Monday, February 28, 2011

Just Nak Inform Je

~Assalamualaikum wbt~

~Okey.. Aku cuma nak inform pe patut je. Aku memang dah ada mood nak update new post tapi petang ni aku ada hal lak! Guess what? Cepat teka! Cepat teka! Tiit! Lambat! Huhu.. Aku dah dapat kerja! Hehehehe.. Alhamdulillah. Akhirnya, doaku termakbul.

Aku baru je semalam balik dari Port Dickson. Macam-macam benda yang berlaku kat sana and aku akan cerita semuanya kat korang. Tapi maybe lambat sikit kot. Kejap lagi kena pergi kerja and then, malam ada kelas English. Esok aku habiskan masa nak buat kartun. Rabu pula, pagi ada kelas komputer, petang maybe kerja kot, malam ada kelas English lagi. Maybe khamis petang aku free kalau keje aku malam.

And of course, gambar header kat atas tu.. Kadang-kadang aku nampak tangan aku cam pegang tangan 'A' tapi tak tahulah kan. FYI, aku tak pegang tangan dia okey! Tangan kiri aku kat belakang badan aku. Kitaorang bukan muhrim. Takkan nak pegang-pegang? Huhu.. Apa-apa pun, lawa tak header tu? Ngee~ Penat tau edit.. :P

Sorry sebab dah lama tak update. Really busy nowadays. Badan pun sakit-sakit lagi ni. Tapi aku akan try my best untuk terus meng'update'. Teruskan membaca blog nUr kaSiH okey! Wassalam~

Friday, February 25, 2011

May I Have Your Attention?

~Assalamualaikum wbt~
~Aku sebenarnya nak cakap sorry je sebab dah lama giler tak meng'update' blog ni. Bukannya apa. Busy + takde idea + takde mood + laptop masuk virus + guna laptop ayah = tak dapat nak update macam biasa. Memang aku agak busy dengan homework kelas komputer aku. Idea pula takde sebab aku dah lama tak mencari info baru dekat internet. Laptop aku diserang virus, entah siapa tuan punya virus tu. And sekarang, terpaksa guna laptop ayah untuk buat homework kelas komputer dan online walaupun IM takde! Geram!
Lagipun, aku lebih cuak dengan result SPM yang kemungkinan besar keluar tak lama lagi. Giler cuak wei! Disebabkan kecuakan aku ni, aku bertambah-tambah takde mood and idea nak update blog ni. ARGH! Aku menyesal giler sebab tak buat betul-betul untuk SPM. Kalau kat sekolah lama, memang takde sesiapa yang heran tapi sekarang? OMG! Hanya Allah sahaja yang mengetahui.
Sekarang pula, aku still mencari kerja yang tak jauh sangat dari rumah aku. Agak segan lah nak tanya tapi kena lah kuat semangat kan. FY pun ada sekali tapi dia lucky sebab dah dapat. Aku ni? Huhu.. Panjang sangat ceritanya. Biar r aku, FY, FM dengan family aku je yang tau. Aku still berusaha dan membawa handphone ke mana sahaja. Ngee~ Kalau tak dapat juga, kerjalah aku kat KL lepas dapat lesen. Wuuaa!!
Dalam masa yang sama, aku tolong SK dalam nak jayakan program reunion batch form 5 2010. Huhu. Aku tolong je lah yang patut. Teringat pula macam mana ayah aku berusaha sedaya upaya untuk jalankan program reunion seluruh family. Aku nak ikut macam mana ayah aku buat. Harap-haraplah kitaorang berjaya. Insya-Allah. Doakan kitaorang okey! :)
FYI terutama kepada budak lelaki kat luar sana, sila jangan rujuk kat aku lagi ek kalau nak berkenalan dengan kawan-kawan perempuan aku yang hot lagi lawa tu. Haha! Aku tau, aku ramai kawan yang lawa-lawa and aku ni pula yang tersesat dalam group diorang. Ngee~ :P Tapi sebenarnya, aku dah naik boring nak hantarkan tu lah, jawab ni lah, tu lah, ni lah, macam-macam lah! Bosan! Dah bertahun-tahun jadi macam ni. Kalau korang lelaki sejati, usaha sendiri! Hahaha! Padan muka!
Sekadar nak bagi peringatan, kalau nak bercinta, kenal lah lama-lama ek. Jangan baru beberapa hari kenal, terus nak cinta dekat dia. Salah tu.. Nanti sendiri dapat malu. Ingat tu! Terutama dekat seseorang tu lah... Biar aku dengan FY je yang tahu siapa.. Hehe..
Most of all, lagi sekali aku ingatkan! Mulalah beramal! Mak aku cakap bila negara asia Barat ( Arab ) wujud kacau bilau contohnya macam sekarang ni, Mesir dengan Libya, maknanya tu dah tanda besar kiamat tau. And then, pulau chi chijima (xsure ejaan dia tapi sure dekat jepun ) telah alami tsunami yang besar. And kenapa aku kaitkan pulau tu dekat kiamat lak? Sebab dikatakan pulau tu tinggalkan Dajjal Al-Masihi. Mungkinkah rantai besi yang diikat pada Dajjal dah terputus? Wallahualam. So guys! Jangan kita berlengah lagi. Banyakkan beramal. Hafal 10 ayat surah Al-Kahfi sebab mengikut sunnah Rasulullah saw, Insya-Allah kita dapat hindari dari fitnah Dajjal. Wassalam~

Friday, February 18, 2011

Perlu Ke Duduk Dalam Group Je?

~Assalamualaikum wbt~


~Sebenarnya, aku tak tahu nak kasi tajuk yang mengancam sikit tapi memang takde idea. Huhu.. Selalu kalau kita pergi tempat baru, kita tak kenal sesiapa dekat sekeliling kita. Kalau kita ni friendly, of course tak sampai sehari, mesti dah boleh dapat kawan. Kalau kita jenis pendiam??

Aku nak cerita tentang satu keistimewaan kat satu sekolah aku ni. Sorry sebab tak dapat bagitahu sekolah mana tapi aku cuma boleh cakap sekolah tu tempat aku study masa aku form 4 and 5. Aku rahsiakan ada lah sebabnya. Sorry okey. Fikir positif! Benda ni pun memang Mak aku sendiri akui. Apa yang paling aku suka tentang sekolah ni, pelajar-pelajar dia memang friendly sangat. Baru je seminggu dekat situ, aku dah berbaik dengan semua orang. Kalau dekat luar pun, diorang friendly. Macam sekali ada program dengan SASER, kitaorang semua okey sangat dengan pelajar sekolah lain. Aku pun tak rasa kekok sangat bila dengan diorang tapi aku belum dapat lagi nak improvekan diri macam diorang.

Okey.. Itu pasal pelajar sekolah aku. Aku nak cerita pasal kisah aku ni pula. Disebabkan aku ni kurang cakap dengan orang yang aku tak kenal, aku ni kadang-kadang, sendiri-sendiri je. Bukannya aku sombong tapi kebanyakan orang, diorang pergi tempat tu macam contoh tuisyen, mesti pergi dengan kawan-kawan. So, diorang akan pergi dengan group diorang and susah sangat nak bercampur dengan orang lain. Macam contoh dekat Kelas Komputer aku ni. Aku pergi sini pun memang sorang-sorang. Yang perempuan dalam kelas aku, diorang pergi dengan member-member and stick dengan member diorang ni. Aku? Terpinggir lah.. Huhu.. Tapi ada beberapa lelaki, okey lah dengan aku. Tapi takkan aku nak duduk and lepak dengan dorang kan? Mesti orang fikir lain.

Memang kalau perlu, aku akan cakap dengan diorang. Tapi diorang tetap juga dengan member diorang. Maybe dorang ingat aku sombong ke.. Atau diorang tak nak aku join diorang ke, aku pun tak sure. Hari ni, masa kelas komputer, ada seorang pelajar baru. Dia duduk sebelah aku. Dia tak tahu apa-apa pasal Illustrator jadi aku tolong. Kitaorang pun bercakap-cakap. Nasib dia baik sebab duduk sebelah aku. Itupun, aku baik sebab nak tolong dia. Aku bagi dia pinjam nota Illustrator lah semua. Dia tu pelajar India. Budak perempuan India yang lain tak join dia pun. Kesian aku tengok.

Sepatutnya, kita tak boleh lah buat macam tu ek. Jangan abaikan orang. Bukan aku cakap macam ni supaya kasihankan orang macam aku ni. Tak salah kan kalau ada kawan baru. Macam aku kat sekolah lama dulu. Ada seorang pelajar ni sorang-sorang je. Memang kesian sangat dengan dia. Jadi, kalau nak buat group, aku akan ajak dia. Bukan aku nak cakap aku ni baik. Aku pun bukan baik sangat. Tapi tak salah kan kalau berbaik dengan orang lain? Mungkin dia bukan sombong tapi sebenarnya pemalu untuk start berkenalan.

Lagipun, orang yang korang anggap best friend forever tu tak semestinya akan terus bertahan dengan korang. Maybe orang yang korang nampak diam and sorang-sorang tu, jauh lebih baik daripada kawan korang tu. So, guys. Janganlah pinggirkan orang macam kitaorang nie okey. Kalau nampak orang tu diam, apa salahnya jadi friendly. Maybe deep down dia pun friendly juga. Budi bahasa kan amalan kita. Ada kena-mengena ke? Apa-apa je lah.. Hehe.. Wassalam~

Bila Yang Di Depan Mata Bukan Yang Sebenarnya

~Assalamualaikum wbt~
~Apa korang rasa bila orang cakap-cakap benda yang korang tak buat tapi diorang berani sumpah sebab nampak korang buat benda tu? Mesti korang naik menyampah kan? Huhu.. Baiklah. Sekarang, aku nak cerita serba sikit tentang kisah aku dulu.
Bila dah jadi anak cikgu kat sekolah yang mak korang ajar, memang orang suka pandang dari macam-macam aspek. Aku pun tak paham kenapa. Aku rasa kitaorang ni macam manusia biasa juga. Takdelah macam bentuk alien ke apa kan? Tapi yang paling aku tak faham, kenapalah benda kecil pun nak dihebohkan? PALING PENTING! Kenapa bila nampak benda negatif je, terus nak cerita kat satu dunia?
Ada lah satu cerita ni.. Tengah aku sibuk mengajar kawan aku Matematik, datang sorang lagi kawan aku ni. Dia pun tanya dekat aku yang sorang hamba Allah ni pakwe aku ke. Aku punya terkejut besar. Beberapa kali aku ulang cakap WHAT?? Marah memang marah. Dia cakap memang ramai dah cakap and ada lah orang tu yang pergi heboh-hebohkan. Tu baru sikit. Tanpa disangka-sangka, aku pernah kena tempias dekat seseorang ni. Yang seseorang tu, bukanlah orang biasa tetapi seseorang yang aku hormat. Yang paling kasihan, mak aku kena tempias sekali. Oh yes, aku memang rapat dengan hamba Allah yang orang pikir pakwe aku tu. Tapi, aku tak kapel pun demi aku and family aku. Inilah orang zaman sekarang. Nampak je benda tu tanpa tanya, terus dah buat kesimpulan. Astaghfirullah al azim...
Hampir setahun, memang aku selalu kena tempias. Daripada sibuk cerita pasal aku, lebih baik sibuk cerita pasal studies ke. Berbaloi lah juga. Aku nak cerita satu lagi pengalaman aku yang paling aku ingat sampai saat ni. Sedih, marah, semuanya dah bercampur. Tapi aku tak marah sangatlah dengan someone tu.
Kalau balik, aku mesti tunggu dekat satu spot. Hari tu, mak aku tak dapat nak ambil adik-adik aku dari sekolah sebab mesyuarat. Ayah aku pun ambil lah adik-adik aku dulu dan baru lah jemput aku dari sekolah. Memang kalau nak tunggu, memang lama. Kena tunggu dalam 1jam, baru lah ayah aku akan sampai. Sedang aku tunggu ayah aku, datanglah sorang kawan aku ni. Dia cakap petang tu, diorang ada kelas tambahan. Okey, I'm fine with that. Tapi yang aku tak fine bila dia nak lepak dengan aku sampai kelas dia start. Urm.. Okey.. Jauhkan sikit dari dia. Nasib baik pak guard ada. Kebetulan, masa aku tengah tunggu sambil borak-borak dengan kawan aku tu, datang seorang hamba Allah. Maybe dia pun ada kelas tambahan juga. Dah nak dekat 3.30petang, kawan aku pun naik ke atas untuk kelas tambahan ( tak sure lah betul ke da pergi kelas tambahan.. fikir positif je lah..). Kebetulan, waktu yang sama, ayah aku pun sampai. Memang ayah aku kenal kawan aku tu. Kalau aku lambat balik, selalu juga dia temankan. Memang patut kan aku kena gosip dengan dia? Hmph! Dia yang volunteer. Aku nak buat macam mana.
Ops! Cerita tak habis lagi! Huhu.. Aku tak boleh cerita secara terperinci ek kejadian seterusnya sebab tak nak orang fikir lain kat orang tu. Dia pun kawan aku juga. Memang kawan aku ni tak tuju dekat aku tapi aku 90% percaya, dia cakap tentang aku. Kawan aku sebenarnya macam nak kasi nasihat kat orang tapi maybe dia tersalah faham. Dia fikir kejadian hari tu seseorang sedang berdating dengan pakwenye dekat ____ (tempat aku duduk lepak untuk tunggu ayah aku sampai). Ada jugalah yang perasan and target dekat aku. Sedih memang sedih. Niat aku lain masa tu tapi dah disalah ertikan. Tapi sehari je lah marah tu. Hari seterusnya okey je. Aku pun dah maafkan kawan aku yang tersalah faham walaupun dia tak tahu. Huhu.. Kitaorang pun okey je sampai sekarang. Buat apa nak marah lama-lama kan? Hehe..
Sebenarnya, banyak lagi tapi aku malas nak ingat balik. Cukup je lah dua cerita tadi. Nanti menambahkan kesedihan aku je. Ramai orang duduk tanya kenapa aku pindah sekolah situ tapi aku jarang cakap benda yang sebenar-benarnya motif aku datang situ. Tapi sedihnya, ada juga yang fikir aku datang situ sebab nak menggatal. Astaghfirullah al azim. Aku bukan perempuan desperado. Nak nangis jap.. wuuuaaaa!!
Tapi semua ni dah mematangkan hidup kita. Benda ni menambahkan tahap kesabaran aku. Dunia yang baru aku pelajari aku sekarang, baru sikit je. Belum banyak lagi yang kita pelajari. Barulah aku faham betapa seksanya jadi artis bila kena gosip. ( tqah dah perasan jadi artis.. huhu ) Sejak tu, aku dah tak nak gosip-gosip pasal artis dah. Kalau korang pun jadi macam ni, jangan cepat melatah okey. Sabar je. Satu hari nanti, kebenaran akan terbongkar jua. Inilah ifat manusia yang susah kita hendak hindarkan. Apa-apa pun, kita cuma hanya mampu kuat untuk menanganinya. Mereka yang tabah, Insya-Allah diberkati oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Wassalam~
p/s : Don't worry. Aku dah maafkan semua orang. :)

Wednesday, February 16, 2011

Wei, Korang! Jom Solat Tahajjud!

~Assalamualaikum wbt~


~Aku tiba-tiba tergerak hati nak bercerita pasal solat Tahajjud. Shamsul ada cadangkan aku tulis tentang jenis tudung and Farah pula cadangkan tulis tentang kartun Illustrator yang aku still buat. Dua-dua cerita memang menarik tapi entahlah.. Allah swt dah buka hati aku.. Nak buat macam mana kan.. Hehe.. :)

Setiap malam, bila jam tunjuk pukul 3pagi, aku akan rasa sebak sangat. Kenapa? Teringatkan pakwe tinggalkan aku waktu tu ke? Sori sikit.. Den takde pakwe.. Huhu.. Takkan korang tak tahu kot. Kan waktu ni paling afdal untuk menunaikan solat Tahajjud. Tapi disebabkan kemalasan aku + kesetanan aku + sahabat aku yang mengong, setan + tiba-tiba pula sakit kepala + ketagihan facebook = akhirnya aku meninggalkan kesempatan yang ada untuk dating dengan Allah.. Wuuuaaa!!! Jahat an aku? Boleh miss date camtu ke.. Wei, solat tu kira dating juga tau. Tapi yang ni tak payah jalan-jalan dengan habis duit nak belanja kekasih hati kita tu.

