Tuesday, April 12, 2011

Aku Di Zaman Sekolah







~Assalamualaikum wbt~






http://twins-detwin93.blogspot.com/



~Secara jujurnya aku nak akui yang aku tak tahu macam mana nak link kan banner dengan tuan punya blog. Aku ni kan ketinggalan zaman. Tu sebab sebelum ni aku tak masuk apa-apa contest.. Sorry Aqilah.. Huhu.. Tapi akhirnya, aku decide je lah try benda ni walaupun men tibai je buat macam kat atas tu. Ngee~ Dah! Cukup leteran aku yang tak berfaedah ni. Let's check it out bebeh!! :D





NAMA KELAS



5 SCIENCE 2





KENANGAN MANIS MASA KAT SEKOLAH



1. Orang selalu cakap budak-budak kelas Science ni asyik duduk belajar je. Tak best lah. Boring lah.. Yelah.. Subjek susah kan? Eh? Ni dah macam cerita kenangan pahit je.. Huhu.. Okey! Kita kaitkan! And so, kitaorang try nak buat kelainan dengan kelas kitaorang ni. Apa je aktiviti best yang ada, kitaorang akan join. Explore race, reka cipta, menyanyi and banyak lagi! And guess what??? Kitaorang menang semua acara tu! Orang agaknya dah naik bosan tengok kitaorang asyik naik stage. Hehe..



2. Setelah hampir 4tahun tak masuk pertandingan menyanyi, aku dengan geng aku masuk singing competition. Aku sengaja masuk dua kategori, secara solo and group. Dua-dua kategori pun menang, dapat nombor satu! And so, kitaorang berbincang macam mana nak present kat stage. Untuk solo, of course aku nyanyi men redah je! Haha! Semua suka wei! Jeng3! (bajet kan tiqah nie??) Yang group pula, aku dengan dua orang kawan aku cadang beli something. Aku beli lolipop besar punya! Kawan aku beli teddy bear and sorang lagi beli coklat! Masa tengah nyanyi, aku bagi lolipop tu kat sorang dak kecil yang comel!! Huhu.. Kawan aku bagi bear kat adik angkat dia. Kawan aku lak bagi coklat dekat cikgu LK kitaorang! Gempak lah!



3. Peristiwa ni berlaku masa pertandingan reka cipta. Bagi pelajar 5 SCIENCE 2, (BUDAK LK) kitaorang memang wajib join pertandingan ni. Punya lah tonyoh-tonyoh kepala hotak kitaorang ni nak buat apa. Ingat senang ke??? Awal-awal, buat roket and then buang. Buat kapal terbang pun buang gak! Apa nak buat ni??? And then, kawan aku yang nampak senyap and macam Mr Bean pun cadangkan kitaorang buat Wall-E. Sebab dah kesuntukan masa, kitaorang pun buat je lah Wall-E. Kitaorang tanya someone kalau dapat cam, yes, memang dapat cam!! Tak sangka, dapat nombor satu kot!! Yeay!!



4. Perkara paling best yang kitaorang suka buat ialah pakai baju T-shirt yang kitaorang reka coraknya sendiri! Tempah tu! Kali ni, cikgu LK aku yang rekakan and bayaran semua, kitaorang kena uruskan sendiri. And so, aku in charge kumpul duit and ayah aku buat urusan dengan tauke cina tu. Ada masalah lah sikit, biasalah.. Tapi bila dah siap, fulamak! Kitaorang semua sama-sama pakai baju tu! Tak perlu tanya kelas kat mana! Tengok T-shirt tu je dah tahu mana satu kelas kitaorang.





KENANGAN PAHIT KAT SEKOLAH



1. Kalau nak tahu, aku ni dilantik jadi Setiausaha Pengawas. Seriously, tak suka! Lebih-lebih lagi, kena mesyuarat lah semua. Leceh.. Huhu.. Aku ni pengawas tak boleh harap. Bila dah nak dekat trial, aku selalu skip tugas aku. Aku lari pergi library. And hampir setiap hari, cikgu pengawas akan target aku. LECEH!!!!!



2. Perkara paling hebat yang pernah aku kena ialah gosip and umpatan melampau! Rapat sikit dengan orang tu, mulalah nak heboh-heboh. Silap sikit je, orang nak kecoh-kecoh. Aku sendiri naik bosan!



3. Korang confirm tahu kan mesti ada member akan tikam korang dari belakang punya. Takde sesiapa pun terlepas daripada peristiwa ni. Aku memang kena dan sangat hebat penangannya! Aku sampaikan nak nangis and cerita kat parents aku kejadian ni semua. Last-last, gaduh and tak bercakap sampai sekarang. Aku minta maaf (walaupun tak salah) tapi dia still macam tu. Fine!



4. Dulu, aku ada member yang rapat giler dengan aku. Tok sah cakap pasal contact lah! Memang setiap hari berborak! Tak sah lah kalau jumpa tak tegur! Confirm tegur punya!! Siap share problem lagi semua tapi kitaorang setakat member. Tapi disebabkan salah faham punya pasal yang entah siapa yang dah meretakkan persahabatan kitaorang, akhirnya kitaorang tak bertegur siapa dalam masa sebulan. Dan lepas dapat tahu kebenaran, kitaorang masih bertegur tapi tak macam dulu. :(





CIKGU YANG PALING AKU TAK SUKA!


Disebabkan cikgu ni dengar gosip hangat aku tu, cikgu anggap aku ni buruk perangainya and burukkan aku kat mak aku.. Memang marah dulu tapi dah okey dah.. Saya dah maafkan cikgu.. :)




PERNAH TANGKAP LENTOK KAT SOMEONE MASA SEKOLAH??


Secara tak jujur, tak pernah!! Kuang3! Pernah lah juga walaupun tak couple pun. Dia dok suka kat aku, aku tak heran tapi lama-lama tersuka pula. Huhu.. Tapi lepas dah dapat tahu diri dia sebenar, aku berundur. Ceh! Ayat tak boleh blah! Masa aku form 3, ada lah aku crush kat someone and aku tak pernah pun bagitau dia. Masa aku form 5 ni pula, TERcrush pula kat someone ni tanpa sedar. Aku start sedar bila ada rasa jelez! Jeng3! Tapi semua tu aku tak ambil serius pun. SINGLE ITU HOT WEI!!!


KENANGAN KITA!






~Wassalam~

4 0000 je berani komen:

Nazrul Ashraff said...

coooooolio! haha..

Atiqah Safian said...

haha.. pnjgnye... ngee~ hope u like it.. :)

Khairi Fakhri said...

walaweee... ko amek LK gak ea? fulamak! same ar! walawee...

Atiqah Safian said...

nk gak walaweee die 2.. haha.. kte org LK nie hebat2 kn? :D