~Aku tiba-tiba tergerak hati nak bercerita pasal solat Tahajjud. Shamsul ada cadangkan aku tulis tentang jenis tudung and Farah pula cadangkan tulis tentang kartun Illustrator yang aku still buat. Dua-dua cerita memang menarik tapi entahlah.. Allah swt dah buka hati aku.. Nak buat macam mana kan.. Hehe.. :)
Setiap malam, bila jam tunjuk pukul 3pagi, aku akan rasa sebak sangat. Kenapa? Teringatkan pakwe tinggalkan aku waktu tu ke? Sori sikit.. Den takde pakwe.. Huhu.. Takkan korang tak tahu kot. Kan waktu ni paling afdal untuk menunaikan solat Tahajjud. Tapi disebabkan kemalasan aku + kesetanan aku + sahabat aku yang mengong, setan + tiba-tiba pula sakit kepala + ketagihan facebook = akhirnya aku meninggalkan kesempatan yang ada untuk dating dengan Allah.. Wuuuaaa!!! Jahat an aku? Boleh miss date camtu ke.. Wei, solat tu kira dating juga tau. Tapi yang ni tak payah jalan-jalan dengan habis duit nak belanja kekasih hati kita tu.
Korang tahu tak kenapa Allah swt mengharuskan kita menunaikan solat Tahajjud ni? Mesti leceh kan? Nak kena bangun lagi tengah-tengah pagi tu. Kena pula ambil air solat yang air dia tu sejuk. Kena solat lagi, tiba-tiba tertidur pula masa tengah sujud. Ish! Ish! Ish! Sebenarnya, takde leceh mana pun. Firman Allah swt :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Al-Isra’: 79)
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).”(Surah az-Zariyat ayat 15 hingga 18)
“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka.” (Surah as-Sajadah ayat 15 & 16)l
Sabda Rasulullah saw :
“Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka.”
Okey.. Maybe korang tak faham sangat bahasa jiwang ni. Tu lah.. Belajarlah bahasa jiwang lepas ni. Kenapa Rasulullah saw cakap macam tu? Takkan baginda saja-saja tak nak kita cukup tidur? Sebenarnya, pada waktu malam kira-kira pukul 3pagi, Allah swt telah memerintahkan para Malaikat untuk turun ke Bumi. Bayangkan je lah macam malam Lailatul Qadar cuma malam tu kan lebih banyak nikmat daripada malam biasa. Allah swt memerintahkan barangsiapa yang sanggup berjaga malam demi cintanya kepada Allah swt, maka segala hajat dan doanya akan dimakbulkan. Insya-Allah.. Bila solat didirikan pada waktu malam, maka manfaat dan pahalanya lebih banyak.
Memanglah penat nak bangun tengah-tengah pagi. Tu sebabnya Rasulullah saw tak mewajibkan solat ni. Tapi apa salahnya kan kalau kita tunaikan solat ni. Okey.. Aku nak cerita tentang satu pengalaman yang aku sendiri pernah kena. Pagi-pagi buta tu, aku tak boleh tidur jadi aku pun tunaikanlah solat wuduk dahulu, solat hajat dan tahajjud. Den tak riak ek.. Aku nak cerita pengalaman ni.
Memang solat aku macam biasa, takde nak menambahkan rakaat ke apa-apa. Tapi tiap kali aku sujud, aku terasa ada sesuatu kat atas kepala aku ni. Bukan atas kepala.. Macam apa ek.. Macam ada sesuatu dekat dengan aku dan terasa diri ni kecil sangat masa tu. Dalam masa sama, aku rasa tenang yang tak pernah aku rasa dan terasa betul-betul dekat dengan Allah swt seolah-olah Allah berada dekat sisi aku. Nikmat tu tak terkata. Dan bila aku aku solat, aku tak sabar betul nak sujud sebab nak terus rasakan kenikmatan tu. Bila aku tak solat, aku rasa rindu sangat dekat Allah. Terasa jauh walaupun dekat sebenarnya. Sedihnya tu lagi teruk dari putus cinta tau! Huhu..
Alar.. Korang.. Tak banyak pun rakaan solat Tahajjud tu.. Dua rakaat je. Sebut niat dengan betul, lepas tu solat macambiasa, macam solat Subuh tapi takde bacaan doa Qunut. Tak susah pun. And then, berdoalah banyak mana korang suka. Keputusan pasti tidak mengecewakan anda. Chewah! Hehe.. Tapi memang betul ek.. Dan paling penting, solat ni amat sesuai dekat junior-junior aku yang nak ambil periksa ni. So, guys! Cepat buat solat tahajjud! Walaupun memang penat nak bangun tapi best woo solat ni. Selamat beramal okey! Wassalam~
p/s : Bagi mereka yang nak tubuh badan yang sihat, jomlah solat Tahajjud. Udara pada waktu malam mampu menyihatkan tubuh badan kita yang bergerak ketika bersolat.
0 0000 je berani komen:
Post a Comment