Korang tahu tak kenapa Allah swt mengharuskan kita menunaikan solat Tahajjud ni? Mesti leceh kan? Nak kena bangun lagi tengah-tengah pagi tu. Kena pula ambil air solat yang air dia tu sejuk. Kena solat lagi, tiba-tiba tertidur pula masa tengah sujud. Ish! Ish! Ish! Sebenarnya, takde leceh mana pun. Firman Allah swt :

Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Al-Isra’: 79)


“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).”(Surah az-Zariyat ayat 15 hingga 18)


“Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka merenggangkan diri daripada tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepada mereka.” (Surah as-Sajadah ayat 15 & 16)l

Sabda Rasulullah saw :

“Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka.”

Okey.. Maybe korang tak faham sangat bahasa jiwang ni. Tu lah.. Belajarlah bahasa jiwang lepas ni. Kenapa Rasulullah saw cakap macam tu? Takkan baginda saja-saja tak nak kita cukup tidur? Sebenarnya, pada waktu malam kira-kira pukul 3pagi, Allah swt telah memerintahkan para Malaikat untuk turun ke Bumi. Bayangkan je lah macam malam Lailatul Qadar cuma malam tu kan lebih banyak nikmat daripada malam biasa. Allah swt memerintahkan barangsiapa yang sanggup berjaga malam demi cintanya kepada Allah swt, maka segala hajat dan doanya akan dimakbulkan. Insya-Allah.. Bila solat didirikan pada waktu malam, maka manfaat dan pahalanya lebih banyak.

Memanglah penat nak bangun tengah-tengah pagi. Tu sebabnya Rasulullah saw tak mewajibkan solat ni. Tapi apa salahnya kan kalau kita tunaikan solat ni. Okey.. Aku nak cerita tentang satu pengalaman yang aku sendiri pernah kena. Pagi-pagi buta tu, aku tak boleh tidur jadi aku pun tunaikanlah solat wuduk dahulu, solat hajat dan tahajjud. Den tak riak ek.. Aku nak cerita pengalaman ni.

Memang solat aku macam biasa, takde nak menambahkan rakaat ke apa-apa. Tapi tiap kali aku sujud, aku terasa ada sesuatu kat atas kepala aku ni. Bukan atas kepala.. Macam apa ek.. Macam ada sesuatu dekat dengan aku dan terasa diri ni kecil sangat masa tu. Dalam masa sama, aku rasa tenang yang tak pernah aku rasa dan terasa betul-betul dekat dengan Allah swt seolah-olah Allah berada dekat sisi aku. Nikmat tu tak terkata. Dan bila aku aku solat, aku tak sabar betul nak sujud sebab nak terus rasakan kenikmatan tu. Bila aku tak solat, aku rasa rindu sangat dekat Allah. Terasa jauh walaupun dekat sebenarnya. Sedihnya tu lagi teruk dari putus cinta tau! Huhu..

Alar.. Korang.. Tak banyak pun rakaan solat Tahajjud tu.. Dua rakaat je. Sebut niat dengan betul, lepas tu solat macambiasa, macam solat Subuh tapi takde bacaan doa Qunut. Tak susah pun. And then, berdoalah banyak mana korang suka. Keputusan pasti tidak mengecewakan anda. Chewah! Hehe.. Tapi memang betul ek.. Dan paling penting, solat ni amat sesuai dekat junior-junior aku yang nak ambil periksa ni. So, guys! Cepat buat solat tahajjud! Walaupun memang penat nak bangun tapi best woo solat ni. Selamat beramal okey! Wassalam~

p/s : Bagi mereka yang nak tubuh badan yang sihat, jomlah solat Tahajjud. Udara pada waktu malam mampu menyihatkan tubuh badan kita yang bergerak ketika bersolat.

Tuesday, February 15, 2011

Sayangilah Ibu Bapa

~Assalamualaikum wbt~





~Sebelum aku start membebel tentang tajuk aku tu, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul pada hari ini. Akhirnya 12 Rabiulawal pun tiba dan ramailah pula yang bercuti hari ini. Banyak-banyakkan lah berselawat ke atas baginda dan keluarganya dan perbanyakkanlah amalan. Disebabkan hari yang mulia ini, aku pun nak bercerita juga tentang kasih sayang ibu bapa sebab Rasulullah saw sendiri pernah bersabda bahawa selain Allah swt dan diri baginda yang perlu disayangi dahulu ialah ibu, ibu, ibu, dan akhirnya bapa.

Pada malam Isnin lepas, aku tak tahu nak buat apa lagi selain online facebook. Aku pun bukalah channel Astro Oasis. Kebetulan 'Soal Ashraf' disiarkan. Aku pun memang dah lama nak tengok siaran dia. Kisahnya tentang kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya.
Diorang pergi menemu ramah seorang budak perempuan remaja ( yang aku rasa memang sengal sikit lah.. huhu ) tentang ibu bapanya. Inilah apa yang dikatakannya.
"Mak ayah saya selalu kongkong saya. Saya ni dah besar tapi diorang buat saya macam buat saya ni budak kecil. Kadang-kadang, saya rasa geram betul sampaikan rasa nak lari dari rumah je tapi mana saya nak pergi? Walaupun saya memang tak suka betul apa yang mak ayah saya suruh tapi saya terpaksa buat juga."
Biasalah.. Remaja.. (padahal budak tu lagi kecil dari aku.. hmph! perasan dah besar!) Selepas aku tengok sesi ceramah Ustaz Ashraf, aku pun terasa nak tidur. Masa tu, aku bermimpi tentang something. Sorry sebab tak dapat bagitau isi jalan cerita sebab bagi aku, tu mimpi buruk dan kita tak patut ek cerita tentang mimpi buruk. Ni pun expose sikit sebab nak bagi pengajaran dekat semua. Senang cerita, aku lebih nampak mak aku daripada ayah aku. Mak aku tak percayakan apa yang aku cakap dan tanpa ada perasaan aku telah melakukan sesuatu terhadap mak aku. Mak aku boleh buat derk je. So, aku berterusan buat benda sama sampailah aku terbangun. Memang aku mengaku, bila aku bangun je aku terasa marah sangat dekat mak aku. Tapi bila fikir balik, kalau benda camtu aku minta mak aku percaya, memang mak aku percaya 101%. Jadi, yakinlah aku yang sebenarnya iblis dan setan main-mainkan aku supaya rasa benci dekat mak aku. Mengong punya setan.. Huhu.. Nasib baik mak aku dah pergi sekolah..
Senang cerita, iblis dengan setan memang suka perdayakan kita supaya kita menderhaka dekat mak ayah kita. Jahat kan diorang? Derhaka kepada ibu bapa sebenarnya antara dosa besar ek. Nabi Muhammad saw pernah bersabda bahawa dosa yang paling besar di dunia ini ialah syirik kepada Allah swt, menderhaka kepada ibu bapa dan membuat sumpahan palsu. So? Tu kira dosa kedua terbesar tu.. Jangan derhaka dekat mak ayah ek. Kalau marah pun, senyum je. Senyum kan pengubat hati. Marah tu kan sifat setan..
Aku nak ulas balik dialog budak perempuan yang bajet besar tu.. Hehe.. Sebenarnya, ibu bapa bukan sengaja nak kongkong anak-anak dia. Diorang takut anak-anak dia rosak sebab apa-apa pun boleh berlaku. Macam contoh aku ni dulu. Mak ayah aku larang aku naik basikal dekat jalan besar tu tapi aku bega and naik juga. Akhirnya?? Jeng! Jeng! Jeng! Aku hampir nak kena langgar dekat selekoh. Nasib baik dapat elak. Kalau tak, hospital lah tempat aku.
Lagipun, ibu bapa sebenarnya tak nak kehilangan anak dia cepat sangat. Diorang rasa susah sangat nak lepaskan anak diorang. Yelah. Dari baby sampai ke besar, diorang jaga.. Mana sanggup berpisah. Contoh, korang dengan pakwe or awek korang ler.. Dia nak pergi ke Amerika lah contohnya nak sambung study. Of course lah korang merengek tak nak dia pergi. Macam tu lah ibu bapa. Ramai orang duduk heran kenapa aku tak masuk asrama. Sebab pertama, aku memang tak dapat tawaran (terasa kejap.. huhu). keduanya, memang boleh memohon tapi sebab ciankan parents aku, aku stay je lah. Lagipun, makanan kat asrama tak sedap! Huhu.. Makan je tau..
Most of all, marah tu tandanya sayang kan? Hehe.. Mak bebel-bebel sebab sayang. Ayah pun marah-marah sebab sayang. Okey.. Okey.. Aku mengaku yang aku pun pernah naik angin. Jahat tak aku? Jahat an.. :( Tapi, cepat-cepatlah berbaik okey. Aku ni kalau cool down kena masuk bilik dulu dalam sehari. Esoknya, cool lah. Tak payah marah lama-lama. Buruk muka. Mak ayah marah pun sebab sayang kita and nak jadikan kita orang. Kalau tak marah, nanti jadilah anak manja. Nak ke orang gelarkan korang anak manja??
Yang paling penting, sesiapa yang menderhaka dekat mak ayah dia so anak-anak dia akan buat benda sama. Korang mestilah tak faham kan sekarang ni macam mana sebab korang belum ada anak tapi nanti korang akan faham juga. Aku faham sikitlah sebab aku ada adik-adik. And kadang-kadang, adik aku ni bega. Rasa nak lempang je! Huhu. Dulu je okey aku buat, sekarang tak buat dah.. ( sebab dulu, aku pula kena lempang kat mak ayah aku.. sakit woo... )

