Sunday, February 13, 2011

Siapa Lagi Handsome? Robert Pattinson atau Ashraf Muslim?

~Assalamualaikum wbt~


~Kalau diikutkan tajuk, of course hampir 98% memilih Robert Pattinson sebagai lelaki handsome. Ashraf Muslim pun memang agaknya awal-awal dah angka bendera putih. Kenapa aku pilih nama diorang dua sebagai tajuk aku ni? Sebabnya, Robert ni ramai peminat and handsome! Ashraf pula? Well, sebab aku minat dia.. Huhu.. Bukan minat sampai nak kahwin okey. Minat lakonan dia.

Selalunya, aku cerita pasal perempuan je kan? Hari ni, aku nak cerita pula soal lelaki. Kiranya, nasihat untuk para lelaki. Huhu. Sesiapa pun nak jadi macam Robert. Handsome. Kaya. Ramai perempuan yang tergila-gilakan dia. Tapi, angkat tangan siapa nak jadi macam ashraf muslim? Hmm..

Okey.. Okey.. Aku tak nak jadikan Ashraf Muslim sebagai role model lah sekarang ni. Nanti korang komen macam-macam. Aku pilih Nabi Muhammad saw sebagai role model kita. Yup! Awal-awal tu, aku pilih orang yang senang sikit korang ikut, tak nak kan? Aku ambil orang yang paling payah korang nak ikut. Padan muka! Siapa suruh tak nak angkat tangan? Hehe.. Bukannya susah. Nabi Muhammad saw antara lelaki yang paling baik dan soleh antara semua manusia. Mampukah korang nak menyaingi baginda? Wallahualam..

Setiap hari Jumaat, ayah akan buka siaran TV3 dan sebelum azan, ayah akan ready-ready. Bila dengar je azan Zuhur, ayah akan keluar dari bilik dengan kopiah kat atas kepala and dengan baju melayunya. Wuuaa! Handsomenya! Ayah siapalah tu.. Hehe.. Ayah pun terus chow ke Masjid. Disebabkan aku malas nak ambil remote control, aku pun tengok je lah khutbah ustaz tu. Memang hampir 99% aku tengok lelaki kat dalam masjid kat TV tu, semuanya handsome-handsome dengan kopiah, songkok dan baju melayu masing-masing. Aku tak cuci mata okey! Dah diorang pergi fokus dengan makmum tu. Aku nak buat macam mana.

Sebenarnya, lelaki yang handsome datang daripada kesucian hatinya dan kesopanan dalam pakaiannya. Sekarang ni, kalau pergi mana-mana, mesti nampak lelaki pakai seluar longgar-longgar sampai nampak kat dalam tu. Takpun, pakai seluar pendek atas paras lutut. Pakai singlet lah. Tindik kat telinga lah. Colour rambut gitu. Argh! Tak handsome lah wei! Macam selekeh! Aku tak faham kenapa lelaki zaman sekarang tak suka pakai baju Melayu padahal tu lah yang buatkan diorang bertambah handsome and macho. Jadi kepada budak-budak lelaki yang satu sekolah dengan aku dulu, jangan marah okey sebab suruh-suruh korang pakai baju melayu bila hari Jumaat. Aku nak buat korang handsome je. Tak salah kan? ( Cepat jumpa aku and cakap terima kasih! Sekarang! Huhu )

Yang tadi, aku cakap pasal kesopanan dalam pakaian. Macam mana dengan kesucian hati? Okey. Aku nak cerita tentang sorang kenalan aku ni. Nak kata kawan, tak juga sebab kitaorang tak pernah bertegur kecuali kirim salam maut. Hehe.. Dia start dulu okey. Jangan tanya kenapa. Pertama kali aku tengok dia, aku rasa gerun. Apasal dengan lelaki ni? Muka seram betul! Tapi aku tak faham kenapa orang kata dia tu handsome padahal aku rasa takde langsung! Mengerikan ada lah! Rupa-rupanya, dia ni dah buat beberapa perkara ( sorry tak boleh bagitau apa and nama demi nak jaga nama dia.. Kau baik belanja aku sebab aku kira baik ni.. hehe ) dan kemungkinan juga disebabkan tu, wajah dia tu macam takde keimanan. Benda tu betul atau tak, wallahualam. Tapi memang apa aku cuba sampaikan, muka dia macam takde iman. Dengan itu, dari pertama kali jumpa sampailah sekarang, aku still tetap dengan prinsip aku yang dia tak handsome! Asal lah awek dia tu boleh terpikat dengan dia? Pelik.. Pelik..

Aku nak bandingkan pula dengan kawan aku ni. Hah! Yang ni baru kawan aku.. Dia ni handsome lah juga. Urm.. Sebenarnya, tu orang kata tapi aku tak nampak juga. Hehe. Tapi bila first time nampak dia, aku memang suka tengok dia. Oit! Aku bukan suka dia okey walaupun dengan Chan, aku tipu yang aku suka dia. Hehehe.. Muka dia ada sebuah keimanan dan memang tampak suci. Dia cakap pun tak kasar dan lemah lembut. Eh? Bukan lelaki 'au' 'au' okey.. Tingkah lakunya yang sopan inilah yang buatkan ramai yang tertarik dengan dia dan lama-lama aku sendiri dah mula mengakui yang dia ni handsome. Oit! Aku still bukan suka dia okey! Kitaorang kawan aje!

Inilah sebenarnya kebenaran. Mereka yang hatinya dan luarannya bersih, dialah yang handsome. Bukan yang buat benda-benda tak sepatutnya and pakai baju selekeh! Eeeeiiiiii! Shuh! Shuh! Aku tak nak suami macam gitu! Tak handsome! :P Jadilah macam cousin-cousin aku. Dahlah handsome, baik, solat tak pernah tinggal, study pun tinggi-tinggi. Tapi sorry okey. They're taken by gadis-gadis solehah. Huhu..

Kepada lelaki yang cakap baju Melayu ni panaslah, susah nak ikat sampinglah.. Hah! Baru korang rasa seksaan kitaorang pakai baju kurung dengan tudung lagi! Tu pun, seksaan korang sikit je tau. Macam korang berhabis duit nak beli macam-macam aksesori untuk nak jadi handsome kononnya, baik beli baju Melayu yang memang betul-betul menampakkan korang handsome! FYI, mak aku cakap lelaki yang bertindik tu lelaki gay. Betul ke? BTW, aku percaya benda tu. Hehe.. Wassalam~



~Keimanan dalam hati + kesopanan = handsome~

~Raut wajah yang mampu memukau ramai wanita kecuali aku.. hehe~

p/s : Bagi perempuan, diaorang nampak tak lawa bila berbaju kurung padahal lelaki cakap lawa. Bagi lelaki, diaorang nampak tak macho bila berbaju melayu padahal perempuan cakap macho. So? You decide..

0 0000 je berani komen: