~First of all, aku nak membebel something. Apa benda alah KPLSPM tu? Jangan terkejut kalau ramai juga ek yang tak tahu maksud dia. Nama penuhnya ialah Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. And lepas korang dapat tahu maksud ni, dalam hati korang pun cakap, 'Owh... Nak jadi cikgu..."
Tutup cerita tu. Kita pergi ke seterusnya. Aku tahu lepas ni ramai yang akan tanya kat aku, macam mana interview dia. Dia akan tanya apa and so on. Tak perlu nak teka dah.. Aku balik je rumah tadi, semua duk target aku. And so, sebagai manusia yang baik dan prihatin, aku rajin type blog ni untuk korang semua. Check it out!!
Aku nasihatkan kalau boleh, tidur ler awal. Jangan jadi macam aku. Pukul 1 lebih baru nak masuk tidur. Belum lelap, layan pula call dari member. Bukannya apa.. Aku ada reason aku ek.. Dia nak cerita masalah dia and so, aku jadi lah listener. Tak salah kan?
Fine.. Dalam pukul 3pagi, baru aku nak tidur. Dalam pukul 6pagi, bangun. Hebat tak? 3jam je tidur wei!! Dengan mamai, aku pergi mandi, pakai baju, solat, seterika tudung, pakai tudung and sarapan. Kalau orang lain agaknya tengah sibuk baca notes2, aku baca mesej member-member aku. Tolong jangan ikuti perangai sewel aku ni. Seriously!!
Dalam pukul 7.15pagi, ayah aku bawa aku pergi ke tempat kerjanya that is IPRM. Yes, I know. Tempat interview tu ialah tempat kerja ayah aku. Masuk ke pejabat ayah aku, semua duk wish aku good luck. Aku pula dalam keadaan mengantok, senyum and said thank you.
Dah pukul 7.30 pagi, ayah aku hantarkan aku pergi ke perpustakaan. Aku buat muka seposen kat dalam tu. Mentang-mentang anak pensyarah, senang-senang je duduk kat sofa library tu. Orang lain yang kena interview duk pandang aku je. Fuh! Ada aura ke aku ni? Haha! Ayah aku suruh baca apa patut tapi aku maleh! Nota tertinggal kat pejabat ayah aku. Huhu. Sila jangan ikut perangai selambek aku ni ek..
Bila ayah aku nampak penemuduga untuk bilik aku dah sampai, ayah aku hantarkan aku ke tingkat atas. Patutnya tak boleh. Ada ayah aku kisah? Ni tempat kerja dia. Suka hati dialah nak naik ke nak turun ke. Hehe.. Naik-naik, aku dah nampak Rasyiqah, dak sekolah aku dulu. Bila nampak penemuduga tu tampal something kat cermin luar bilik, aku pun salam ayah aku and pergi tandatangan kat kertas tu. Bukti kehadiran ler.. Aku nombor 4. Aik? Nombor 4 lagi! JPA pun nombor 4 juga. 4 nie nombor lucky aku kot..
Aku nak tandatangan, nampak lak nama Neng Nazirah. Eh? Tak silap aku, ni kawan Putri kan? Fuh! Untunglah aku! Ramai kenalan dalam group aku ni. Senang sikit untuk sesi perbincangan kumpulan. Aku pun borak-borak sikit dengan Rasyiqah. Beberapa ahli kumpulan lain sampai. Seorang lagi penemuduga pun sampai. Hisy! Nampak serius je puan ni. Takut aku tengok!! Then, dia minta fail kitaorang semua. Fail aku paling gemuk!! Berat wei!! Doa-doalah dia tengok semuanya. Penat nak bawa ni..
Dalam 8.20pagi, dia panggil kitaorang masuk. Fuh2! Nasib baik soalan INSAK je. Senanglah sikit. Kitaorang kena jawab 135soalan dalam masa 30minit. Aku rasa macam alar.. Tak heran pun. Soalan untuk JPA pun aku boleh jawab dalam masa 15minit. (poyo nak mampus kan Tqah nie?) Tepat 8.30pagi, kitaorang pun jawab ler soalan tu. Kebosanan giler masa tu. Aku jawab sambil lewa je. Sebab ada orang dah bulatkan pun jawapan kat kertas soalan tu, kalau aku malas nak fikir, aku ikut je jawapan tu. Huhu..
Semua pun sempat habis jawab soalan tu. Dia suruh kitaorang keluar. Yang girls pergi ambil beg tangan diorang. Aku takde handbag. Menyusahkan lor.. Huhu.. Kitaorang pun keluar kejap and borak-borak sikit. Masa tu, still rasa janggal lagi nak berbaik dengan semua orang tapi kira okey lah. Tapi kejap je kat luar tu. Tiba-tiba dia panggil suruh masuk. What??? Aku tak ready lagi!! Tak ready mendenya? Baca satu benda pun takde! Hampeh punya budak!