Lagipun, mak ayah kan sayang korang sebab diri korang sendiri. Walaupun korang maybe buat salah kat diorang tapi diorang tetap sayang korang. Lain pula pakwe or awek korang. Diorang tahu ke korang buat salah kat parents korang? Korang berani ke nak bagitau? So, pakwe or awek korang tu belum sayang korang sepenuhnya lagi sebab tak kenal 101% pasal korang. Lagipun, parents korang kalau marah mesti cakap, "bertuah punya budak.." Jarang diorang akan sumpah seranah anak sendiri. Pakwe or awek korang ada cakap macam tu ke? So, sayanglah mak ayah dulu okey daripada sayang pakwe or awek korang tu. Tak payah pergi lari dengan diorang. Nak lari pun, lari dengan mak ayah.
Ni informasi yang aku dapat daripada siaran 'Soal Ashraf'. Ustaz cakap, "apabila seorang anak memeluk tubuh ibu bapanya maka gugurlah dosa mereka berdua satu demi satu." So, peluklah mak ayah setiap hari okey! Huhu.. Jangan peluk pakwe or awek korang tu. Bukannya gugurkan dosa tapi menambahkan dosa je tau! Ingatlah, bila korang dah buat mak ayah korang sedih so Allah swt sendiri akan murka dekat korang. So, jangan buat okey.. Ingat.. Bila korang tak jadi anak yang soleh atau solehah, so ayah dan mak korang sendiri akan terima padahnya juga di akhirat nanti. Janganlah kita menjadi beban ibu bapa kita bukan di dunia sahaja tetapi di akhirat juga.. Wassalam..

Sunday, February 13, 2011

Siapa Lagi Handsome? Robert Pattinson atau Ashraf Muslim?

~Assalamualaikum wbt~


~Kalau diikutkan tajuk, of course hampir 98% memilih Robert Pattinson sebagai lelaki handsome. Ashraf Muslim pun memang agaknya awal-awal dah angka bendera putih. Kenapa aku pilih nama diorang dua sebagai tajuk aku ni? Sebabnya, Robert ni ramai peminat and handsome! Ashraf pula? Well, sebab aku minat dia.. Huhu.. Bukan minat sampai nak kahwin okey. Minat lakonan dia.

Selalunya, aku cerita pasal perempuan je kan? Hari ni, aku nak cerita pula soal lelaki. Kiranya, nasihat untuk para lelaki. Huhu. Sesiapa pun nak jadi macam Robert. Handsome. Kaya. Ramai perempuan yang tergila-gilakan dia. Tapi, angkat tangan siapa nak jadi macam ashraf muslim? Hmm..

Okey.. Okey.. Aku tak nak jadikan Ashraf Muslim sebagai role model lah sekarang ni. Nanti korang komen macam-macam. Aku pilih Nabi Muhammad saw sebagai role model kita. Yup! Awal-awal tu, aku pilih orang yang senang sikit korang ikut, tak nak kan? Aku ambil orang yang paling payah korang nak ikut. Padan muka! Siapa suruh tak nak angkat tangan? Hehe.. Bukannya susah. Nabi Muhammad saw antara lelaki yang paling baik dan soleh antara semua manusia. Mampukah korang nak menyaingi baginda? Wallahualam..

Setiap hari Jumaat, ayah akan buka siaran TV3 dan sebelum azan, ayah akan ready-ready. Bila dengar je azan Zuhur, ayah akan keluar dari bilik dengan kopiah kat atas kepala and dengan baju melayunya. Wuuaa! Handsomenya! Ayah siapalah tu.. Hehe.. Ayah pun terus chow ke Masjid. Disebabkan aku malas nak ambil remote control, aku pun tengok je lah khutbah ustaz tu. Memang hampir 99% aku tengok lelaki kat dalam masjid kat TV tu, semuanya handsome-handsome dengan kopiah, songkok dan baju melayu masing-masing. Aku tak cuci mata okey! Dah diorang pergi fokus dengan makmum tu. Aku nak buat macam mana.

Sebenarnya, lelaki yang handsome datang daripada kesucian hatinya dan kesopanan dalam pakaiannya. Sekarang ni, kalau pergi mana-mana, mesti nampak lelaki pakai seluar longgar-longgar sampai nampak kat dalam tu. Takpun, pakai seluar pendek atas paras lutut. Pakai singlet lah. Tindik kat telinga lah. Colour rambut gitu. Argh! Tak handsome lah wei! Macam selekeh! Aku tak faham kenapa lelaki zaman sekarang tak suka pakai baju Melayu padahal tu lah yang buatkan diorang bertambah handsome and macho. Jadi kepada budak-budak lelaki yang satu sekolah dengan aku dulu, jangan marah okey sebab suruh-suruh korang pakai baju melayu bila hari Jumaat. Aku nak buat korang handsome je. Tak salah kan? ( Cepat jumpa aku and cakap terima kasih! Sekarang! Huhu )

Yang tadi, aku cakap pasal kesopanan dalam pakaian. Macam mana dengan kesucian hati? Okey. Aku nak cerita tentang sorang kenalan aku ni. Nak kata kawan, tak juga sebab kitaorang tak pernah bertegur kecuali kirim salam maut. Hehe.. Dia start dulu okey. Jangan tanya kenapa. Pertama kali aku tengok dia, aku rasa gerun. Apasal dengan lelaki ni? Muka seram betul! Tapi aku tak faham kenapa orang kata dia tu handsome padahal aku rasa takde langsung! Mengerikan ada lah! Rupa-rupanya, dia ni dah buat beberapa perkara ( sorry tak boleh bagitau apa and nama demi nak jaga nama dia.. Kau baik belanja aku sebab aku kira baik ni.. hehe ) dan kemungkinan juga disebabkan tu, wajah dia tu macam takde keimanan. Benda tu betul atau tak, wallahualam. Tapi memang apa aku cuba sampaikan, muka dia macam takde iman. Dengan itu, dari pertama kali jumpa sampailah sekarang, aku still tetap dengan prinsip aku yang dia tak handsome! Asal lah awek dia tu boleh terpikat dengan dia? Pelik.. Pelik..

Aku nak bandingkan pula dengan kawan aku ni. Hah! Yang ni baru kawan aku.. Dia ni handsome lah juga. Urm.. Sebenarnya, tu orang kata tapi aku tak nampak juga. Hehe. Tapi bila first time nampak dia, aku memang suka tengok dia. Oit! Aku bukan suka dia okey walaupun dengan Chan, aku tipu yang aku suka dia. Hehehe.. Muka dia ada sebuah keimanan dan memang tampak suci. Dia cakap pun tak kasar dan lemah lembut. Eh? Bukan lelaki 'au' 'au' okey.. Tingkah lakunya yang sopan inilah yang buatkan ramai yang tertarik dengan dia dan lama-lama aku sendiri dah mula mengakui yang dia ni handsome. Oit! Aku still bukan suka dia okey! Kitaorang kawan aje!

