~Assalamualaikum wbt~
~Rasanya korang dah naik muak kot dengan tajuk aku ni.. Haih Tqah ni. Wanita bertudung lar.. Wanita tu lah.. Wanita ni lah.. Okey.. Okey.. Sebenarnya, aku nak kasi gimik je tajuk tu. Tapi memang ada kena-mengena dengan apa yang aku nak tulis ni.. Korang nampak kan gambar kat atas ni. Hah! Ni lah cerita tentang seorang lelaki Kristian yang jatuh cinta akan Islam dan mencintai seorang wanita Islam.
Aku nak bercerita tentang cerita benar dekat korang. Benda ni baru je berlaku malam tadi. Ceh! Macam cerita sensasi.. Huhu.. Adalah seorang kawan aku yang beragama Kristian. Dia ni suka berkawan dengan orang Islam. Masa dia masih sekolah rendah, kawan-kawan dia semuanya Islam. Bila waktu kokurikulum, dia kena duduk luar surau sebab nak tunggu kawan-kawan dia solat. Dia sendiri mengaku dekat aku yang dia rasa seronok bila tengok orang bersolat. Dia juga mengakui yang dia suka agama islam dan 'feel better' dengan Islam.
Okey.. Dia suka Islam.. Everyone gets it lah, Tqah oi.. Back to the topic. Eh? Belum back lagi.. Huhu.. Don't worry.. I will.. Ceritanya, kawan aku ni minta izin aku nak tanya soalan peribadi. Aku pun okey je lah. Perbualan kitaorang..
Dia : Awak ni takde boyfriend ke?
Aku : Dengan bangganya saya cakap NOPE! Tapi single tak semestinya tak laku okey. Hehe..
Dia : Owh.. Sebab kawan-kawan perempuan saya ni semua dah ada boyfriend.
Aku : Yeke? Siapa? Huhu.. Malaslah nak ada pakwe. Saya nak ada pakwe sebab nak kahwin, bukan nak seronok-seronok. Kalau setakat seronok and then nangis-nangis semua, buang masa je. Awak tu sendiri dah ada awek ke? ;)
Dia : On the process. Saya tengah cari awek Islam yang solehah dan baik hati.
So, guys! What do you think?? Jeng! Jeng! Jeng! Maksudnya, walaupun kawan aku ni beragama Kristian tapi hati dia ni terpikat dengan wanita Islam yang solehah. Siapa yang nak dengan kawan aku ni, jadilah baik and solehah okey.. Haha! Tapi jangan jadi hipokrit. And don't worry. Dia macam ada ciri-ciri untuk terima Islam suatu hari nanti. I'm still guiding him.. (bajet nie.. huhu)
Apa yang aku nak sampaikan.. Wanita solehah ni memang cantik sehingga dapat mencairkan hati setiap pemuda yang ada tidak kira Islam ataupun bukan Islam. Tapi manalah tahu kan, celah-celah kecil hati korang tu duduk pikir yang perempuan seksi ni selalu dapat laki-laki yang handsome! Yolah.. Udahler seksi. Kalau kaki tu cantik, takpe juga. Ni belum apa-apa dah nampak parut-marut kat kaki tu.. Tu okey lagi. Kalau berbulu lebat? (naik bulu roma aku.. hehe.. jangan terasa kk..)
Bukannya apa. Badan seksi sekarang. Tapi dah kahwin nanti, badan tu g0m0k gak sebab nak mengandung. Kalau pandai jaga badan, okeylah.. Kalau tak, buncitlah sampai ke cucu cicit. Handsome pun tak semestinya sampai ke tua handsome. Akan berkedut juga muka tu. Kalau cantik kat hati ni, sampai bila-bila pun cantik.
Sebenarnya, apa yang aku betul-betul nak sampaikan ialah jangan terasa rendah diri jika ingin menjadi seorang wanita yang solehah. Kalau korang tanya mana-mana lelaki pun, mesti dia nak isteri yang baik. Contohnya paling terbaik, cerita 'Khurafat'. Kawan aku ni sendiri pun dah tertarik dekat wanita solehah. Tengok! The power of a Muslim girl! Jeng! Jeng! Jeng! Wahai gadis Islam sekalian, ingatlah bahawa kita sebenar memang cantik walaupun bukan cantik di luaran. Tapi lagi cantik apabila kita menjadi hamba yang solehah. Ingatlah, secantik perhiasan di dunia ini ialah wanita yang solehah. Wassalam~
p/s : Semoga Allah swt menemukan kawanku itu dengan seorang wanita Islam yang solehah yang mampu membimbingnya ke arah jalan yang benar. Amin.
0 0000 je berani komen:
Post a Comment