Friday, April 22, 2011

I SCREAM FOR ICE CREAM!!




~Assalamualaikum wbt~






~Aku dengan rasa penatnya pergilah juga ke kelas BI kat PPL UITM. Penat giler wei.. Sepanjang kelas, aku rasa nak letak je kepala aku ni kat atas meja and ZZZzzzzzz... Tapi ada benda yang menangkap perhatian aku. Yup! Ice cream! Sir buat tajuk tentang ice cream. Tapi aku tak tumpu pun apa sir ajar. Hehe.. Aku teringat kenangan aku masa kecil-kecil dulu.


Aku memang tak ingat kenangan aku makan ice cream sebelum aku masuk sekolah. Tapi kenangan masa sekolah tu terus aku teringat masa kat kelas BI. Entah macam mana aku boleh lupa. Dulu, lepas habis je sekolah, mesti ada pakcik India ni jual ais krim. Memang macam-macam boleh pilih. Kalau dulu, ayah aku kasi aku duit, RM1.00 and kadang-kadang, RM1.50. Tak cukup duit nak beli ais krim. Dulu pun, aku bawa bekal je so aku tak tahu guna duit. Serius! Aku memang tak tahu guna duit sepanjang aku darjah 1.



Aku syok tengok kawan-kawan aku beli ais krim and so, bila ayah aku sampai nak ambil aku, aku terus cakap, "Ayah.. Nak ais krim.." Demi anak kesayangannya ni, (hoho) ayah aku belikanlah ais krim macam kat atas tu. Yelah.. Ais krim paling murah tapi sedap! Harga pun 20sen. Nak beli besar sikit, 50sen. Bagi aku, masa tu mahal lah harganya. Esoknya aku minta lagi tapi ayah aku cakap, ais krim boleh beli hari Isnin dengan Jumaat je. Memang aku tak sabar betul tibanya hari Isnin dengan Jumaat. Syarat ni dipratikkan sampai lah ke adik-adik aku.






Bila dah makin besar, ais krim macam tadi dah tak heran dah. Ais krim float lak jadi idaman. Tapi agak mahal. RM1.00. Dengar-dengar, bila aku masuk sekolah menengah, dak naik rm1.50. Jadi, kalau nak ais krim ni, setiap hari Jumaat je boleh. Sekolah kan habis tengah hari. Jadi sambil makan ice cream, boleh keringkan tekak dengan minum airnya sekali masa tengah panas.





Tapi bila makin besar, syarat makin longgar sebabkan adik aku yang paling kecil! Tu lah gunanya bila ada adik kecil yang sangat manja! Huhu.. Bila dengar je lagu, 'Paddle Pop', memang adik aku terus cari parents aku and minta beli ais krim. Aku pun ambil kesempatan lah! Yeay!! Aku suka beli ais krim rainbow. Suka tengok colour dia and perisa dia pun sedap! (Masa ni, dah terbukti yang aku dah mula suka art) Tapi ais krim macam ni, mahal juga lah.. Tapi harga bawah rm1.50. So, okey lagi..


Bila dah masuk sekolah menengah, paddle pop dah tak heran. Cornetto lah wei! Sedap!! Kalau dulu, Cornetto boleh sampai 2ringgit lebih tapi aku dengar, harga dah turun. Tapi serious aku cakap, sedap giler and sampai sekarang, Cornetto tetap mantop! Tapi aku tak boleh beli selalu.. Mahal lor..





Bila dah habis sekolah ni, pilihan aku yang pertama ialah Oreo McFlurry. Yup! I'm lovin' it! Hehe.. Fuh! Tengok gambar ni pun dah terasa keenakannya! Kalau dulu, masa aku kerja, kalau ada duit, aku beli. Kadang-kadang je parents aku belikan tapi mostly, aku beli sendiri. Tapi harga mahal giler.. 3ringgit lebih. So, aku tak dapat lah beli selalu.. Kadang-kadang je aku beli. Tak dapek aku nak guna macam syarat-syarat ayah aku untuk keadaan sekarang ni. Duit pun takdo! Jangan harap dapat beli ais krim macam ni setiap minggu! Huhu..



Ais krim ni memang mengingatkan aku masa kecil-kecil. Kalau dulu, sebelum makan, kena offer ayah mak nak sikit ke tak. Kalau tak cakap, diorang akan tanya, 'Tak nak bagi ayah/mak sikit ke?" Masa tu, barulah kitaorang terhegeh-hegeh offer kat parents kitaorang. Hehe.. Ais krim pun mengingatkan aku kat kampung. Bila hari raya, mesti family ayah akan belikan ais krim and then, kitaorang makan sama-sama. Sama juga family mak. Sebabkan aku dengan adik-adik ni cucu paling muda, kitaorang akan dapat makan ice cream mahal punya! Tapi dah tua bangka macam ni, jangan harap boleh dapat. Hehe.. Tu je lah cerita aku.. Wassalam~





p/s : Kalau dulu, orang belanja aku ais krim. Sekarang, aku kena belanja ais krim magnum (ais krim termahal kat malaysia) untuk anak-anak saudara aku.. Mana nak cari duit ni???

1 0000 je berani komen:

Unknown said...

klu aku nk ais-cream aku ikot jer mak aku g kedai..pastu dekat nk bayar aku ambik satu bekas 1.5L..ais-cream wall...tak kesah aper perisa..bersam sama air gas satu...mastly aku punyer keje...hehhehehehe...tu arr bak kata ko bila dah abis skolah nk McFlurry pulak...hehehehe