Inilah sebenarnya kebenaran. Mereka yang hatinya dan luarannya bersih, dialah yang handsome. Bukan yang buat benda-benda tak sepatutnya and pakai baju selekeh! Eeeeiiiiii! Shuh! Shuh! Aku tak nak suami macam gitu! Tak handsome! :P Jadilah macam cousin-cousin aku. Dahlah handsome, baik, solat tak pernah tinggal, study pun tinggi-tinggi. Tapi sorry okey. They're taken by gadis-gadis solehah. Huhu..

Kepada lelaki yang cakap baju Melayu ni panaslah, susah nak ikat sampinglah.. Hah! Baru korang rasa seksaan kitaorang pakai baju kurung dengan tudung lagi! Tu pun, seksaan korang sikit je tau. Macam korang berhabis duit nak beli macam-macam aksesori untuk nak jadi handsome kononnya, baik beli baju Melayu yang memang betul-betul menampakkan korang handsome! FYI, mak aku cakap lelaki yang bertindik tu lelaki gay. Betul ke? BTW, aku percaya benda tu. Hehe.. Wassalam~



~Keimanan dalam hati + kesopanan = handsome~

~Raut wajah yang mampu memukau ramai wanita kecuali aku.. hehe~

p/s : Bagi perempuan, diaorang nampak tak lawa bila berbaju kurung padahal lelaki cakap lawa. Bagi lelaki, diaorang nampak tak macho bila berbaju melayu padahal perempuan cakap macho. So? You decide..

Cantiknya Wanita Solehah

~Assalamualaikum wbt~



~Rasanya korang dah naik muak kot dengan tajuk aku ni.. Haih Tqah ni. Wanita bertudung lar.. Wanita tu lah.. Wanita ni lah.. Okey.. Okey.. Sebenarnya, aku nak kasi gimik je tajuk tu. Tapi memang ada kena-mengena dengan apa yang aku nak tulis ni.. Korang nampak kan gambar kat atas ni. Hah! Ni lah cerita tentang seorang lelaki Kristian yang jatuh cinta akan Islam dan mencintai seorang wanita Islam.

Aku nak bercerita tentang cerita benar dekat korang. Benda ni baru je berlaku malam tadi. Ceh! Macam cerita sensasi.. Huhu.. Adalah seorang kawan aku yang beragama Kristian. Dia ni suka berkawan dengan orang Islam. Masa dia masih sekolah rendah, kawan-kawan dia semuanya Islam. Bila waktu kokurikulum, dia kena duduk luar surau sebab nak tunggu kawan-kawan dia solat. Dia sendiri mengaku dekat aku yang dia rasa seronok bila tengok orang bersolat. Dia juga mengakui yang dia suka agama islam dan 'feel better' dengan Islam.

Okey.. Dia suka Islam.. Everyone gets it lah, Tqah oi.. Back to the topic. Eh? Belum back lagi.. Huhu.. Don't worry.. I will.. Ceritanya, kawan aku ni minta izin aku nak tanya soalan peribadi. Aku pun okey je lah. Perbualan kitaorang..

Dia : Awak ni takde boyfriend ke?
Aku : Dengan bangganya saya cakap NOPE! Tapi single tak semestinya tak laku okey. Hehe..
Dia : Owh.. Sebab kawan-kawan perempuan saya ni semua dah ada boyfriend.
Aku : Yeke? Siapa? Huhu.. Malaslah nak ada pakwe. Saya nak ada pakwe sebab nak kahwin, bukan nak seronok-seronok. Kalau setakat seronok and then nangis-nangis semua, buang masa je. Awak tu sendiri dah ada awek ke? ;)
Dia : On the process. Saya tengah cari awek Islam yang solehah dan baik hati.

So, guys! What do you think?? Jeng! Jeng! Jeng! Maksudnya, walaupun kawan aku ni beragama Kristian tapi hati dia ni terpikat dengan wanita Islam yang solehah. Siapa yang nak dengan kawan aku ni, jadilah baik and solehah okey.. Haha! Tapi jangan jadi hipokrit. And don't worry. Dia macam ada ciri-ciri untuk terima Islam suatu hari nanti. I'm still guiding him.. (bajet nie.. huhu)

Apa yang aku nak sampaikan.. Wanita solehah ni memang cantik sehingga dapat mencairkan hati setiap pemuda yang ada tidak kira Islam ataupun bukan Islam. Tapi manalah tahu kan, celah-celah kecil hati korang tu duduk pikir yang perempuan seksi ni selalu dapat laki-laki yang handsome! Yolah.. Udahler seksi. Kalau kaki tu cantik, takpe juga. Ni belum apa-apa dah nampak parut-marut kat kaki tu.. Tu okey lagi. Kalau berbulu lebat? (naik bulu roma aku.. hehe.. jangan terasa kk..)

Bukannya apa. Badan seksi sekarang. Tapi dah kahwin nanti, badan tu g0m0k gak sebab nak mengandung. Kalau pandai jaga badan, okeylah.. Kalau tak, buncitlah sampai ke cucu cicit. Handsome pun tak semestinya sampai ke tua handsome. Akan berkedut juga muka tu. Kalau cantik kat hati ni, sampai bila-bila pun cantik.

Sebenarnya, apa yang aku betul-betul nak sampaikan ialah jangan terasa rendah diri jika ingin menjadi seorang wanita yang solehah. Kalau korang tanya mana-mana lelaki pun, mesti dia nak isteri yang baik. Contohnya paling terbaik, cerita 'Khurafat'. Kawan aku ni sendiri pun dah tertarik dekat wanita solehah. Tengok! The power of a Muslim girl! Jeng! Jeng! Jeng! Wahai gadis Islam sekalian, ingatlah bahawa kita sebenar memang cantik walaupun bukan cantik di luaran. Tapi lagi cantik apabila kita menjadi hamba yang solehah. Ingatlah, secantik perhiasan di dunia ini ialah wanita yang solehah. Wassalam~




p/s : Semoga Allah swt menemukan kawanku itu dengan seorang wanita Islam yang solehah yang mampu membimbingnya ke arah jalan yang benar. Amin.

Friday, February 11, 2011

Valentine Membawa Cinta Unggul Atau Cinta Nafsu?

~Assalamualaikum wbt~

~Tengah aku duduk syok sendiri main game, kawan aku pun minta aku tolong tengokkan kat satu video nie tentang 'Valentine's Day-Haram Dalam Islam~. Aku punya speaker rosak so aku tengok kat tempat lain. Okeylah.. Aku malas nak salin balik apa yang ustazah tu cakap tapi kalau korang rajin, tengok dekat video nie. http://www.malaysia-today.net/component/content/article/58-video/38008-valentines-day-haram-dalam-islam- ( warning! Tak payah duduk komen macam peng'komen'-komen tu.. Huhu.. )

Yang ni pula sejarah tentang Valentines. Aku tulis benda yang aku tahu je. Zaman dulu, Orang Rom ni buat pesta kuno sebelum kedatangan Islam dan Kristian. Pesta ni selalu diadakan 13-18Februari bagi upacara penyembahan dewi cinta Juno Februata. Pada malam pesta, gadis-gadis akan menulis nama mereka pada sehelai kertas dan semua kertas tersebut dikumpul di dalam satu botol. Yang laki-laki pula, ambil botol tu dan cabut undi. Sesiapa yang namanya terpilih, mereka akan 'ehem-ehem' selama setahun.

Seterusnya, tentang lelaki yang bernama St Valentine. Lelaki ni dahulunya, memperluaskan agama Kristian and of course, orang Kristian pasti agungkan dia sebagaimana kita agungkan dia seperti Nabi Muhammad saw. Tetapi St Valentine telah menjatuhkan kerajaan Islam di Sepanyol, Cordova dan tak silap aku, mak aku pernah cerita, ramai orang Islam telah dibunuh. St Valentine telah dibunuh dan diseksa oleh raja Rom dan mati pada 14Februari.