Kitaorang duduk mengikut angka giliran masing-masing. Serious, aku tak tahu apa yang diorang akan tanya. Sorang kawan aku, dia tanya pasal disiplin. Sorang lagi, tanya pasal ICT. Aku lak kena apa ek? Penemuduga lelaki tu bagi kitaorang sehelai kertas. Pe lak benda nie?? Dia tanya, 'Based on your experience and observations, what is the activities that your school held to apply patriotisms?' dan 'How do these activities apply patriotisms towards students?' Lebih kurang macam tu lah soalannya. Aku tak ingat. Dia bagi 3minit je nak pikir. Aku tengok yang lain sibuk pikir. Aku je yang blur. Pe nak cakap nie???
Habis je 3minit, kitaorang pandang satu sama lain. Aku nak start tapi takde idea. Huhu.. Pandang-pandang, and so, the dying species that is MAN, yang start dulu! Hehe.. Dia cakap tentang nyanyian lagu Negaraku yang diadakan kat sekolah dia and so on. Pergh! Dia dah ambil tajuk nyanyian lagu patriotik. Okey! Reject untuk cakap benda tu! Second, Neng lak cakap. Dia cakap tentang program macam drama. Okey.. Tu pun tak boleh cakap dah! Reject! Third, Hajar lak cakap. Dia pun cakap tentang beberapa program seperti cerita sejarah dijadikan drama so people would get the story. Reject again! Wait! Turn aku ke sekarang???
Aku agak blur.. So, aku pun cerita tentang aktiviti kat sekolah rendah dulu. Aku cakap, kalau buat aktiviti, mesti cikgu-cikgu akan kasi hadiah. Of course, children love gifts. Kalau nak sebut MERDEKA, punya bersemangat! Kalau remaja mesti kureng kan? So, tu aktiviti yang sekolah rendah buat. Kalau sekolah menengah yang kat Puteri, memang agak giler. Kitaorang akan bawa bendera besar punya and lari sekeliling sekolah! Memang giler tol! Hey, takde boys lor.. Ada kitaorang kisah? Huhu.. Beberapa aktiviti lain seperti decorate class and so on. Aku punya lebih kepada craziness supaya orang rasa fun dalam menyambut hari kemerdekaan.
Memang agak meriah masa group session ni. Tergelak-gelak pun ada sampaikan daripada aku nak cakap skema, terus tertukar macam cakap dengan member! Serious aku cakap! Memang fun giler!! Yang penemuduga perempuan, daripada nampak serious, terus senyum-senyum tengok gelagat kitaorang. Ni jauh lebih fun daripada temuduga JPA yang asyik kena duduk tegak je. And aku terpaksa mengaku, aku duduk pun tak tegak masa interview KPLSPM nie.. Hehe..
Habis je group session, kitaorang pun keluar. Penemuduga tu kasi kitaorang rehat sampai pukul 10.20pagi. Aku pun nak pergilah ke pejabat ayah aku tapi tengok-tengok, ayah aku dah tunggu kat luar. Romantik kan ayah aku? Hehe.. Kitaorang pergi pejabat ayah and makan roti canai. Aku bantai sampai licin! :D
Dah pukul 10.15pagi, aku pun pergilah balik ke library. Tengok-tengok budak-budak group aku dah berkumpul and bercerita something. Aku pun pergilah join. Masa tu, kitaorang macam dah rapat giler. Haha. Cam orang giler tengoknya sampaikan students yang lain kat library asyik dok syhhhh kat kitaorang and pandang-pandang kitaorang. Pandanglah... Ada kitaorang kisah? Huhu..
Yang pergi dulu, Neng. Okey. Kitaorang yang lain bercerita-cerita pasal kehidupan masing-masing. Then, dalam 5minit or lebih, Neng keluar. Dia cakap, 'Did you hear me sang just now??' Dia cakap dia nyanyi lagu Do Re Mi. Pergh! Apa aku nak nyanyi ni? Masa ni, dah terasa butterflieSSSSS in my stomach! Neng cerita apa yang diorang tanya lah semua. Masa ni, aku dah tak boleh nak fikir apa-apa. Duk tergelak je. Macam mana nak fikir?
Seterusnya, Habib, (the dying species.. hehe). Kitaorang bercerita and tergelak-gelak. Sakit perut aku dibuatnya. OMG! Korang ni kasi aku pening! Haha.. Dalam beberapa minit, Habib keluar. Dia cakap, dia nyanyi lagu... lagu... err.. lagu pe ek? Lupa pula aku! Tapi dia cakap, dia tak ingat pun lirik dia. Main humming je. Huhu.. And again, tergelak bagai and orang duk syhhh lagi!
Next, Hajar. OMG!! Lepas tu, aku! Again, diorang bercerita-cerita jenaka lucah dah pula. Sengal lah korang ni! Dah tengok korang gelak, aku pun dah tergelak sekali. Perut aku dah makin sakit sampai aku rasa nak pergi toilet. Tapi aku lupa toilet kat mana. Huhu.. Tiba-tiba Hajar keluar. Dia cakap dia nyanyi lagu, 'Old Mc Donald'. Geez!!! Aku nak nyanyi lagu apa ni??????
