sunnah Rasulullah saw, Insya-Allah kita dapat hindari dari fitnah Dajjal. Wassalam~
0 0000 je berani komen:
Post a Comment