Okey, cukup! Stop cerita pasal sejarah ni. Nanti korang boring! Kalau diikutkan berita sekarang ni dari dulu sampai sekarang, mesti ada couples-couples ni yang kena tangkap basah masa 14Februari. Entah apa yang nak dibanggakan sangat bagi harga diri kepada seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan! Fuh! Ayat! Lelaki yang berkenaan tu, tolong jangan terasa okey. Siapa makan cili, dia lah terasa pedasnya.

Kalau dulu, arak dihalalkan dalam Islam sebenarnya. Tapi apa yang membuatnya haram? Sebabnya, arak tu memabukkan dan telah menyebabkan satu perzinaan telah berlaku dan akhirnya Nabi Muhammad saw menerima wahyu daripada Allah swt agar mengharamkan arak. So? Apa yang aku nak sampaikan? Okey.. Allah akan mengharamkan sesuatu apabila ia membawa sesuatu keburukan dan menghalalkan sesuatu apabila ia membawa sesuatu kebaikan.

Apa kena mengena pula dengan Hari Valentine ni? Bagi kepercayaan orang Kristian zaman sekarang ni, Hari Valentine ni hanya memarakkan sebuah percintaan kepada orang tersayang. Seperti pendapat seorang ahli Kristian ini, "God is love. The basic. Love one another. There is a day to stop and ponder on this and it is called Valentine's Day. Love is expressed in a zillion ways. It is entirely up to the personality of individuals." Bagi ahli pendakwah yang orang zaman sekarang ni kata kuno lah semua tu, "Menyambut Hari Valentine adalah haram kerana ia telah membawa keburukan kepada para remaja yang berzina pada hari itu dan sambutan ini adalah sambutan mereka yang bukan Islam. Nabi Muhammad saw pernah bersabda, "barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia termasuk golongan mereka."

Disebabkan kebanyakan manusia yang menggunakan Hari Valentine ini untuk memuaskan nafsu masing-masing, maka diharamkan dalam Islam kerana membawa satu keburukan. Sedangkan Allah swt melarang hamba-Nya untuk mendekati zina dan Hari Valentine inilah yang menyebabkan perzinaan berlaku.

Mungkin korang cakap, tu haram, ni haram, semua benda pun haram, Islam cuma tahu haram je! Kenapa tak ban radio yang tunaikan permintaan orang untuk luahkan perasaan cinta diorang dekat radio? Kenapa tak ban kedai-kedai yang jual kad Valentine tu? Okey.. Okey.. Kalau kad tu cuma tulis, p/s : I'll always love you. Okey. That's fine. Tapi kalau kad tu tulis macam ni, "p/s : see me at in my house tonight if you love me. I love you." Apo lak tu? Kan dah jadi lain!

Perlukah kita kena ikut cara orang Barat meluahkan perasaan mereka? Manalah tahu kan, yang start arrangekan date Hari Valentine ni orang Illuminati yang cuba nak sesatkan orang Islam. Ataupun Iblis yang menyerupai seseorang bagi menyesatkan Islam selama berabad-abad lamanya? Wallahualam..

Lagipun, korang nak dengar cakap siapa? Nak dengar cakap ustaz, ustazah yang korang cakap kuno tapi hati bersih tu ke atau dengar cakap orang kafir yang kebanyakannya hati gelap? So, guys? It's your choice! Kalau nak bercinta pun, cintalah Allah swt dahulu. Kan special tu... Allah bagi kita luahkan rasa cinta kita setiap hari. Tak payah cakap kuat-kuat pun Allah tahu. Kalau dengan kekasih, kena ucap lagi lah. Kena beli kad lah. Buat kek lah. Kena buat special dinner lah. Habis duit je tau! Yang laki tu, baik guna duit beli kereta ke, motor ke, ps2 ke. Yang perempuan pula, guna duit beli baju ke, beg gucci ke, rantai emas berlian ke.. Baru lah best. Ni beli barang untuk orang lain.

Ayat yang selalu aku terfikir sampai sekarang...

Boy : Awaklah cinta sejati saya sampai mati.. Jangan tinggalkan saya. Saya sayang kat awak. Saya tak mampu lupakan awak. Saya tak mampu hidup tanpa awak..

Girl : Eh? Macam mana awak boleh hidup masa kita belum couple?

