Thursday, April 28, 2011

Matriks?? Walaweee...

~Assalamualaikum wbt~


~Hampir seminggu aku terseksa nak tunggu result Matriks ni. Sampai pening kepala duk pikiaq benda alah ni. Malam tadi pun aku sanggup tak call kawan aku sebab nak tunggu result Matriks. Aku , Putri, Farah dengan Faiz sanggup tunggu sampai pukul 12 tengah malam. Tepat je pukul 12, kitaorang berlumba-lumba nak masuk website orang-orang kementerian tu.


Tapi kecewa bagai bila tak dapat masuk website dia. Kan dah pukul 12.. Mesti lah dah boleh masuk. Aku dengan Farah tak dapat masuk. Ayah aku cakap, boleh buka dalam pukul 9pagi. Hah?? 9pagi? OMG!! Kalau aku tau, aku dah call kawan aku tadi.. Tiba-tiba Putri cakap yang dia dapat matriks. WHAT?? Asal dia boleh masuk lak ni?? Aku lagi sekali try masuk website dia. Yes! Dapat masuk!


Sebelum tekan butang SEMAK, aku baca Bismillah dulu. Huh!! Rasa berdebar lak. :D Aku terus tekan SEMAK and punyalah terkejutnya aku sebab aku dapat MATRIKS! OMG! Really? Farah pun dapat Matriks sekali. Lagi lah happy aku bila dapat tau kolej kitaorang sama dekat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Tapi sayang, Faiz tak dapat.. It's okey Faiz.. Boleh buat rayuan.


Aku tanya sorang kawan aku dah check ke belum. Dia cakap belum sebab ada alasan tertentu. Aku pun tolonglah checkkan. Dia dapat kat Melaka. Sama juga dengan sorang lagi kawan aku yang tak dapat check sebab tak dapat masuk website orang kementerian tu. Dia pun dapat kat Melaka. Pelik.. Asal perempuan ramai dapat Negeri Sembilan, lelaki pula dapat kat Melaka?? Cian korang wahai kaum lelaki.. Tak dapat nak ngorat.. Hoho!


Tapi agak sedih bila ada member yang tak dapat Matriks. Aku pun sedih sebab tak dapat kat Banting. Sorang kawan aku dapat lak kat situ. Dia nak kat Negeri Sembilan. Takpelah.. Tak de rezeki. Aku sendiri pun tak sure nak masuk Matriks ke tak. Susah woo.. Sekarang, aku tunggu UPU. Kalau UPU tak dapat, Matriks ler namanya. Huhu..


Bagi yang tak dapat, it's okey.. Still boleh buat rayuan. Kalau korang nak gak masuk, korang ambillah tempat aku. Hehe.. Mungkin rezeki korang bukan kat situ kalau still tak dapat. Ingatlah, Allah swt tahu segala apa yang terjadi and tahu apa yang akan terjadi. Tak payah sedih-sedih bagai okey.. Yang penting, kena berusaha and jangan putus asa okey! Wassalam~


p/s : Kalau dapat masuk UIA, dapat jadi macam Nur dalam cerita Nur Kasih.. Yeay!!!!

2 0000 je berani komen:

SYAFIQAHSALEH said...

congrate dpt matrik :)

Ummu Qaseh said...

thank you.. :) :)