Bercerita lagi and then, it's my turn! OMG!!!! Aku pun dengan lafaz Bismillah, masuk dalam bilik tu. Aku senyum seikhlas-ikhlasnya dan beri ucapan salam. Aku berdiri dulu and minta izin untuk duduk. (sopan kan aku? Masa ni, nak berlagak perempuan melayu terakhir) Penemuduga perempuan tu tanya, 'Have you taken your breakfast? What did you eat?' Maybe dia just nak buat aku tak tension.
Me : Yes, I did. I ate noodles and roti canai.
She : How did you come here?
Me : My father sent me as it's easier for him as he's working here.
She : Owh. What is your father occupation?
Me : He's a lecturer.
She : Lecturer? In this college? What is he teaching?
Me : Yes.. He teaches Teknologi Pendidikan. (nasib baik aku tanya ayah aku aritu..)
She : Owh.. Okey.. So, is this your father's desire or your own desire to become a teacher?
Me : Both, I think.. Well, my father always wanted me to become a teacher. And at the same time, I'm also want to become a teacher. (ayat tipu!! haha)
She : Okey then.. What's your mother working as?
Me : Urm.. She's also a teacher.
She : Wow.. Both of your parents is a teacher. Don't you get bored of it? Your parents is a teacher and you, yourself want to become a teacher.
Me : I think, what should we get bored of it? I meant, even we as a baby, there's already a teacher in our life. Without teachers, there's no lawyers, doctors and so on. There's no such thing as the Prime Minister if there's no teacher. Teacher taught as to read and count. So, teacher is the start for us to move to the next level. (ayat skema kan tapi ikhlas dari hati)
She : If you become a teacher, what are the techniques you want to use in your teaching towards the students?
Me : If I become a teacher, I would read them some story books like myself when I was young, my mother would read story books so that I could learn faster such as Cinderella, Bambi and so on. We don't just learn to have fun in hearing the stories but also can learn new vocabs. Other than that, I could also sing some songs that could entertain them.
She : Well, can you show me the techniques that you told me just now but you have to stand up.
Masa ni, aku dah blur giler. Apa nak nyanyi? Eh, kejap! Ramai orang dah nyanyi. Takkan aku nak nyanyi gak? Aku pun terasa nak bercerita. OMG! Cerita apa ek? Takkan cerita yang mak aku selalu cerita tu? Tapi cerita tu dalam BM. Urm.. Adoi... Goodbye perempuan melayu terakhir.. Hello, embarassment..
Aku pun dengan semangatnya bercerita tentang 'Three Little Pigs'. Bodoh kan??? PIGS PULA TU!! Aku bercerita dengan penuh gaya. Pergh! Buat malu je. Kalau ada penemuduga perempuan tu je takpelah juga. Ni ada penemuduga lelaki tu sekali. Malu giler!! Lepas tu, sambil bercerita, sebab nak buat lagi menarik, aku pun menyanyi lah sekali. Nampak beno aku ni syok sendiri! Haha! Diorang pandang and senyum and aku pun ikut senyum sekali. (padahal rasa macam nak lari je)
Siaplah cerita aku dengan moralnya sekali. Penemuduga tu pun kasi aku keluar. Aku ucap terima kasih and cepat-cepat keluar. Aku tergelak-gelak masa keluar tu. Diorang tanya kejadian kat dalam bilik tu and aku pun bercerita. Memang gelak habis ler.. Aku pun nak stay dengan diorang kejap and bercerita-cerita kecuali Hajar.. Turn Tharshini lak masuk and akhir sekali Rasyiqah. Lepas dah habis semua, kitaorang pun ingat nak salam dengan penemuduga and say thank you. Baik kan kitaorang? Hehe..
Lepas exchange nombor handphone semua, aku pun pergilah ke bilik pejabat ayah aku. Cerita-cerita, ayah aku pun tergelak sekali.. Huhu.. But I have fun that day. At least, jauh lebih baik daripada kat JPA tu yang giler banyak silap. Dapat tak dapat, tu nombor dua. Yang penting sekarang, aku nak have fun sebelum masuk mana-mana kolej or universiti. Wish me luck okey! Good luck for you too! Wassalam~
p/s : Chim.. Chimney.. Chim.. Chimney.. Chim.. Chim.. Cheru.. I would like to make all of you for my stew! :D
5 0000 je berani komen:
haha walaweee.... untungla dah ade org yg bulatkan dulu jawapan..hoho. best giler citer ko neh! :D
haha.. tu lar pasal. kalau malas, tiru je jawapan.. hehehe.. ni cite orang pemaleh cam aku! kau punye cite pun best gak! :D
ahha! jawapan bucur!
hahahah.
bagus betul facebook kan...ade mutual friends. :DD
hahaha. three little pigs?
aku lupa la cerita dia~
selalu tengok kat mickey mouse tu je~ :PP
aku rasa tindakan kau rileks2 tu agak wise sebab dia akan kurangkan rasa gelabah..hehe.(aku selalu buat camtu.)
tak menahan cerita "three little pig"tuuu.....ko agak agak aper yg penemu duga tu fikir masa ko cerita "three little pig" tu?????
putri : tu lah pasal.. meh2! aku ceritakan kat kau balik ek.. hehehe
farah : dia fikir, 'kreatifnya budak ni...' hehe
Post a Comment