Wassalam~

Friday, February 4, 2011

Asal Usul Dajjal

~Assalamualaikum wbt~
Inilah "Manusia Iblis" pertama ciptaan Izazil laknatullah. Dajjal adalah manusia yang berhati Iblis. Bapanya dan ibunya adalah berketurunan Turki dan Mesir. Mereka berasal dari sebuah kampung kecil bernama Rablah. kedua-dua ibubapanya itu adalah merupakan adik beradik seibu sebapa. Mereka bersekududukan tanpa nikah dan apabila orang kampung mengetahuinya, mereka berpakat menghalau mereka dari kampung tersebut. Mereka berpindah ke kampung pendalaman bernama Samiri di negeri Mesir.
Pekerjaan bapanya mengambil upah menjaga ternakan dan membersihkan kandang ternakan juga membelah kayu api. Setelah beberapa ketika tinggal didalam rumah tumpangan milik seorang peladang, maka teringinlah mereka untuk mendapatkan anak. Setelah berusaha sedaya upaya isterinya itu tidak juga mengandung maka Isterinya telah bermunajat memohon supaya diberi petunjuk. Maka satu ketika bermimpilah sang isteri akan bertemu dengan seorang abadi kaum mereka (Izazil telah menyerupai dan menjelma sebagai orang abadi itu). Ia disuruh memohon pertolongan di sebuah kuil jauh dihujung kampung itu.
Sang Isteri telah menceritakan akan mimpinya itu dan keesokannya juga mereka berdua mencari akan kuil itu. Akhirnya mereka telah bertemu dengan kuil tinggal yang kecil dihujung kampung itu sama seperti mimpi isterinya yang didalamnya terdapat sebuah patung anak lembu. Mereka berdua pun membersihkan kuil itu dan memulakan upacara memuja dan memohon pertolongan dewa patung anak lembu itu. Setelah beberapa kali memohon tetapi tetap begitu juga. Maka mereka pun berhenti dari memohon. Tidak beberapa lama isterinya bermimpi lagi supaya melakukan persetubuhan sewaktu dia datang bulan (didalam haid) di dalam kuil dan dihadapan patung anak lembu itu.
Maka ia pun menceritakan perkara mimpinya itu kepada suaminya dan apabila sampai waktunya mereka pun melakukan seperti ydng disuruh didalam mimpi isterinya itu (Izazil yang perintah). Tidak berapa lama maka mengandunglah si isteri, tetapi kandungannya itu sangat besar dan lama iaitu 13 bulan. Semasa isterinya sarat mengandung bapanya meninggal dunia. Tinggallah sang isteri seorang diri. Dalam masa yang sama berita akan mereka ini sampai pula ke telinga tuan punya ladang itu. Ia terpaksa menghalau keluar ibu yang sarat mengandung itu kerana takutkan orang kampung yang sedang mencari mereka. Mereka dicari untuk dibunuh kerana mengikut kata sami puak mereka yang keluarga ini akan mendatangkan musibah besar di dunia ini. Itulah sebabnya orang-orang kampung sentiasa mencari keluarga ini. Ibunya pun pergi ke kuil kecil untuk melahirkan anaknya disitu. Setelah melahirkan anaknya ia pun meninggal dunia dengan keadaan tumpah darah yang banyak dan kandungannya yang sangat besar pula, itulah sebabnya wanita itu meninggal dunia sejurus melahirkan. Bayi ini sangat pelik, ia cacat sebahagian angotanya, bersisik kulitnya seperti ular, berkepala besar, matanya kena jangkitan dan buta sebelah kiri. Ia hanya tidur sahaja selama 55 tahun dan dimasa itu ia telah dipelihara oleh Malaikat Jibril dengan diberi susu lembu sahaja atas perintah Allah swt. Sewaktu didalam tidurnya, Malaikat Jibril as telah pula mengajarkan ilmu-ilmu hikmah kepadanya tanpa mengetahui bahawa budak itu dipelihara oleh Izazil. Ini adalah permintaan Izazil kehadrat Allah swt yang juga dimakbulkanNya.
Setelah seberapa tahun maka tempat persembunyaian Dajjal telah diketahui oleh orang kampung. Mereka berpakat untuk membakar saja kuil itu. Dajjal telah diselamatkan oleh Malaikat Jibril as dan diletakkan di benua Antartik di dalam sebuah gua dan ditambat dengan rantai kaki dan tangannya kerana takut ia melarikan diri pula jika sedar dari tidurnya. Dikala ini Izazil pula telah menjelma menjadi ular besar dan memberinya makanan dan air minuman yang dimasukkan terus kedalam mulutnya. Apabila umurnya telah sampai 55 tahun dia pun sedar seperti manusia biasa. Perkara ini telah diceritakan oleh Jibril as kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as telah menerimanya bekerja menjaga kuda dan membersihkan kandang kuda Nabi. Tetapi Dajjal bukan bekerja sahaja, dia selalu mengintip perbualan Nabi Musa dengan Nabi Harun juga perbualan Nabi bersama Jibril as. Ia selalu mengikut dari belakang akan Kuda Nabi dan apabila disatu ketika Jibril as mendatangkan Nabi Musa sedang berkuda, kesempatan itulah yang diambilnya untuk mengutip pasir tempat pijak kaki kuda Malikat Jibril as dan disimpannya. Ia juga selalu memerhatikan tingkah laku pengikut-pengikut dan bantahan-bantahan yang mereka lemparkan kepada Nabi Musa as.
Apabila Nabi Musa as pergi bermunajat selama 40 hari di Bukit Tursinar, peluang ini diambil oleh Dajjal as Samiri menunjukkan belangnya. Dia telah berucap dihalayak kaum Nabi Musa as iaitu Bani Israil supaya mengumpulkan semua emas yang mereka ada untuk menunjukkan kepada "Tuhan" Nabi Musa as. Setelah mereka kumpulkan emas itu maka diberikan kepada Dajjal. Emas itu telah ditempa menjadi patung anak lembu yang dimasukkan pasir bekas tempat pijak kaki kuda Jibril as yang disimpannya dulu. Patung itu diletakkan di hadapan puak dan kemudian dengan mentera yang diajar oleh Izazil. Tiba-tiba patung anak lembu itu berkata-kata mengaku dialah "tuhan" Nabi Musa as. Kaum Bani Israil yang selama itu mencari-cari Tuhan Nabi Musa telah berpaling dan menyembah patung anak lembu emas itu. Sekembalinya Nabi Musa dari Munajatnya, beliau dikatakan sungguh marah akan perbuatan Samiri, beliau juga memarahi Nabi Harun yang tidak dapat mengawal keadaan itu. Maka Nabi Musa as memohon berkata-kata dengan Allah swt. Diadukan semua peristiwa itu kepada Allah swt. Perbuatan Nabi Musa meninggalkan kaumnya kepada jagaan Nabi Harun telah ditemplak. Seharusnya Nabi Musa meninggalkan kaumnya dibawah jagaan Allah swt kerana Dia adalah tempat sebaik-baik yang Memelihara dan Menjaga. Kenapa Nabi Musa beri kuasa penjagaan itu ditangan manusia yang lemah yang tidak berdaya menjaganya ?
Nabi Musa as telah memohon ampun kehadrat Allah swt serta memohon agar Dajjal as Samiri ini dipisahkan dari kaumnya dan seluruh manusia selama-lamanya hingga hari kiamat. Kemudian permintaan Nabi Musa as telah diperkenankan oleh Allah swt. Maka Nabi Musa as dan Malikat Jibrai as telah menangkap Dajjal as Simiri dan di sumbat di dalam penjara Nabi Musa as iaitu di Lautan Qauzum bersama-sama Hamman dan Firaun. Sesetengah riwayat ahli tafsir menyatakan bahawa lautan Qauzum itu terletak ditengah-tengah laut Merah di Mesir iaitu di bahagian yang paling dalam. Tetapi ia dirasakan kurang tepat. Riwayat yang lain pula mengatakan ia terletak di Lautan Atlantik. Rasanya ini lebih tepat kerana disitu juga telah Izazil ciptakan sebuah pintu Alam Jin seperti di Bermuda Triangel yang boleh menyedut apa saja yang lalu dan cuba untuk melintas di permukaannya. Pintu Alam Jin ini merupakan sebuah Kerajaan Jin tempat untuk memenjara roh-roh manusia yang berjaya mereka tanggkap dan mereka-mereka yang kafir, sesat dan Islam yang mengikut telunjuk mereka sewaktu hidupnya serta yang menjadi sahabat dan khadam mereka. Manusia-manusia ini apabila mereka mati semua roh-roh mereka akan disumbat disini dan tidak boleh keluar, menjadi hamba abdi mereka membuat senjata-senjata canggih untuk perang akhir zaman nanti. Telah juga diriwayatkan bahawa Allah swt telah memberi pelepasan kepada Dajjal sehari dalam setahun ke permukaan bumi. Maka peluang itu dimanfaatkan secukupnya dengan membuat huruhara kerosakan besar di muka bumi seperti berlakunya gempa bumi, letupan gunung berapi, tsunami, ribut taufan, ribut salji, puting beliong hingga menyebabkan kematian manusia beratus ribu, berpuluh ribu jiwa yang melayang dan ditanggkap oleh bala tenteranya, diheret dan disumbatkan di dalam penjara mereka itu. Kerosakan yang berlaku dikepulauan Haiti beberapa bulan lalu adalah salah satu dari tindakan Dajjal untuk mengambil roh-roh kafir untuk menjadi hambanya di penjara alam Jin itu.

Dajjal as Samiri telah juga diriwayatkan pernah hadir dihadapan Nabi Isa as sewaktu zaman Nabi Isa as masih hidup didunia dahulu. Ia hadir untuk membuat pertarungan dengan Nabi Isa as tetapi telah ditolak dan disuruh bersabar menunggu masa dan ketika yang telah ditetapkan Allah swt kelak. Begitu juga semasa zaman Nabi Muhammad saw. Diriwayatkan pada satu ketika semasa Nabi bersama-sama sahabatnya sedang duduk berbincang, tiba-tiba dia muncul dan memperkenalkan dirinya dan mengajak Rasullah saw untuk bertarung. Saidina Omar yang merupakan seorang Sahabat yang sangat garang telah menghunuskan pedangnya dan lantas hendak dipancung kepala Dajjal disitu juga. Beliau telah ditahan oleh Nabi SAW sendiri dan menerangkan hanya Nabi Isa as saja yang boleh membunuh Dajjal, Dajjal tudak akan mati ditangan sesiapa kecuali Nabi Isa sahaja. Nabi saw telah menyuruhnya bersabar menunggu masa yang telah dijanjikan Allah swt untuk mereka bertarung kelak, maka berundurlah Dajjal. Jika pun Saidina Omar berjaya membunuhnya disitu, Nabi SAW bersabda, hukuman qisas akan dikenakan kepada Sahabatnya itu kerana membunuh tanpa sebab yang membolehkan ia dibunuh mengikut Hukum Syarak. Jadi tiada gunanya untuk dia dibunuh dikala itu.
Sekiranya pembaca ingin tahu lebih lanjut berkenaan Jin, syaitan dan Iblis layari blog tersebut di bawah. Sumber: http://kubranewszamany.blogspot.com/
~Wassalam~

Biar apa pun, kita manusia sama..

~Assalamualaikum wbt~
~Mood : Sad setengah mati!~
~Sebelum aku cerita, aku nak bagi amaran dekat semua orang. Tolong jangan buat aku sedih masa waktu-waktu malam buta! Pagi-pagi and petang aku tak kisah tapi bukan waktu malam sebab mood aku akan berubah menjadi emo!
Senang cerita, ada lah seorang hamba Allah swt ni dah buat aku sedih. Aku tengah menahan nak nangis ni sebenarnya. ( memang lembik betul! ) Senang cerita, ada seseorang ni dah mula buka cerita tentang kesusahan dia and membandingkan kesenangan hidup aku. Kalau orang tu nak kongsi cerita tentang hidup dia, memang aku tak kisah tapi aku paling pantang bila orang nak banding-bandingkan hidup dia dengan aku.
Orang kata aku hidup senang. Aku pandai. Aku tu lah.. Aku ni lah.. Tolonglah! Kenapa susah sangat nak faham? Allah swt Maha Adil dan memberikan keadilan dalam hidup setiap hamba-Nya. Orang kata hidup aku senang. Dalam mata korang, mungkin korang nampak macam tu. Tapi dalam hati aku ni, korang nampak ke? Darah tu korang nampak ke dalam hati ni? Seksaan korang maybe dalam kesusahan. Seksaan aku? Dalam hati ni wei.. Seksaan yang sangat menyeksakan.
Aku tahu hidup kau memang susah tapi tolonglah jangan bandingkan dengan aku. Hidup aku tak perfect. Hidup aku memang susah. Memang aku tercakap benda tu kat kau tapi tu sikit je.. Kau belum tahu yang lain. Tapi biarlah aku sendiri pendam kat hati ni.
Okey, guys! Aku cam dah nak nangis ni.. Malas nak update banyak-banyak. Takde mood langsung! Biar aku sakit sendiri.. Wassalam~

Thursday, February 3, 2011

From day to now...

~Assalamualaikum wbt~
~I think I shouldn't tell you about this but I wanna too! Hehe.. Last night, I dreamt about a guy which is so cute and his skin is fair. He's pretty tall and love to smile. I don't remember when but I think I've saw him in another dream. Last time, he did helped me on picking my assignment which fall from my hand. Man! He's so damn cute!
Well, last night I met him again and he saved me from danger. Unluckily, I had to be transferred to another place which is safe and separated from him.. T_T But, time turns back and I saw him again and did the same adventure but as I know what will happen, I changed the faith and he brought me savely home. So romantic.. Hehe..
So, he wanted to go back but I don't know why, I couldn't let him. Is it love? OMG! I felt in love towards my own imagination! So, what? Like I care? Hehe.. Before he goes, I gave my thanks and then, came nearer towards him. He felt awkward about that. I kissed one of my finger and then, let it touched on the guy's cheek. (as if I kissed his cheek) He was so shock and turns red. So cute! And then, he smile. As for me, I was shy too and quickly gave my salam and left.
When I woke up, I think I felt in love! Haha! But still, I never knew his name. Wish I could meet him in reality but can I? Only Allah swt knows. Quickly, I borrowed my sister's guitar and tried to come up with a song. And I did it!
From day to now

Can a dream turns into reality?
Or maybe could bring love story?
Yes, I admit I think I felt in love
To a stranger who I thought so tough.

I was holding on my assignments
But all flew from my hand
Accidently, you came picking them
And gave to me just then

Wish I could know your perfect name
But why does the smile couldn’t I understand?
I was hoping to see you one daY
As a hero in my dreamland.

I woke up
Laughing out loud
You always there from day to now
Yes, in my heart
You’re the only one
Though you’re nothing but dreams for fun

Luckily we met again
You came to save me from hurricane
From the moment I think I felt in love
From the smile and from your laugh

You stopped by the sidewalk
Giving me a smile and talk
I gave my thanks and came nearby
Gave a kiss and made you shy

I woke up
Laughing out loud
You always there from day to now
Yes, in my heart
You’re the only one
Though you’re nothing but dreams for fun

p/s : I LOVE YOU!

Wednesday, February 2, 2011

Di Sebalik Kubu A'Famosa


~Assalamualaikum wbt~
~1 Februari 2011. Aku dengan famili aku dalam vacation ke Melaka. Memang best tapi badan sakit-sakit lor.. Hehe.. Sekali tu, ayah aku bawa lah kitaorang ke Melaka International Bowling Centre ( MIBC ). Hampir sebulan setengah aku tak main bowling. Sekali tu, Angah minta aku carikan dia bola bowling satu so aku dengan malasnya, pergilah mencari. Tengah aku cari-cari, aku terjumpa something atas bola tu tapi aku tak pasti ke betul ke tak apa yang aku fikirkan. Korang decide sendiri..

~Ada bentuk segitiga dan dalamnya seolah-olah ada mata~

Tapi cerita aku yang sebenar, bukanlah pasal bola bowling ni je tapi ketika perjalanan aku di kubu A'famosa. Ramai orang tahu bila dan siapa kubu ni dibina. Aku malaslah nak cerita pasal Sejarah ni. Nanti korang tidur pula.

Mula-mula, aku dengan famili aku berdiri dekat pintu gerbang dia je. Tapi sepanjang kat situ, aku asyik tengok dekat ukiran atas pintu gerbang kubu tu. Urm.. Apa yang sebenarnya aku nak cari? Tapi aku tak jumpa pape. Sampailah Angah minta ayah bawa kitaorang naik dekat tingkat atas kubu tu. Alamak! Kena naik tangga ke? Urm.. Pergi je lah..

Bila dah sampai aku nampak lah papan ukiran batu yang memang besar. Tapi aku tak faham apa yang benda tu merepek. Bahasa portugis kot.. Apa-apa je lah. Aku masa tu, melayan je adik aku yang giler kamera tu. Tengah aku jalan-jalan kat dalam kubu tu, terjumpa sesuatu yang agak mengejutkan. Aku tak pasti lah spekulasi aku nie betul ke tak. Tapi, aku rasa, macam betul.


~Lambang tengkorak ni ada kena-mengena dengan Illuminati~


~Rasanya kenal tak bentuk bintang tu? Yup! Lambang Israel!~

~Nampak tak apa yang aku nampak? Tu... Bermata satu..~

~Makhluk bermata satu lagi tetapi mempunyai matahari di atasnya yang dianggap Tuhan Matahari~

~Sekali lagi, makhluk bermata satu~

Cam scary gak bila aku jumpa benda-benda macam ni. Memang rasa tak sangka sangat! Tapi kalau ni sekadar kebetulan, tu Wallahualam lah.. Tapi kenapa ukiran tu juga yang mesti ada dekat ukiran batu nie? Kenapa bukan ukiran lain? Agaknya, penyebaran penyembahan kepada Da??al kat Malaysia ni dah wujud dari dulu ke? Semuanya hanya Allah swt sahaja yang mengetahuinya. Apa-apa pun, jangan cakap yang semua ni satu perkara yang betul ok! Aku cuma sekadar berkongsi pengalaman aku di kubu A'Famosa. Kalau korang tak percaya, pergilah tengok sendiri dekat sana.. Wassalam~

p/s : gambar-gambar dekat atas ni memang datang daripada pengambilan aku sendiri. No ciplak okey!

Tuesday, February 1, 2011

Kak Yuna..

~Assalamualaikum wbt~



Disebabkan aku terbangun dari tidur and terus sahaja mengonline dan takde sesiapa yang nak layan aku ni, aku pun ambil lah kertas and lukis gambar si cantik manis kat atas ni. Okey! Okey! Aku mengaku... Gambar ni takde langsung rupa macam Kak Yuna. Yelah! Aku tak reti sangat nak melukis..

Tapi at least aku mencuba juga kan? Lepas aku lukis, terus upload dekat facebook and tag dekat Kak Yuna. Entah dia suka ke tak, aku tak tahu. ( tapi haraplah dia suka ). Tak kisahlah korang nak kata lukisan ni tak lawa ke, hancur ke tapi at least aku nak tunjuk lah kat Kak Yuna yang dia inspirasi aku. Aku memang cuaklah nak tegur Kak Yuna dekat facebook. Asyik terfikir nak cakap apa kat dia. ( bersemangat add dia tapi tak bertegur pula.. nampak betul aku ni fan sombong! )

Aku cuma dapat tunjuk kat Kak Yuna dengan cara lukisan je. Disebabkan semangat Kak Yuna lah aku bermain gitar dan sekarang pun, tengah belajar. Insya-Allah, kalau dah betul-betul mahir, aku akan tulis lagu pula. Apa-apa pun, jangan judge aku macam-macam kalau aku minat kat Kak Yuna. Biarlah aku lukis dia. At least, ada lah rupa orang kan daripada takde rupa langsung?

p/s : rasa-rasanya, bila lah agaknya aku dapat jumpa Kak Yuna?